@.Permatang Serai Merlimau

Hari, panas terik.
 Rombongan my nephew, Mohd Azlan sampai di rumah , his bride, Aslamiah Abu bakar in Permatang Serai, Merlimau, kurang lebih 23km dari  bandar Melaka 
Baru balik ni dan terus update, macam reporter kan?
.
 Sebelum berangkat, bersama Azlan dan aunty from KL
Khemah tema merah putih, ramai jemputan menunggu ketibaan rombongan
paluan kompang, barulah riuh rendah dibuatnya
Siap sedia melangkah, 'Pak Abu' juga ke tengah. Siapa pula yang menjadi pemerhati?
 Aslamiah turun menjemput
.Maka kami pun turut
Oh ada pemungut 'tol' tak bayar tak boleh masuk! hebatnya. Nak banyak pula tu!
Raja Sehari,sama padan sama cantik, sama cute. Menunggu acara merenjis
Tunggu pula acara makan 'high table', layan diri ajelah
.Sibuknya mengambil gambar sambil makan-makan. Best lauknya!
 Acara memotong kek!!
Selesai di rumah pengantin perempuan.

Doa untuk pengantin:
"Ya Allah, berkatilah apa saja yang mereka berdua miliki, dan berkatilah ke atas perkahwinan mereka berdua, serta Engkau himpunkanlah antara mereka berdua di dalam kebaikan"
Ameen

Kenangan


Di ruang inilah akak selalu bersembunyi
waktu bermain tutup mata atau sembunyi-sembunyi
atau saja berihat- rihat setelah turun naik tangga
bersama kakak dan kawan-kawan,
pada satu masa dahulu
nuuuun.....tahun 50 an.
.
Kini, ia menjadi kenangan.
Akak mesti singgah di ruang ini 
 (duduk sebentar )
Ia adalah sebahagian tangga di Stadhuys


Kalau anda ke Bandar Melaka dan berada
di kawasan 'bangunan merah'
cuba cari tempat ini

hari ini akak ingin diucapkan
Selamat tinggal 2011
Selamat datang 2012
Ucapan
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2012
kepada pembaca catatan akak yang tidak sepertinya ini.
Semoga Allah melempahkan kesihatan dan
serta kebahagian kepada kita semua.


.

Tahniah

  
Dari Mohd Azlan

  
Jumaat, 30 Dis 2011
Majlis Akad Nikah anak saudara lelaki saya
(my  nephew)
Mohd Azlan bin Shaukani
dengan
Aslamiah binti Abu Bakar
TAHNIAH  dan
Semoga diberkati Allah SWT
Ameen.......
  
dari Aslamiah ( ada lagi...)
  
Pesanan Pak Imam
  
Didengar dengan tekun dan teliti oleh hadirin
  
Serahan mas kahwin
  
Hai lah hai!!!!
  
Tanda ikatan, gelang di tangan
  
Sayang abah...anak dan ayah, thank you so much....siapa yang jadi saksi tu???
  
Welcome to the family, Aslamiah
  
Dua orang kuat sedang berbual, Tok Sidang (pihak lelaki) dan Pak Imam, banyak cerita, oi...
  
Jom bergambar kenangan

Itulah ceritanya pagi ini...

Tahniah Mohd Azlan 
With one lafaz, loud and clear (but so fast ah). you did it!
Now you have a family of your own,
(Azlan n Aslamiah)
Take care and all the best
Love,
From
All of us

Sampan penambang: Adventure 6

Lagi cerita pengalaman cuti-cuti Malaysia di Kuchingl

  

Pengalaman naik sampan penambang.
Salah satu tarikan saya di Kuching ialah perahu atau sampan penambang. Waktu  saya ke Kuching dulu, saya pernah cuba sampan penambang ini untuk menyeberangi Sungai Sarawak dari waterfront ke Taman Orkid. Untuk  makluman, kawasan taman orkid sekarang telah dibina bangunan ADUN  Sarawak. Waktu itu sampan di kayuh. Sekali seberang, tambangnya  50sen. Dalam Cuti-Cuti Malaysia kami kali ini, saya hendak sangat naik sampan ini. Sudah ada nilaitambah rupanya. Sudah berubah 'mode'nya . Sudah moden. Ingatkan masih dikayuh . tetapi sekarang guna motor. Bila sampai hampir dengan jeti baru  di kayuh, untuk dibuat ' turning'. Pada saya, tak ade rasa thrillnya lagi. Sekejap sudah sampai di seberang. Sampan ini masih menjadi pengangkutan bukan sahaja sebagai tarikan pelancong tetapi juga pengguna tempatan untuk menjimatkan masa dan 'fuel'.
  
Ini dia sampannya. Terasa macam scene dalam filem "Pendekar Bujang Lapok", bila Wak Mustar nak naik sampai dihalang oleh geng Ahmad Nisfu.
  
Suka naik sampan. Hati-hati, sungai ini ada buaya.

  
  
Wak pemandu sedang nak mula ke seberang, kayuh dulu sebelum 'start' motor.
  
.Salah sebuah sampan penambang menunggu penumpang. Hampir ke jeti
  
Pemandangan sebahagian waterfront. Sebenarnya kami bermula dari sebuah  jeti hampir dengan ASTANA, residen Yang di Pertua Sarawak.

  
Penumpang lain pun agaknya rasa tak puas
Dapat tangkap belakangnya saja.
  

Itulah dia pengalaman menyeberang sungai. Pengangkutan lama  yang dimodenkan.

Adventure 5: Menyusur Sg Sarawak


Posting sebelum ini cerita tentang naik feri cruising di kuala Sg Melaka.
Ini pula catatan river cruise, menyusur Sungai Sarawak. Jom kita sambung 'adventure' family 'Pak Abu' di Kuching.

seperti biasa mesti ada gambar kenangan
Penumpang duduk di atas deck. Ramai juga, pelancong luar dan tempatan.

Kami ikuti Sarawak River Cruise pada sebelah petang, kalau cuaca elok, dapatlah lihat pemandangan matahari terbenam. Dengan 'cruising' ini  kami  dapat lihat sekitar  kiri kanan tebing Sungai Sarawak, dan sebahagian bandar Kuching.  Antaranya,
...........Bangunan ADUN,  Kediaman Yang di Pertua Sarawak ASTANA

Siapa kata Sungai Sarawak sempit? Sempit lagi Sungai Melaka.
sampan pencong /tambang
menjadi tarikan. 50 sen untuk pergi seberang sungai

Sambil menjeling-jeling persekitaran perkampungan sepanjang sungai, kami disediakan minuman ringan.
jus oren dan kek lapis sarawak

Suka budak-budak ini , naik kapal di sungai.  Bilalah nak cruise di laut pula ye, naik kapal besar!
Si Iddin melambai-lambai
'Puteri Sejinjang' tersenyum..Suka ke, Amal?
Apa yang difikirkan tu?

Ini keptennya,, hari-hari kerja dia memandu kapal/feri ini. Teringat saya kepada Mr Chong, towkay nurseri.
Ai  Ai kepten..agaknya tutup mata pun boleh 'navigate'

Ini saat yang ditunggu. Cuaca baik. Penumpang-penumpang siap sedia untuk 'menangkap' pemandangan yang indah ini. Matahari mula terbenam. Kami guna kamera biasa aje, ataupun handphone camera. Klik, klik,klik.......ini hasilnya.

Hari semakin gelap. Bangunan di 'water front' terang benderang. Suka tengok bayangannya!
sepanjang water front
Bangunan ADUN
hotel-hotel mewah

Ada pula persembahan kebudayaan tarian suku kaum Sarawak sebagai hiburan sebelum kami sampai semula di jeti.
Si jaket 'angry bird' minat nampaknya

1 jam 45 minit menyusur Sungai Sarawak, sampai kami ke jeti.
Rombongan 'Pak Abu' puas hati. Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Dinner time. Nak makan di mana?
Sini ke? Ruang makan di bahagian bawah kapal, bukan untuk kami dah!



Di Kuala Sg Melaka


Gambar-gambar di atas ialah pemandangan di kuala Sg Melaka. Kelihatan feri atau bot-bot sedang membawa masuk penumpang-penumpang dari kapal yang berlabuh nun di laut, ke jeti Syahbandar. Kemungkinan penumpang-penumpang  baru sampai dari cruising (kapal) atau tiba dari Dumai! Feri-feri ke  Dumai atau Pekan Baru  atau Bengkalis di Sumatra berlabuh di jeti ini. Jambatan yang anda nampak itu  menghubungi kawasan Melaka Raya. Banda Hilir  dengan Tengkera, jalan alternarif ke Klebang dan seterusnya, mengikuti persisiran pantai. Kawasan di Kuala Sungai Melaka ini sudah dinaiktaraf dengan 'board walk' untuk kemudahan orang ramai jalan-jalan, rihat-rihat sambil menikmati pemandangan. Dulu cuma batu-batu besar di susun di tebing  sungai. Di kawasan ini jugalah  terletak buaian pusing 'Eye of Malaysia' satu masa dulu.Kelihatan juga pelancong tempatan membawa cucu meninjau sejarah  'lawatan sambil belajar.Cucu ni banyak soal pula!