KORSEL: MT SEORAK

Cerita melancong ke Korsel belum habis. Melencong pula ke topik lain.

Baiklah, di Korsel. kami melawat ke kawasan pergunungan yang cukup indah iaitu Mt Seorak National Park 'one of the most beautiful national parks in Korea with its granite peaks, lush green valleys and dense forest .  Sebelum adventure bermula, Jennifer cerita serba sedikit mengenai Mt Seorak dan apa kaitan dengan beruang yang menjadi ikon Korsel. Saya tak ikut sangat cerita legenda itu sebab tumpuan saya menikmati keindahan ciptaan Ilahi.

'Mendaki' gunung dengan kereta kabel
Keindahan
sejauh mata memandang

Boleh muat 50 orang

Masa ini snow turun. Cepat kita bergambar!
Ada tangga kalau nak lebih tinggi
Amal n KPop
Ke atas lagi, tangga batu, awas licin! Kelihatan salji
Hanya batu, tiada tumbuhan, Iman cuba ke atas
Ini baru hero! Saya berjaya!!!
Kenangan dengan Mr Bear, ikon KORSEL

video
 dari kereta kabel

BILA PAK TUO MENULIS


Salam,
Pak Tuo ialah tuan punya blog insaf. Saya kenal Pak Tuo. Beliau mengkagumi arwah bapak. Arwah bapak adalah sahabat baik, tersangat baik, orang sekampung Atuk Pakeh, datok Pak Tuo.
Pak Tuo, izinkan saya berkongsi dengan pembaca blog saya, apa pandangan Pak Tuo mengenai arwah bapak, Hj.Abbas bin Yatim. Terima kasih, Pak Tuo . Semoga Wir (Pak Tuo's real name) dan famili mendapat ketenangan dan kebahagiaan serta keberkatan dalam apa jua yang diceburi. Ameen

Dalam posting beliau From Zero to Hero - Allahyarham Tuan Hj Abbas Bandung,
antara lain beliau menulis  (in his very own words).......

"This written blog is not about him,but about a man who stood on firm ground and remain a loyal friend to Arwah ATUK.
He left a legacy in Malacca and much remembered by all fellows Old Guru-Guru Melayu of Malaccans.
As his name stood High and Tall among the contributors of the development of Malay Interlectuals in post independence era.
He is not a politician,neither do a nationalist but a visionary buisness man which put all his skill of hard work,determination and persistence will WINS.
Malacca in the pre and post Merdekah days was a sleepy hollow.
It slips away being the centre of trade and commerce because largely due to the fact,that Kuala Lumpur the new adminstritive city was laid and shift in 1923.
Since than Malacca lost its centre point.
Thanks to Yap Ah Loy the Chief Capitan MAFIA Cina'.
(If one wants to dispute those facts, pleased clarified it with Prof.Zainal Keling or Prof.Khoo Kay Kim,they are able to clarified futher)

One of the main legecy left by the Brits,is the 2 tiers Education system,the English schools medium and the Malay Medium.As a result of this diversity two set of text books are need and written in Bahasa Melayu and in English.
Without a single doubt,the problemmatic of logistic issues arise in the newly independency nation.
We want Malay schools but no text books writers in Bahasa Melayu,we do not have ample and capable writers in Maths,Science or vocational subjects in Bahasa Melayu and worst of it, we do not have able and qualified teachers to teach in Bahasa Melayu Maths,Science ot technical subject to our children.
As a result,the Kementerian then import Indonesian teachers to teach our children Maths and Science because most of the Malay teachers then,were only capable of teaching sejarah and ilmu alam or Bahasa Melayu then.

Thus,the question arise,where do we get those Malay text books?
In Malacca those days two prominent text bookshop are monopoloised by Lim Brothers and Tai Kuang Bookshop.
They only sell English Text books and mag.
Even me, gets my weekly Beano and Danny comics from Lim Brothers or the Uncle's Aneh shop junction of Jln Bunga Raya.The Hole in wall type of shops.

I remembered well this geniune smiling face Pak Aji.
Short and stout in nature.Always with a 'Songkok Hitam'.
Very loving in nature.Each time I goes to the shop I will always gets a sweets of 'Halls'Lemon in flavor from him.
His shop only stocks Malay book either novels,magazine and the main distributor for Dewan Bahasa dan Pustaka in Melaka.Under his wings and supervision the mushrooming of small petty bookshop scattred in Melaka all over.
In Mesjid Tanah,Melimau.Jasin till the far fetch the boundry of Malacca states.The provisional schools are mostly of the Malay medium thus,TOKO BUKU ABBAS BANDUNG provides the missing gap of malay text books to the provisional schools.
The story of success of Tuan Hj.Abbas Md.Yatim has a long history.It is rather not discuss of how he built the book empire in Malacca.He was a dear friend of arwah datuk Pakeh.According to family ledgend,he arrive from Padang,atuk's kampong in view of being a teacher,which he was in Padang.
He teachers Quranic lesson in Kg.Banda Kaba.A pios man,He stays with arwah datuk in Kg.Banda Kaba together with nenek Sayan and ayah in the beginning stage and the rest is history.
I remembered well during my schooling days,when I have free time,I begin with Lim Brothers browsing for the latest Beano and Dandy and next the Tai Kuang ended up at his bookshop browing for latest Antrologi cerpen or novels.My early collection of Grand Pa (Dato'Samad Said)Salina etc...were all from his bookshop including Tongkat Warrant (Usman Awang),Keris Mas,Salmi Manja,Pram Meodya Anantantor,W.S Rendra,Khatijah Hashim,Latif Mohiddin (He is more of a painter),Fatimah Busu including Mastika,Dewan Masyarakat,Salina,Diskusi,Dewan Pelajar etc are still in my home library.Those where the first edition copies and I am proud owner of the first edition copies.

Without a single doubt Tuan Hj.Abbas Hj.Md.Yatim contribution to the malay community is well acknowledged.His buisness acuman without doubt set a precedent to the young new Malay interlectual breed in Malacca.
It is only via his bookshop the accumulation of knowledge grows among the Malay are noted.As the sahih Hadith "seek knowledge till China'

From my logic thought 'seek both knowledge and wealth as Tuan Hj.Abbas Bandung did"
I suppose it is full of barakah on 'hijrah'
and make the Awal Muharram 1429 more meaningfull.

Al.Fatiha.
Allahyarham Tuan Hj.Abbas Hj.Md.Yatim pengasas 'TOKO BUKU ABBAS BANDUNG'"
POSTED BY PAK TUO AT 1/09/2008 12:55:00 PM 
LABELS: MINANGKABAU,

KEDAI BAPAK


Mujur ada 2 gambar kenangan Kedai Bapak..gambar lama sangat!!!

Gambar pertama ialah sewaktu  PROF DR. HAMKA datang ke Melaka. Beliau jumpa arwah bapak berbincang untuk penerbitan buku beliau. Kebetulan berada di Melaka, beliau mengadakan pertemuan dengan masyarakat keturunan Minangkabau (orang Awak!). Turut hadir penggiat  sastera zaman itu seperti Asmad, Yusof Harun. Sudah tentu pusat pertemuan di kedai 'Angku Abbas'. Kami adik beradik pun turut bergambar. Prof Dr Hamka berpakaian gelap duduk sebelah bapak. Cuba cari yang mana satu saya?

Nostalgia

Gambar kedua ialah sewaktu orang-orang Minang di bandar Melaka khasnya sahabat arwah serta staf' toko bapak berhimpun untuk sambutan Hari Raya tahun 1953. Pada tahun yang sama ialah 'coronation' Queen Elizabeth Jadi bendera Union Jack berkibaran menghiasi kedai. Kedai bapak jual macam-macam tau. Ada baju kanak-kanak, kasut tinggi H.M.Ali, kain ela, kain batik Indonesia....masa itu, kedai bapak macam kedai Mydin sekarang.

Hampir semua yang dewasa sudah tiada!! :(
Antara kanak-kanak, yang mana saya?

Sahabat-sahabat bapak ada yang bergelar "Maling Kayo'. Sutan Mudo', Pakeh Tamanggong' "Angku Gadang'...seingat saya...hee, hee,  hee....

Gambar-gambar sesudah ini tak ada pula. Sayang sekali.....


BAPAK:KENANGAN ABADI

Terlebih dahulu saya meminta kebenaran daripada tuan punya blog, tanmelaka.blogspot.com untuk menurunkan catatannya di posting saya kali ini. Saya terjumpa penulisan beliau sewaktu browsing. Saya memang teruja, ada penulisan mengenai arwah ayahanda tercinta, tersayang.  Arwah bapak meninggal dunia 40 tahun yang lalu. Terimakasih tanmelaka kerana penghargaan anda untuk arwah. Walaupun anda tidak saya kenal, tulisan anda sememangnya, kenangan mengusik jiwa kami, waris Abbas Bandung. Terima kasih sekali lagi. Toko Buku Abbas Bandung, kini, menjadi sejarah.

AlFatihah buat bapak....
Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh bapak. Ameen.


KHAMIS, 14 JUN 2007
TOKO BUKU ABBAS BANDUNG (9)
TOKO BUKU ABBAS BANDUNG MENJADI KENANGAN RAMAI PENULIS MELAKA


Setiap kali balik kampung untuk berhari raya, sebuah kedai yang sentiasa ingin saya kunjungi dan lawati ialah Toko Buku Abbas Bandung di Melaka.

Bagi penulis-penulis kelahiran Melaka yang gemar akan novel-novel Melayu dan buku-buku kesusasteraan Melayu, Toko Buku Abbas Bandung akan menjadi tempat untuk mereka mendapatkan buku-buku sastera.

Kedai buku itu juga menjadi tempat mereka bertemu, berkumpul dan ada masanya untuk berbincang perkara-perkara mengenai kesusasteraan Melayu atau kegiatan penulis dan persatuan-persatuan penulis di Melaka.

Kebanyakan tokoh persatuan penulis Melaka itu sering dan kerap berkunjung ke kedai buku berkenaan.
Penulis-penulis seperti Asmad. , Ajikik, Moktar Yassin, Ahmad Taib, Dr. Othman Puteh dan ramai lagi penulis yang lain akan menjadikan Toko Buku Abbas Bandung sebagai tempat sama ada mereka untuk bercoleteh mengenai sastera tanah air atau kegiatan sastera di Melaka atau mendapatkan buku-buku sastera.

Kini Toko Buku Abbas Bandung sudah lama tidak ada lagi. Kenangan lama tentang kegiatan sastera di kedia buku itu masih jelas terpahat.

Bagi penulis-penulis yang sezaman dengan penulis akan mengingati kenangan manis mengenai kegiatan sastera yang berlaku di kedai tersebut.

Pada 60-an, 70an dan 80-an Toko Buku Abbas Bandung itu boleh dianggap sebagai “mini Dewan Bahasa dan Pustaka” di Melaka pada masa itu.

Ramai tokoh sastera di Melaka pernah berkumpul dan berbincang mengenai sastera di sana.

Pada zaman kegemilanganya, terdapat juga banyak novelis terkenal tanah air menghantar karya mereka kepada Toko Buku Abbas Bandung untuk diterbitkan.

Kini semua itu telah menjadi kenangan silam untuk penulis veteran di Melaka.

Tuanpunya Toko Buku Abbas Bandung ialah Tuan Haji Abbas Bandung bin Yatim merupakan seorang ustaz dari Sumatra. Tuan Haji Abbas Bandung pernah memberitahu penulis bahawa sebelum menjadi seorang penerbit pelbagai pekerjaan yang dilakukan.

Beliau tiba di Melaka pada tahun 1937, merupakan seorang ustaz muda, mula-mula beliau mengajar Al-Quran kepada penduduk-penduduk di sekitar Kampung Banda Kaba Melaka

Kemudian beliau belajar menjahit baju dan sulam menyulam dari seorang Indonesia yang menumpang di rumahnya.

Dengan kemahiran tersebut, beliau mendapat ramai pelanggan yang terdiri daripada nyonya peranakan golongan pertengahan di sekitara bandar Melaka.

Pada tahun 1942, Tuah Haji Abbas Bandung mula berniaga di kedai sendiri apabila seorang Betawi Tionghoa menjual kedai kepadanya.

Tidak lama itu, Jepun menyerang Malaya.

Pada zaman Jepun pelbagai pekerjaan beliau lakukan seperti menjual ikan kering, petai, air batu Bandung di Bandar Melaka.

Apabila British kembali, Tuan Haji Abbas Bandung mula benar–benar berniaga termasuk menjual songkok.

Dunia perniagaan buku hanya diceburinya pada tahun 1957 dengan menjual buku keluaran Indonesia.

Dari waktu itulah beliau mula bertapak menjana menjadi seorang penerbit dan toko buku yang terkenal di Malaysia sedikit masa lalu..

Kini toko buku dan penerbit yang terkenal ini di seluruh negara yang pernah menjadi rebutan para pengkiritik dan penulis untuk buku-buku mereka diterbitkan hanya tinggal kenangan sahaja.
Dicatat oleh Pena Melaka di 3:22 PG http://img1.blogblog.com/img/icon18_email.gif 


CUBA 'HANBOK' PULA

Selepas kelas membuat kimci, kami naik ke tingkat 3 bangunan yang sama. Kami diberi peluang mencuba Hanbok, pakaian kebangsaan Korea. Masing-masing pilih Hanbok yang sesuai. Kalau tak pilih, diberi oleh pembantu.Yang manis-manis pilih baju pakaian puteri-puteri, yang ibu-ibu diberi pakaian permaisuri, bapak-bapak pula, baju maharaja, seorang budak lelaki tu pilihi baju anak raja, yang kami berdua, peringkat ahjumma, diberinya pakaian sesuai dengan ahjumma..keh keh keh....ingat hati nak jadi maharani.....:(

HANBOK
Maka, apa lagi masing-masing posing......Dalam bilik Hanbok, ada macam-macam 'backdrop' atau latar belakang, bersuasana Korea. Nak bergambar dengan Jangeum, nak berlatar tempayan-tempayan kimci,atau  di taman bunga, dalam bilik di Raja.....pilih ikut suka hati si labu labi....hee hee....
DI BELAKANG TABIR....
MENUNGGU GILIRAN NAK BERGAMBAR
IDDIN BERSAMA 'YES, CAPTAIN''
Maharaja dan Maharani
SEMANIS  PUTERI-PUTERI KOREA
ALAHAI.....MS .AHJUMMA
KENANGAN ..One for the Album :)

MARI BELAJAR BUAT KIMCI

Satu lagi budaya Korea kami pelajari ialah cara-cara membuat kimci. Kimci pembuka selera dalam hidangan masakan Korea. Macam kita, sambal belacan mesti ada.Kata Jennifer, orang lama Korea selalu buat Kimci sendiri (homemade). Setiap gadis mesti pandai buat kimci, kalau tidak, tidak boleh kahwin. Sekarang anak-anak muda Korea lebih suka beli kimci yang dah siap termasuk Jennifer.  'That's the reason why, until now I'm not married,' gurau Jennifer. Ha ha ha....
Kami diberi peluang membuat kimci di sebuah pusat membuat kimci khas untuk pelancong.


 Kami diberi apron dan sarung tangan...  pertandingan 'masterchef' ke?. Di atas meja telah siap bahan-bahan untuk buat kimci. serta segelas kecil susu. Sebelum kelas bermula kami diminta minum susu yang disediakan, macam' welcoming drink'. Ingatkan susu salah satu daripada bahan buat kimci. Salah sangkaan saya. Kami minum seperti biasa. Jennifer membetulkan, salah satu budaya Korea, dalam majlis formal atau bila orang offer kita 'drink'  kita tak minum 'direct' depan orang ramai tetapi kita kena pusingkan badan kita sedikit ke arah kiri atau ke kanan, sebagai hormat atau beradab. Oh itu sebabnya Teringat saya drama Korea, mengapa 'si mamat atau si minah Korea ni pusingkan badan bila dia di pelawa' minum' (bukan air biasa tau)

bahan-bahannya
.
Kelas...sedia? Sedia chef!
Jemput minum
Jennifer sebagai penterjemah
Seorang guru memberi demonstrasi. Oh senangnya buat kimci. Cili yang disediakan kita sapu atau lumur atas kelopak daun lobak sehelai demi sehelai. Kemudian lobak yang telah siap disapu digulung kemas-kemas, disimpul kuat-kuat. Masuk ke dalam plastik yang disediakan.





Maka sesi buat kimci bermula. Buat dengan penuh kasih dan sayang....
Iddin pun pandai buat
Suka kimci, mesti pandai buat
Tadaaaaaaa.......
Hasil kimci air tangan orang Malaysia

Nak buat apa dengan kimci yang kami buat tu? Takkan dibuang, membazir. Tentu akan diberi kepada orang-orang miskin. 

Kimci bukan diperbuat daripada sayur lobak sahaja.
Berbagai sayur boleh dibuat kimci

Pagi ini, kami belajar dua budaya masyarakat Korea: cara minum yang tertib penuh hormat dan cara buat kimci.
Ada lagi yang akan kami pelajari.....

TIDUR KOREAN KAMPUNG STAIL


'Tonight you all will sleep kampung style. No bed but you will sleep on the floor,.' kata Jennifer.
Kita pun dah biasa tidur atas lantai. Tetapi ini di Korsel. Mesti unik tidur 'in Korean style'.Selalu juga tengok drama Korea yang bertema kampung-kampung dan rumah tradisional Korea , bilik tidur mereka kosong, tiada katil cuma ada almari dan meja solek. Bila nak tidur mereka akan bentang tilam nipis serta selimut 'quilt' yang disimpan di dalam almari. Rupanya lantai mereka panas. Ada' heater' di bawah lantai. Pada musim sejuk, sedap tidur. Ini adalah salah satu pengalaman, merasa tradisi cara hidup dan budaya Korea.

Macam inilah kami tidur di sebuah resort  di Mt Seorak, resort berbentuk apartment, Bilik-biliknya jenis keluarga (family type), setiap satu ada dua bilik lagi. Satu bilik tidur, satu lagi untuk anak-anak (agaknya). Boleh tempatkan 6 orang sebenarnya. Tapi kami, dua orang dalam bilik yang besar itu. Ada ruang masak (kitchenette).Bilik air pun 'pesen'   lama. Tuala mandi tak de. Cuma disediakan tuala  sebesar 'good morning towel', Tetapi kami telah dipesan bawa tuala mandi. Betul-betul cara lama tetapi kemudahan dimodenkan sebab ada TV LCD, ada dapur moden.. ada electronic heater. Pintu bilik pula jenis yang tolak ke tepi, design Korea. Aigoo.... mengapa  saya tak ambil gambar. Terlepas pandang!

"Those who missed maggie mee can have maggie mee party tonight. Don't forget to invite me to the party, ok" gurau Jennifer lagi.
Mana ada party, Jennifer. Penat. Nak rihat.
Apartment
kitcheneete.  kami tak masak
antik tak?
apa yang ada
hall
kamar tidur tanpa katil. 
Mirror imej!
tilam, selimut, bantal tersusun rapi dalam almari
bentang begini,
(sila abaikan barang-barang di belakang tu)
Jadi, kami tidur  kampung. stail Korea,berlantaikan lantai panas. Sedaaaappppnya!!Sebenarnya kita boleh kawal kepanasan lantai.. Hmmmm nyenyak  tidur malam ni.Tilamnya nipis, mudah diliipat atau gulung, mudah simpan, selesa pula tu. ( Tilam  kita, tebal dan tak boleh digulung). Lenguh-lenguh badan hilang kerana dapat kepanasan lantai. Selimut 'quilt' tebal. Hilang rasa sejuk. Bangun pagi, segar.


"Wake up call at 5 o'clock". Ada juga yang terlajak tidur!

Sakura, Sakura.....
Udara bersih, nyaman

Tunggu apa lagi
Moh kita ke Mt Seorak National Park.....

JOM MAIN SENO


video





Walaupun tak lebat, tak tebal...syukur...dapat juga merasa 'excitement' dan riang ria kanak-kanak ribena main 'seno'sekitar sebuah ski resort di Pyeong-Chang, Korsel. Sekejap pun jadi. Allah Maha Mengetahui.

video


video
Bila lagi nak main seno?

Perang seno ball