Nasi Durian

Salam semua...
Pagi tadi, awan gelap, tanda nak hujan lah tu. Sempatlah juga buat taichi dengan gang taichi di Bukit Baru. Hampir selesai, hujan pun turun dengan lebatnya. Malas nak buat kerja rumah, cuma cuci longkang kejap (ambil kesempatan hujan) perhangatkan sambal tumis semalam dan gulai lodeh. Ada pula lebihan serawa durian yang disejukkan dalam fridge. Nasi pun dah masak. Terasa lapar. Why not makan nasi durian? Okey aje. Tak pernah makan nasi degan serawa, selalu dengan pulut atau roti. Sedap juga!! Tentu No 1 hairan. Katanya, ada kawan dia makan nasi dengan durian. Saya kata why not, macam sambal tempoyak. Yalah, budak-budak zaman High School Musical ni. Sambil tu saya layan program 'Chef Jo' (rancangan masakan style Jaafar Onn) lucu!! Kemudian layan pula 'WHI' , tajuk perbincangan "Mengapa hilang selera (something like thatlah)ketawa bila Ustaz Shukri kata 'Bila suami balik pejabat, tengok isteri asyik baju kelawar" Comfortable what wahai sang suami. And ada pula sang suami, suka pakai pelekat dan berlengeng (tak pakai baju, tak bersinglet) konon confortable. Sama-sama lah tu, yang penting kesefahaman dan jangan cari pasal.Hu, hu, hu......
Okeylah hujan dah teduh. Perut lapar lagi...
Teka teki: apa persamaan antara telefon dan jemuran?

4 comments:

  1. serawa durian tu dulu kpah selalu makan. bila cerita dengan kengkawan kpah makan durian degan nasi ramai yang rasa pelik. Emak dulu buat serawa guna santan, potong cili api dan bawang merah. Taruk garam sikit. jadi, semua rasa ada. lemak, manis, pedas, masin. Bagi yang tak pernah rasa memang kedengaran pelik.

    teka teki? Dua-dua ada tali. haha..

    ReplyDelete
  2. Salam kakpah,
    Saya baca pun, nampak pelik, serawa durian tapi ada cili and bawang bagai.
    Jawapan teka teki:tak tepat. Sebenaunya : bila kerinnnnng, mesti angkat. Kuang, kuang, kuang,

    ReplyDelete
  3. ada durian lg? :D nanti lan dtg. he he he

    ReplyDelete
  4. Lan,
    Sori..dah habis. Kalau ada nanti alang sms.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.