Supaya ingat



Salam Ahad semua....

Esok 27 Julai. Tarikh yang teramat penting. Kalau akak tak tahu tak apa. Selamba aje dibuatnya . Tapi bila dah tahu, ya Allah, panik juga. Mulalah lebih berhati-hati. Takut kalau miss tarikh dan ditanya, padan muka. Tapi manusia mudah lupa (banyak makan kepala ikan)...alasanlah itu. Jadi eloklah sebelum terlambat, sebelum terlupa, baik akak bulatkan tarikh itu di kalender di depan mata. Di mana lagi kalau tak kalender yang tergantung di tingkap dekat singki, bila mencuci pinggan mangkuk, nampak reminder, bulatan merah 27.

Satu hal lagi. Akak terlupa. Ada kawan baik di Kuantan pesan bila balik Kuantan nanti belikan kan dia 'wind chime' yang diperbuat daripada buluh (This coming weekend akak balik Kuantan) Bila ditiup angin bunyinya 'teketuk, ketuuuk, terketukkkk, ketuk....' dengan lembut, berirama. Akak almost lupa sebab asyik tertangguh. Jadi baik tulis reminder

dan gantung kat internal arial TV dalam bilik. InsyaAllah tak akan lupa. Tengok TV nampak reminder. Nampak item nombor 2? 27/7/Monday renew license......driving license.....nak renew untuk tiga tahun akan datang. Tiga tahun! itu sebab, mudah lupa.
Esok, ingat, ke Pejabat Pos kita, renew lesen memandu dan ke kedai dekat Dataran Sungai, beli wind chime buluh.

4 comments:

  1. inagt kan apa tadi...tarikh 27 hb tu...
    nasib baik saya tak da lesen kereta...wakakakaaaa

    nak satu wind chime tu boleh tak...hahahahaha

    ReplyDelete
  2. Ezah,
    Wah syoknys, Ezzah 'chauffer driven' ke mana-mana. nak 'wind chime'? Boleh saje.

    ReplyDelete
  3. Dear Kak Nora,

    Dgn berbesar hatinya saya jemputlah Kak Nora datang ke rumah..ya lah, kak nora selalu dok kata about my "garden" tu...not actually the gardenlah...tapi membina tali persahabatan...itu pun kalau free..

    my e-mail: zainab180553@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. Cg Nab,
    Thanks Nab for the invitation. InsyaAllah.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.