'Tonight you all will sleep kampung style. No bed but you will sleep on the floor,.' kata Jennifer.
Kita pun dah biasa tidur atas lantai. Tetapi ini di Korsel. Mesti unik tidur 'in Korean style'.Selalu juga tengok drama Korea yang bertema kampung-kampung dan rumah tradisional Korea , bilik tidur mereka kosong, tiada katil cuma ada almari dan meja solek. Bila nak tidur mereka akan bentang tilam nipis serta selimut 'quilt' yang disimpan di dalam almari. Rupanya lantai mereka panas. Ada' heater' di bawah lantai. Pada musim sejuk, sedap tidur. Ini adalah salah satu pengalaman, merasa tradisi cara hidup dan budaya Korea.
Macam inilah kami tidur di sebuah resort di Mt Seorak, resort berbentuk apartment, Bilik-biliknya jenis keluarga (family type), setiap satu ada dua bilik lagi. Satu bilik tidur, satu lagi untuk anak-anak (agaknya). Boleh tempatkan 6 orang sebenarnya. Tapi kami, dua orang dalam bilik yang besar itu. Ada ruang masak (kitchenette).Bilik air pun 'pesen' lama. Tuala mandi tak de. Cuma disediakan tuala sebesar 'good morning towel', Tetapi kami telah dipesan bawa tuala mandi. Betul-betul cara lama tetapi kemudahan dimodenkan sebab ada TV LCD, ada dapur moden.. ada electronic heater. Pintu bilik pula jenis yang tolak ke tepi, design Korea. Aigoo.... mengapa saya tak ambil gambar. Terlepas pandang!
"Those who missed maggie mee can have maggie mee party tonight. Don't forget to invite me to the party, ok" gurau Jennifer lagi.
Mana ada party, Jennifer. Penat. Nak rihat.
|
Apartment |
|
kitcheneete. kami tak masak
|
antik tak? |
apa yang ada |
|
hall |
kamar tidur tanpa katil.
Mirror imej!
|
tilam, selimut, bantal tersusun rapi dalam almari |
|
bentang begini,
(sila abaikan barang-barang di belakang tu) |
Jadi, kami tidur kampung. stail Korea,berlantaikan lantai panas. Sedaaaappppnya!!Sebenarnya kita boleh kawal kepanasan lantai.. Hmmmm nyenyak tidur malam ni.Tilamnya nipis, mudah diliipat atau gulung, mudah simpan, selesa pula tu. ( Tilam kita, tebal dan tak boleh digulung). Lenguh-lenguh badan hilang kerana dapat kepanasan lantai. Selimut 'quilt' tebal. Hilang rasa sejuk. Bangun pagi, segar.
"Wake up call at 5 o'clock". Ada juga yang terlajak tidur!
|
Sakura, Sakura..... |
|
Udara bersih, nyaman |
|
Tunggu apa lagi |
Moh kita ke Mt Seorak National Park.....