Nasi Goreng Cili Padi

Salam semua.



Pagi ini Bandar Melaka hujan. Tak pergi taici tapi sifu pergi, takut-takut ada muridnya datang (walaupun hujan). Pagi ni saya rajin. Dan untuk sarapan pagi ini dah ada plan nak buat nasi goreng, apa ye? Okeylah, nasi goreng cili padi (ubaisuai resepi Hjh Norbi) Tukang masak amatur ni nak yang simple dan mudah aje. Seperti biasa, tengok apa stock yang ada dalam fridge.



Bahan-bahannya


Nasi Putih (tak kisah 1 pinggan ke, 2 pinggan ke , saya habiskan nasi lebihan semalam.Banyak juga)



15 tangkai cili padi (lebihkan jika mahu pedas lagi, kurangkan jika tak mahu )



*2 tangkai cili merah (optional, saya tambah sebab nak kan warna merahnya, cili api yang saya digunakan 6 tangkai aje, hijau pulak)



*bebola ayam- dihiris (optional)



Sayur campuran (mixed vegtables), (boleh juga sayur lain seperti kacang panjang, buncis)



6 ulas bawag merah



belacan- agak-agak ukurannya, ikut cita rasa



1 ulas bawang putih- ditumbuk



sedikit garam



segenggam ikan bilis, sebahagian digoreng



minyak masak



Cara memasak



1. Gaul nasi bersama garam (yang halus, eh)



2. Cili padi, (cili merah), ikan bilis, bawang merah, belacan di tumbuk atau blend.



3. Pijarkan minyak di dalam kuali. Goreng sebahagian lagi ikan bilis. Garing, angkat



4. Tumis pula bawang putih. Bila kuning, masukkan bahan yang tekah diblend, goreng sampai wangi.



5. Masukkan hirisan bebola ayam , sayur campur, ikan bilis goreng. Gaul betul-betul supaya bahan gorengan sebati. (Kalau suka, ikan bilis goreng boleh ditabur atas nasi bila dihidangkan.)



6. Masukkan nasi putih. Kacau hingga rata, hingga puas hati (dan penat tangan). Rasa. Kalau kurang masin, tambah garam Tapi jangan banyak sebab belacan dah masin



Ni hasilnya, kalau rajin






Nasi Goreng Cili Api (banyak 'kan? untuk 2 orang, beri jiran separuh!)




Dan ini yang malas.....nak kemas dapur dan cuci mencuci!








berselerak!!!






penuh singki!







Okey, jumpa lagi....

10 comments:

  1. amboi alang
    rajin nya pulak...nasi goreng tu macam nasi goreng cina rupa nya...
    tapi bab dapor berserak ni lah yang malas nak kemas..nasib baik lah saya ada dayang dayang yang boleh kerja ni walai pun muncung diaorang ni panjang sedepa

    ReplyDelete
  2. Salam Zah,
    Rupa sama tapi rasa lain-lain. Dia telah dimodenkan dengan menggantikan hirisan kacang panjang dengan sayur campuran. Sekarang ni alang jadi pengurus rumah profesional, gaji graduate tau!

    ReplyDelete
  3. teringat kat begedil sadin yg aunty pernah hantar kat rumah kitorang duluuuu. masa raya haji kot masatu. syedaaaap.

    ReplyDelete
  4. Oder nasi goreng satu !!!!!!

    ReplyDelete
  5. sodap mang sodap nampaknya kak..tapi tang blacan tu yg tk tahan tu.
    Acik alergik...menggaru idun nnt..hehe..

    ReplyDelete
  6. Pat,
    Pat suka ye pergedel sardin,Aunty N yang handalnya!

    ReplyDelete
  7. Acik,
    Tak apa ada alternatif lain untuk nasi goreng.

    ReplyDelete
  8. hohoho..

    dalam puasa tak bley tgok blog akak ni.. ni tak puas dah kluar air liur meleleh leleh.. huhu..

    sedapnya.. bihun tomato tu..

    tomyam pulak akak

    ReplyDelete
  9. Hi whoever you are,
    Ini baru maskan main-main.Tom Yam? Boleh saje!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.