Hazy Jumaat

Salam semua...
Mengapa hazy, jerebu Jumaat? Hingga masa ini petang, keadaan di luar masih berjerebu. Akak pun down dengan runny nose, selesema. Tapi taklah teruk sangat macam selalu. Dah lama tak dapat selesema sejak amal minum air herba, pagi dan petang, 100 ml pagi dan 100 ml petang. Bangun pagi minum air suam. Nak panaskan badan. Agaknya cuaca...pagi-pagi dah keluar rumah ke laman,kena embun pagi dan jerebu. Akak tidur tengahari tadi. Rihat. Tapi apa-apa pun macam mana kita jaga, apa-apa ubat dan supplemen kita ambil, jangan salahkan keadaan, jika nak sakit jua. Kita berusaha mengubatinya.....sudah ditakdirkan. Syukur, hidung sudah kering, cergas semula.

Tambahan: Akak nak tengok siaran ceramah agama Bahtera Perubahan oleh Dr Asri Zainal Abidin. Suka dengar ceramah beliau. Suka baca artikel beliau juga. Hujjah yang berani. Tapi siarannya tak sesuai waktulah 7.30, maghrib di Channel Oasis Astro 106. Ulangan...nun...larut malam. Atau sesiapa tahu bila yang sebenarnya repeat programnya?

4 comments:

  1. Alang
    patut lah pagi tadi masa Aziz nak pi kerja ,dia siap warning saya..jangan keluar pagi ni..rupa rupa nya jerubu..mana lak datang nya ye, semalam kemain lebat hujan ....
    cakap kat tati saya dah ok siket...rasa rasa ny saya sakit ni pasal siang ni makan sayur meranti dan sambal terung kot...bende2 tu kan angin..punya lah sedap makan sampai bertambah2..lawan pulak dengan cencaru goreng cicah air asam...lupa pulak badan ni banyak angin...
    oh ya..satu lagi hp saya dah kojol agak nya..tak boleh on lagi....apa apa hal call no Aziz saje ya...seelok nya pukul 6 petang keatas dan weekend....
    Alang pun jangan keluar selalu bila jerubu ni...kang asik sot sot sot jer...

    ReplyDelete
  2. Salam jumaat. minum herba apa tu.
    penyakit ni kalau nak datang dia tak kira kita bersedia ke tidak.

    mintak2 sehat le. makan asam pedas banyak2 biar sampai hingus tu meleleh. Hehe.....

    ReplyDelete
  3. Ezzah,
    Suka dengar Zah makan bertambah-tambah. Tapi awas,Zah. Eh, satu-satu kaput ni. Apa hal?

    ReplyDelete
  4. Pah,
    Akak minum air herba kemunting cina dan melanda pahit. Yakin dan dengan izin Allah..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.