Abang nak tuisyen

Dengan malu dia berkata, "Nek Lang, abang nak tuisyen. Ma kata tuisyen dengan Nek Lang cuti sekolah ni."

Biar betul, abang. Tahun lalu Nek Lang nak ajar abang, abang tak nak, .Banyak bermain. Tapi saya sukalah semangat dia, nak belajar. Dia di Tahun 2 tahun hadapan. Dia kata nak tuisyen Bahasa Inggeris.

"Okey. datang selepas solat zohor, bawa buku tulis serta pensel."

'put one finger after every word'
'as you write, spell the word'
'now, please read what you have written'
 Ulang, ulang, ulang..sampai dia dapat kenal perkataan. Sampai dia dapat baca, walaupun tersekat-sekat.

 'Balik rumah nanti, baca pada ibu apa yang abang tulis, ye'

Pagi tadi, saya tanya ibunya ada tidak abang buat apa yang saya suruh?
Dengan senyum ibunya berkata "Dia kata, ma....tengok ma...abang baca..nek Lang ajar abang baca,'
Nampak gembira di wajahnya, Semoga abang akan terus datang belajar.

Kelas selepas zohor hari ini , bahan bacaan yang lebih mudah akan digunakan...siri buku yang ada gambar beetle merah bertompok hitam tu!
Harap-harap dia akan hadir. Maklumlah cuti sekolah.

Semoga abang bertambah konfiden penggal sekolah tahun baru nanti.

"Once a teacher, always a teacher"

Cara makan mee ala Hang Tuah


Anda pernah dengar cerita mengenai Laksamana Hang Tuah kan?
Salah satu kisahnya , Laksamana ada cara tersendiri untuk melihat Maharaja Negeri China waktu beliau berada di sana.
Beliau makan sayur kangkung dengan mendongak (memandang ke atas) . Dapatlah beliau lihat wajah Maharaja China itu!
Macam ni lah. Budak comel ini bukan saje datang main bola sepak. Satu pagi dia datang sarapan, Makan Mee goreng. Lihat cara dia makan..

Ambil seurat mee
Dongak ke atas dan masukkan mee tadi ke dalam mulut
Bila lah nak habis mee ni, Kimi?

Ha, waktu 'mengarang' posting ni terdengar suara di pintu pagar belakang, memanggil.
"sorry, Kimi, hari ini 'taska' Nek Lang   tutup, cuti, okey"
Sukanya dia datang ke mari.
.


Anak harimau

Bakal mengaum tidak lama lagi. Lihatlah gelagat 'anak rimau' ini. Dia nampak bola terbiar di laman rumah BC, Diam-diam dia masuk ke laman, terus tuju ke bola dan tendang!. Kemudian dia terkedek-kedek lari, (comelnya) kejar bola dan tendang lagi.  Penuh semangat, Tak pakai baju pula tu. Orang Melaka kata :berlengeng'

(Sekali pandang, macam dak Lat...budak kampung tu...kenal kan?}

Apa lagi abang kita ni, 'rimau remaja',   pun turun padang, libas..


Begitulah  budak lelaki, bola sepak juga pilihan mainan, nak pula semangat 'rimau rmuda' masih berkobar-kobar
Akhirnya...
Penatlah Nek Lang!!!

Norzailina Nordin

My BFF, Pn Hjh Farida Kazi yang sangat mesra dengan old girls' AFZAN

Saya diperkenalkan kepada beliau,"Pn Hajah, kenalkan, Norzailina Nordin, satu masa dulu pelajar Afzan.Sekarang seorang novelis dan penulis buka masakan terkenal."
Ye ke? Tahniah...cikgu gembira. Walaupun saya belum bertugas di SMKTA waktu beliau bersekolah di sana, namun saya turut rasa bangga dengan pencapaian beliau.  Setiap mantan Pengetua, Norzailina menghadiahkan senaskah buku masakan beliau. Kepada sekolah juga beliau turut menyumbang beberapa buku masakan serta novel-novel karya beliau.


Walapun cg tidak berapa kenal Norzailina, cg merasa bangga dengan pencapaian kerjaya anda. Semoga anda terus maju, dalam 'cooking n writing'
Terima kasih atas hadiah "Belajar Memasak-masak, Langkah Demi langkah" Berguna sangat untuk cg yang sedang 'melangkah' dalam masak memasak ini.
Terima kasih masih ingat lagi  SMKTA.
Hidangan ......Bukan masakan Norzailina.

Cakna Kasih


Saya terima undangan daripada sekolah lama.


Maka dengan gembiranya saya pun hadir pagi tadi Jumaat, 18/11/2011.
Tujuan majlis? Baca aje kad di atas. Sudah lama sekolah memperjuangkan sebuah dewan, akhirnya tahun ini menjadi kenyataan. Yang membuat saya terharu ialah ingatan Pn Pengetua sekarang  mengenang jasa mantan 9 orang pengetua SMKTA ( kini semuanya telah bersara dengan gembiranya!!!) Lalu kami dijemput sorang-sorang demi sorang naik ke pentas untuk menerima cenderamata kenang-kenangan daripada KDYMM Sultan Pahang. ((sebelum naik pentas, praktis dulu cara mengangkat sembah serta belajar ucapan terima kasih "menjunjung kasih, Tuanku". Silap-silap nanti tercakap "Kamsahamnida"
Saya, pengetua ke tujuh sekolah tersebut. Sangat teruja sekali, kami diberi penghormatan sebegitu rupa. Terima kasih Datin Seri! Lain kali undanglah kami lagi, ye.

"Melaka tak ada Sultan" usik KDYMM
Usik Tuanku lagi "Kenal Tun Khalil Yaakub"?
Saya jawab "Kenal!".....hi, hi....
Tak de I Pad ke? Gurauan aje. Yang penting ikhlas. Jam tangan, sama tapi tak serupa.
Terima kasih, Datin Seri Pengetua.

Suasana sudah tentu meriah, hendaklah pula hari akhir sekolah tahun ini. Hari ini juga ibu bapa datang ke sekolah untuk menerima wang bantuan RM100 anak masing-masing. Mereka juga turut serta menghadiri majlis.
Layan dululah  gambar-gambar berikut. 

Lihat langit mendung...
Gerbang belon warna warni. Eh, ada carpet belum dibentang.
Pn Pengetua ,bertudung gelap,sibuk memantau persiapan terakhir.
Teringat satu masa dahulu. sigh!
Pagi lagi dah sampai, gambar diambiloleh abang polis yang bertugas
Yours truly bergambar bersama teman-teman lama, dari kiri Pn. Norlizah, Datin Roiga, Hjh Rohimah
MB, KDYMM, Pn Pengetua sedang mengikuti 'trailer' mengenai SMKTA
Baginda mesra rakyat. bertanya sesuatu pada pelajar. Tergagap-gagap nak jawab.

Banyak lagi gambar. Tapi saya tak dapat bergerak bebas.  Kena jaga protokol, must behave! Cukuplah setakat ini, nanti saya sambung lagi!
InsyaAllah....

Terdetik, detik

 Pagi Isnin14/11/11 di Aqrab, Bukit Beruang, Melaka.

Kami tak lepas peluang. Nak tau jugalah pasal isu yang menarik ini.

Ust Ghazali Ibrahim
 Anda tentu perasan wajah Ustaz Ghazali Ibrahim kan?  Ustaz adalah adik kepada arwah Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani, ingat tak?)
Selama hampir 3 jam Ust telah menyampaikan ceramah mengenai ilmu faraid, wasiat dan hibah.Yang hadir cukup teruja dengan kupasan mengenai harta pusaka. Kata Ust 'RM42 billion pusaka belum dituntut' (di negara kita) akibat daripada permasalahan pusaka di kalangan umat Islam. Ceramah  Ustaz berkesan sekali. Banyak contoh-contoh diberi. Adakala serius, ada kala kelakar. 


Tak cukup menyoal ustaz semasa ceramah tetapi sudah sesi pun masih nak tanya lagi.Tanyalah ustaz! Ini peluang keemasan puan-puan....(yang paling ramai menyoal!)


Ustaz jadi selebriti sudahnya!

Pesan Ustaz
"Selepas ini (lepas ceramah dan membaca buku tulisan ustaz sendiri) terdetik dalam diri kita untuk segera berpakat sesama keluarga bagi menguruskan dan menyelesaikan pusaka peninggalan arwah ibubapa kita"
dan
"Kita sendiri segera membuat perancangan harta pusaka dengan mengambil langkah menulis Surat Wasiat Pentadbiran Pusaka atau menulis Surat Pengisytirahan Hibah atapun menulis Surat Pengisytirahan Harta Sepencarian"

Terdetik-detik di hati mengimbau kembali pesanan Ustaz Ghazali bin Ibrahim.
Terima kasih Ustaz!

Pencinta kucing

"Nek lang, Nek Lang
ada anak kucing kat kayu-kayu tu,
Boleh pinjam tak Nek Lang, buat main"
jerit anak-anak jiran.



"Ambil pun boleh!"
jawab Nek Lang
yang geli pada anak-anak kucing.

 lalu berkejaran budak-budak tu tangkap anak-anak kucing pendatang

hinggalah dalam dakapan
Aishah, pencinta kucing



Pesan  Nek Lang
"jaga anak-anak kucing tu baik-baik,
beri dia makan dan minum susu"

Dalam rumah,.
kedengaran suara-suara menangis di luar.....
bergaduh lah tu berebut nak dakap anak kucing.
Kesian mak kucing,
tentu akan tercari-cari
'mana anak aku!'
ngiau, ngiau......

Rindu serindu-rindunya

Salam Baitullah, 
Khabar Haji
membuat hati ini 
rindu serindu-rindunya....

Mari dengar
lagu yang menggamit rindu



SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
SELAMAT HARI RAYA KORBAN
SELAMAT HARI RAYA HAJI