SIEM REAP (ANGKOR WAT)

Lawatan ke Angkor Wat merupakan kemuncak lawatan kami ke Kemboja. Angkor Wat  adalah salah satu tapak warisan dunia UNESCO. Kompleks ini berkeluasan lebih kurang 300km2 dan mempunyai lebih seratus  kuil atau monumen. Kami dipandu oleh Yunos, salah seorang pemandu khas kompleks ini. Yunos menegaskan tujuan lawatan ke AngkorWat bukan kerana sebab keagamaan tetapi 'kita ke sana untuk melihat kepakaran orang dahulu dalan seni ukiran serta mengetahui sejarahnya"

Untuk melawat kompleks Angkor Wat kami diberi tiket satu hari lawatan 20USD.  Tetapi oleh kerana 28 Mei adalah hari akhir kami di Kemboja (3.05pm 'terbang' pulang), kami cuma berada di Angkor Wat separuh hari sahaja. Di kaunter tiket, gambar kita akan dirakam dan dicetak atas tiket. ini perlu disimpan baik-baik sepanjang dan perlu ditunjukkan bila-bila masa kepada pengawal kompleks.

 Kami difahamkan jika hendak melawat Angkor Wat eloklah waktu pagi, lebih sejuk dan dapat melihat keindahan matahari terbit. Kami sampai di sana lebih kurang jam 8.00 pagi. Sudah mula panas, pengunjung pun agak ramai.

Gelap,,,,,rakaman menghadapi matahari

Gambar dari Google....ini baru terang
Monumen keagamaan terbesar di dunia ini dibina pada ke 12 oleh Raja Empayar Khmer, Raja Suryavarman 11. Mulanya ia adalah kuil untuk penganut Hindu Kemudian bertukar menjadi kuil penganut Buddha sehingga hari ini. Banyak ukiran terdapat di tembok sekeliling Angkor Wat. Ukiran ini menceritakan pelbagai kisah yang berlaku di zaman Raja Suryavarman 11.






Lawatan kami seterusnya ialah ke Angkor Thom. Untuk ke sana kami menaiki tuktuk. Kami melalui pintu masuk South Gate. Barulah jumpa Bayon Temple.

 Ia juga antara yang popular untuk dilawati kerana mempunyai menara-menara batu yang di penuhi dengan ukiran dikatakan mirip wajah Raja Jayasurya V11. Wajah-wajah diukir di setiap arah: utara, selatan, timur dan barat.





Oleh kerana lawatan hanya separuh hari, tak sempat ke kawasan-kawasan yang lain di kompleks seperti yang  paling menarik dan terkenal dengan pokok-pokok yang membesar di atas bumbung. Pernah dibuat filem di tempat ini.

Yang paling best sekali kami balik semula ke hotel dengan tuktuk...agak jauh juga dari kompleks Angkor Wat ke hotel. Dapat juga akhirnya naik tuktuk keliling bandar Siem Reap.






Angkor Wat yang juga pernah disebut-sebut semasa sekolah dahulu menjadi kenangan, Nak tahu lagi? Tanya Pakcik Gugel, orait.....

2 comments:

  1. angkor wat tu mmg tahu sikit2 masa belajar sejarah zaman skolah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun belajar dah berzaman dulu. Baru ni aje dapat lihat kenyataan.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.