Sahur

Salam semua...
Seperti yang dirancang, untuk sahur malam tadi, akak siap sediakan dahulu bahan-bahan untuk nasi paprik ku sebelum masuk tidur. Nasi paprik ni senang disediakan sebab all-in-one, satu lauk aje. Bagi mereka yang baru nak belajar masak nasi paprik , layanlah imej-imej ini. Bagi yang dah tahu, can skip (langkau).


Sajian untuk 2 orang. Masak pada jam 4 pagi.
Bahan-bahan: 1 sudu besar cili kisar/giling, hirisan 1 bawang puth, hirisan 1/2 labu bawang besar, 2 helai daun limau perut, 3-4 batang cili padi diketuk, hirisan carrot, hirisan jagung muda, potongan isi ayam, udang 3-4 ekor. Jangan lupa 1 camca besar sos cili, juga sos tomato, sos tiram, kicap lemak manis (optional), Nak taruh sedikit gula, garam pun boleh(ikut sendiri ye). Sayur boleh diganti dengan kacang panjnag ke, buncis ke, capsicum ke. Akak guna carrot sebab sayur lain tak ada stok dalam fridge. Kalau ada sotong pun boleh. Oh ye, jangan lupa sediakan sambal belacan .Lagi ada kick rasa nasi paprik ini.



Inillah hasilnya, lauk untik nasi paprik ku
Cara membuat:
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis cili kisar hingga garing. Masukkan hirisan bawang-bawang. Masukkan potongan isi ayam dan sedikit air. Then, masukkan udang, hirisan carrot, jagung muda dan cili api. Akhir sekali, masukkan sos tiran, sos cili, sos tomato, kicap sedikit garam. Kacau rata, masak hingga sedikit pekat. Hidangkan. Jangan lupa sambal belacan tadi.
Tak habis pun kami makan berdua (sis and me). Sambal belacan pun ada lebih...bolehlah recycle, buat nasi goreng paprik sambal belacan untuk berbuka.(??????)

6 comments:

  1. salam kak nora..semalam kita gi kuantan ..jemputan kahwin..singgah makan ikan patin di temerluh ..sedapnya..hari ni puasa ye..kalau dekat boleh ngendeng lauk paprik kak nora tu kan...hehe slmt berpuasa ya..

    ReplyDelete
  2. Temerloh kan bandar ikan patin. Tengok gambar ajelah ye.

    ReplyDelete
  3. Sedap nampak nasi paprik tu...terliur saya!

    ReplyDelete
  4. Cg Nab,
    Terimakasih. Malu saya ah!

    ReplyDelete
  5. kecur air liur ni. paprik is my feveret. Senang dibuat dan sodapp..

    ReplyDelete
  6. Pah,
    Yes, one dish covers all.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.