BAS

Salam
Teringat saya sembang seorang classmate (kini pesara, thanks for your thoughts), bila kita dah bersara, kita 'Buat Apa Suka, Buat Apa Sempat, Buat Apa Saja, Buat Apa-Apa Sendiri'. Pendeknya, kerja "BAS" Bijak, bijak. Memang betul apa yang dikatakan. Kerja BAS ni relaxing, tak ada tekanan dari sesiapa. Lepas tu, katanya lagi, bila malam, renung balik apa yang di'BAS"kan hari itu. Berfaedah? Buang masa? Berbaloi-baloi? Ada ringgit masuk? Productive? Tapi bila dikenangkan stress atau tekanan yang dilalui semasa berkhidmat selama kurang lebih 30 tahun , patutlah kita kerja BAS. Jangan stress sangat sekarang (sikit tak apa, kot)) Buat apa kita suka, apa saja, sempat, sendiri atau berkumpulan. Relaks. Berkebun (kalau ada kebun), melancong (kalau ada duit lebih), jaga cucu (buat kebajikan), menjadi ahli NGO (kalau dilantik pengerusi, stress juga oh), jadi penulis blog ( macam kite..ha, ha, ha......atau jadi silent reader) buatlah apa yang tak dapat kita buat atau tak sempat buat semasa berkhidmat dulu tetapi biar berfaedah.

Anyway, pagi tadi sempat saya briskwalk, mendaki Bukit Sekilau di hadapan rumah. Penat juga sebab dah lama tak mendaki bukit. Nampak beberapa pendaki memanjat bahagian bukit yang tinggi. Saya cukup di bahagian rendah. Berpeluh juga. Sambil tu terkenang esok sudah 2010. Apa-apa boleh berlaku. Tapi jangan stress, fikir yang positif, yang terbaik. Harapan semoga hari-hari di tahun hadapan lebih baik daripada tahun yang berlalu.

Selamat menyambut tahun masehi 2010. Semoga anda sihat, bahagia , sejahtera.

Bagi yang bergelar 'cikgu' yang masih berkhidmat, diucapkan selamat bertugas semula, ingat ' amanah yang diberi, kami tak persiakan, apa yang kami janji, tunai tetap kami tunaikan".....

Tambahan:
Sebentar tadi sms seorang rakan "Naik bukit tadi. Tak nampak kereta kat porch. Gi mana?"
Balasan : Saya di sekolah. Registration Tahun 1.
Saya balas: Saya kat 'Ani' . Duk relaks.
Balasan: Hee sedapnya bersara!!!
Saya balas: BAS, buat apa suka
Balasan: Yeeaaah

Kruk krek

Salam semua,

Sarapan di Khatijah. For me : Nasi Dagang, Air Suam. For him: Nasi Minyak Opor, Teh Tarik Kurang Manis.

Datang pula seorang pesara guru (lelaki). Smart aje. Baru balik jogging, sarapannya nasi minyak opor dan teh tarik. (hai!) Maka berbuallah kami sebentar, kisah-kisah pesara. Tiba nak bayar, berebutlah dua orang pesara, menggelikan hati adik, bos Khatijah.

Balik, singgah beli surat khabar di kawasan macam BBWalk. Ini Kuantan Walk. Sunyi lagi. Lengang. Kedai-kedai baru nak buka. JY nak ke kedai buku. Sempatlah saya meronda. Ada sebuah kiosk yang menarik perhatian saya, Kiosk A*ro. Terpanggil nak intai apa yang ada. Bukannya intai namanya tapi mengendung peket kerepek pisang, kerepek ubi, kerepek bawang. Memang ini yang dicari. Nak kunyah-kunyah waktu santai. Nampak pula rempah kari ayam dan daging. Ambil se. Ada kaya madu. Angkut se juga. Tapi mana bakulnya dik? Tak de. Patut sediakan. Senang nak letak barang-barang. Tak lah kendung-kendung gini! Jawabnya 'nanti beritahu bos' Eh, dah lama buka kedai (since Julai 2009) tak terfikir ke?

Anyway, suka juga ada kiosk one-stop center ni. Hasil usahawan boleh dapat setiap hari, tak payah tunggu ekspo. Hasil tempatan memang ada di pasaraya tapi susah nak cari sebab di letak di celah-celah jenama popular lain atau di pamerkan di tempat yang tak strategik. Nampak banyak lagi yang menarik di kiosk A*ro. . Tapi tunggu dululah. Tahulah saya mana nak tuju sekarang untuk dapatkan hasil usahawan tempatan bila berada di Kuantan.

Sampai di rumah, baca paper, sambil mengunyah kerepek pisang. Kruk, krek, kruk, krek...... Belum lagi depan TV.

Pagi ini

Salam,

Sejuuuk pagi ini di BS. Kabus di luar sana. Suasana masih sunyi.Hidung dah siut siut.

Cadang nak brisk walk naik bukit (dah lama tak exercise) tapi bila buka pintu.....sejuknya. Cancel. Tapi nampak juga beberapa 'pendaki tegar' dah turun bukit pun. Eh, pukul mereka dia orang bangun dan naik bukit tu?
Nampaknya, hadap PC jadinya. Nak ke rumah orang kat Klang, Putrajaya, BBB, oversea pun pergi juga. Apa cerita baru ke?? Broadband Cik C**c*m pun dah laju. Sukanya dia. Tak macam dulu, merangkak menguji kesabaran.
Terdengar ketukan lesung batu aka batu tumbuk jiran sebelah.....tuk, tuk, tuk.....apa yang ditumbuk ek? Ikan bilis? Bawang? Cili? Nak buat nasi goreng ke? Sibuklah jiran busy body ni!!!
Tapi, mengapa sampai sekarang dia tak mahu nak alas lesung batu dengan kain tebal sikit supaya tak kedengaran atau pun kurang sikit ketukan lesung dia tu? Sorinye, jiran ku kalau terbaca keluhan. Tapi ini cadangan okey.
Kedengaran juga bunyi burung merpati di belakang rumah. Terdengar bunyi gerakan sayapnya bila terbang. Hailah cik-cik merpati, suka sangat singgah rumah saya ye? Tempat kamu bertenggek dah diubah suai (supaya kamu tak dapat' berdiri' selesa), pun kamu datang juga. Mujur tempat kamu buat tempat bermalam dah dikepung. Kalau tidak, bertambah ramailah di 'homestay' ini.
Terdengar juga bunyi 'shim....ha...shim....' bukan panggilan nama 'hashim' tapi bunyi orang bersin. Kan sejuuuk di luar.
Terdengar juga bunyi enjin kereta, bunyi motor....jiran buka pintu utama, buka gate......oh dah hampir 8.00 pagi rupanya..yang bekerja pejabat dah start enjin, panaskan enjin kereta. Kereta dah mula lalu lalang di jalan utama. Suasana dah mula sibuk tapi tak sesibuk di BC.
Kabus ada lagi, dah cerah sikit, tapi saya masih sejuk lagi.

Okeylah, air dah mendidih tu, nak buat minuman panas, nak siapkan sarapan.

Jumpa lagi :-)

Berapa lama

Semalam di BC.

Me: Nek Lang balik kejap je..
Amal : Kata aje kejap tapi lama. Balik one month only. Okey
Tok Lang : 2 months
Amal : One month!!!

Hai, berlaku tawar menawar antara Tok Lang dan Amal. Kesnya: Nek Lang nak balik Kuantan nak tengok 'Istana Hinggap' di BS. Sepatutnya time cuti sekolahlah paling sesuai balik Kuantan sebab budak-budak cuti dan my sis pun cuti from her 'active' life. Mummy and Daddy pun ada hari-harinya, cuti, habiskan cuti tahun. Budak-budak tu adalah guardian kat rumah tengok-tengokkan mereka. Tapi oleh kerana setiap weekend bulan Disember ini ada je kenduri 'itu ini', 'sana sini' saya terpaksa tangguh hingga nak buka sekolah,( 1 minggu lagi) baru boleh 'cuti' lari sekejap ke BS, Kuantan.

Pagi tadi sebelum bertolak.

Iddin: Nek Lang, berapa hari lagi nak end of the year?
Me: 3 hari lagi.
Iddin: So Nek Lang ada 2 minggu aje balik Kuantan. Nek Lang balik 2 minggu aje, tau.
Me: You like me stay here or Kuantan?
Iddin: (tunjuk jari 'sini' i.e. Melaka)
Me:( sigh), yelah semuanya nek lang layan.

So, to the children at home, be good, pandai-pandai jaga diri. Luv you!!!



Darah manis


Zamzarina, tunang Azam (anak lelaki my cousin, Hamidah) KL
Kira-kira anak saudara sepupu.

Fairuz, my cousin, KL.
Anak my Uncle Hamid and Aunty Siti


Jaja, (Mr Kind Heart's niece). Anak Rahmat and Norli.
Kira-kira 'cucu-cucu saudara' lah, tak? (Melaka)
(imej dari blog Unmi Soleha)


Fatin, anak my cousin, Suzanna dan Mohd Fadzil
(kira-kira anak saudara sepupu lah) KL
(imej kiriman Mohd Farhan, abang Fatin)

Latest, Azu ,my SIL's daughter, Hjh Zaharah and Hj Man,
JY' niece ( so, my anak saudara), Batu Pahat

Salam semua,

"Lihat-lah jari ku. Sudah terikat" mungkin ini yang dikatakan oleh anak-anak gadis dalam imej di atas. Tahun ini bertunang, jangan lama-lama tau. InsyaAllah tahun mendatang ini, 2010, puaslah kita makan nasi minyak (nasi beriani, nasi tomato???) .... Inilah dia kaum kerabat yang sudah diikat. Bertambahlah extended family. Hati-hati ye, kata orang tua-tua, orang bertunang ni berdarah manis. Namun doa kami, Selamat berbahagia, di lindungi Allah SWT dan dipanjangkan jodoh. Aamiiin....

lagi hasil seni


bungkusan tapai pulut...
Dengan menggunakan 2 helai daun getah, terhasillah kelongsong tapai


bersama keluarga seorang selebriti (seni juga kan?)
Sori, yang nampak songkok dan mata tu, cucunya
yang baju merah tu, anaknya.

jambangan bunga telur, mesti ada, berkat!! jangan dibuang,
boleh kitar semula tau


hidangan special untuk rombongan pengantin, sedang direka,
udang panjat nenas dengan telur burung puyuh.
Mak Adik (SIL) memang cekap!


buah tembikai diukir menjadi sebuah bakul buah-buahan,
juga menjadi hidangan utama meja makan pengantin
Hasil gubahan Mak Adik juga.

Lokasi: Majlis perkahwinan rumah Mak Ji Zaharah dan Pak Ji Man
di Batu Pahat

Saya kagum


Saya kagum dengan pengukir ais ini. Tanpa sebarang lakaran pada bongkah ais.....


dengan peralatan ukiran khas serta kemahiran seni yang ada....


dapat menghasilkan bentuk-bentuk yang menarik


seperti ukiran sepasang angsa cantik


dan bentuk "love" dihiasi dengan pelbagai bunga hidup berwarna warni...


menjadi tempat posing para tetamu: (dari kiri) my sis, yours truly, Fazlin (adik sepupu), Syafrik (anak saudara ).

Lokasi: Majlis perkahwinan di Kampung Baru, KL


Mini mini mo


plain mini mini mo dalam kukusan


terbalikkan dia......nampak taburan anika warna?

Salam semua,
Saya dan kakak baru balik makan mee rebus ( istilah orang Melaka untuk mee kari) for lunch di sebuah warung di Malim. Sedap mee rebusnya tapi kakak kata lain kali kena bawa asam limau sendiri sebab dia beri sehiris kecik aje. Okeylah sebagai marketing manager 'What's Baking, Kak N?' saya nak share apa my sis bake pagi tadi. Tengok gambar di atas......telentang tak berseri, terlungkup warna warni. Kek Kukus Mini nama yang diberi. Nak cuba?

Bahan-bahannya
A 250 gm mentega
170 gm gula perang

B 6 biji telur
1/2 cmteh esen vanila

C 175 gm tepung (ayak dahulu)
1 cmteh 'double action powder'

D Campuran buah-buahan kering

Cara-caranya

1.Pukul bahan A hingga sebati.
2.Masukkan bahan B, satu persatu, pukul hingga kembang.
3. Masukkan bahan C, gaul hingga rata
4. Sapu acuan dengan minyak, tabur campuran buah-buahan kering, sudukan adunan ke dalam acuan
5. Kukus selama 20 minit.

Selamat mencuba :)

Ps. Dia nak bawa 'si mini' ke kelas mengajinya petang ini.

Selamat pengantin baru


6 Dis 09, Zai (kiri) menyambut tetamu dari Melaka. Sebab?


Pada 6 Disember 09, di Kpg Baru, KL, ada majlis perkahwinan anak lelaki dia. Lihat bapak pengantin, Hamzah (my adik sepupu) sibuk talipon sana sini. Alahai, Hamzah dan Zai....muda lagi dah dapat menantu! Tahun depan, InsyaAllah, dapat gelaran Tok dan Nek (Muda) :)


Ini dia pasangan pengantin: Bridegroom, Kpg Baru(KL) + Bride dari Labu (N9).Senyum riang!
Meriah sungguh!!!!
Tema Gold


Seminggu kemudian di Batu Pahat. Hjh Zaharah (kakak JY, my SIL, kami panggil dia Mak Cuk)) , suami dia, Hj Pak Man (dulu panggil Pak Man), dan anak gadis mereka, Azu, posing gembira. Sebab?


..... Pak Ji dan Mak Ji dapat menantu dan Azu dapat kakak ipar pada 13 Dis 09,
Batu Pahat (Johor) + Langkawi. Senyum malu nampaknya pengantin
Tema : Maroon

Sekarang ni penganjur majlis kahwin (tuan rumah lah) siap tetapkan warna tema majlis perkahwinan. Ada unggu, gold, cokelat, maroon, biru dsbnya. So,semua peralatan seperti pelamin, hiasan, goody bag, bunga telur ikut warna tema. Cuba tengok hiasan 'scallop' pada canopy (dulu panggil khemah). Yang KL, gold. Yang BP, maroon. Dan, dengar-dengar yang akan datang pulak, dah di tetapkan warna silver (teringat Lone Ranger 'Haiyo Silver!!!) . Jadi tetamu yang datang tahulah yang pakai baju sedondon silver tu ahli keluarga pengantin. Dulu-dulu tak adakan warna tema-tema ini kan?

PS: Tahun 2010 kena bersiap-siap. Ada beberapa orang lagi suku sakat nak kahwinkan anak. InsyaAllah.

Cupcake Victory Victoria


masih panas dari oven

keluar daripada acuan

sweet victoria

Salam semua,
Victory Victoria :=)
Itulah nama si manis di atas. Nama sebenar, Cupcake Victoria. Kakak yang sedang berminat sangat baking musim cuti sekolah ini buat semalam, Sabtu. Saya ni kan marketing manager dia, lalu muatkan lah resepi Cupcake ini untuk anda.

Bahan-bahan:
Bahan A : 150 gm gula halus
180 gm majerin

Bahan B : 3 biji telur
1 camca teh esen vanila

Bahan C : Ayak bersama -
180 gm tepung gandum
1 camca teh serbuk penaik

Sedikit jem
'Sprinkler' gula warna warni untuk hiasan

Cara-cara membuatnya :

1. Pukul Bahan A hingga kembang.
2. Masukkan Bahan B. Pukul hingga rata.
3. Sendukkan Bahan C ke dalam adunan, gaul rata.
4. Isikan 1 sudu besar adunan ke dalam acuan 'cup'. Letak sedikit jem ditengah, tutup dengan sedikit adunan lagi. Ratakan. Tabur 'sprinkler' sebagai hiasan.
5. Bakar - 180 Cent. selama 20 minit.

Akan manghasilkan 26 cupcake.

Selamat mencuba Victory Victoria !!!

Pada hari ini

Salam semua.
Saya sekarang di rumah MsHart di PT (Padang Temu). Ni guna lappy MsHart. No mousy, troublesome juga guna 'touch n go' kat pad. Pagi tadi,jam 8 am, 15 Disember 09, di sebuah klinik di Bukit Katil, selamatlah sudah Iddin, the 'superhero' of the house 'masuk jawi'. Pakai clam, tak sakit pun. Sekarang tenang dia baring depan TV, control remotelah nampaknya. Tok Lang and Nek Lang hadiah Iddin sepasang kasut sekolah complete dengan 2 pasang stokin dan kapur kasut. Itu yang dia jawab bila ditanya apa dia nak sebagai hadiah selamat berkhatan. 'Apa-apalah. Tapi barang sekolah'. But now, huh...huh...huh....:( he's crying...ubat tahan sakit dah habis!!!!!Sakit, sakit.....Daddy n Mummy dok comforting him. Senang ye berkhatan sekarang..dulu balut ( macam orang balik haji) sekarang guna mini plastik 'cup'. Dulu kena gantung kain pelikat, takut terkena bahagian luka, sekarang tak payah gantung-gantung lagi. Dah boleh jalan-jalan. Tak lama lagi lari-lari semula. Ha, ha, ha.
Iddin, Iddin dah besar tau, kena belajar buat kerja yang 'personal' sendiri, okey?
Selamat masuk jawi Iddin, selamat jadi big boy!!

Windy Mindy


Come , let's play kite

Stand on the stool. Aishah, and let it go........

Come let me show you how!

Ready, steady....

Let loose the string, Amal

Hold the kite like this, okey

And let go.....

Hee, hee, hee

Ha, ha, ha giggle,giggle giggle

See, the handsome kite finally soaring in the air

It was bright and shine and windy too. So the children had a go with 'spiderman' . They had fun....giggled and laughter all the way. The last image was taken from our BC home. We could see 'spiderman' soaring up high in the blue sky. Iddin and friends were playing kite at an open space about 4 houses away behind our house. Wow...tingginya!!!

Zero point

Salam semua,
Pernah tak anda main game 'zero point' ? Saya tak pernah main (masa tu tahun 70'an) cuma tengok aje budak-budak bermain 'zero point'. Sangat popular, mana-mana kita pergi nampak mereka (selalunya budak perempuan), di padang sekolah, di laman rumah, di taman permainan. waktu rihat (recess) merata kawasan sekolah, budak-budak petempuan asyik terlompat-lompat melintasi 'talian' getah( macam tali skipping). Sangat popular musim itu.Getah atau' rubber band' diikat secekak-cekak (1 cekak ada lebih krang 5 helai rubberband, disambung-sambung jadi tali skipping. Dua orang pemain pegang tiap satu hujung 'tali' tadi. Seorang lagi akan cuba lompat melintasi 'tali skipping getah,tersebut. Stage 1, diletak atas tanah. Mudah, boleh lintas, sebab itu dipanggil 'zero point', tak perlu energy boleh lintasi tali. Kata mereka 'kacang; je. Stage 2, tinggikan sikit ke lutut. Boleh lagi lompat. Stage 3 ke pinggang, lompat. Boleh lagi. Stage 4, ketiak. Dah tinggi tu. Tapi dengan kemahiran dan langkaun, energy, sekelip mata, boleh dilintasi. Stage 5, atas kepala. Lagi tinggi, tentu tak boleh lompat. Eh, juga dengan kepintaran dan kemahiran melompat, serta energy yang kuat, dan teknik yang tepat, cubaan boleh di atasi. Pemain yang berjaya ini akan terus lompat. Stage ini dipanggil 'timbang' lompat satu kaki sahaja sambil kaki yang satu cross melintasi 'tali' lompat, lompat, sampai tak berdaya, sampai penat. Good exercise. Boleh berpeluh dan menyihatkan badan. Siapalah pencipta permainan ini, ye? Maaflah saya tak dapat nak terangkan kan dengan visual supaya lebih jelas game 'zero point' Sesiapa yang 'children' (sekolah rendah) waktu tu faham apa yang saya maksudkan. Zaman ni tak nampak budak-budak cergas seperti dulu. Kebanyakan budak-budak zaman siber ni main game PSP, video game, game boy, computer game. No sweat!!

Mengapa oh mengapa

Salam semua.

Sekarang puas baca blog dan apa-ape je kat net. Sebab: LCD monitornya yang panjang, jelas. Tapi yang tak best nya, gambar-gambar semuanya flat...so imej yang ado jadi short, fat (a littel bit). Pada hal sebenarnya tinggi, cantik, tak ada cacatnya. Agaknya gambar dengan monitor LCD yang panjang ni ikut ukran saiz LCD, stretchable. Monitor lama yang square tu (now dah kira antik) gambar cantik aje. Kena adjust mana-mana ke? Minta tolong sikit.Thank you.

PS: Hari ini saya masak gulai kacang panjang dengan udang sederhana. Rebus telur asin. Pagi tadi buat cengkodok (cucur) kosong. Budak-budak kat rumah ni suka macam tu. Kakak buat garlic bread. Tanya Amal yang mana suka: garlic bread atau cengkodok? Dia jawab "Garlic bread" :(

Penat

Salam semua,

Malam ini baru terasa penat....tapi sempat memblog.
Pagi tadi buat soto. Kononnya untuk petang sebab ketupat segera belum rebus. Mana sempat nak padat dan sejuk ketupat kalau rebus pagi dan makan tengahari. Balik pasar terus rebus ketupat. Sambil tu kemas dan bersihkan ayam, buat bergedel kentang, buat bawang goreng dan 'aksesori' soto yang lain. Ketupat pun masak. Letak bawa kipas untuk cepat sejuk. Sambil tu, buat sup soto, rempah soto muar. Tak payah tumis-tumis. Cuma rebus air dan bila dah mendidih, masuk kan rempah soto dan ayam. Rebus dalam masa 30 minit. Mudahkan? Nampaknya tak jadi makan soto untuk petang, 1.30, ketupat pun sejuk dan padat. Jadi lunchlah kami dengan soto. Nasi putih pun ada juga tapi tak berusik. Sudah lunch, seterika sarung bantal dan selimut yang dah kering di jemuran. Cepat kering sebab angin kencang dan cuaca terang benderang. Tea time pun ulang makan soto (sedap atau tak ada apa nak makan?)
Apa nak buat dengan nasi putih yang tak berusik tu? Okeylah for dinner saya goreng nasilah. Nasi Goreng Kampung. Betul-betul kampung dengan cili padi dan belacan, tok-tok-tok tumbuk jangan tak tumbuk (taruk banyak belacan, pesan JY), hirisan kacang panjang muda (halus dan panjang). Bila makan berdesing telinga saya...pedas...but not to JY. Minum pula teh o panas. Sedapnya (compliment supaya lain kali buat lagi lah tu)
Dah masak tentulah kena kemas kan? Kemaslah pula dapur, cuci kuali dan periuk, pinggan dan seangkatan dengannya. Simpan pula yang dah kering ke 'rumah' masing-masing.
Itulah kerja saya hari ini. Mana dengan melayan kerenah dan permintaan budak-budak di rumah.....lenguh kaki ni....nak rendam kaki dalam garamlah! (Zah, boleh juga rendam dengan air laut Selat Melaka).......

Al fatihah

Salam semua.

Dapat berita sedih dan mengejutkan. Teman dan sahabat ku, Kak Zaiton binti Abu (adik kepada Zainal Abu, penyanyi asal Sungai Pahang) telah pergi ke Rahmatullah pagi tadi, jam 8.45 pagi. Arwah adalah my Form 6 classmate, printis Tingkatan 6 di SAB, KL, era pertengahan 60'an. Arwah merupakan seorang yang kami anggap macam big sister, always there to listen and comfort us. Seorang yang ceria, adventurous, suka mengusik, bersuara lunak, sedap dengar suaranya bila menyanyi. Pernah dengar suara arwah melalui drama bersiri 'Fajar di Bumi Permata' terbitan RTM 1 satu masa dahulu. Pernah juga lihat dia berlakun drama TV. Sejak meninggalkan SAB, kami tak pernah berjumpa...tapi ada sekali dua arwah contact saya(thru phone) di Kuantan. Ada juga lihat foto lamanya (waktu tu di Tkn 6) dan foto terkini melalui blog Nukilan, (penulisnya, clasmate juga). Terkejut juga dapat berita pemergian arwah. Tak sampai niat saya nak jumpa Kak Ton untuk pengkisahan zaman dolu-dolu. Namun Al Fatihah buat mu kak, Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mu. Semoga kak damai di alam sana. Semoga keluarga Kak Ton bersabar menghadapi ujian Allah ini.

PS: Yang saya tahu sekarang dah 4 orang former classmate telah 'pergi tak kembali' : Hajah Shahirah Azmi binti Mohd Amin, Abbas bin (lupa sirname), Maimunah Madarshah Zaiton binti Abu. Al Fatihah buat mereka......

Dah ready ke?

Salam semua.


Of course he is! Finally, the doc said okey, no problem, teruskan.

Ah, tunggulah mummy dan daddy cuti, baru boleh teruskan.


Disember: 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,12,13,14,15.

Tarikh-tarikh di atas written neatly on the whiteboard.

Setiap hari dia akan mengingatkan saya " Nek lang, dah tick?"

Tick apa ah?

Tick date hari semalamnya....

He's curious. Dia memang teruja, excited menunggu tarikh 15 Disember 2009. His two cousins, Naquib dam Aqlan, sudah. His close friend, Nabil, pula, akan datang.... on the 14th. Turn dia 15th Disember,Tuesday, Mummy dan Daddy akan bercuti. Semua orang akan beri tumpuan pada dia . Al maklum sajelah. His BIG day!!!!!


Yeah, soon he will a big boy. "Nanti kena panggil Iddin, Abang!"

And Nek Lang.....sure will miss the small boy with his own ways to 'settle' things, still budak-budak yang belum dapat berfikir dengan betul, happy-happy je, yang buat nek lang naik darah, yang buat nek lang ketawa, yang manja-manja dengan nek lang (makan nek lang suapkan, buatkan milo ais, sirap dan lain-lain yang tidak boleh disebut!).

Tapi tak kan selama-lamanya dia 'baby in the family'

PS: Iklan 'potong' banyak telah dipotong....


Terkini: Ahad lalu ke rumah orang kenduri. Kenduri akikah dan doa selamat. Sesampai, tengok lengang, sunyi aje!!!Ooooops salah tarikh. Sabtu (semalam) rupanya. Lain kali check dulu kad jemputan. Hari ini, Ahad. Sebentar lagi nak ke Kpg Baru, KL. Adik sepupu buat majlis kahwin anak lelakinya. Dah double checked! Memang pasti!

Asyik main je!

Salam semua....
Cuti sekolah. Apa budak-budak dan kawan-kawan (anak jiran) dia buat? Yang perempuan....(yang tahap 1 nak naik tahap 2) asyik bermain Barbie doll..pakaikan fesyen itu , ganti dengan fesyen yang lain...buat skrip, main peranan barbie..drama kejap. Bosan, tengok TV pula....bosan, hadap komputer..juga ke homepage dress up Barbie. Anak jiran sebelah rumah (Siti Aishah) dah buat rumah BC macam rumah sendiri, baring-baring , lunch sama Amal. Yelah si Amal tak ade gang. Yang sekolah menengah pula (sorang teenager tu) adalah juga tolong buat kerja rumah, yang ringan-ringan aje. Lepas tu melanguk tengok TV pula, channel yang dia sukalah, mengantuk...tidur....Yang lelaki pula, yang kecik sekali tu..asyik masuk keluar rumah.Ke mana? Mana lagi kalau tidak ke rumah classmate dia, Johan ,di sebelah rumah..Johan pun macam tu juga. Kejap baik...main tembak-tembak, main roket, main bola...kejap lagi, gaduh. Yang manisnya, bila saya cadangkan dia tukar nenek...nenek si Johan jadi nenek dia, dan saya jadi nenek Johan, dia menggeleng. Sayang juga dia kat nek lang dia. Lemas saya tengok budak-budak ni asyik main aje. Gaduhlah, jeritlah, golek-goleklah, tengok TV, rebut channel dan macam-macam lagi yang buat kita geleng kepala. Satu hari, Okeylah apakata kita belajar, asyik main aje, lupa pelajaran. Nek lang beri tuisyen....free.. Budak-budak tu suka rupanya, tunggu nak tuisyen dengan teacher nek lang. Sampai cousin si Johan, Izzat (year 4) pun nak join. Pagi-pagi mereka dah siap sedia nak belajar, ulang buat maths, eng., bm. science......spelling and mental sums. Of course berlaku juga 'fighting fighting' antara yang year one. (Saya imagine agaknya macam ni berlaku di sekolah budak lelaki). Tak boleh salah sikit. Hari ini, Jumaat, JY bawa the boys, Iddin, Johan, Izzat ke masjid negeri untuk solat Jumaat. Hai, ada pelajaran agama juga dengan ustaz (budak gelar JY guru disiplin). Hopefully they behave!

Weekend ni tak ada kelas.....tapi sudahkan latihan di rumah, okey? Jangan kata lupa nak buat!!!
Nek Lang, mengapa tak ada kelas? Kita relaks dulu.....

Frust lagi!

Salam semua.
Apa tak frust nye. Nak load gambar tak dapat. Entah apa yang tak mahu cooperate. Mengapa Picture Manager yang setiap kali muncul bila kita cucuk USB pada portnya tak timbul-timbul menunjukkan diri? Atau USB kat my card reader buat hal? Atau portnya sendiri yang sakit?Actually, saya guna card reader sejak cable kamera yang nak muat turun gambar dari kamera ke komputer rosak (ye ke?). Untuk testing, saya cucuk pula pendrive ke USB port. Pun tak berjaya. Sebelum ni okey. Tak frust tu? Adakah saya perlu download MS Picture Manager? Ada beberapa imej saya nak share dengan kawan-kawan siber. Kena tanya 'doktor' nampaknya atau sesiapa boleh tolong (Ezza ke). Terima kasih.

PS. Psssstttt.....2 orang ahli blogger ( 1 aktif, yang 1 lagi, sleeping)di BC dah ada laptop.Saya pula masih dengan desktop. Boleh budak-budak kat rumah ni guna. Saya baru ganti monitor lama (alah... yang square 4 segi tu) dengan LCD monitor yang baru 18.5". Barulah puas mata memandang....CPU pun dah diupgrade.

Kecoh

Salam semua,



Pagi Khamis yang lalu memang buat saya bingung dan kecoh. Saya nak sediakan wang untuk bayaran tong gas. Tengok kat kaunter dalam bilik saya , eh, mana pergi purse (dompet, kata orang melaka) saya bawa ke pasar tadi? Buka laci, tak ada. gelidahsusunan buku, pun tak ada. Eh? Mana saya letak? Sudah mula risau tapi buat dek aje. Pergi ke kereta. Puas tengok sana sini, tak ada. Tambah risau lagi. Dalam purse tu adalah some dollar, dan yang penting IC dan driving license!!!! Duit hilang I don't mind but kehilangan kad pengenalan dan lesen memandu buat saya gelisah. Punyanya nanti buat laporan, ambil gambar, pergi ke pejabat. Isi borang, ke JPJ lagi, oh tidak, kena denda lagi...........ya Allah mana dia purse saya? Tanya budak-budak kat rumah?Nampak purse nek Lang? Tak nampak pun. Lalu saya buat offer "siapa jumpa purse nek Lang, dapat RM50.00". Cik Imani kita mula lah gelidah kereta. Hampa. My sis pun tolong cari. Mshart pun bantu. Mungkin tercicir kat parkir(parking) di pasar. Jom cuba cari. Mungkin dah hilang lah tu. Tapi pergi juga. On the way, saya beritahu my sis, last sekali saya guna purse tu waktu berhenti di kedai simpang (AH heng) untuk beli paper,surat khaba. Jadi tak tercicirlah tu. Mesti dalam kereta. Tak jadi ke pasar. Patah balik ke rumah. Gelidah lagi kereta. Tak ada. Pergi ke pasar semula.(Dah tahu 100% tak ada but just in case). Tanya penjaga parkir. Tak ada. Saya keliru dan bungung, mungkin ,my subconscious kata saya buka purse untuk keluarkan duit. (Pagi tu saya baru ambil ubat batuk. Bingung + keliru).Kakak kata buat solat hajat. Balik rumah, terus saya ikut nasihat kakak. Minta Allah tunjukkan saya barang yang hilang, mana letaknya purse saya. Sudah itu saya ke kaunter semula. Mata saya tertumpu kepada satu benda.Dan ...jeng,jeng, jeng........tu dia purse saya. Iddin gunakan sebagai alas untuk charger game boy dia!!!!! All this while dia ada kat situ. Iddin senyum aje. Mana dia nak tahu. Terus saya buat sujud syukur
Allah telah mendengar permintaan saya. Syukur Alhamdulillah. Sukanya hati!
Memang kecoh pagi tu. Malam tu saya belanja the BC gang and the kids' choice ...of course...P***aH*t

Raya datang lagi


Biskut cornflakes

Kek Permaisuri



Cupcakes

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 2 all!
Tahulah siapa buat biskut dan kek di atas kan?
So, how was your hari raya kurban tahun ini? Kami di BC sambut sederhana sahaja. Biasalah mesti ada preparation like masak-masak. Hidangan special di BC pada hari yang mulia ini ialah set nasi tomato (with dalca, ayam masak merah) dimasak oleh siapa lagi kalau bukan Mshart. Then ada set soto Muar (with pergedel, bawang goreng) yours truly masak. Dan sudah tentu ada kek seperti imej di atas. My sis buatlah. My SIL datang bawa pula set lontong (dengan kuah kacang). Yang makannya kita sama kita aje. Pagi, solat sunat raya di Mesjid Selat.Sepanjang hari tak buat apa-apa pun, nak melayan TV, dah di control oleh Ch Ceria. Nak melayan blog pun, malas. Hujan lebat pula tu sebelah petang. Asyik buka tudung saji ajelah, jamah sikit-sikit apa yang ada. Tunggu malam. Nak tunggu episod akhir NK (wow popularlah kisah NK ini).Banyak kisah dan pengajaran, banyak 'touching incident' 'family drama 'ini Pelakun-pelakun pula menjiwai peranan masing-masing. Last night adalah episode terakhir NK. Tapi rerun NK 'atas permintaan ramai', 'tanpa iklan', is a must see program. Tak boleh miss. Itulah hari raya haji kami tahun ini. Sudah ni pula, setiap hujung minggu ada jemputan atau panggilan majlis kahwin.....dan dalam diam.....2009 akan berakhir!!! Cepatnya masa berlalu, kan?
Jumpa lagi!

Talam keladi roti

Salam 2 all,

Kan dah kata. Dia rajin nak try resepi yang baru belajar. Petang tadi dia buat Talam Keladi Roti. Tengoklah gambar di atas. Penuh taburan aksessori. So 'tempting' kan? Silap-silap macam mee hoon goreng kan? Kali ini dia nak share resepi talam ini lebih-lebih untuk orang di Klang tu, Ezzah.
Cara-caranya:
1. Roti 5 keping direndam dalam 300ml air. Rendam hingga hancur.
2. Masukkan tepung gandum Red Rose 200gm ke dalam (1), masukkan air 350ml, garam 1/2 cteh, gula 1/2 cteh. Kacau hingga sebati.
3. Keladi 300gm diparut, lalu digoreng dengan sedikit minyak. Goreng sampai wangi dan ditoskan.
4. Bawang merah 100gm, hiris, dan digoreng (untuk taburan nanti)
5. Udang kering 60gm digoreng,(tinggalkan separuh untuk hiasan taburan), masukkan keladi yang siap digoreng, garam 1/4cteh, serbuk five spice 1 cteh, serbuk lada sulah 2 1/2 ctah, air 150ml, serbuk perasa (jika suka) 1/4 cteh. Masak hingga jadi kering.
6. Masukkan (5) ke dalam (2). Kacau sebati. Kemudian masukkan ke dalam 8x8 loyang empat segi ( disapu minyak dulu). Kukus selama 40-50 mins.
7. Untuk hiasan, taburkan kacang tanah (goreng dan telah ditumbuk halus), udang kering (yang telah digoreng tadi),hirisan lada merah, hirisan daun bawang.
Tapi ingat ye, talam keladi tidak boleh dipotong bila baru siap masak, atau bila dia masih panas. Biar cool dulu.
Talam ini sedap dimakan dengan soso cili.

Okey Ezzah, jangan tak cuba pula talam keladi ni.


Saya makan sepotong aje. Sebab, dah seminggu saya batuk. Baru nak sembuh. Khuatir nanti balik semula batuk saya kalau makan banyak. Sempat juga sanak saudara berdekatan merasa talam ini, "buatan sendiri", air tangan dia, my kakak.

My sis, the seasonal baker

Salam 2 all.
First view these images....

..her collection of must try recipe...


...now, ready for this week's try out

......' please note this is an old-fashioned mixer I bought when I studied in Australia many, many years ago'...

ready to go...... can you see the grains?
...hot from the oven...banana multi grain loaf or roti pisang berkhasiat
That's her present passion. Baking!!!!For that she has been attending Baking Class for the past Sundays this month. Oh yes!! Now she knows how to make St Mary Apple Pie, Cup Cake Pisang Elizabeth, Filo Fruit Tart,Roti Ubi Kentang...just to mention a few. Her 'teacher', Mendy said, "Can make money after joining my class." Since then, every day she has been trying out the recipe learned. And do we smell aroma of fresh baked bread in the house. But those banana multi grain loaves are not for sale but as gift for close friends, charity, kebajikan.' Baking as a hobby, business out of the question. But I hope her passion in baking is not a seasonal one like blogging (her last entry was a month ago), sewing (her baju kurung only for hari raya), craft like sewing tote bags, hanging towels (once she was really into it but, now, on hold). And SHE is no other than my kakak, the knows all...and of course she masters all!!!!! Sorry, I don't have that talent.For Raya Haji, Iddin requested Sandwich Cake, a fav in the house (my mum's secret recipe)
Me: Ngah, what are the ingredients for Banana Multi-grain Loaf (Roti Pisang berkhasiat)?
Ngah: Pisang berangan
Brown Sugar
High protein flour
Multi grain
Omega Plus egg
Fresh milk
Corn Oil
Thanks Nek Ngah, the seasonal baker (hope not!!!)

Keembong

Salam 2 all,


Pokok Keembong (kimbong?), nama Inggerisnya Garden balsam, banyak terdapat di laman rumah BC. Tetapi cuma ada satu warna saje. Unggu. Bunga keembong, pada saya merupakan bunga kampung. Mudah pula tumbuh. Bila buahnya membesar, ia 'meletup' dan 'terpelanting'lah biji-biji kecil bertaburan di sekitarnya. Tumbuh melata pula pokok-pokok keembong yang baru. Kadang-kadang saya 'letup'kan sendiri sebab geram tengok buahnya yang kembong Bunga keembong merupakan salah satu bunga dalam membuat bunga rampai. Kalau ditanam rapat-rapat, sungguh cantik bila ia berbunga. Ingat saya waktu bermain dengan kawan-kawan semasa kanak-kanak dulu, kami suka petik daunnya. Ramaskan sikit dan lilitkan keliling jari. Beberapa minit kemudian buka lilitan dan , nah, dah dapat inai di jari. Bunganya kami petik untuk main masak-masak. Bunga keembong ayu, manis, menarik.

Kerana minat

Salam 2 all,

CPU buat problem lagi. HDD bawa masalah lagi. Sedihnya. Kecewanya. Sebab dah agak lima kali pergi 'klinik'. 'Ini baru ujian kecil' kata JY. Ingat nak beli aje CPU baru kalau beginilah kisah HDD ku. Isunya baru satu tahun usianya, habis 1 tahun warranty, buat hal pula.Tak ape, mari kite try anak muda ini. Try 'air tangan'nya pula. Kalau buat hal lagi, tahu lah apa nak buat. Jon (namanya)tinggal selang dua rumah di belakang rumah BC. Anak jiran (ada kaitan saudara) yang rapat juga. Kerjanya, (baru tahun ini)technician di sebuah syarikat comp di bandar Melaka. Mengikut mama si Jon, syarikat ini pada mulanya 'tak caya' pada si Jon. Jon tunjukkan bukti. Syukur, Jon diberi ilham dan dapat 'merawat' komputer-komputer yang 'sakit'. Kata Jon dia tak ada kelulusan komputer yang formal tapi ikuti kursus komp 'sendiri-sendiri' , bertanya, memerhati . 'Yang penting ada minat', katanya. (Sounds familiar to me!).Jiran-jiran dan kenalan minta bantuan Jon bila ada masalah teknikal comp. Waktu rihatnya, Jon 'merawat' komputer sakit di rumahnya. Sekarang, waktu saya buat posting ini, nampaknya HDD berjalan dengan lancar. Terima kasih Jon. Dia tak nak ambil upah, 'sikit aje'(kalau hantar kedai beberapa ringgit sudah tentu melayang ) tapi saya berilah juga sikit sebagai 'pengeras''untuk beli roti canai dan teh tarik di warung sebelah. First attempt, nampaknya 'air tangan' Jon boleh dipercayai. Tahulah sekarang di mana 'klinik' yang dekat, di belakang rumah saje!!!Syukur,pengguna-pengguna komputer ini di rumah BC (seperti Ms Hart, Iman, Amal, Iddin, MrSor) mengharapkan tak akan berlaku lagi gangguan. Boring tau kalau komputer rosak!
Moral cerita: Kalau ada minat, usaha serta tekun, semua boleh jadi. Tak perlu kelulusan tinggi untuk berjaya. Banyak sudah contoh, bukan?

Mambu

Salam 2 all,



Hari ini dapat sambung memblog semula. Sebab? Sudah seminggu CPU demam kena virus, pelbagai jenis. Dia makan semuanya!!!! Sampaikan ikon kat desk top pun dia telan.

Okey, harap tak akan berlaku serangan gelombang ke 2? 3? Ha, ha,.......ni nak cerita tentang daun mambu, gambar di atas. Ada sebatang pokok mambu tumbuh dengan megah di luar pagar rumah. Agaknya Majlis Bandaraya tanam di tepi jalan. Dahan-dahannya masuk ke kawasan laman rumah. Bila daun-daun kering serta buah kecilnya dah berselerak di laman, tugas sayalah yang membersihkannya. Sapu, sapu dan sapu. Tak boleh grumble, berleteh....kerana apa tau. Kerana daun mambu ini rupanya ada jasa kepada kita....banyak...cuba layari kat google, cari khasiat daun mambu untuk semua bangsa di Malaysia. Tapi saya masih ingat waktu kecil-kecil dulu (sekarang masih kecil), bila saya kena demam campak, arwah mak akan ambil beberapa tangkai daun mambu lalu sebat atau kibas-kibas kat badan saya. Sedapnya!!!Kan kena campak badan kita rasa gatal-gatal. Jadi daun mambu ini boleh melegakan 'kegatalan' itu. Atau kita boleh ramas-ramaskan daunnya dan letak dalam air mandian. Mandi. InsyaAllah boleh menjadi penawar. Baru-baru in, sedang saya sibuk menyapu daun-daun kering mambu, datanglah seorang jiran (wanita) minta beberapa tangkai daun mambu. Saya tanya nak buat apa? Katanya "Nak ubat sakit cacau (cacar)"

Lain kali jumpa lagi.....

Lempeng lagi

Salam 2 all,
Pagi  ini saya buat lempeng kelapa lagi!!!!!Kali ini nak jamu kawan-kawan 'murid-murid' kelas Bahasa Al Quran my kakak . Awal- awal dah buat  sambal tumis ikan bilis.  Siap, buat pula  lempeng. Kali ini bancuhan lempeng saya ubah: tepung gandum, tambah sedikit garam, telur, santan kelapa, sedikit air, sedikit baking powder, sikit gula.  Gaul rata dan jangan cair sangat. Akhirnya, masukkan   kelapa parut (kelapa muda) . Saya taruk banyak kelapa parut tu supaya lemak dan wangi lempeng nanti.  Sapu sedikit minyak dengan 'berus' daun pandan pada kuali leper. Ambil senduk, besar atau kecil. Kalau besar, besarlah ukuran lempeng. Kalau kecil, comellah muka lempeng. Jangan nipis sangat lempeng tu. Nanti tak rasa pula. Bakar dan balik-balikan lempeng. Makan panas-panas. Sedap siut you...Habis, gua cakap lu......

Mas


Salam 2 all,
Lagi satu tanaman herba di laman (yang jadi pokok hiasan) ialah Emas Cotek. Emas Cotek ini ada 2 jenis, yang jantan dan yang betina (kata adik penjual di pasar). Yang dalam gambar di atas emas cotek betina. Ia juga salah satu ubat tradisional yang khasiatnya berbagai. Antaranya,
mengeluarkan toksin dalam badan
melancarkan perjalanan darah
sakit urat saraf/sakit sendi-sendi
mengurangkan kandungan gula dalam darah
membuang kolestrol dan lemak
pemulih tenaga batin
mengecutkan saluran peranakan /merapatkan pintu rahim
mencantikkan dan melicinkan kulit
merawat paru-paru berair
pemulih tenaga batin
penawar sakit pinggang
merawat migrain
Cara pengambilan, cuci daun, keringkan (jemur), rendam dalam air panas....minum airnya untuk satu jangka masa. Eh, kalau di lihat khasiatnya, herba ini boleh jadi penawar semua penyakit nampaknya? Saya tak pernah cuba, hanya ditanam sebagai hiasan. Apa-apa pun sebarang ubat yang kita ambil mestilah sederhana, berpada-pada, kalau ter'over' pula ada 'side effect' nya, macam kita ambil 'panadol' atau ubat-ubat pain killer yang lain. Yang penting 'drink plenty of water'