Salam.
Baru install scanner (JY beli harga offer!)
JY tutor kejap macam mana nak scan.
Dulu dah belajar, tapi dah lupa :(
Punggah gerobok, cari kotak isi foto-foto lama.
Nak cuba scan, semua dalam black n white.
Ini foto pertama,
Kakak (maaf ye, ni zaman dulu, early 60's)masih ber 'pleated skirt',
di kedai arwah bapak.
Kami tinggal di rumah kedai..bawah toko, tingkat 1, rumah.
Arwah bapak ada toko pelbagai jualan .
Lihat, kain batik jawa tergantung, buku-buku tersusun di rak, ada kain ela (kasa rubiah, voile)
ada jualan songkok, kain baldu, benang cap sauh buku-buku agama, ubat tradisional dan macam-macam lagi.
Sayang , toko sudah tiada sebab tiada yang sanggup 'menyambut'nya.
Yang kelihatan di belakang kakak ialah arwah pakcik yang bantu dalam pengurusan toko.
Foto kedua,
Inilah saya, agak-agak semasa berumur 11 tahun
Posing ikut arahan tukang tangkap gambar di studio, tengok kaki, kejang kaku!
Baju, arwah mak yang jahit. Baju gaun hijau, skirt kembang, kain lace (yang kasar dan keras), puff sleeve (sekarang in fesyen)
Foto ketiga,
Tiga beradik dari kiri, saya, adik (Shaukani) dan kakak
Baju dua beradik sama pattern dan sama kaler (kuning dengan hitam)
Lupa siapa jahit.
Kami berjalan-jalan di taman bunga di Banda Hilir.
Sekarang, tempat ini dah di'upgrade' dan dimajukan jadi tapak Menara Taming Sari.
Taman pun banyak pelbagai bunga warna warni.
Hujung sana, Selat Melaka.
Dulu tiada deretan kedai. Sekarang sesak dengan kedai.
Tengok bayang-bayang, mungkin foto diambil waktu tengahari.
Gambar diambil hujung-hujung tahun 50'an.
Foto seterusnya,
Bergambar dengan kawan-kawan semasa kecil (childhood friends, gitu)
anak-anak kastam marin.
Berek dia orang sebelah rumah kedai kami di Riverside (sekarang Jalan Laksamana)
Tempat kami bergambar ini ialah taman permainan kanak-kanak,
sekarang jadi tempat parking kereta.
Kedai kat korner yang anda nampak tu, kedai kopi (nama glamnya kopitiam)
Sedap tau, adik-adik, roti bakar kahwin dia, kaya dengan mentega.
Ada lagi sekarang? Tak ada dah!
Dalam gambar,
belakang sekali kakak, tengah Kak long (arwah) yang di pangku, Lijah.
sebelah beliau, Sapiah.
Depan yang kusut tu, saya. Sebelah saya, Azmi.
Seorang lagi, saya tak ingat nama.
Di mana mereka sekarang ye?
Ah, yang ini paling mahal!
Saya sewaktu berusia 6 bulan. Macam mana tau? Ada tercatat tarikh di belakang gambar!
Saya dengan arwah mak. Bergambar di photo studio.
Arwah mak berkebaya jahitan sendiri, sulaman sendiri (pakai goyang punya) dan berkain batik jawa.
Muka baby tu empat segi, rambut jarang-jarang, comel tak?
Pandai posing kan? Senyum bila tukang ambil gambar tunjukkan permainan itik,
bila dipicit bunyi kuek, kuek, kuek....
Rupa saya ada tak rupa mak?
Sekarang saling tak tumpah!!
Itulah antara foto-foto saya nak share dengan adik-adik.
Ada lagi...lain kali aje lah ye.
Terkenang semasa dulu,
Hatiku terasa pilu,
Bilakah dapat bertemu,
Pada mu duhai kasih ku......