Rezeki Ramadhan

Pada bulan yang penuh berkat ini, ramailah muncul peniaga-peniaga bermusim, mencari rezeki di Pasar Ramadhan (PR). Sana sini, ada saje PR. Hebat sungguh. Tapi saya belum lagi menjejakkan kaki,  menjenguk-jenguk  apa ada di PR. Kalau perut kosong, pergi pula ke tempat jualan makan...apa lagi....mulalah nafsu 'kata' itu sedap, ini pun sedap....nanti tak sedar dah terlebih beli  Bila  tak habis makan, ke rumah En Tong lah  nampaknya

Di kampung saya juga ada jualan untuk berbuka. Di sebelah rumah , tak payah-payah naik kereta...menapak aje. Tak ade nak rampang mata, pilih aje apa yang ada untuk alas perut bila berbuka.
Normah menjual kuih muih melayu serta mee goreng, nasi ayam dan nasi lemak.
Normah sedang melayan pelanggan. Pembeli berhenti tepi jalan dan pilih yang menyelerakan untuk berbuka nanti.
Ini pula Illa. Jual air tebu. Tebu tanam sendiri.
Naik motor...ala 'drive in' gitu.
Ada juga kami beli jualan Normah dan Illa. Nak bantu mereka. Semoga dimurahkan rezeki Normah dan Illa  untuk mencari belanja tambahan pada bulan Ramadhan dan persiapan Syawal nanti.

Senyap-senyap Ramadhan

Agak lama juga saya tak update perkongsian cerita. Adik-adik blogger dah call, hantar SMS tanya kenapa 'Sekilau 1' sunyi sepi.... Dia sunyi tapi tak sepi. Ada juga merayau ke 'rumah' blogger lain. Itu pun kalau bitamin R aktif. Kalau tidak. dia 'hibernate' aje. Ye lah, senyap-senyap Ramadhan... kalau ada aktiviti pun, bacalah blog kakak, Ceritalah Nek Ngah. Sama ceritanya.

Seperti biasa pada bulan yang mulia dan penuh berkat ini, minggu pertama dan kedua dihabiskan dengan tadarus Al Quran. Syukur Alhamdulillah kami sekumpulan 10 orang, khatam hari Jumaat yang lalu. Sekarang, nak baca dan fahamkan tafsirnya pula. Malam, ke Masjid Selat.  Berterawih. Seronok solat di masjid ini. 'terapung 'di tepi Selat Melaka. Berangin dengan tiupan bayu laut.

Itulah rutin seharian.

Masa-masa terluang yang lain, apa lagi, kalau tak masuk ke dapur, menyediakan menu untuk berbuka dan sahur. Layan juga kolam ikan dan pokok-pokok bunga. Tadi sempat juga tinjau-tinjau 'As**na Mo*a, alah, kedai kain terkenal tu. 'Touch n Go' baju kurung...amboi cantik-cantik tapi labuh-labuh,,,tak sesuai untuk saya. Bohonglah kalau saya kata tak ada baju baru untuk raya tahun ini. Ada, dah tempah sebelum bulan puasa lagi Tunggu nak laram pada pagi Raya nanti. InsyaAllah.
Candid... yang paling senior di tengah-tengah
Nenek-nenek gembira khatam AlQuran
Antara 'googy-goody' yang disediakan, berkat tadarus.
Ros kampung di laman

Kuih raya?? Tunggu.....Kuih tunjuk-tunjuk dah bertingkat susunannya di pasaraya.