Sehaes?


Salam....


Cuaca di Melaka tak menentu sekarang. Hari Isnin hujan tersangat lebat dengan angin kencang. Dah baca beritakan? Kawasan Bandar Melaka dan kebanyakan daerah, banjir. Rumah akak mujur tak banjir. Tapi rumah-rumah jiran di belakang naik air. Sebab longkang tersumbat. Ini keadaan di belakang rumah akak. Rumah jiran di belakang. Air tak tinggi. Tapi kesihan kat mangsa banjir....




Esoknya pula Selasa, panas pula. Tengok ni pelancong-pelancong singgah di Bukit Cina yang terbentang di hadapan rumah akak. Nak tahu. Bukit Cina adalah kawasan perkuburan Cina yang terluas, yang tertua luar dari Negara China (outside China). Sejak zaman Puteri Hang Li Poh lah. Sekarang dah di gazetkan jadi World Heritage. Tak boleh kacau. Nanti kecoh!!! Oh maintain, kemas dan rapi. Ada track jogging lagi kat bukit ini. Tapi akak tak lah jog, jog kat atas kubur-kubur tu. Oleh kerana dah jadi world heritage, jadilah Bukit Cina tempat tumpuan pelancong, lokal dan luar negara. Mereka tangkap gambar kuburlah, pokok kelapa lah. He, he, he..... Akak tumpang bangga.




Yang nampak tu, 'pintu gate' rumah akak
Hari ini, pagi, hujan renyai-renyai, mendung........
Akak: Yesterday, today and tomorrow (Sehaes...semalam, hari ini, esok!)

8 comments:

  1. Salam Nora,
    Ingatkan apa "Sehaes" tu...1st time dgr!!
    Oh begitu ya...so senanglah dpt tgk tourist setiap masa!

    ReplyDelete
  2. kak...memalam tk de nampak roh hang li poh lompat2 ke? hehhe

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Nora,

    Dah lama saya tak ke Melaka.Nantilah, satu hari akan sampai insyaallah.
    Akak ni dok kat Melaka ke atau Kuantan?

    ReplyDelete
  4. omputeh tu tak penah tengok jirat cina ke.
    Rumah you kat bukit china? Malam2 tak seram ke. (aku ni pulak yang dok imajin lebih2)

    ReplyDelete
  5. Cg Nab,
    Ada blogger beri nama bunga YTT dalam BM. Dia orang pun tengok saya.

    ReplyDelete
  6. Yan,
    Kuantan, Melaka...dua-dua saya duduk. Sekarang lebih di Melaka.

    ReplyDelete
  7. Pah,
    Ni jerat Cina lama punya wo, history macam Rock Gardenlah. Orang luar BC, memang takut.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.