DAYANG KENIT DAN BECA GERGASI

Kalau anda pernah ke Muar dari bandar Melaka (ikut jalan  lama) atau dari bandar Merlimau, anda pasti tidak akan lepas pandang beca gergasi ini yang menjadi tanda sempadan 'selamat datang ke negeri Johor'. Saya selalu juga lalu di sini tetapi cuma lintas pandang sahaja mercu tanda 'Muar'. Ini ialah 'typical' beca Muar (Muo). Besau, kata orang Melaka. Satu petang semasa kami meronda kawasan Sungai Rambai Merlimau, kami singgah untuk bergambar kenangan..HiHi...2 Dayang Kenit dengan beca gergasi Muo.


Kemudian kami melencong pula ke perkampungan Sg Rambai. Ini ialah pertama kali saya ke sini. Cantik rumah-rumahnya dengan halaman  yang bersih. Rupanya ada bendang sawah padi yang sangat luas di perkampungan ini. Tidaklah saya tahu. Hish!!!!!

Siapa yang perkenalkan kami ke sini? Oh adik saya Shaukani Abbas, dia seorang pemandu pelancong yang berpengalaman, selalu bawa pelancong luar negara ke kawasan Sg  Rambai. Kali ini beliau menbawa kakak-kakak dia pula. Hi Hi..

4 comments:

  1. cantik...dulu saya pernah duk Merlimau...msa tu lom membangun lagi mcm skrg.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak,
    wah besarnya beca...
    kampung yang cantik, damai dan terkesan tenang

    ReplyDelete
  3. kalau nak banding beca dengan alang dan angah ni..memang nampak halus jer...cuba kalau anakda ni yang posing kat situ...baru ngam!!!

    ReplyDelete
  4. Saya hairan melihat beca gergasi - satu rekaan yang sungguh menarik

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.