Apam serabai

Salam semua.
Ini entry akak yang kedua untuk hari ini. Ini menunjukkan akak amatlah free. No housework, no kid sitting. Ada cerita lah, tu sebab rajinnya. Ini cerita tentang kuih special di Melaka. Mungkin di negeri lain pun ada. Tapi di Melaka ni kalau kita buat atau tempah kuih ini tentu akan ditanya "Siapa mati atau meninggal?' Sebabnya masa kenduri tahlil kematian kebanyakan rumah, tak semua, mesti ada kuih apam serabai sebagai pemanis mulut. Akak baru balik dari kenduri akikah. Dalam goody bag yang diberi oleh tuan rumah, antaranya ialah kuih apam ini.
Jadi sekarang ini, bukan semasa ada kematian sahajalah ada apam serabai, di warung-warung jual kuih pun dah ada, di pasar malam ada, pasar Ramadhan pun ada. Apam serabai ini dibuat daripada bancuhan tepung beras, air kelapa parut putih, yeast, garam. Ia bersarang. Dua keping apam ditangkup di atas satu sama lain untuk dijauhkan ia daripada cepat menjadi keras. Sedap dimakan dengan kuah durian atau air sebatian gula Melaka dengan hirisan pisang. Akak suka apam serabai sebagai dessert. Sedap!


Apam serabai bersarang
Akak: 'serabai' boleh juga bermaksud 'selekeh, tak kemas" seperti dalam ayat "Eh, mengapa hari ini aku tengok pakaian kau serabai je?" atau,
"Meja kerja aku berserabai" (i.e. bersepah, tak tersusun)
Rambut dia berserabai. (kusut masai, tak bersikat)

Okey, salam

7 comments:

  1. hmmm
    tak pernah nampak pulak apam serabai ni, orang serabai pernah tengok laa..

    kalau dah cikgu tu, selama nya cikgu...siap bagi penerangan lagik tu....
    terima kasih cikgu.

    ReplyDelete
  2. Kak Nora,
    Sedap nampaknya...tentu sedap rasanya.

    ReplyDelete
  3. selalu gak jumpa apam serabai ni kat melaka. nanti kalau kpah balik melaka bolehlah roger2 nora ye. kita pi ronda tesco ke jj ke hehe..

    ReplyDelete
  4. Salam Ezzah,
    Terima kasih murid-murid.

    ReplyDelete
  5. Salam Nab,
    Rasanya manis, masam dan sedap.

    ReplyDelete
  6. Salam Pah,
    No problem Pah. Datanglah weekend boleh ronda-ronda cuci mata.

    ReplyDelete
  7. acik suka kueh ni...tk panggey apam ..panggey serabai je...heheh..
    serabai pun serabai la..tpi sodap..cocah dongan kuah doyan...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.