Salam semua.
Selepas tai chi pagi tadi Kak Saripah bawa kami sarapan. Sarapan d mana? Kak Pah nak belanja kami di kedai ala arab-mamak di Kompleks Mesjid al Azim. First time saya ke sana. Apa yang ada? Pada cermin depan kedai tercatat senarai bermacam-macam jenis capati, tosai, nasi baryani, roti canai, murtabak dan lagi, dan lagi. Saya makan tosai bawang. Sedap juga....warm and still crispy, panas dan garing. Ada juga disediakan vadai ,tapi saya tak sukalah. Tak ori rasanya sebab kata yang mahir buat vadai (dalam kumpulan kami tulah) doughnya campuran tepung. Saya tak fahamlah tepung apa. Oleh kerana first time ke sana, mata ni liar pandang sekeliling. Berasap! Ah? Macam di kayangan ke? Bukan , ruang makannya berasap yang datang daripada ruang masak yang ada di satu sudut kedai itu. Jadi bila tukang masaknya buat tosai ke, capati ke, roti canai ke, asap 'bersepahlah' di ruang makan. Sepatutnya (semestinya!) ada suction fan atau ventilation fan. Ada satu tapi salah tempat, jauh daripada ruang masak. Jadi bila kami habis makan dan keluar, terlekat bau asap di baju. Patutlah pengunjungnya pilih makan di luar kedai....berangin. Oh, dah kenyang ni tak jadilah nak buat jemput-jemput bawang. Cadangan balik tai chi nak buat jemput-jemput bawang cicah masak lada ikan tenggiri, lebihan semalam. Petang ni pula ada kakak yang baik hati nak bekalkan Nasi Baryani Ayam. Alhamdulillah.
Untuk makluman saya suka satu saluran baru di Astro, RTM Muzik Aktif Ch 180. Sambil blog dengar lagu dan menjeling- jeling video clipnya.
Satu lagi...dah nonton TALENTIME??? Pergilah tengok kalau belum, Yasmin memang hebat!!!
Pirate????
Pirate???? What? Real one??? Ori??? Fancy dress, Treasure Hunt' was the theme. So Daddy had to make over as 'captain pirate' to the delight of the children. 'Please, nek lang, please bring us to Daddy's office. Amal nak tengok daddy in his pirate costume'. So Amal,Iddin and Nek Lang made a special trip to see Daddy make over as 'Captain Hook(?), 'no hook ah Daddy?'
Princessangel with one of the 'harta karun'
Princessangel with one of the 'harta karun'
Princessangel with Captain
Iddin, picture below, was shy-shy cat,
money or your life?
The loot....lots of gold (and tembaga)
Thanks daddy, we thought we were in the Land of the Pirates!!!!Tutup lampu weh!
Vimmyasmin reminded me (maybe to other friends too) that night. Thanks Vimmy. I did support the call but not for an hour, no, no. I had the lights at the so called porch turned off (so the house compund was dark), the lights at 'rumah atas' too, so were the lights in the hall and in the bedrooms. But we had the fan, the air cond (in the bed room) on, because through experience when there were blackouts, it would be hot, stuffy and of course the mosquitoes! Only the kitchen light was on. So was the TV 'cause 'kalau kita boleh tengok wayang dalam gelap, kenapa kita tak boleh tonton TV dalam gelap juga' so said host Che Mah (on her promotion to watch AF7 Concert that night). And we did not want to miss THE concert (though my sis dozed off halfway) So no 100% support. During that few moments, the idea of what if somebody, uninvited guests, come sneeking, prowling at the compund, you know stories of how people take advantage of the dark. So it was the feeling of 'takut, seram, cemas'. We had the lights on again,.....but we did support Earth Hour, in a way!!!
Merpati lagi
Tak sudah-sudah. Bosan. Merpati lagi. Bila buka dapur ke belakang rumah, swoooooosh,bunyi sayap merpati terbang. Terbang ke bumbung jiran belakang. Jiran sebelah masih tabur sisa makanan di halaman belakang rumah. Mana tidak merpati suka tempat ini? Rezeki senang. Saya masih lagi hampir setiap hari cuci dan berus dan sental kotoran yang ditinggalkan. Kami kurang senang dengan keadaan ini. Hama burung lagi! Saya dah maklum sekali kepada jiran satu masa dulu dengan harapan diberi perhatian. Sekarang JY sedang berusaha memasang 'netting' kat bahagian atas tiang, tempat hinggap. Tengoklah hasilnya nanti. Harap-harap orang sebelah rumah faham-fahamlah bila nampak netting tersebut. Entahlah, serba salah!
No grade
Salam semua.
Ee mahalnya! That was the comment JY made after having breakfast at one of the kopitiams in Kuantan this morning. This was the first time we had breakfast here. Taklah special sangat. We had teh tarik, (ordered kurang manis tapi yang datang manis bukan lagi lagi and very panas pula tu), karipap kentang each, nasi lemak with sambal tumis petai for him and plain mee hoon goreng for me. Overall grade JY? No grade, was the reply. Cost for the simple breakfast RM18.00! But still morning customers keep coming to 'enjoy' the 'delicous' food there. Sedap lagi makan kat gerai makan di pasar besar Melaka Sentral or Nasi Dagang from Restoren Khatijah , or laksam from Pasar Besar Kuantan, kata juri. Kedai biasa lagi best kan? Then as we were the passing the market, JY asked "Nak masak ke?". Baiknya hati suamiku ini, tanya pula nak masak atau tidak? Sure jawabnya tak nak. Beli lagi jimat! Makan berdua je.
Anyway, I'm blogging using JY's laptop. My CPU selalu giving problem, slowlah, hanglah. Bila hang kena restart. So JY decided to readjust the system, whatever. But had to wait till Monday (tomorrow) for the 'clinic' to open.
Okey, nak ke hardware shop, nak beli jaring, nak tangkap burung ke?
Update: Dah lama tak makan Mee Goreng Mamak. Singgah di Zam Zam : Mee Goreng Mamak 2. Teh Tarik for him (again) and Ice Lemon Tea for me. Sedap...
Poor thing
Last night at Bukit Cina...
Iddin : Nek Ngah, can you please make me Milo.
Nek Ngah: (jokingly) Donno (don't know how to make Milo)
Iddin: What about syrup?
Nek Ngah: Donno how to make.
Iddin: (frustrated)You can make what? (What drink can you make?)
Nek Ngah: Air suam (warm water)
Iddin: Oklah, I want air suam.
Poor little Iddin...air suam, air suamlah.

Lunch
Salam semua. Minggu ni malas nak masak. What's for lunch? Di mana boleh, tapau je.
Isnin : Ikan patin masak tempoyak, peria goreng cili, sambal kentang goreng.
Selasa: Gulai kawah (to me , masak kari daging), tom yam ayam, goreng udang kertas, sayur lemak sambal belacan. Gulai kawah ada lebihan. JY pesan simpan dalam fridge untuk dimakan dengan roti. Rabu: Lunch di Sri Malaysia (dengan izin JY) bersama Datin Narimah. We had rojak buah dan popiah goreng for appetizer (buka selera kata orang) sambil menunggu main dish, (we went western), fish n chips. Minum, Narimah had carrot juice and me, air asam boi (sedap!). Oleh kerana dah lama tak jumpa, kami lepak-lepak, tukar-tukar cerita dari jam 12.45 hingga 3.30. Another friend (retired but still working) supposed to join us. We called her 'al mudarisun' (teacher in Arabic). But she could'nt make it, busy at JPNP. Uurrgggh.
Khamis : Maznah, my immediate neighbour, hantar satu dulang complete set nasi minyak dengan lauk pauknya. Patutlah ada bau sedap dari dapur Maznah. Dah jimat lunch kan? JY pula perut tak selesa. Instead he had roti makan dengan lebihan gulai kawah yang diperhangatkan.
(Terdengar bunyi burung-burun merpati sedang lunch, ribut n rebut)
Esok? Apa cerita? What's for lunch?

Akhirnya
Salam semua.
Isnin. Took a 5 hour smooth journey to Kuantan. Alhamdullillah. Makanan tengahari siap di meja, JY beli lah. Rumah pun dah bersih. Siap vacuum dan mop. JY bersihkanlah. Thank you so much. Tapi belakang rumah? Tak bersih. Si burung-burung merpati telah jadikan belakang rumah 'budget hotel' mereka! Apa usaha lagi untuk menghalau burung-burung merpati? Kalau sejoli boleh diampun, ni panggil suku sakat bagai. Riuh 'mmm...mmmm' bila menjelang senja. kongsi ceritalah tu. Malam tahu pula tidur. Pagi tadi, saya pulun bersihkan kekotoran yang ditinggalkan. Ranting-ranting kayu bersepah. JY sedang fikir idea nak halang kembalinya burung-burung itu.
BTW, akhirnya saya dapat rebate ikhsan kerajaan. Rebate apa? Rebate subsidi minyak petrol. Orang lain dah habis belanja agaknya. Saya baru nak dapat. Pegawai kat pejabat pos kata, katanya, pemulangan rebate ni extend hingga 14 April 09 khas untuk yang road tax tamat pada akhir bulan ni.
Okey, chao, nak makan tengahari.

Panas
Salam semua.
Hari ini cuaca panas. Terik. Dah pergi 2 jemputan kenduri: satu majlis perkahwinan di Bukit Baru. Berselera makan. Balik, kenyang, tidur kejap sementara nak tunggu ke satu lagi, majlis pertunangan di Air Keroh. Majlis kedua tu pergi after zohor. Pergi makan aje. Majlis sebenar sebelah pagi. Best juga lauk yang disediakan: nasi putih, ada solok lada, ayam percik, tempoyak (ini yang saya pilih). Tak makan banyak. Kekenyangan nasi beriani rumah pengantin masih terasa lagi.
Balik rumah, 'singgah' kejap 'rumah' bloggers tersohor AF7 dan of course 'kawang-kawang' cyber.
Dah petang, cuaca masih panas terik lagi.

Hari yang sibuk
Salam semua.
Sabtu. Hari ini agak busy sikit. Bukan busy buat kerja. Tapi busy jadi busy body.
First, ikut kakak attend Kursus Haji di Bukit Katil.Sepatutnya jadual hari ini ke gym. I have a choice: gym? kursus haji? Buat check and balance. Gym boleh reprogramme ke sebelah petang. Kursus Haji, 'hadir kursus haji juga dikira sebagai pengorbanan dalam mempertingkatkan ilmu' petikan daripada buku panduan Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah Madina. Rasa hati ke kursus haji. Syukurlah, dapat ingat kembali dan dapat pengetahuan terkini daripada penceramah. Oh ya, penceramah kata kalau mengantuk, just tap the right side of your face focus pada sebelah mata dan atas pipi kanan. Gunakan jejari anda. InsyaAllah, akan segar.
Kemudian, lepas kursus, tuju ke jemputan majlis perkahwinan di Bukit Palah. Anak perempuan rakan tai chi, ma. Yang menjadi 'transformasi'nya di majlis ini ialah penggunaan pinggan dan gelas kertas, macam party gitu. Senang, tak perlu susah-susah cuci dan tak ada problem pinggan atau gelas pecah. First time lah attend majlis macam ini. Makan banyak( nasi masih panas) sebab kelaparan. Pengantin perempuan nampaknya ada ganti-ganti pakaian bagai. Orang Melaka katakan.
Third project. Selepas solat zohor, bersama kakak, kak Wan dan Kak Timah, drove to Nyalas. Jauh juga lah, dekat 1 jam perjalanan. Tujuan: beri support kepada ahli LKPI sana, ada mesyuarat agong. Kesihan organizer. Banyak kena 'transform'. Anyway, mereka telah berusaha. BTW, I'm not a member yet, jadi volunteer aje. Busybody kan.
Finally, sebelum sampai rumah, Kak Fatimah Abu, belanja dinner di Botanical cafe, Air Keroh. Saya ordered Curry Laksa, sedap tapi tak habis, sebab, pedas dan banyak pula satu mangkok tu.
Sorry, no pictures sebab UBS rosak. Tak dapat download gambar.
Oh esok, Ahad, ada lagi jemputan.
Rihat masaklah nampaknya.

Hujan
Salam semua.
Sekarang musim hujan. Pagi, siang, malam hujan. Teringat saya masa sekolah dulu dulu, bila pagi hujan, kami pakai baju rumah, ya lah pakaian biasa bukan uniform sebab takut basah. Uniform bawa bekal. Bila sampai sekolah, tukar pakai uniform. Atau pun guna slipper. Bawa kasut. Tiba sekolah tukar pakai kasut. Tak lah pakai kasut basah. Kalau ada student kasutnya basah, tiba sekolah, berkaki ayam atau ber slipper.Kasut jemur, dikeringkan diluar bilik darjah. Sampai lewat sekolah pun tak apa.
Pagi tadi hujan. Sejuk. Kat TV , saluran Kirana ada tayangan 'Duyung'. Dah banyak kali tayang, ada VCD but tak dapat tengok dengan sempurnamya. . Layan aje lah. Luculah. Seronok lagu 'Aspalela'. Lagu popular, evergreen senamrobik rakan-rakan emas sewaktu sesi 'Tai chi' bersama kakak. Ketawa kecil sendirian tengok telatah Saiful Apek and company. Sekarang sambil buat posting, kejap-kejap jeling 'The Making of Duyung'. Cantik lautan di Pulau Semporna. Tagline: respect alam sekitar, respect hidupan laut.
Satu lagi yang menghuburkan ialah Transformasi ....AF7. Saya memang follower AF sejak AF1 lagi. Pernah dulu, beri sumbangan kat SMS but now, no more. Nak pula sekarang nak lihat cabaran The Principal and team. Teringat masa jadi The Pricipal dulu. Macam mana expectation The Principal AF7 begitu jugalah expectation The Principal SMKTA, nak jadikan sekolah, sekolah cemerlang. Pressure oh. Syukur, tercapai juga.
Okeylah, nak layan TV9. Hujan dah teduh,,,

Apa hal ni?
Satu masa dulu, lama dah, orang-orang kampung saya guna satu centralised atau common tap atau public tap. Sebabnya rumah-rumah mereka belum ada bekalan air kerana tak ada paip . So dapatlah air free. Kat situlah mereka beramai-ramai himpun, ambil air, mandi, cuci baju. Jadi bila dah jumpa tu, tukar-tukarlah cerita dan khabar, khasnya mak cik-mak cik. Meriahnya waktu pagi. Sambil mencuci kain, borak-borak. Petang, yang uda-uda pula mandi. Mereka juga kongsi duit untuk buat simen kawasan tersebut. Sekarang, tapak pertemuan itu masih ada tapi paipnya dah tak ada. Tinggal sejarah saja. Setiap rumah dah ada bekalan air sendiri. Kalau nak tahu, meternya di tepi jalan utama dan batang paipnya nuuuuuuuuuun panjaaaaaaangnya sampai ke rumah masing-masing, jauh ke dalam. Bila ada batang paip bocor, kecoh....tanya-tanya siapa yang empunya. Nak tukar batang paip tentu makan belanja yang banyak
Jalan yang mudah mengatasi batang paip bocor (buat sementara) supaya tidak lecak rumah jiran ......... tapi saya suka kalau tak ada penutup, boleh sentiasa lembab pokok kesum saya. tapi kesian pula kat tuan punya paip, tentu bil tinggi!Kebocoran belum dibaiki, cuma terdengar deseran air ........
Ini dia
Ini second posting saya hari ini. Dah habis masak daripada bahan-bahan ini
Lalu dapat ini, Ayam Goreng Halia, semoga budak-budak di rumah nanti suka rasanya.
Dan ini, Pergedel Bundo, namanya. Beza dengan lain, kentang digoreng (tak rebus), bawang hiris digoreng, minced meat pun goreng.
Sayur? Tak favouritelah kat rumah ni. Kuah? Dapat saje kat kedai sebelah. Ha, ha!
I have all the time
I have all the time for myself!!! Kata Mshart "Alang macam Kak Ezzah. Blogging aje".Nak berkebun, nak layari TV tukar-tukar channel 'gembira, sedih, mendebarkan', nak jalan-jalan makan angin, nak shopping( 'touch-n-go' jadi 'smart tag'), nak shuffle dengan Iddin, just to mention some of the things I do because I have all the time. Now, nak masak apa hari ini? Ini lagi satu pastime yang saya boleh buat (atau terpaksa buat?) Saya ni tak lah terror masak, maklum lah masa younger days dulu tak rajin ke dapur. Luckily, now we have the internet. If you are like me (yang tahu masak yang mudah-mudah je) just browse through the net and there you are, your choice, pilih aje. One which I'm hooked to is trymasak. Trylah. So apa nak masak hari ini?
Tergoda juga
Saya berjanji pada diri sendiri, hanya 2 pasu orkid satu bulan. Kalau satu tahun, dah 24, eeh banyak tu. Tapi apa dah jadi? Sebaik saje nak naik escalator (pasar besar Melaka ada escalator) ke tingkat satu untuk breakfast, hatiku tergoda. Mana tidaknya, Talib (penjual pokok bunga, bukan tergoda dengan Talib tau)) sedang menyusun semaian pokok orkid. 'Jenis orkid hutan. Susah nak dapat' were the 'godaan' words. Ahad lalu dah dapat dua pasu, hai, Ahad ini nak beli lagi ke? Ingat, janji, bulan depan je (kata hati kecil) Kan ni dah bulan depan. Minggu lalu Februari, ni Mac. Tak kira SE minggu tu. Kata Melati (isteri Talib)"Kalau dah suka, beli aje kak." Macam meminang pula bunyinya. Minggu depan, kena tutup mata bila lalu kat sini.
Mana tak tergodakan ? You tengoklah sendiri. Kali ni beli 3. Dah lebih kuota. Sebab yang satu ni (last image) very special, bunganya unik dan pasunya antik. Malam berbau, kata Talib. Biar betul!
Projek hari ini. Ke nurseri. Beli arang dan pasu orkid serta baja dan racun serangga. Balik. Pecah pasu-pasu orkid lama, yang hidup segan, mati tak mau tu, tanam semula dan spray dengan campuran baja dan racun. Kan dah banyak pokok orkid ku?
Mesti tumbuh segar dan berbunga, ya orkid.
Tanya harga pondok orkid. Ooooops....Belum boleh lagi. Kena survey tempat lain dulu. Sabarin.
Kisahnya
Kalau anda ke Bandar Melaka, hendak tak anda naik beca seperti ini? Macam taman bunga, dan jika anda naik, seolah-olah macam puteri di taman bunga. Dulu beca Melaka tak macam ni, plain aje. Sekarang macam inilah, ada pula lampu lip lop, ada radio atau CD player.Perkenalkan Hanafi. Beliau ialah salah seorang penarik beca yang 'bertindak' juga ala pemandu pelancong di Bandaraya Melaka ini. Rupanya Hanafi tinggal beberapa buah rumah di belakang rumah kami di BC. Saya tak tahu. Marah Hanafi, katanya orang kampung sendiri pun tak tahu. Hanafi, akak kan kejap di Melaka, kejap di Kuantan..Manalah akak tahu. Isterinya juga penarik beca, khas untuk pelancong juga. Patutlah saya selalu nampak seorang wanita (around early 30's?)setiap pagi dengan pakaian 'rugged' ber'cap' dan ber'sun glasses'. Terdetik di hati ni "Hish, rangginya dia". So rasa ingin tahu (kay po) tu terjawab bila saya tanya Mak Besau. 'Dia tarik beca' kata Mak Besau. Kalau orang kampung like Mak Besau nak ke bandar, Yati ni lah akan bawa.' Oh kisahnya! Ya, satu-satunya penarik beca wanita di Melaka! Sorry, belum ada gambar Yati lagi. Next time lah, okey.
P.S. Kalau tak tarik beca, Hanafi kerjanya sebagai tukang baiki kasut. Macam cerita P.Ramlee, 'Penarik Beca' dan 'Sabaruddin Tukang Kasut'. Gambar-gambar Hanafi diambil di hadapan rumah akak di BC. Ceria beca, seceria tuannya!

Subscribe to:
Posts (Atom)