Satu petang@Naza

Go western!

........jadi, saya pun pergilah ke kelas masakan di Naza Hotel petang Ahad yang lalu. Belajar masak apa? Seperti gambar -gambar di atas, Western dishes. Sebenarnya, saya tak suka western-western ni tapi pergilah juga , saje nak tahu dan mengisi masa petang Ahad. Students yang attend pun 3 orang je: 2 yang betul-betul minat, seorang, tengok-tengok aje (saya lah tu) Tengok tu ye, gambar-gambar di atas, murid-murid. Mula dari sudut kiri atas ikut arah jam: a cut of Mushroom and Chicken Pie, Shepperd Pie, German Camb Goulash, Mushroom and Chicken Pie, Beef Wellington, Beef Patties, a piece of Shepperd Pie. Ingatkan peserta masak bersama-sma, bawalah apron. Tapi demo aje. Chef yang specialised dalam 'pastry matry' western ini ialah Chef WeisulKarni ('panggil saje saya Chef Wes'). Kenallah saya sekarang thyme, oregano, bay leaf, rosemary, caraway seed, paprika...(jintan manis jintan putih pun keliru lagi!) . Dalam masa kurang lebih 2 jam, siap 5 resepi. Habis demo, tea time. Tea, teh tarikh (baik punya) dengan masakan Chef Wes. Dapat juga bawa balik untuk orang di rumah rasa. Antara yang belajar tadi, saya nak cuba buat beef patties (a.k.a burger) macam buat pergedel. Mushroom and Chicken Pie pun sedap juga. Tapi saya masih tetap suka masakan gerai, yang mudah-mudah, senang dimasak, sedap dimakan. Selera kampung katakan.

Chef Wes yang memang minat memasak sejak kecil lagi. Tapi di rumah dia tak masak!

Ini caranya. Yang besar tu pembantu Chef.

Tea time, boleh tak order teh tarik Naza?

Ini dia murid-murid yang minat : my sis in blue dan Asmah
Yang budak tu Adam, anak Asmah, tester makanan
Next class 2 minggu lagi, masakan orang kahwin: nasi tomato dan lauk pauknya. Nak gi tak?
Posted by Picasa

4 comments:

  1. alang
    sedap nya ..dah drooling ni...saya suka western food tau tapi malas nak buat sebab my other half ni very kampung man....dia rasa sikit sikit jer...
    ...
    semalam saya balik KL..jumpa abah saya sebab masa saya kol dia dia kata dia sakit dada...bila saya datang kemain dia senyum dan buat teh tarik untuk kami ni...dia punya teh tarik ni best in the world kak oiiii

    ReplyDelete
  2. nampak sodap masakan tu. kalau beli dah bepuluh ringgit tu.

    kakpah rajin jugak pegi kelas masak ni.

    ReplyDelete
  3. Zah,
    Kat rumah ni, my sis yang suka. Tengoklah nanti rajin tak dia mencubanya. Abang saya pun tak suka western food. Pizza pun tak suka.Dia suka masak asam Melaka. Alahai!

    ReplyDelete
  4. Pah,
    Kelas masak hari tu berbaloi jugalah. Tapi belum cuba lagi di rumah.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.