Rotan






Salam semua.



Sekarang hot news mengenai rotan. TST sudah lah ye. No comment from me. Tapi tengok ini..

Benda ini adalah hasil kraf rotan, rotan di pintal-pintal jadi seni yang cantik. Boleh buat hiasan dinding rumah, boleh dicantikkan lagi dengan tambahan bunga-bunga, dan boleh dijadikan rotan pelajar atau anak-anak yang nakal (tak, acah aje!), boleh jadi pemukul lalat 'gajah' (ada ke?) .Akak ke Dataran Sungai tadi nak beli wind chime , nampak pula benda ini. Tanya adik penjual "Apa benda ini?" "Pemukul bantal, tilam". Wah good idea, boleh tepuk-tepuk bantal dan tilam dijemuran, tak kisahlah bantal kekabu atau yang sintetik. Pukul godam lah wei! Orang-orang lama, mak-mak kita dulu guna alat ini untuk tujuan membuang hama-hama kat bantal dan tilam mahupun selimut. Kononnya bantal sekarang dust free. Betullah, free kan, jadi banyaklah habuk kat bantal tu. Sedapnya pukul bantal.




begini caranya

Kalau nak jadikan pemukul shuttlecock badminton boleh tak?!!!
Ada yang berkenan?

1 comment:

  1. Assalam,
    Di mana boleh di dapati pemukul bantal ini? Mohon bantuan. TQ

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.