@ nurseri semabok

Saya suka ke nurseri.@ semabok,
Suka  jeling-jeling kelengkapan taman.
Suka belek-belek  peralatan perkebunan.


Kagumi  kesuburan bunga-bunga dan kehijauan pokok-pokok.
Di tanam oleh pembantu 'Oh Fatimah', Thamby dan Ah Fok,
Jom, tengok-tengok dan cuci mata ,
Moh, ikut saya lihat-lihat aje.


Sudah lama saya mencari,

periuk kera, pokok unik!

Cara dia

Jam 8.30 malam tadi. Depan TV. Ch 611..on..cerita apa entah?
Din, bola Din...
Chanel berapa?101. Dia suka.
Terus dia tukar ke 101...tengok kejap.....terus beralih main kereta remote.
Yang follownya, saya sambil bloghopping. (apa lagi)
Dia tukar ke 104. Mengapa tukar?
Nanti bila gol Iddin tukar balik. Eh, Budak ini kata suka bola. Ni nak tengok jaring gol aje!
So 104...........tiba-tiba.....
Terdengar jeritan 'GOL......................................' dari suara peminat di gerai makan sebelah rumah.
Din, gol Din.
Dia tekan 101....tengok ulang tayang. Yeh... Dia call daddy(gi kenduri). Malaysia dah1 gol!
Dia terus main kereta remote.Tukar 104
Terdengar lagi 'GOL' tapi yang tak bersemangat.
Tukar 101...acah aje..tak gol pun. terus main.
'GOL'.....ke 101.....pun tak masuk punya.
Begitulah cara dia tengok AFF Suzuki Cup malam tadi.
Yang tengok antara ya dengan tidak.
Dia buat gymnastic pulak, pandai pula buat turning wheel!!
Din tengok ni, trofi AFF!


Saya galak dia tengok closing ceremony, penyampaan hadiah. Suruh dia tengok wajah-wajah kegembiraan bila menang dan berjaya dengan cemerlang.
Iddin kalau top ten..gembira macam itulah...kata saya.
TAHNIAH Malaysia
Esok, Jumaat, cuti am...hadiah punya!!
Rosak program...
Saya? biasa-biasa aje...sama....no difference!!

Salah partner

Dinner semalam di sebuah restoren.

dah lama menunggu....dah buat pesanan selera masing-masing.

Datang pelayan (kita namakan dia Mamat)
Mamat : Nasi paprik (sambil letak sepinggan nasi putih bersama sepiring lauk)
Angah: Tadi dah hantar, dah makan pun.
Mamat : (sambil tersenyum) Tu lauk untuk nasi goreng cendawan.
Kami : Aaaaah?????
MrSor: Patutlah makan tadi tak nampak cendawanya..
Angah : Tertanya juga tadi mengapa lauk paprik tak ade sayur.
Salah pasangan!.

Lagi kisah.
Amal nak order roti canai. Sori, Amal, roti canai ta ade. ganti dengan her forever favourite Nasi Goreng Cina.

Iddin mulanya  merajuk.Tak pesan makanan seperti yang lain.  Hilang 'awan hitam'nya, pesan pula Nasi Goreng Cina.
Kata kakak (naman Siti): Lambat sikit, tukang masak sorang aje.
Sori Iddin, share aje dengan kak Amal.
Amal jeling-jeling.

Alahai, boleh saya tolong di dapur?

MsHart  order Mee Hun Soup.
Sampai yang dipesan..'meehunnya kurus-kurus...'


Saya? Pesan Nasi Goreng Kerabu...sori juga...tak ada...makan sate aje....sedap, buat dua kali order.!!

Bila sampai pesanan minuman.
"Ni air teh ke kopi?
"Teh O"
"Kenapa gelap, tawar pulak tu!"

Ada masa penghantar pesanan (tak naklah panggil 'pelayan') tapi bukan Mamat, letak pesanan makanan secara kasar atas meja. Tergesa-gesa.

Waktu kami makan di sini dulu, tak macam ini servicenya.
Tapi dah sahih, keluar  daripada kedai makan ini, seluruh pakaian kita berbau asap sate. Rambut, tudung berbau asap.
Alahai, nak makan lagi ke di situ?

Sayur

Pagi Ahad beli sayur yang difikir favourite di rumah BC dan masakan favourite umat BC

Kacang panjang...untuk masak lemak kacang panjang
Kobis...untuk gulai kobis. sebagai perencah nasi goreng, goreng dengan telur pecah
Asparagus....untuk goreng belacan bersama udang, dan ...
Yang ini sayurnya saya biasa lihat tetapi di luar paket tertulis" Baby China Zhong Cheng"....goreng atau gulai putih.

Hari Isnin, asparagus goreng belacan bersama udang. Asparagus kurus, slim....



Hari Selasa, untuk makan tengahari, nak masak sayur  'zhong cheng'.Puas saya cari di yahoo apa dia 'zhong cheng' dalam BM. Sayur nya familiar tapi apa nama lokalnya? Saya tahu ia sejenis sawi. Tapi sawi apa? Nama sebenar tak  muncul-muncul dalam otak ini. Amal nampak paket sayur baby ini. Kata Amal"Oh , baby sawi. Kak Iman suka baby sawi" Barulah klik in my mind "Baby sawi". Lega!!! Tanya Iman "Iman suka baby sawi masak apa?" "Goreng belacan" . Saya suka masak kalau ada orang suka masakan itu. Lalu dapatlah 'Baby Sawi Goreng belacan" sebagai satu menu makan tengahari. . Belacan lagi....

Cara masaknya: Terlebih dahulu hiris bawang merah, bawang besar (hiris kasar), ketuk bawang putih, hiris cili hidup, hiris halia, ketuk-ketuk ikan bilis. Sukatan ikut suka. Saya agak-agak aje. Setelah baby sawi dibersihkan, celur dalam air mendidih. Setelah ia lembut, toskan dan susun kemas dalam pinggan (elok yang panjang. Tumis pula bahan-bahan perencah tadi. Bila dah naik baunya,  masukkan sesudu cili giling dan belacan, gaul rata. Masukkan  sos tiram. Gaul rata. Masukkan pula kicap lemak manis. Tambah air sikit. Rasa masin atau tawar. Dah masak, puas hati.......siram  bahan masak ke atas susunan baby sawi.
'Sedap" kata Amal (yang tak suka sayur)..buat lagi'
'Sedap' kata Iman dan Nek Ngah.
Thank you, thank you...
Suka kalau ada yang suka,
..
Esok, masak sayur apa pula?

Tanaman

Mood nak cerita tentang tanaman pula.
 Tanaman yang ada di belakang rumah BC, di tanah yang sekangkang kera. (mengapa ye kiasannya begitu?) Kawasan ini dulunya  luas tetapi kesan daripada 'upgrading', tinggallah apa yang ada untuk bercucuk tanam.  Ada sebatang pokok buah betik  Ia tumbuh daripada biji-biji yang disepahkan saje ke tanah. Teruja kami bila lihat ia berbuah, excited!!!Lama sungguh  tak rasa buah betik tanaman sendiri. Buahnya taklah besar mana, kebanyakannya midi dan ada sebuah dua, mini. Dah kerap jugalah kami merasa buahnya yang manis. Puas juga. Syukur, ya Allah.


Dikawasan sempit ini ada rimbunan pokok daun pandan. Tetapi kami jarang guna daunya.
Dalam pasu ada sebatang pokok daun kari. Tak besar-besar. Tetapi daunnya subur hijau,
Ada juga pokok daun pegaga juga dalam pasu. Buat hiasan aje 'pegaga jepun' ini.
Mana pokok kunyit? Dah lama tanam tetapi tak nampak tumbuh pun!
Pokok cili? Serai?
Dulu ada daun kesum, daun bawang...

Daun pandan dalam pasu pun cantik juga, kan?

Landskap buluh

daun pokok buluh

batangnya, pokok buluh jenis apa, saya tak tau??? nampak tak 'japanese drain'?





6 rumpun ditanam sederet (macam barisan tentera), kalau ikut seni landskap, elakkan tanam pokok sederet
Kenapa ditanam sebarisan hampir dengan pagar? Tujuannya, bila pokok-pokok buluh meninggi dan rimbun daunnya, dapatlah menlindungi bahagian tepi rumah yang menghadap matahari jam 4 petang.
tumbuh dengan segarnya dihalaman padang berumput



.ini juga pokok buluh,,,'buluh jepun' kata orang, tanam dalam pasu 


Saya suka pokok buluh.Ia mendatangkan satu kedamaian.Pokok buluh tak memerlukan penyelengaraan yang tinggi, maksud saya penjagaan. Cukup siraman airnya sewaktu ia membesar. Pokok buluh ada macam-macam jenis..tapi yang dilaman BC, kata pembekal, "bambusa Thai' atau buluh pagar. ye ke?Tapi awas, orang yang rajin saje yang suka tanam pokok buluh. Sebab? Ambil masa juga nak menyapu dan membersihkan daun-daunnya yang mudah gugur.

Tercicir

Nak cerita pasal budak sorang ni. Anak jiran belakang rumah. Kawan Amal, sama baya.  Jannah, nama dia. Sebenarnya, namanya panjang. Kesihan  dia. Sepatutnya masuk sekolah pada umur 7 tahun kan? Tapi dak Jannah, tahun 2010 baru masuk sekolah...terus ke Tahun 4, ikut umur persekolahan. Tahun 2011, Tahun 5. Jannah pelajar 'tercicir'. Tercicir  Tahun 1,2 dam 3. Bayangkan dia tak ada basic 3M (mengira, membaca, menulis), bayangkan dia dalam kelas. Agaknya melopong dengar cikgu mengajar, nak pula Science , Maths di dalam BI. Ikut ajelah. Cikgu pun tentu buat don't know. Tapi kata dia, dia masuk kelas pemulihan.Jadi mulai minggu lalu, saya bimbing Jannah membaca mengguna buku bacaan yang paling mudah. Dia kenal abjad. Tiada masalah. Perkataan-perkataan dua sukukata, dia boleh sebut. tapi kadang-kadang teka aje. Kalau dah tiga sukukata....problem. Misalnya, belalai dengan berbalah. Dia mudah lupa, masalah fokus. 'Belalai' sebutnya 'bealai' 'berbalah...beralah. 'cempedak...cepedak''Rosli'..Rosali' (dia ingat nama penyanyi 'Rossa).Tetapi dia mau mencuba. Tak taulah saya, masa depan budak ini..tiada motivasi persekitaran. Itu pun saya selalu yang 'tarik' dia, ajak dia buat latihan membaca bila saya nampak dia asyik bermain dengan geng budak bukit cina.Ada reward lagi saya beri setiap habis sesi membaca. Toffee dari Mekah. Macam paksa tapi kalau paksa, minat dan dorongan tak ada, macam mana ye? Kami cuma nak menolong. Ada sesiapa nak bantuan saya?
Iqraq....eja dan sebut Ustazah kadang-kadang tak sabar juga.

Kalau tak dapat sebut, eja, jangan teka!

Saya: Ada awak beritahu mak nek lang ajar awak membaca?
Jannah: Ada
Saya: Mak kata apa?
Jannah : Ah, Ah
Saya: Ada awak cakap kat mak nek ngah ajar mengaji?
Jannah: Ada.
Saya: Apa kata mak?
Jannah : Mak angguk angguk.
Saya: Itu aje? (sigh)
Jannah: (Senyum)

La Tahzan


 Tahniah kepada yang mendapat 'straight As   '
Yang tidak.....
Jangan bersedih!
Don't be sad!
It's not the end...
Walaupun sasaran bilangan 'A' tak tercapai, jangan bersedih,
Jangan kecewa..
Ada proverb BI " What you reap is what you sow"
Kata pepatah  Melayu "Apa yang anda semai , itulah yang anda tuai'
Apa yang anda semai mungkin tidak diberi baja yang betul,
Mungkin tanah tidak subur,
Mungkin ada perosak..
Munkin cara semaian kita salah
Mungkin sebab kita sendiri, malas nak jaga semaian kita,
Macam-macam kemungkinan....
Tetapi yang penting usaha
Kalau kita telah berusaha tetapi keputusan tidak memuaskan (seperti sasaran kita)
Bersyukurlah
Terus berusaha...terus maju.. jangan kecewa, jangan malu,
La Tahzan...
Percayalah kepada ketentuan NYA
Sudah tertulis.....

Merumput

Untuk memberi rasa sejuk di dataran BC, maka wujudlah hamparan hijau 'green carpet'. Rumput 'carpet' ditanam dalam kotak-kotak 'slab' empat segi.

Hamparan hijau

Untuk pengetahuan, dalam bungkusan putih di tepi longkang tu ialah tanah untuk dua buah pasu besar. Longkang? Mana longkangnya? 'Hidden longkang' ! Nampak tak batu kerikil. Bawahnya longkang, ditutup dengan 'slab' berlubang dan di atas 'slab' ditabur batu kerikil.  Jadi tak nampaklah longkang, air mengalir juga.

Sebelum trim
Musim hujan, rumput cepat tumbuh. Rumput yang pada mulanya ditanam kemas dalam 'rumah' masing-masing, nampak sudah tak tentu arah. Tercacak-cacak. Kalau dibiarkan tentu ia akan menjadi liar dan akan 'melintasi, merayap ' ke 'rumah jiran sebelah'

Lalu petang tadi dengan gunting 'kitchen scissors', mulalah  saya merumput.' taram' lebihan, trim atas, trim tepi, ikut petak persegi kecil. Bukan tak mahu  upah  tukang potong rumput, tapi dia takut....takut serpehan batu melanting kena cermin tingkap.

Sudah trim

Tanya kakak, larat ke nak cover semua?
Mana daya..Cuma dapat trim empat barisan saje, satu perempat  kawasan
jarijemari ku melecet. Aduh, pedihnya!! Tambah lagi sakit jari 'tendang' butang karom.
Tapi bahagian hamparan hijau yang telah ditrim nampak kemas.
Esok bolehlah sambung lagi....
Bila sampai di penghujung 'carpet'....
Bahagian permulaan , rumput panjang semula.
Manalah dia tukang potong rumput ???


Layan game

10.00 malam.

Masa berlalu layan game@yahoo.
Layan 'Gardenscape', puas cari modal nak upgrade garden landscape datok ini.
Layan pula Natalie Brooke' yang puas mencari 'secrets of treasure  house di 'mansion' neneknya.
Nasib tak join FB. Kalau tidak puas juga masa habis kat situ, ada farmville, bagai.
Bila tiada story nak cerita kat blog,  main game ajelah kat yahoo.

Penat sudah genggaman pada mouse.
Secrets of treasure house tak jumpa-jumpa.
That's it.

Nak tidur dulu...ooops...nak beradu.

Macam inilah!!

Macam inilah!! Tolong Nek Lang sapu laman,
jangan asyik main aje.....
Amal, Aishah n Jannah, terima kasih, jadikan menyapu laman satu agenda harian
Buat kebajikan,dapat pahala tau!

Tapi, tengok tu ..Iddin n Johan buat apa?
Menari samba ke?
Budak lelaki, apa lagi, sedang giat main bola sepak!

Kalau ada Geng Bas Sekolah (GBS), kita ada Geng Budak Bukit Cina (GBBC).  Seronok mereka  bermain dari mata hari naik hingga matahari tenggelam. Sampai saya kata, " Dah pukul 6.30 ptg, sekolah dah tutup. Balik dan mandi semua.". Sebelum bersurai, sempat pula "Aishah esok, ye." "Amal esok tau." "Johan. esok"

Saya pada Jannah: Esok sambung latihan membaca!!

Pada kalender Disember,

Alahai.....tak lama lagi sekolah nak buka....

Kunjungan 'saudara mara'

Kunjugan tetamu dari Kuantan.Dari kiri, Hjh Maznah, kakak kepada Hjh Fauzeyah (bertudung pink), Siti Saadiah (tudung kelabu) dan anak-anak. Mereka ini sudah seperti saudara saya, ceritaku,ceritamu jua. Hjh Fauzeyah, pesara penddik, pernah bertugas bersama di sebuah maktab perguruan di Kuantan. Mereka sempat berpesan "Jangan lupa bila balik Kuantan bawa kopi Melaka..Cop Tupai ke, Cop Budak sekolah ke, sedaplah.' Mereka dah pekena kopi Melaka!

Ah, ini lagi terror!! Berkenalan di alam maya, pertama berjumpa bertentang mata secara 'jejak kasih' gitu, sudah tu 'i follow u, u follow me', chatting YM....begitulah hingga menjadi saudara juga.Alang Tati, alang ku juga! Nek Lang Iddin, nek Lang Yaya juga! Macam tulah kira-kiranya. 'Makcik blogger' yang peramah dan mesra, Ezza from Klang. Ni macam perjumpaan bloggers jugalah petang Ahad tadi. Mini mini one! Lihat gambar..Sekilau One, Ol'Rascal, Bilakukenangkenangkan, Hart-to-heart , PuteriHangLiPoh(ada blog terbaru'Ceritalah nek Ngah).Boleh kenal mereka tak? Mr KindHart, ambil gambar.

Saya: Zah, datang lagi , tidur di sini pula , tidur lambak..
Ezzah: Tapi saya tidur berbunyi
Kah, kah, kah!!!!

Pagi Sabtu

Sabtu. Suasana di rumah BC sunyi sepi (masa buat entry ini, TV on tapi mata tempat lain, kat keyboard. Cuma nakkan 'suara'). Amal, Iddin dan kak Iman di rumah PT, tak datang.  Aishah, Jannah dan Johan, member masing-masing pun tak datang bertandang meriuhkan lagi rumah BC (walaupun Amal dah buat appoinment dengan Aishah nak jumpa pagi ini). Kalau tidak, puas dengar suara mereka...kejap ketawa, kejap bergaduh, kejap terjerit....kejap ke rumah Aishah, kejap ke rumah Jannah, kejap ke rumah Johan. Main? Oh macam-macam mereka main (atas 'bimbingan guru PJK..Nek Lang). 'Guru PJK' tunjuk ajar cara main 'skipping rope', hantu galah/galah panjang, bola beracun, musang dengan anak ayam, pukul berapa datok harimau, 'AEIOU', tuala beracun, "Johan' tengok nenek aku buat" (lompat tali skipping)' Iddin 'act' pada Johan kebolehan nenek dia.  Kalau tak cukup korum, ajak pula saya main bersama.' Eh tak boleh, nek Lang puasa' alasan saya. Dengan berlompat dan lari, taklah  mereka hadap TV 24 jam. Sesungguhnya dataran BC yang di'upgrade' memang digunakan sepenuhnya. Ada kala, yang  perempuan  main solek-solek (make up) dan inai jari (nek Ngah bawa balik dari Mekah). Yang lelaki pula main kereta remote, bola.  Makan dan minum? Tanggung beres.. Layan.....siaplah nak telur dadarlah, air siraplah, teh oh ais. Pandai pula si Johan ,"Telur dadar nek Lang sedaap!" Enjoy betul dia orang makan. Ada juga  kelas agama. Nek Ngah bimbing dia orang mengaji.

Musang dan anak ayam
Gambar dari  Ceritalah Nek Ngah

Hari ini, Sabtu...sunyi. Nek Lang rihat. Ke mana pagi Sabtu tadi?
Ke T*sco .Belanja beli keperluan dapur (bukan bahan untuk masak) tapi tambahan bahan-bahan kering. Sebelum tu siap dulu shopping list, khuatir tersasar belanja.
On the way ke parkir, singgah pula di Kl**ng Station, kopitiam yang famous dengan kopinya tu!First time singgah walaupun dah beribu kali lalu di sini.  Selalu bila saya lalu lintas kopitiam ini, mata terjeling roti bakar. kata orang roti kahwin (kaya kahwin marjerin). Jadi pagi ini, singgah, kakak nak belanja. Kami  dah lama tak minum kopi, dah lama tak jamah roti kahwin, jadi kalau dah singgah di station ini, mestilah order kopi dan roti bakar. Apa rasa kopi dia ....PAHIT nya (kata orang melaka..pahit nak mampus!!). Agaknya ini rasa kopi 'kaw-kaw' punya, jenama Kl**ng Station. Roti kahwinnya  sedap..rangup dan terasa lemak manisnya. Padanlah tu kan..pahit, lemak, manis....
Lunch nanti di mana?
Kakak cadang restoren Ayam P*nyek..ada pecal.
Esok..breakfast?...dah ada program.
Semuanya di T*sco...

Terdengar 'Amal...Amal...' dari rumah jiran. Suara Jannah. Sorry, Amal tak datang hari in, Jannah!!
Kecewa si Jannah.
Agaknya dak Aishah pun terjenguk kat tingkap...mana Amal? Janji pukul sembilan!
Amal (kanan) dan Aishah promosi kain siapa tu?

Bakat

Satu malam ,saya baru nak lelap mata,dikejut dengan gerakan tangan serta soalan 'Nek Lang, drawkan Iddin orang main bola. Dia hulur saya 'buku' yang mengandungi beberapa helai kertas kosong, di staple,  kononnya nak dijadikan, diary. Dia minat bolasepak, jadi cover page 'diary' dia, lukisan ' Iddin sedang tendang bola'. Ini dah tentu kes Kak Amal tak mau bantu. 'Manalh Nek Lang pandai draw? Semalam Nek Lang draw boleh. Nak tak nak, Nek Lang yang kaku melukis, suruh dia ambil contoh dari surat khabar, tak ada pula. Suruh dia 'pose' orang tendang bola. Dia pun 'pos'. Saya cuba sketch, memang kaku 'figure' yang dilukis. Boleh? Saya tunjuk hasil. Dia angguk. Esok hari saya tanya mana lukisan Nek Lang draw semalam? Iddin dah padam...tak cantik! Wa kah, kah..Dia pun pandai menilai hasil seni. Saya memang tak pandai melukis. Waktu sekolah rendah, bila tak dapat idea  dan tak tau melukis, boleh buat saya menangis.  Arwah bapak yang banyak bantu. Waktu sekolah menengah pula guru 'art', Sister St Henry, selalu membebel dan membandingkan lukisan kakak dengan lukisan saya. Kakak terror melukis!!Kenapalah sister tu tak mau terima' no two people are alike'! Cuba lihat hasil lukisan di bawah


Ini lukisan Iddin, 8 tahun, sawah padi, skema aje kan?
Mesti ada gunung, ada matahari, ada burung bentuk V, ada awan terapung.

Lukisan Amal, 10 tahun, Very sharp and detailed.
Ada 2 piring astro, bawah pokok bapak sambut anak balik sekolah agama,
tangga rumah melaka.
nenek sedang menyapu (nek lang lah tu)

Dua beradik. Seorang cuba melukis (dia tak minat melukis). Boleh tahan juga.Seorang lagi bercita-cita nak ke sekolah 'art'satu hari nanti. Katanya ke LKW University. Masing-masing ada bakat anugerah Allah SWT. .

Hujung minggu berlalu

10 Dismber 2010, Jumaat...kami ke MITC. Showcase SDSI sedang berlangsung. Seperti yang dirancangkan,  dewan makan menjadi sasaran pertama. Semua negeri mempromosi makanan identiti negeri masing-masing. Saya buat survey terdahulu.....Laksa Penang menjadi pilihan. Masuk pula ke dewan utama. Satu Daerah Satu Industri..ah...dah lama nak beli teh Cameron Highlands, jenama yang tak terdapat di 'bawah' sini. Beli empat bungkus, empat perasa.Singgah juga beli mangga 'Melaka Delight'. Dalam perjalanan pulang, ahli 'rombongn' dahaga. Singgah pula minum air buah di sebuah kedai dekat MMU.
.
Sedang memilih Melaka Delight
Nak jadi 'Guru Besar' di ''Bilik Guru Besar'

11 Disember 2010 Sabtu...pagi ada gotong royong di kampung BC anjuran JKK. Turut hadir EXCO dan DO Melaka Tengah. Kawasan BC kawasan sasaran kerana kes demam denggi. Tetapi pada saya gotong royong yang julung-julung kali diadakan di kampung BC , tak berjaya. Sebab, kurang sambutan, kurang persiapan, masalah pengurusan barangkali. Perancangan saat akhir.Penghuni rumah yang menjadi sasaran buat tak kisah pula. Mungkin mereka diberi peringatan oleh penganjur. Petangnya pula 'fogging' diteruskan lagi.
VVIP dengan beg plastik hitam, tapi mana dia orang kampung ku? Malunya!!!

Gotong Royong, Kak Ji cuci longkang rumah sendiri
12 Disember 2110 Ahad...Selepas kemas-kemas laman rumah, layan tanaman, sekali lagi ke SDSI. Lagi sekali? Kali ini pergi bersama kakak. Hasrat nak beli tempat letak payung daripada anyaman rotan. Saya minat pada anyaman rotan. Hari ketiga, pengunjung ramai sekali, lagipun hari Ahad dan hari penghabisn showcase. Tentu jualan 'at offer price'. Masuk negeri ini, masuk negeri itu, cari bakul anyaman rotan yang saya lihat malam dulu. Jumpa satu yang berkenan di kiosk Pontian, hasil anyaman sendiri. Beli juga dua buah bakul rotan, hasil kerjatangan  dari Seremban. Satu, sebagai hadiah harijadi untuk seorang 'kakak' yang minat mengumpul bakul.Satu lagi, untuk diri sendir. Bila nampak 'kelerai' anyaman lidi di kiosk Kelantan, beli juga untuk alas periuk atau kuali panas. Oh, kerepek belum dapat lagi. Tuju ke 'kedai' FELDA BEST'  kerepek pisang, kerepek bawang, tembosa menjadi pilihan kudapan. Tangan dah penuh lalu tak jadi ke dewan makan, untuk Puding Raja, Pekan. Tak pe, ada lagi di rumah beli malam first visit.
Dalam bakul ada macam-macam kudapan. Empat perasa teh CH
Bakul rotan untuk payung.
Kalau dah berseni, lidi pun boleh jadi.
 Petang, hadir  pula 'High T' birthday seorang 'kakak'. Tak ramai cuma kami 6 orang sahaja. Makan, western, Boneless Chicken Chop with wedges, sago gula Melaka sebagai pencuci mulut dan jus jambu sebagai minuman. Terima kasih to the birthday lady! Mana T nya kak?
Birthday Lady, Kak Asmah

Itulah kisah hujung minggu yang lalu. Sibuk juga....

Betuk

Di rumah BC ada sebuah perigi, Bukan Perigi Puteri Hang Li Poh , ye.

Perigi ini di gali pada satu masa  bila Melaka mengalami musim kemarau.
Bila keadaan sudah pulih semula, kami tidak pula menutup perigi ini. Mungkin ada gunanya satu masa nanti.
Airnya boleh digunakan lagi jika dijaga.
Dalam projek landscaping semula laman BC, perigi bersejarah ini akan menerima wajah baru.
Tapi adakah jentik-jentik nyamuk dalam perigi ini?
Ikut nasihat pegawai kesihatan, betuk boleh bantu.
(saya tak tahu nama lain betuk ialah puyu ).
Jadi...
Dak Iddin ikut mummy dan daddy ke pasar dan bawa balik,,.
Nek Lang..look here..tapi cukup kah tiga ekor tu. nek lang?
Lalu Iddin diberi penghormatan ....
.Ada empat tangan? 
Eh, mana ikan??....tak nampak pun??

Terpaksalah Iddin nyanyi lagu supaya si betuk akan timbul
imej betuk dari flickr
 Ikan betuk di tengah sawah,
Ikan puyu di rawa-rawa.
Ikan pesan Datuk Hang Tuah,
Tidak Melayu hilang di dunia.
Amboi, amboi, amboi, amboi,
Amboi, amboi, amboi, amboi.

P.S. Pernah makan Acar Ikan Betuk? Sedap ke?

@ Bemban

Semalam, hari Isnin, kami ke Bemban, Jasin.
Budak-budak mula boring. Mummy n daddy tiada berkesempatan bawa mereka 'makan angin'
So ke Bemban, jadilah..
Apa pula ada di Bemban? Layari ajelah imej-imej ini..

Budak-budak seronok mandimanda.
Makcik, pakcik sedap rendam kaki.(kulit ada kuman gatal lah tu)
Yours truly? Sedap baring atas bangku panjang (sori, no picture please), tak kisah orang lalu lalang.
Nak rendam kaki dalam kolam air panas tu?
Tak naklah...bila fikir-fikirkan.... kolam itu public sharing..
Manalah tau kuman daripada kulit-kulit gatal berenang-renang lalu singgah  pula kat kaki kita!!
Lagi pula saya lihat air tak berapa bersih. Masalah 'maintenance'.
Patutnya hari Isnin, buatlah 'housekeeping'

Tetapi  bagi yang berminat dan ingin tahu, silahlah ke Hot Spring Bemban...bawalah makanan,makan-makan tepi kolam!

Selamatkan

Pernah saya cerita gerak gempur in di BS Kuantan
Kali ini di BC.

Satu petang,
hampir senja,
mereka  datang, lengkap 
ber 'ear plug', berkasut 'boot'
ada senapang panjang lagi!!
Dak Iddin dah ready tutup hidung...
Oh, kak skuad pejabat kesihatan yang pegang senapang ni
sedang operasi anti nyamuk aedes.
Jiran  belakang rumah, kena denggi.
Maka berlakulah operasi tembak nyamuk aedes
 sekitar kawasan rumah, semua rumah yang bersebelahan dengan rumah jiran
Yang hampir sekal,rumah BC.
Gem.....purrrrrrr,.....hssssshhhhh
Berkepul-kepul asap kelabu hitam keluar dari muncung senapang,
Dak Iddin tutup hidung, asap bau busuk!!!
Kak, dalam rumah boleh tembak tak?
Go ahead adik, kasi gempur semua...
sebelum ini banyak juga nyamuk 'berdondang sayang' waktu malam
adik datang boleh redakan keadaan.
 Nah makck baca flyer ini, jangan tak baca
ikut nasihat, jangan malas,
kalau sakit...siapa yang susah????
Faham-fahamlah siapa ye....

Pagi tadi pakcik skuad datang lagi,
'Ada sesiapa sakit? Kalau demam cepat-cepat le ke klinik,
sekarang musim demam.'
Dia hulur flyer lagi dan sepaket Abate
(Hak kerajaan bukan untuk jualan)
Abate ubat nyamuk jejentik yang sakit menggila
En, .tanya saya., air perigi macam mana
(sebab dalam flyer tak tercatat pasal air perigi)
Tak cukup satu paket
Oh taruk ikan betuk!  katanya
(ikan koi tak boleh ke?)
Dah lama saya nak bela ikan betuk.
Esok pergi cari di pasar,

Flyer di tampal pada pintu fridge, dah baca belum ??


Akhir kata,
Salam Maal Hijrah ucapan untuk semua
Selamat Tinggal 1431H
Selamat Datang 1432H
Semoga hari-hari mendatang lebih baik dari hari-hari berlalu
Ya Allah,
Selamatkan. Selamatkan, Selamatkan.....