Mihun Goreng Tomato

Salam semua.


Sudah lama teringin nak cuba masak mihun goreng tomato untuk sarapan. Bahan-bahan basah nya dah lama beli tapi akak ter'overdose' vitamin M (malas). Pagi ini, akak rajin sikit. Ada banyak cara masak mihun goreng ni, kan? Tapi Akak nak try resepi kumpulan rakan penulis akak, Hjh Norbi Husin dalam buku beliau, Masakan Tradisi Melayu Melaka (ulang, Tradisi Melayu Melaka). Pagi-pagi lagi saya dah siapkan bahan-bahannya. Lembutkan mi hun, jangan lama sangat Bila dah siap proses menggoreng, nampak sedap. Tapi my sis kata pedas (for herlah!). My sis juga sediakan minuman jus tembikai.(Membuat jus buah-buahn is her passion!). Nak cuba mihun goreng tomato ni?


Bahan:


1/2 bungkus mihun - rendam hingga kembang dan kemudian toskan


segenggam taugeh (akak:jangan lupa buang ekornya ye!)


15 tangkai cili kering (akak: guna cili boh je)


8 ulas bawang merah (akak: guna 5 saje sebab bawang merahnya sederhana saiznya)


5 ulas bawang putih


Segenggam ikan bilis (akak: tengok genggam anda besar atau kecil, akak,kecil)


2 biji tomato masak - tumbuk hancur (akak: blend je)


1 keping tauhu putih (akak: tauhu dah lama beli, dah buruk, ganti dengan chicken balls)


1 camca besar gula pasir


Sedikit daun bawang (akak: tak ada stok, yang tanam, dah habis)


Sekepal kecil asam jawa- ambil airnya satu cawan


Garam secukup rasa


Minyak untuk menumis


Cara memasak

1. Lada kering, bawang putih, bawang merah dan ikan bilis digiling hingga lumat. (akak blend )


2. Pijarkan minyak, tumis bahan yang digiling hingga garing. Masukkan buah tomato, tauhu, air asam jawa dan gula. Biarkan hingga mendidih.


3. Masukkan daun bawang, mihun dan taugeh. Goreng hingga mihun masak. Boleh tambah air jika perlu


Pandai-pandai anda menceriakan hidangan ye


Jus tembikai yang menyegarkan


6 comments:

  1. salam kak... sedapnya meehoon goreng tomato tu... lama tak buat... sekarang ni berpenyakit M yang kronik :S

    ReplyDelete
  2. Alang...
    cantik nampak nya meehoon ni...gerenti sedap ni...dan jus tembikai tu menawan kalbu...Kak N...nak segelas!

    ReplyDelete
  3. Pat,
    Hujung minggu ni bolehlah Pat buat untuk geng kat rumah tu. jangan layan penyalit M tu.

    ReplyDelete
  4. Ezzah,
    Sedap jugalah, mudah aje. Kak N tu memang rajin buat jus.

    ReplyDelete
  5. Sonang yo nak buat mihun ni. Nanti suruh bibik buatlah. Kakpah pun kena penyakit M gak.
    Jus tembikai tu menyelerakan.

    ReplyDelete
  6. Senang je, resepi tukang masak amtur. Murah dan mudah!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.