Rewang


Hi! Apa khabar? Baru turun bukit, dok rewang di rumah An. Rewang tu bahasa Jawa, gotong royong, gitu. An and hubby nak buat majlis khatam Quran dan Marhaban serta kenduri kesyukuran esok. (Maybe ada cukur jambul sekali!) Besar juga majlis tu alah-alah kenduri kahwin.Tumbang kerbau seekor! Yang masak nanti orang masjid. Semasa kupas bawang, halia, nenas etc. 'perewang' ni berbual berjenaka itu, ini. Ada yang terhiris jari sebab laju sangat hayun pisau! Yang datang bantu ialah jiran-jiran lama An di Lorong 17 di perumahan di kaki bukit. Sambil tu bibik siapkan minuman...

Gambar bibik tak mau ambil?

For lunch, we had simple dish like kobis masak lemak, goreng ikan berlada, goreng ikan kering and sambal belacan mangga. Bestnya bila makan beramai-ramai. Dan petang ni sambung lagi rewang, bersih ayam dan lapah daging kerbau. (But I'm not going). Nanti malam part orang lelaki masak, yang basic lah, tumis-tumis. Itulah adat tinggal di kampung, amalan rewang mengerjakan kenduri kendara.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.