KENANGAN & HARAPAN

Kredit: Google

Hari berlalu, 
Tahun berganti,
SELASA 31 DISEMBER 2013
Hari terakhir tahun ini.
 Sebelum melangkah
RABU 1 JANUARI 2014.
Selamat tinggal kenangan,
Selamat datang harapan.

Selamat Tahun Baru 2014!

PERKONGSIAN

Kredit; ceritamayapersada.blogspot.com

CAM BIASA JE?

Jalan-jalan di FB Kuantan, 
untuk mengetahui cerita terkini
lalu tertarik adegan di bawah ini.
Situasi, di sebuah kedai makan 
Bestnya....
Kedai makan dapat promosi percuma
Melalui blog, FB sudah tentu
Atau pun
Situasi, di rumah
'Klik' dahulu gambar masakan, hidangan
Nanti blog whatsapp, instagram, mms ......
Baru makan....
Kah kah kah !
Cam biasa je! Cam terasa je!

Oooooops...biasalah, blogger tegar

PERKONGSIAN

Amalan Hari Jumaat
Penghulu segala hari.

Biaqpila™: AWAS: HATI-HATI MENYEMBUR LIPAS DI DAPUR

 Saya ingin berkongsi maklumat ini dengan pembaca budiman.

Biaqpila™: AWAS: HATI-HATI MENYEMBUR LIPAS DI DAPUR: Adakah anda menggunakan gas untuk memasak ? Sila baca dan ambil perhatian. Biarlah ini tidak berlaku kepada anda. Ini boleh menjadi satu...

Terima kasih kepada blogger Biaqpila.

MEE REBUS MY BFF

Hari ini JY ingin nak makan Mee Rebus. Mee Rebus lagi. Dalam posting saya sebelum-sebelum ini, saya kata 'leceh nak buat mee rebus ni'. Tetapi saya teringat satu resepi Mee Rebus pemberian BFF saya.Saya rasa resepi dia mudah dan sedap Saya called BFF saya untuk semak semula bahan-bahan yang diperlukan  dan cara membuatnya.. Pada saya bahan-bahan mee rebus sama :Mee kuning, taugeh,tauhu, cili hijau, cili merah, daun sup, daun bawang telur rebus, terpulang kepada cita rasa masing-masing.Yang berbeza ialah kuahnya. 
Jom kita ikuti bahan dan cara memasak Kuah MEE REBUS MY BFF (dengan kebenaran beliau terlebih dahulu):
Tumis cili boh sahaja dengan garam. Banyak mana cili , ikut rasa kepedasan masing-masing. Tumis hingga garing, Kemudian, masukkan stok tulang ayam/daging hingga didih. Nak buat stok daging sahaja pun boleh. Kalau daging sahaja, keluar kan daging bila dah lembut dan hiris nipis. Boleh masuk sekali ke dalam kuah stok tadi atau sebagai hiasan/'garnish' mee rebus nanti.Didihkan kuah tadi. Sudah tu,masukkan pula 2 atau 3 senduk kuah, sos tomato. Kacau. Last sekali masukkan 5 hingg 6 'smashed' (lenyek/ blended) ubi kentang rebus. Saya guna 'russet' potatoes sebab ia cepat empuk. Kacau rata hingga kuah mendidih. Api biar perlahan. Jangan lupa rasa garamnya,


MEE REBUS MY BFF
Itulah imej mee rebus saya  masak sebentar tadi.  Saya tak sempat nak hias dengan bawang gorenglah, telur rebus lah, cili merah lah ,  dsbnya ......sebab kelaparan :)
Ini betul Mee Rebus tulen, bukan Mee Kari. 
Mee Kari ada serbuk kari!!!

Bila dah sedia nak makan,  JY kata "Apasal kuahnya merah-merah"
Saya: Ini lah mee rebus
JY: Bukan kuah mee rebus putih?
Saya: lah.....itu Mee Sup!!

Salah faham , salah faham ;-)

Mee Rebus (pantai timur)=Mee Sup (orang Melaka)
Mee Kari (pantai timur)   =Mee Rebus (orang Melaka)


Apa-apa pun, nampak En Abang JY makan bertambah. Oh, sudah tentu,ada iringan hirisan cili padi sama kicap.
Terima kasih my BFF. Semoga Allah SWT memberkati. 


MENINJAU KESAN BANJIR DI SG ISAP, KUANTAN

 Perkampungan Sg Isap
salah satu kawasan di Kuantan yang teruk dilanda banjir
baru-baru ini.
Kesihannya
Simpati kami 

.Sampah sarap berlonggokan

Sudah tak berguna lagi
Masjid Sg Isap yang dikatakan tidak jejas air banjir




Air naik hampir ke bumbung (atau nampak bumbung?) Bayangkanlah!!

Perniagaan lumpuh



Kami ke Kpg Belukar.
Singgah rumah salah seorang sahabat mangsa banjir.
untuk bertanya khabar.

Air datang dengan derasnya. Sempat campak barang-barang berharga seperti TV ke atas katil dua tingkat, kata En Rosman (T shirt) Air naik 1 meter di rumah beliau.

 Tak sudah, sudah
simpati kami
'kesiannya, kesiannya '
Semoga mereka bersabar menghadapi dugaan Allah ini

SINGGANG TENGKUJUH





Musim banjir, Musim tengkujuh. Apa lauk yang sesuai kalau tidak singgang ikan. Saya masak singgang  tenggiri. Mudah masak lauk ini. Ringkas. Main campak-canpak aje bahan. Singgang perlukan

2 atau 3 keping ikan tenggiri
2 btg serai dititik
5 keping asam gelugor
1 biji cili hijau (belah 2)
1 biji cili  merah (belah 2) saya tak guna sebab stok tak de
1 biji bawang besar hiris tebal
beberap cili api diketuk
4 ulas bawang putih diketuk
1/2 " halia, dititik
1/2" kunyit hidup, hiris dan titik
1/2" lengkuas, diketuk
air secukupnya
garam secukup rasa

Dalam periuk, masukkan bawang besar, serai, lengkuas,halia, bawang putih, kunyit, air. Kacau rata masak hingga didih. Masukkan ikan dan asam gelugur.Masak dengan api sederhana hingga ikan masak. .Tambah cili merah,cili hijau, dan  cili api dan garam,. Boleh juga masuk sedikit gula. Masak sekejap.
Ringkas, bukan?

Singgang popular di Pantai Timur. Ikan yang selalu digunakan ialah ikan tongkol/akan aye. Bukan semua  gemar singgang, Alasannya,  macam masakan orang sakit, Memang betul,singgang pembuka selera untuk orang demam. JY sangat suka singgang. Boleh dihirup kuahnya macam sup.
Jom, masak singgang!



SABTUDAY: HUJAN TURUN LAGI


Hanya hujan yang turun,
Yang lain .....
??????

TAK DE LETRIK, TAK DE AIR

Malam semasa 'blackout'
Isnin...hujan
Selasa...hujan belum berhenti, bertambah lebat
Jalan di hadapan rumah sudah dipenuhi air,
Bandar Kuantan teruk lagi!!!!
  
Malam Rabu, 11.30 mlm.....tiba-tiba
GELAP.....
Mana tochlight, Cari lilin!
Mujur ada bekalan lilin dalam almari.
Hidup stove nak pasang lilin (mancis tak de!).
Tup,,tup...air boleh putus!
Wah macam mana ni?
Tak de letrik, tak de air!!

Pagi Rabu.....masih hujan renyai
Ke kedai BB beli nasi dagang, beli bateri, beli air mineral.
Ramai pembeli pagi tu di kedai BB
Beli air, beli roti dsbnya....
Hai, B, musim-musim begini murah rezeki B, ye?
Duduklah kami dalam rumah mengenangkan mereka yang lebih hebat ujian waktu banjir begini.
'Guna fon untuk yang penting-penting aje'
Nanti abis bateri bagaimana nak caj!
Nak masak pun tak boleh, stok dah abis.

Lalu ke kedai Cawan....ah? Licin lauk jualannya.
Tinggal bekas, ramai pula pelanggan...
Terdengar ada pelanggan berkata makan 'nasi cowboy'
Yelah, hidangan banjir , nasi putih+telur dadar+sayur kobis goreng.
Makan tengahari kami...nasi dagang dan nasi cowboy!

Di rumah sunyi sepi, hari gelap (macam musim sejuk)
Muhasabah diri....ujian Allah ada hikmahNya!! 
Ha, kenapa tak teringat dari tadi,
Radio kan ada....beli bateri saiz D di kedai BB.
'Kak, bateri saiz D abis'
Pergi cari di kedai runcit yang lain, ke 7-11
Tak ade stok.....
Lewat petang ke kedai BB lagi
Baiknya BB, dia simpan untuk saya. 
Wah...ada juga jualan nasi goreng kampung, mee goreng, kwayteow goreng.
Beli nasi goreng untuk dinner.


Air tak de, pandai pula jimat cermat
Yelah ambil wuduk, cuci mencuci
(mandi lap-lap je...)
Pasang radio, barulah dapat mengikuti berita keadaan banjir di Pahang.
Teman-teman di kawasan yang dahulunya tak pernah dinaiki air
Kali ini menjadi mangsa banjir.
Kesiannya.....
Habis punah barang-barang yang tak dapat diselamatkan,
Rosaklah 'wall-to-wall carpet'
Rosaklah kabinet dapor, perabot mahal-mahal 
Air datang dan naik dengan derasnya!
Ada juga  air naik sampai ke bumbung!

Syukur kita cuma ujian kecil, bang...
Itu pun sudah kecoh-kecoh
Banyangkan mereka yang lebih teruk lagi ketika ini
Semoga Allah permudahkan urusan kita dan
mereka yang menjadi mangsa banjir!

Bilalah bekalan letrik disambung semula...bersabar aje lah
Lilin telah dipasang...
6.45 ptg, tiba-tiba lampu berkelip-kelip
Terang semula, terus tiup lilin!
Gembira bukan main!
Terima kasih ya Rabb.


Pagi Khamis (hari ini) bekalan air disambung semula!
Cuaca terang, panas,
Cepat cuci baju, jom ke TM beli bekalan
Suami pun call kawan-kawan tanya khabar
"Rumah kau naik air tak?" 

Petang ini di Kuantan, banjir mulai surut
Sila layari www. pahangdaily.blogspot.com.
Banyak berita terkini serta gambar banjir di Pahang  
  

."Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"

HUJAN-HUJAN NI...

Alahai , hujan-hujan begini nak ke kedai beli stok barang dapur pun tersekat.  Bawalah payung, settle problem, Timbul masalah lain.  Pakaian akan basah pula. Matahari 'cuti'. Kedai dobi berhampiran rumah tutup. Sekarang ni keringkan baju bawah kipas, Hi Hi,,,
 Pagi tadi ke kaki lima kedai BB beli breakfast. Masa tu hujan renyai-renyai. Konon hujan sikit takpe lah. Tapi bila dah siap beli sarapan, hujan turun dengan lebatnya. Apa lagi, lari-lari anak ke kereta,basah!
Sebentar tadi....
Hujan-hujan gini sedap kalau dapat makan mee rebus, kata suami.
Okeylah layan google cari resepi mee rebus. Nanti boleh ke TM beli bahan-bahannya, Tapi lecehnya....macam-macam pulak mee rebus ni nak. Layan gambar menikmati mee rebus alam maya.....hi hi.

Dapat  Mee Rebus JB Hj Wahid yang femes tu sedapkan!
Mee Rebus Ramli Ipoh, pun boleh

Alternatif, guna rempah, perencah  paket, okey juga kan. Tapi  hujan lebat tu, belum ada tanda nak berhenti, bunyi guruh adalah...bersabar aje lah.

Kalau di BC, boleh order Mee Rebus Mak Leha

Terkini, banjir depan rumah BS....baru sikit.

Air mengalir  deras dari bukit

Longkang dah penuh air   

DAH TIBA MUSIMNYA


Ada air terjun mini

Hujan tak berhenti di bandar Kuantan sejak malam tadi. Sekarang 3.00 ptg. Masih hujan lebat berserta angin 'howling..ooooooo'... kata makcik gerai kuih 'mujur tak de guruh dan kilat'...
Nak masak apa untuk lunch?  Yang ada dalam fridge sayur campur.  Masaklah sayur-sayur yang ada apa lagi, nasi paprik..

Oh yes! Oleh kerana hujan tak henti dan bertambah lebat,  tahap rajin pun okey.  Buat lah ni..... jangan marah...ini aje yg saya tahu....agar-agar roti, kali ini sama milo. Hemmm dah pakar dahhi hi hi.....

..Rupa macam kuih talam