Pulas rambut

Salam semua.....
Saya baru duduk menghadap makan buah ini.


Pulas,jangan tak pulas, pulasan, kayu panjang tu, pengaitnya
Kalau anda seorang yang kuat jari jemarinya, bolehlah pulas, pusing anti clokwise, lawan jam. Dari situlah agaknya nama nama diberi,P-u-l-a-s + an = Pulasan. Saya gunakan pisau aje, belah kulit, dapat isi, hai makanlah, seedddddaaaappppnye.......Pulasan 'rambut' nya, kasar sikit. Macam 'crew cut'lah. Kulitnya tebal. Setahu saya, warna buah pulasan semuanya merah gelap, merah hati.Isinya putih, lembut. Rasanya manis. Juicy. Tak lah 'acidic' sangat. Saya suka!


Belah kulit, nampak isi


Rambutan siap diikat untuk dibawa balik dari kebun 'saudara' di Muar
Yang ni pulak banyak 'rambut'. Panjang pula tu. R-a-m-b-u-t-a-n + an = Rambutan. Teringat saya, waktu Form Six dulu, ada kawan ambil kertas Lukisan. Waktu exam, kenalah lukis buah rambutan. Susah sangat nak lukis 'rambut' rambutan, dia gunting semua rambut rambutan! Botak! Pulasan atau rambutan tu? Pandai, pandai. Tadi waktu habis taichi, adalah member bawa rambutan dari kebun dia. Makanlah sebiji dua. Rasa macam gula batu. jadi, nama dia rambutan gula batu, isi tak lekat kat biji. Ada juga nama 'anak sekolah'. Don't know why. Ada yang kulitnya kekuningan. Rambutan gading? .Tapi saya tak gemar sangat rambutan. Kulit bijinya lekat kat isi, kalau tak jaga, tentu akan batuk. Nak sedap lagi, rajinlah kupas dan sejuk kan dalam fridge. Bila rasa teringin nak makan, senang.. Kalau rajin lagi, boleh juga buat jam, juice......


Buah rambutan yang disejukkan

Pulasan dan rambutan ini adalah pemberian kawan karib MsHart, sewaktu kami kunjung ke rumah dia di Muar Ahad lalu. Untung ye, orang ada dusun buah-buahan. Sampai anak cucu boleh makan. Sedekah kat jiran, dapat pahala. Atau buat jualan di tepi jalan.
Jadi antara kedua-dua buah ni, nampak sama tapi berbeza. Bolehlah cikgu-cikgu buat kemahiran berfikir kat murid-murid cikgu, Kemahairan Berfikir Banding Beza.


Selamat menjamu mata!!

6 comments:

  1. pulasan!

    semalam MIL saya bagi sepelastik..anak anak saya tak nak makan...dia kata takut tgk buah ni...hahaha...saya kata apa lah ko ni...pulasan pun tak tau ....bila saya bukak...mereka tetap tak mau makan...apa sal kulit dia keras..bulu dia keras..malas nak layan laa

    ReplyDelete
  2. Ezza,
    Saya hadap pulasan pagi tadi, tengahari layan durian...nak kau.....dah selesema.

    ReplyDelete
  3. pulasan atau rambutan, kakpah memang suka guna pisau je. Senang. makan buah dia pun hiris dengan pisau. Semalam balik kampung bawa rambutan dua guni. Macamana nak Makan? bagi neighbor dan kengkawan masih banyak lagi yang tinggal.

    Tadi buat jem rambutan. Abah kakpah pulak hiris rambutan tu, masukkan dalam periuk, bubuh air dan gula sikit. Rebus. Bila masak, sejukkan dan simpan dalam peti ais. Sedap untuk dibuat air minuman. Masukkan dalam jag, tambah air dan air batu. pergh..sedap. macam laici.

    nak link umah kakpah kat sini link lah. tak per.

    ReplyDelete
  4. Salam
    Akan cuba air minuman juice rambutan resepi abah pah. Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Nora,
    sedapnya pulasan, salah satu favourite Ummi gak nih..Kak Nora duk kat Bkt Sekilau eh..lorong berapa? My boss pun duk kat situ..hehe..

    ReplyDelete
  6. Salam ummi.
    Terima kasih singgah 'rumah'saya. Saya selalu juga rumah' Home Sweet Home' jeling-jeling resepi ummi. Rumah saya betul-betul facing Bukit Sekilau dekat kampus UiTM Kota

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.