INGIN KU MILIKI

Cantik sungguh bunga raya ini. Tapi bukan di lama rumah saya.
Di sebuah nurseri di Semabuk.



PROGRAM CAHAYA DUHA

Pagi tadi saya telah turut serta  majlis Program Cahaya Duha.



Ustazah  Hajah Misiah binti Hj. Anuar, Guru Ta'mir Negeri Melaka, telah memimpin majlis yang penuh syahdu ini. 


Program dimula dengan zikir diikuti dengan solat sunat Dhoha, bacaan Al-Maa'thurat, solat sunat Tasbih, tazkirah Lailatul Qadar, solat sunat Taubat dan diakhiri dengan solat sunat Hajat.

Layanlah gambar-gambar ini ye, terima kasih.


Mengikuti tazkirah

YBHG Datin Sri Hjh Asmah binti Abd. Rahman, (isteri mantan KM Melaka)
Pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Melaka
menyampaikan ucapan
Jemaah menerima cenderahati dari puan rumah.
Solawat dan bersurai

Semoga  Allah menerima amalan dan memakbulkan doa kita. Ameen...

 Majlis sebenarnya di adakan di Dewan Galeri, rumah mantan KM Melaka. Galeri ini menempatkan koleksi 'kenangan' beliau sewaktu memimpin negeri Melaka dahulu. Antaranya ialah gambar istimewa ini.

Gambar kenangan 
Di luar dewan. 

Pokok periuk kera ke?

SELAMAT SUDAH TADARUS AL QURAN RAMADHAN 2013

Alhamdulillah. Hari ini Rabu 15 Ramadhan 1431H, kami selamat bertadarus al Quran Ramadhan 2013. Pagi tadi kami mengadakan majlis khatam al Quran. Majlis kecil, kita sama kita, antara makcik-makcik dan nenek-nenek kumpulan tadarus meriah juga. Kami masing-masing membawa 'goody' atau 'tanda mata' sebagai ingatan dan persaudaraan. InsyaAllah, kita akan bersama lagi pada Ramadhan akan datang dengan bacaan yang lebih baik lagi. 



Ada macam-macam tanda mata. Syukur, Terima kasih kawan-kawan!!

Ketua kumpulan, Kakak Hjh Nazli bertudung bunga-bunga
menyemak dan menegur bacaan 

Mak Timah bertudung pink  membaca doa khatam al Quran...ameeen

Berselawat dan berzikir.  Tuan rumah, Mak Eton,
happy kami bertadrus di rumah dia.
Tekun

Bergambar sebagai kenangan


Semoga Allah SWT memberkati perjumpaan serta menerima segala amalan kami.
Ameeen
Bulan pada malam 16 Ramadhan
Subhanallah!!




POKOK 'PAYUNG DOA'

Bila ditanam dahulu, dijangkakan dahan-dahan serta ranting-rantingnya akan menghala ke atas seperti aksi berdoa. Itu sebab nama biasa-biasanya, 'pokok doa'.  Apabila ia meninggi, eh, mengapa  dahannya menunduk seperti payung? Mungkin ini saudara sama tapi tak serupa dengan pokok doa. Semakin dahan bertambah, semakin rimbun pokok ini, semakin menunduk, semakin teduh.  Elok diberi nama 'pokok payung doa' sajelah. Dalam Wikipedia tak ada 'cerita' pokok payung doa, ye. Jangan cari!!.Apa jadi pada rumput tempat ia menapak? Tak dapat cukup matahari, rumput tak menjadi. Puas sudah ditabur baja rumput tapi jadi 'padang jarak' nampaknya.

Memberi teduhan kepada ikan koi

Rimbun

Di celah-celah cahan dan ranting

Kesian rumput, tak mau nak hidup
Pokok ini terdapat di sudut laman, membantu menghijaukan dan mengamankan persekitaran yang panas.

BENA @ BUNGA RAYA

Bunga raya, bunga raya..... saya suka. 
Antara di laman....






Ada juga yang belum berbunga

Tetapi sayang,
bunganya tak tahan lama.
Cukup sehari, ia gugur layu.
Terdapat juga 'bena' perosak pokok.
Eeee geramnya!!!!

Ada saya terbaca buat sendiri
racun organik membunuh bena putih
 yang dicadangkan oleh blogger
"ROSES AND SECRET GARDEN"
(Terima kasih kepada Puan Tanah)
.
'Blend' 
5 ulasbawang putih, 3 cili padi, sikit kunyit hidup
2 cubit soda bicarbonate, 1 sudu kecil cecair cuci pinggan
Tapis
Sembur pada pokok 
yang  dihinggapi bena.

Saya dah cuba,
Menjadi!!


Sekarang pokok bunga raya serta pokok-pokok
yang lain InsyaAllah selamat dari bena, perosak pokok.



JALAN-JALAN CARI ILHAM

Hari dah petang. Nak masak apa untuk berbuka?
Kita jalan-jalan cari ilham di alam maya.

Ah! Dah jumpa!!
 Ini sesuai. Nampaknya bahan-bahan untuk menyediakannya ada: Antara bahan utama: tahu, tempeh, kentang, buncis, udang basah, fucuk, suhun.....Jom masak Sambal Goreng Jawa.

Ayam pun ada beberapa potong.  Sos lada hitam pun ada. Yang nak makan tak ramai. Cukuplah 5 potong ayam. Kita buat Ayam Masak Kicap guna sos lada hitam. Boleh??

Nampaknya, macam  lauk  nasi ambeng aje. Okey lah tu!

Maaf gambar tak ada. Kan kita jalan-jalan mencari ilham!

Jom masuk dapur!
Ini hasilnya.....
Selamat berbuka semua.....


sambal jawa diubahsuai dari resepi mat gebu


Ayam masak kicap resepi missuschef rumah ini
Tak jadi ayam lada hitam...hi hi

BYE BYE TWEET TWEET

Tiada lagi bunyi tweet tweet
Anak burung yang tinggal di homestay palma sudah terbang ke?

Cuba terbang, jatuh ke lantai

Cuba cari ibu tweet tweet. Ibu sedang memujuk anaknya terbang. Agaknya...
Baru sebentar tadi, balik dari tadarus,
terdengar bunyi burung
Oh masih ada rupanya

MOREH

Alang kah sedap dan nikmatnya selepas solat terawih ........


Alhamdulillah atas segala nikmatNya......

BERTADARUS DALAM TAMAN

 Tahun ini, kata kakak. kita bertadarus di rumah Mak Eton. Kesian Mak Eton, susah nak berjalan, kaki lemah.  Maklumlah usia beliau dah 80+. Eloklah kita mengimarahkan rumah Mak Eton dengan ayat-ayat suci juga buat beliau  'happy'. Kami bertadarus di kawasan lapang di rumahnya. Sambil itu boleh menikmati taman bunga yang sangat kemas, tersusun dan menarik. Sejuk mata memandang. Kalau penat mata,  memandang pokok hijau boleh menyegarkan.  Pagi ini hujan lebat di bandar Melaka. Tanaman segar disirami hujan.  Jom saya bawa jalan-jalan di laman Mak Eton. Oh ye. Yang mengusahakan taman ini ialah anak lelaki Mak Eton, En. Hadi. Kalau dah minat, semua boleh buat.

nyaman, di luar bahagian dapur

Pasu-pasu seragam

Puan rumah, Cikgu Zaiton Dagang (Kak Eton. Mak Eton, Cikgu)
Kami dah kenal lama, sejak kami zaman kanak-kanak lagi.
Gembira tapi katanya 'tudung senget'
Cikgu tetap cikgu, nak kemas selalu!

Sebahagian ahli kumpulan tadarus siap sedia 
Pada tembok ada bunga

Semua dibina oleh En Hadi, maklumlah pandai menukang

 Tumbuhan jenis berkeladi dan bawang 'tinggal' bersama


Berduri, sudah nak pegang

Bintik-bintik hujan

Semoga diberkatiNya, Ameen

TWEET TWEET, TWEET TWEET




Setiap masa. Ibu n anak!!
tweet, tweet
ini barulah tweeter



JOM PEKENA NASI BARYANI BP

Di Batu Pahat kami singgah makan tengahari di salah sebuah gerai.  Sebut aje Batu Pahat, tentu  nak rasa  Nasi Baryani Mohd Shah yang selalu dikaitkan dengan Batu Pahat.  Letak gerai ini di hadapan Hospital Pantai,Batu Pahat. Apa specialnya nasi baryani ini? Cita rasa terpulang pada selera masing-masing, ye tak? Tapi gerai ini nampak popular, ramai pengunjung. Kakak ipar saya kata 'nasi baryani di depan Hospital Besar sedap lagi!' Eh, kenapa ye, nasi baryani di depan bangunan hospital sedap-sedap ?

Ada layan diri, ada juga dilayan

Hidangan gitu-gitu sahaja. Nak ayam atau kambing??

Air Leng Chi Kang sejuk. Nasi dihidang bersama lauk.
Keropok popodom, side order!
Tapi, waktu kami makan, kami 'dilayan' dengan kucing-kucing 'welfare' kebajikan, kucing jalanan . Lapar. agaknya, sampai tinjau-tinjau ke atas meja. minta dikasihani. Hmmmmm....

Esok, In syah Allah,  kita mula berpuasa. Malam ini kita ke masjid untuk solat terawih. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang terdahulu. Semoga mendapat keredhaan Allah SWT hendaknya. Ameen.
Kepada pembaca sekelian diucapkan......

Imej Google

Maaf atas segala kesilapan.

DI LAMAN MAK IDAH

Dalam perjalanan pulang ke Melaka dari Batu Pahat singgah di rumah Mak Idah di Parit Besar, Bagan. Mak Idah, SIL saya seorang  pesara guru, suka 'gardening'. Jadi banyaklah masa beliau sekarang melayan tanamannya di laman, 'pagi sampai pukul 10.00'. Kegemarannya 'orkid'. Tetapi ada juga yang lain. Mak Idah dan suaminya mempunyai hobi yang sama, bercucuk tanam.   Tak hairanlah laman Mak Idah sentiasa kemas dan bersih diserikan lagi dengan bunga-bunga orkid dan tanaman lain. Di belakang rumah mereka ada kebun buah-buahan . Oleh kerana hari dah hampir senja tak dapatlah nak ambil gambar kebun mereka. Tetapi musim buah-buahan pasti kami dapat merasa pulasan, rambuatn, durian....

.Akar Dani 

Bunga pokok palma, rimbun

Limau bersama antara orkid-orkid ditanam

Kaktus

Berbunga lebat, tak tau namanya

Untuk mengelak tercucuk hujung daun yang tajam, selalu diletak kelongsong telur

melepaskan penat di wakaf



Bila balik, Mak Idah beri saya, 
(bukan pokok orkid dah!)
tetapi....
pokok apa nama ni?


Macam 'lipan' tetapi menarik. mudah dijaga.