Kembang mewangi

Salam semua....


Pagi tadi akak jalan ke kedai simpang untuk beli surat khabar dan roti. Aisaymen, tutup pula kedai Ah Heng. Next place, petrol station . I drove there and mission accomplished.(Tambahan: kat station ini ada jual jihab untuk budak-budak, comel). Then, terfikir, tak kan kejap aje keluar. Enjin kereta baru nak warm up. Apa kata, singgah kejap kat nursery bunga di Semabok. Nursery ni tak berapa jauh dari petrol station. Tengok, tengok kot-kotlah ada bunga-bunga baru. Ke sanalah akak. Jumpa Patimah, pelayan nursery Indon, peramah orangnya.'Saya cuci-cuci mata aje, Patimah' Cuci mata apa. Sambil tu sempat tanya pokok bunga kenanga. Ada pula tu. Patimah tunjuk saya pula pokok bunga cempaka. Katanya di Indon mahal harga sekuntum kenanga, RM1 sekuntum. Well, oleh kerana memang akak mencari pokok bunga yang mewangi, akak belilah kedua-kedua pokok tersebut. Kalau dah ada pokok mesti nak pasu. Belilah 1 yang besar.(Di rumah ada lagi sebuah). Dah ada pokok, ada pasu, nak tanah pula. Belilah 6 paket. Dah tu beli lagi baja, biji-biji kecil berwarna warni (sebab pokok bunga kertas kurang berbunga). Nampak pula pokok kembang pagi, ros jepun, yang petals selapis. Beli pula 6 pokok, 3 warna berlainan (yang ini senang tanam dan jaga), sepokok RM1. Jumalah semua RM48.00. Tadi beli 2 surat khabar dan 1 buku roti, RM4.80. Aisay, terlebih sudah, tak masuk shopping list akak. Akak selalu begitu. Mesti beli barang yang tak ada dalam shopping list. Bad habit!


Tiba di rumah, akak layanlah pokok-pokok yang baru dibeli tadi. Pindahkan daripada plastik semaian ke pasu-pasu. Harap-harap ia menjadi dan semerbak wangilah laman rumah ku dengan cempaka, kenanga, melur, kesidang(meninggi, belum berbunga!) dan 'yesterday, today and tomorrow'....
melur, oh, melur




cempaka





kenanga



pokok cempaka








yesterday, today , tomorrow

8 comments:

  1. Nora,
    Saya minat bunga2 sebegini...dulu ada jugak kesidang..harum, tapi dah ditebang..hu3!!
    Baru2 ni beli pokok bunga putih2 gitu...x tau nama...harum baunya.

    ReplyDelete
  2. Peminat bunga macam tu lah. Tak masuk list pun beli! I'm like that too. Mata sejuk, hati suka. Itu yg pnting. Tk gemar ke, tanam terus ke tanah si melur, cmpaka, kenanga & si sehe (smalam, harini, esok) tu? Kcuali sehe, yg lainnya bukan ke boleh jadi pokok "besau"? Kata org, cmpaka kuning lebih wangi dari yg putih. Yang si kenanga, memang wangi. Jiran saya punyai kenanga kcil+kurus, tapi semerbak bunganya bila saya gardening di luar.

    ReplyDelete
  3. penggemar bunga rupanya . sama macam kpah. suka beli, tanam tapi malas nak jaga. lama-lama mati. beli lagi wakaka....

    ReplyDelete
  4. Cg Nab,
    Saya suka bunga gini, sebab harum, kedua, namanya, manis dan ayu.

    ReplyDelete
  5. Temuk,
    Terimakasih atas cadangan. Tahu, satu hari nanti pokok-pokok itu akan membesar. Tapi tak laratlah nak cangkul, almaklumlah.

    ReplyDelete
  6. Pah,
    Dah banyak pah akak belanja untuk hobby ini. Yang penting hati puas.

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Nora,

    Saya pun minat dengan bunga, tapi, sejak saya sakit lutut,dah tak de bunga-bunga lagi dah..susah jugak nak jaga sebab payah pulak saya nak membongkok atau duduk bangun menanam bunga...tapi, saya dah cadang, bila saya pencen nanti, insyaallah saya akan mulakan semula dengan hobi bunga-bungaan ni...

    ReplyDelete
  8. Yan,
    Lutut saya pun dah mula berbunyi macam iklan anlene tu, kurang pelincirlah tu. Saya duduk atas stool bila nak tanam anak-anak pokok. Angkat dan alihkan pasu-pasu kecil boleh lagi.Ya, gardening is a good therapy. masa pencen nilah macam-macam kita boleh buat.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.