Jom try

Salam semua......

Semalam ada berita dalam Kosmo seorang datuk meninggal akibat tertelan buah rambutan. Untuk keselamatan,


akak buang terus biji rambutan yang ada. Tinggallah rambutan 'seedless' macam 'guava seedless'. Senang budak-budak rumah ni makan. Teringat pula akak resepi minuman yang dicadangkan oleh blogger ini. So KakPah. This is it.....air buah rambutan (macam air laichee lah)




isi rambutan dihiris + air + gula > masak > didih> rambutan lembut






Sejukkan.


Then, time masak one dish a day (bila rajin!!!) : Ayam Goreng Kunyit







Ini bahan-bahannya: Isi ayam di potong kecil, hirisan halia, hirisan bawang putih, hirisan kasar bawang besar, cili merah dimayang, hirisan daun bawang. Secubit garam, secubit gula, minyak untuk menumis dan 1 sudu besar sos tiram. (P.S. Sukatan ikut masing-masing besar mana keluarga anda)






Ayam Goreng Kunyit.



Cara membuat: Gaulkan potongan ayam dengan kunyit. Perap dan ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis hirisan bawang putih, bawang merah dan halia. Masukkan perapan daging ayam. Goreng sampai hampir empok. Masukk sos tiram. Gaul rata. Masukkan hirisan cli merah dan daun bawang. Taburkan secubit gula dan kalau nak, garam secukup rasa. Gaul rata hingga masak.


P.S. ayam boleh diganti dengan sotong putih. Tapi jangan goreng sotong terlalu lama,nanti liat, keras susah nak gigit. Macam chewing gum jadinya.


Jam : 11.00 pagi. Okey, akak nak pergi masak nasi pula..... sedang hujan di luar....


6 comments:

  1. baru seminggu tak online ni, dah jadik macam blog masak pulak....hahaha....

    ReplyDelete
  2. Cg Nab,
    Masanilah saya baru nak belajar masak. itu pun ikut kerajinan. Dulu ada priority lain.

    ReplyDelete
  3. Ezzah,
    Welcome back. Tengoklah berapa lama tahan.

    ReplyDelete
  4. salam. amacam rasanya air rambutan tu. okay tak? anak kpah kan, kalau ada buah rambutan ni sikit pun tak nak diusiknya. tapi kalau dah dihiris buang biji, sekejap je licin....

    ReplyDelete
  5. Pah,
    Serupalah kat sini. Sedaplah rasa air rambutan tu.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.