Salam semua.....
Pagi : sarapan di 'food court' di Limbongan, seberang jalan sebuah hotel warna hijau. Popular nampaknya. Ramai pelanggan. Banyak choice. Akak makan nasi lemak bungkus (recommended by the owner) bersama teh tarik. My sis chose popiah basah dan lempeng kelapa bersama sambal tumis.Duduk semeja denga 'orang kampung' dengan anaknya. Tak kenal sangat dengan beliau ini, seorang guru 'lagi 3 tahun, saya bersara'. Tapi kenal dengan kakak dan arwah orang tuanya. Ceritalah kisah-kisah semasa. Habis makan, nak bayar, kata makcik owner, 'Tak payah bayar, ada orang dah bayar.' Makan free nampaknta. Rupanya, ada 'student' Arabic class my sis belanja (dalam diam!). Bertemu juga seorang GB (lady) sebuah sekolah rendah di Melaka. Dah lama sungguh tak jumpa beliau. Sejak dia bertukar ke Melaka dari Kuantan, jumpa sekali sahaja. Itu pun dah 6 tahun yang lalu. Suka dapat jumpa kenalan lama.
Tengahari : Lunch di Cafe Desa Baru. Sama juga. Pelanggan ramai. Oleh kerana dah makan nasi lemak pagi tadi, akak ordered kway teaw soup aje. Complete meal dengan sayur, ayam, telur. Bersua pula dengan seseorang. Wanita. My senior. Beliau suruh saya teka siapa dia. Jangan tengok kakak (kot-kot kakak boleh beri saya clue). Memang tak cam . Sorry. Bila sebut nama, then I remember. Itu pun last jumpa dia years ago. Beliau bekas guru, sama panel pemeriksa lisan satu masa dulu. 'You look the same. Muda' . Ye ke? Syukur. Alhamdulillah.
Kemudian ke Giant. Ingat nak masak nasi paprik untuk sahur malam ni. Kan esok Israk Mikraj. InsyaAllah nak puasa sunat. Tak semua bahan yang akak nak ada di sana. Terpaksa keluar lagi nampaknya petang ni. Harap-harap jadilah nasi paprik ku.
Petang : Blogging, apa lagi!
Malam : Nak makan apa? Siapkan sahaja bahan lauk nasi paprik. Nanti kenalah bangun awal-awal, tumis, makan untuk dua orang. InsyaAllah.
masakkk...jangan tak masakkk ...
ReplyDeleteberbuka apa petang tadi. besok puasa sunat senin plak.
ReplyDeleteAcik,
ReplyDeleteDah sihat? Masakkkkk....paprik satu
Pah,
ReplyDeleteAkak puasa hari inilah, Senin. Paprik makan sahur. Berbuka belumtahu lagi, makan di luar agaknya.