Nasyid popular minggu ini

Salam.
Pernah dengar kan nasyid ini?
Nyanyian kumpulan Saujana.
Hai, sejak Shahir (bekas ahli Saujana) jadi champ AF8
makin kemundang nasyid ini di rumah PT.
Lirik korus macam ini
"Sepohon kayu daunnya rimbun,
Lebat bunganya, serta buahnya,
Walaupun hidup seribu tahun,
Kalau tak sembahyang, apa gunanya,
Walaupun hidup seribu tahun,
Kalau tak sembahyang apa gunanya..."
Bermuncung-muncung mulutnya menyanyi
Siap rekod nasyid ke dalam handphone
dan
sampai waktu solat
(khasnya Maghrib dan Isyak)
dia akan ajak saya solat.
"Nek lang siap wuduk, pakai telekong, panggil Iddin"
Dia nak azan dulu
(dan Nak Lang jawab barisan azan yang dilaungkan)
Dia nak jadi Imam.
Turut sajelah(saya kena ulang balik solat)
Sambil tu saya betulkan cara solat dan bacaan
(boleh pulak makmum behenti solat dan tunjukajar pak Imam!)
Ingat lain kali, solat jangan rush,
Ingat ayat-ayat yang nak dibaca
Ingat tertib solat.
Dapat lakukan yang basic, setakat ini,
sudah bagus..
nanti buat nilai tambah supaya solat Iddin cemerlang!
Lepas solat, berdoa,
tetapi
(yang dibaca doa selepas azan.)
Nanti Iddin ambil buku doa, Nek Lang,
Ada banyak doa boleh pilih.
Tak apa baca dalam BM pun tak apa,
Allah faham permintaan kita.
Jangan lupa doa untuk mummy dan daddy.
Bagus, Iddin, terus kan solat,
Jangan malas...
sebab
"walaupun hidup seribu tahun,
kalau tak sembahyang, apa gunanya"
Dia setuju nak bersekolah menengah Agama
Mudah-mudahan akan ada
Imam Muda
InsyaAllah
(maaf, Imam Kecil, lah Nek lang)

Cuti sekolah

Salam,
Cuti sekolah pertengahan tahun tak lama lagi.
Teringat saya waktu zaman sekolah rendah, bila cuti sekolah aje, mesti pergi ke KL...ke 99 Jalan Hale, Kpg Baru (sekarang Jalan Abdullah). Nak main dengan kawan-kawan dan saudara mara di Kpg baru. Hari akhir sekolah, hari Jumaat. Petang, jam 3.00 petang, dah berada di Perhentian Bas. Naik bas ekspres ke KL. Bila naik bas aje, tutup hidung, sebab bau minyak petrol memabukkan. Dan sepanjang jalan tutup hidung. Makan asam boi untuh tahan mabuk. Gayung kecil siap sedia, in case..... Maklumlah zaman itu mana ada bas air con. Dari Melaka ke KL ikut jalan lama....singgah rihat di bandar Seremban....oh sempat beli kacang putih atau sejenis kuih macam bentuk batu. Tak ada jajan seperti sekarang ..... Kemudian perjalanan diteruskan melalui Mantin, Semenyih, Kajang. Berliku-liku jalannya. Saya masih ingat selekoh di Mantin..naik bukit dan turun bukit, macam selekoh di Cameron Highlands. Mulalah perut memulas, nak keluarkan isi perut!!!Kadang-kadang tak tahan juga.!!!
Agak-agak 4 jam perjalanan, sampai di Stesyen Bas Pudu (belum ada Puduraya). Pakcik (adik bongsu arwah mak) dah tunggu. Kami naik teksi ke Kg Baru. Punyalah seronok bercuti di KL...main-main sepuas hati, pergi shopping kat Globe, makan nasi beriani Kassim, beli baju skirt kembang di May May, pergi pasar Chow Kit, makan nasi lemak mak cik seberang (oh lauknya sambal sotong sedaaapnya), makan mee Jawa (sedap juga) pergi Sunday Market di Jalan Raja Alang. Beli apa? Beli pucuk paku, keropok ubi sebesar pinggan makan, jagung rebus, rojak petis, sate. Ada masanya, bila musim hujan, maka banjirlah kawasan rumah Kampung Baru. Apa lagi main air lah kami. Macam itik dapat air.
Sampai masa balik Melaka semula, penggal baru sekolah nak bermula. Boleh menangis dibuatnya. Tak nak balik sebab seronok bercuti di Kampun Baru. Tapi kena juga balik. Kena paksa dengan janji akan ke KL semula cuti sekolah akan datang. Saya terseyum bila teringat zaman kanak-kanak dulu dan bila lihat kembali gambar-gambar bersama-sama rakan-rakan di Kpg Baru semasa cuti sekolah.

Kepenatan

Salam,
Dah lama rasanya tak update blog.
Kalau you all baca blog my sis, Puterihanglipoh, tentu tau sebab mengapa kepenatan.Kami dalam projek renovasi rumah 'bonda' yang telah lama di serang anai-anai. Jadi bila tiba waktu ini terpaksalah berkemas. Simpan mana yang patut dan buang mana yang patut juga. Kata sahabat kalau dah dua bulan tak nampak , maknanya tak hendak, buang aje.
Banyaknya koleksi zaman berzaman yang perlu dibuang seperti buku zaman student days di UM...sayang..tapi dimakan bubuk. Yang mana masih elok, diderma kepada Library. Berkotak-kotak juga pinggan mangkuk peninggalan arwah mak, berbagai corak, berbagai design lama, sudah boleh dianggap antik...sayang..simpan aje buat kenangan warisan akan datang. Alamari antik pun ada. Tak boleh buang, kena buat 'facelift'. Pakaian lama budak-budak rumah ini pun banyaknya. Ada yang masih elok. Derma sahaja pada jiran-jiran yang memerlukan. Sebenarnya kami segan nak beri barang-barang lama seperti baju, kepada jiran-jiran, takut fesyen dah out of date. Tapi mereka minta pula. Botol-botol plastik bekas kuih raya, pun banyak. Hi mengapa dikumpul dulu? Berikat-ikat plastik bag 'sampah' dan bertimbun barang lama, buangan. Sekarang rumah BC dah dikosongkan.. Apa yang nak diguna kemudian di transit ke "stor" atau 'rumah transit". Penat, kepenatan kemas dan pindah rumah.
Kaki pun mula sakit. Urat saraf kaki kiri, tegang. Tak boleh lipat. Bila berdiri, punyanya sakit. Solat pun buat secara duduk, sebulan lamanya. Atas nasihat, cubalah ambil supplemen TF4Life, ada lah perubahan, dengan izin Allah jua. Tapi tak boleh paksa-paksa kaki ni. Tapi macam mana tak paksa, kena jalan sana sini. Jadi, slowly but surely, kesakitan berkurangan. Ini pun tambah dengan tampal Ken*an*er plaster pada tempat yang masih sakit. Solat pun dah macam biasa.
Okeylah, sampai sini dulu, ada budak, cucu nek lang, ajak main badminton. Kaki Nek Lang sakitlah, main slow-slow boleh?.
Apa-apa pun, tak lama lagi rumah bonda di BC akan berubah wajah!!!!
Semoga segalanya berjalan dengan mudah....ameen

Kawan lama

Salam
Dah lama saya mencari seorang kawan lama.


1982
mula berkenalan
di Maktab Perguruan Islam,
ketika itu di Section 16, PJ.
Saya di Jabatan Pendidikan,
beliau di Jabatan Sains Sosial.
Hinggalah pada hujung 1985
kami berpisah.
Saya menyambung pelajaran ke USA,
beliau terus di MPI hingga 1989.
Putus hubungan..


Disember 1991.
Saya ke Ann Arbor, Michigan, US
kursus 3 minggu tajaan IAB.
Ha, dapat tahu ada seorang yang saya kenal
Atase Pendidikan,
Jabatan Penuntut Wilayah Tengah, Chicago, USA

Chicago, here I come,
Aduhai, punyalah suka dapat jumpa kawan lama saya ini.
Rupanya beliau sudah berada di Chicago sejak 1989
Banyaklah cerita saya, banyaklah cerita pengalaman dia
Ronda-rondalah kami di Chicago,
shopping, makan...

1992.
Beliau kembali ke Malaysia.
Saya tak tahu di mana beliau berkhidmat.
Puas juga saya mencari.
Ada juga terbaca nama beliau di akhbar
Macam kenal aje.
GPK lah, Pengetua lah di Selangor.
Baru-baru ini terbaca lagi nama beliau,
Betul ke? Teliti gambar betul-betul.
Takut pelanduk dua serupa...
Lady boss di Kementerian..
Untuk puaskan hati saya googled .
Memang pasti, dia kawan lama saya!!!
Wah, sejarah perkhidmatannya hebat sekali
Antaranya
Nazir sekolah, Timbalan Pengarah,Pengarah Pelajaran Negeri
dan the latest
Pengarah BPSBPSK
salah seorang orang kuat Kementerian Pelajaran.
Tahniah Ashah,
You're a determined person,
Cekal dan bersemangat


1983
Saya bersama Ashah Samah
semasa di Maktab Perguruan Islam, Lembah Pantai, KL


Kini,

Kawan lama saya, oh respectlah,
Pengarah BPSBPSK






Dulu, Kini



Gambar Staf STT, Melaka, sekitar tahun 70'an
Sekolah pertama saya berkhidmat.
Cuba teka mana saya?
Team 70'an ini hampir kesemuanya sudah bersara,
Kini, di mana mereka?
Semoga anda semua sihat sejahtera.
SELAMAT HARI GURU
rakan-rakan ku
persahabatan kita ku kenang selalu..

So Comel, So cute

Salam.
Sedang kemas-kemas ,
terjumpa satu beg plastik hitam.
Tengok, apa ada dalam nya???
Hissh,
Teddy bear pelbagai saiz, pelbagai warna
Ada Rabbit telinga panjang
Ada Hello Kitty
Ada Musical Koala Bear
and...
of course
Minnie Mouse
Tapi mana Micky Mouse ye??



Saya kumpul semua,
masuk dalam washing machine, dan
keringkan....


Dah kering,
hmmmm
Bersih, wangi, segar...
Oh tidak, tak boleh , tak boleh...
Comel, cute, amat berharga
Cancel! Cancel! Tak jadi nak export!!!
Simpan sahaja untuk generasi akan datang!


Jangan lupa yang precious ini...
Koala Bear bila diputar kunci di perutnya,
maka
ber "Waltzing Matilda" lah ia.
Koala ini dari Australia,
kenangan kakak semasa menuntut di sana.
"Jangan buang, jangan buang" kata kakak.
Saya: Oh tidak, mana boleh, walaupun telinga kirinya
dah kekurangan bulu!
(dek makan zaman!)
Yang Minnie Mouse pula,
souvenier semasa saya kunjung Disneyland, LA
satu masa dulu!

Saya sayang, Amal pun sayang.
"Don't give them away Nek Lang, keep"
pesan Amal
Yes, ini adalah collection Amal,
Nek Lang tumpang sayang!
Kita simpan dia dalam kotak khas,okey,
Sayang semuanya...


Ms No Mood datang lagi

Salam semua,
Apa khabar????
Bagi saya, Ms No Mood datang lagi. Rasa malas aje. Penat pun ada, kemas rumah.
Balik Melaka, dapat aduan,' PC tak boleh start!' Rupanya program korup. Dah hantar pada Jon untuk dibaikpulih.
Pinjam guna PC kakak sekarang ni. Nak maklumkan, buat ketika ini, blogging aktiviti saya 'on hold'. Malas rasanya nak mem'blog'. Tapi, tadi sempat juga merayau ke 'rumah' kawan-kawan yang saya 'kenali'. Nak tahu juga cerita semasa. Anyway, you all ikutlah blog my sis PuteriHangLiPoh yang ada cerita baru, Cerita Dia, Cerita Sayalah juga. Secara tak langsung ada tersembunyi sebab-sebab saya No Mood nak memblog. Tumpang sekaki ye, Angah.....
Sekian dimaklumkan.
Jaga diri ye.

Sambal belacan

Salam.
Pembaca muda belia yang sedang membaca posting saya ini tentu tak pernah dengar lagu ini atau pun tahu senikatanya. Korusnya berbunyi:

"Sam......bal belacan! Sa.....ngat sedap!
It's hot, it's hot but it's de...licious,
So sambal belacan bawa cepat!"

Lagu popular era 50'an nyanyian, kalau tak silap saya, Trez Amigos, kumpulan penyanyi keturunan Portugis di Melaka. Nah engkau, punyanya ingat:) Sambal belacan pedas tapi sedap. Pembuka selera. Kalau pergi kedai makan, mesti minta sambal belacan. Ada rakan saya tak makan belacan tapi bila masak masak asam pedas, makan pula. Kan masak asam pedas ada belacan!

Kali ini nak cerita tentang sambal belacan. Mengapa ye? Sebab di rumah ini, di BS, tidak boleh tidak mesti ada sambal belacan dalam menu makanan harian. Dan cilinya mesti cili padi a.k.a. cabai Melaka (ada lagi tak a.k.a nya?). Kalau tak ada sambal belacan, gantinya hirisan cili padi dengan kicap. Puaslah saya bakar belacan dan tumbuk cili padi. Belacannya, belacan Melaka. Cili nya pula sekarang kalau boleh dibuang bijinya (dulu hentam aje) sebab biji nya merbahaya kalau diambil banyak boleh sakit apendiks. Ada pelbagai jenis sambal belacan : perasa mangga/pauh, perasa kedondong, perasa tomato, perasa limau kasturi (ambil kulitnya)....
Di rumah ini simple aje sambal belacannya. Cuma belacan plus cili padi. Tumbuk. Tak mahu blend. Tak payah letak garam, gula, jus limau kasturi. Tugas dialah menumbuk sambal belcan kalau saya malass. Semalam dia tanya, "Sambal belacan Mak Eng tak buat ke?" Jadi, untuk menu hari ini saya rajinkan diri buat sambal belacan my SIL di BP.

Bahan-bahannya. Cili mesti di belah sikit supaya tak meletup bila digoreng.
Ye, bahan-bahan ini semuanya di goreng terlebih dahulu.


Saya guna kuali comel dengan sedikit minyak


Bahan yang telah siap digoreng, Tumbuk semuanya bersama sedikit gula


Inilah hasilnya, perahkan jus limau kasturi

Sambal belacan tadi lawannya gulai kari kepala ikan! No, no bukan saya masak beli kat kedai Pak Sheikh. Satu kepala pagi, satu kepala petang. Sekali sekali makan kepala ikan tak mengapa kan. Pesan orang, kalau selalu makan kepala ikan nanti jadi pelupa ;= (. Tapi, kan ada doa untuk dilindungi daripada pelupa. Orang tak makan kepala ikan pun boleh jadi pelupa. Ada juga petai sebagai ulam!!!


Baiklah, orang dulu ada petua nak buat sambal belacan sedap. Kata mereka, biar jumlah cilinya ganjil seperti lima, tujuh, sembilan.....kalau cili merah, okeylah, ni cili api...tak kuaso den nak kiro eh....ambiklah seadonyo. Kata mereka lagi, guna lesung batu, jangan blend, air lesung itu menyedapkan sambal. Sambung mereka, jangan tumbuk depan pintu, nanti orang lalu lalang nampak dan tanya 'Buat apa tu?'

Itulah kisah 'sam.......bal belacan, kesuka.......an dia"

Sukanika @ 'I Spy'

Salam.
More report on sports day.
This time Sukanika @ 'I Spy'
'I Spy' or School For Intelligent (Boys)
Story about Iddin n his school sports day.

One sunny Tuesday(was it?) morning
was Sukanika Day for Iddin.
Just an internal school event
but parents were welcomed.
Nek Lang and Tok Lang wakil mummy n daddy.
Kata Iddin sukan petang,
rupanya pagi.
So missed his relay event held earlier (ada ke?) but
managed to capture some shots
Iddin in action.
Iddin was well behaved (ehem, ehem)
attentive to Mr Yong's instruction.
Anyway, Iddin can really run :=)
See Iddin run....
Must show Nek Lang and Tok Lang that
'I can run'
Watch the video,
me in action...
event lari' telur dalam sudu'! (no telur but ping pong ball)
mula-mula, Iddin last, tapi
akhirnya.... Iddin menang.
ping pong Iddin, tak jatuh pun!




Iddin ,hoop and ball run, second lane from the centre


Yang cekak pinggang tulah saya!


What are we waiting???


The rest are standing except.....

PS: Nek Lang teringat hari sukan di sekolah masa Nek Lang besar Iddin.
Enjoy kan?

So now, fair and square,
Sukan Amal ada,
Sukan Iddin pun ada.
2 posting on sukan sekolah.
No jeles, jeles ,ok?

Finally,
Majulah Sukan Untuk Negara!!
Kwang, kwang, kwang
;-)

video

Nelayan-girl




Can you spot the 'nelayan-girl'?


There she is, grinning away....

Amal was proud to participate in her school's sports day last Friday, although in the march past and 'lari dalam guni' event. She kept reminding us to be back by Thursday to attend her sports day. She kept grumbling and pestering" Sports Day Kak Iman, Mummy and Daddy datang. Sports Iddin , Nek Lang and Tok Lang datang, Sports Day Amal, sorang tak datang, so please be back by Thursday,take picture". Thousands apology, Amal, we couldn't make it. But Nek Ngah attended, right, tho' for a short while (cause very hot. ma, she said!). Nek Ngah e-mailed me a few pictures taken during the march past. Look at the nelayan-girl, 'tapi Amal tak pegang bendera macam Kak Iman' (Iman was the flag- bearer for her team). Never mind Amal, supporting your team counts. Pakai batik siapa tu, ah? Red pula, very outstanding!! Did you win the' lari dalam guni' event? But really, looking at the pictures, you girls were very patient standing facing the hot afternoon sun!
Oh yes, dear readers, that's the school building you see in the background. I can spot my former classrooms during my primary school years in dear Convent HIJ. Like Amal, I only took part in the march past and 'wheel barrow race' during one of the school's sports day :=)
Wheel barrow race in orang putih land.....