Salam semua....
Rumah akak ada sebatang pokok rambutan gading tanaman arwah bapak akak. Pokok ini sedang berbuah, tapi taklah banyak sebab dah lama usianya. Buahnya tinggi-tinggi pula tu (yang rendah dah habis petik) Susah nak ambil. Dari kuning dah jadi merah. Satu pagi, akak ternampak bersepah di halaman dekat tingkap bilik , kulit buah rambutan. Kulit aje, bijinya tak ada. Takkanlah budak-budak rumah ni sepahkan kulit rambutan. Marah juga lah hati ini, dah lah makan buahnya, kulit dicampakkan begitu aje. Akak tak mahu sapu, tak mahu kemas, biarkan begitu. Satu minggu kemudian, akak sapulah dedaun kering dan kulit rambutan tadi yang sudah pun kehitaman. Okey, laman dah bersih. Tup, tup.....esok paginya bila akak buka tingkap bilik, nampak sekali lagi kulit-kulit rambutan yang masih segar bersepah di tempat yang sama. Bji tak ada. Eh? Tupai ke? Kalau tupai dia gigit atau tebuk aje. Ini, kulit tanpa biji. Akak biarkan kulit-kulit rambutan begitu. Malam semalam tak dengar pula bunyi orang petik rambutan! Malam tu akak tak boleh tidur, takut dan seram dan nak dengar ada tak bunyi-bunyi orang masuk ke laman rumah atau petik dengan galah dari luar pagar rumah. Lama-lama akak terlelap juga. Esok pagi, tak ada pula kulit rambutan baru. Yang lama masih di situ. Hairan bin Ajaib, siapa gerangan buat kerja. Kulit-kulit tu masih di situ, tunggu untuk disapu dan dapat yang baru! Ada sesiapa boleh tolong akak solve the mystery?
Antara kulit-kulit rambutan yang bertaburan
Besar kemugkinan kelawar/keluang atau musang yg curi makan buah2 tu. Isi + biji mereka telan, not digested. Biji "dilepaskan" (& boleh tumbuh) di tempat lain. Kenapa tak pangkas supaya tumbuh tunas2 baru & pokok jadi lebih rendah? Sayangilah & jaga (+ baja) tinggalan berharga bapa puan itu. Salam.
ReplyDeletekluang la tu kak nora....saper lagi punyer kijer..
ReplyDeleteer..er.. nak jawpn misteri ke jawapan alam nyata. yang misteri, keh..keh.. penunggu pokok.
ReplyDeleteyang alam nyata.. kelawar ke, tupai ke. monyet pun pandai kupas buah ni..
Temuk,
ReplyDeleteKluang ye, InsyaAllah akan dipangkas supaya rendang.
Acik,
ReplyDeleteBatuk lagi? Tapi mengapa kluang tu makan bila saya dah bersihkan kulit rambutan yang bersepah? Kalau masih ada yang lama , tak pula!
Pah,
ReplyDeleteDua-dua boleh diterima.TQ