Saya mengajar, di STT, Sekolah Tun Tijah, Melaka pada 1972, sekolah pertama sebagai guru siswazah terlatih. Pada masa itu, pelajar-pelajar STT perempuan belaka . Saya lapor diri bersama Cg Site Fatimah Mohamed, satu batch dengan saya di UM dan housemate semasa Dip.Ed. Pengetua ketika itu ialah Pn Faridah binti Bujang, seorang yang tegas. Beliau ialah salah seorang guru siswazah perempuan Melayu senior di Melaka waktu itu. Di Bilik Guru, saya duduk semeja (meja panjang) dengan Pn Zaidah Mohd (ZAM, guru Matematik), Thalmah binti Ghauth (TMG, Guru Sains), Maridah binti Marzuki (MM, Guru Sains), Site Fatimah (SFM Guru Matematik), Zuraidah binti Md Daib (ZMD, Guru Sains). Zairon Hj Othman (ZHO, Guru Geografi). (Nota: Initial itu digunakan dalam Buku Relief dan pada jadual waktu). Saya pula guru Bahasa Melayu dan Geografi. Kokurikulum? Guru Hoki!! Hei, tak pernah main game atau ambil bahagian sukan, kaki bangku, tiba-tiba jadi guru Hoki! Pada masa itu kokur tak penting bagi Dip.Ed. Pandai-pandailah, cari coach. Pada satu ketika, sekolah menganjur konsert. Saya ditugaskan melatih sekumpulan pelajar mempersembahkan tarian. Apa lagi saya seret kakak saya untuk melatih mereka. Tarian apa ye? Elephant Dance yang ikut lagu "Baby Elephant Walk' dan tarian melayu Tarian Rampai Sari. Saya ingat salah seorang penarinya ialah Pn Fatimah Abd.Hamid, sekarang salah seorang besar di RTM Melaka. STT juga ada mengambil bahagian dalam pertandingan drama antara sekolah-sekolah menengah Melaka. Saya ditugaskan untuk melatih pelajar dalam drama 'Serunai Malam'. Mencabar juga , kali pertama jadi pengarah. Kakak juga yang bantu. Sebagai guru baru saya dilantik sebagai Setiausaha PIBG, jawatan yang saya tak berapa nak. Di STT juga saya berkenalan dengan Pn Norbi binti Hussein, (sekarang Pengarah sebuah Kolej universiti di Melaka). Bi, ingat lagi tengok wayang di Rex? Juga kenal Pn Ramlah Adam yang berkhidmat sebagai GSTT(sekarang Prof Dr Hjh.Ramlah Adam). Ingatkah mereka pada kak ini?
Saya ingat lagi saya telah ditugaskan sebagai Ketua Guru di sekolah jiran,SMDD. Sebab? Pengetuanya, Cik Alice Wee, akan mengikuti kursus pengurusan 3 bulan di Bangkok. Oleh kerana di sekolah beliau tidak ada guru siswazah, JPNM melantik saya jadi 'babysitter'. Wah, sebelum saya 'ambilalih' tugas, Cik Alice Wee telah membawa saya 'round' semua kelas untuk di perkenalkan kepada pelajar-pelajar. Malu juga ah! Tugas saya bila masa mengajar, saya di STT dan bila free saya ke SMDD untuk kerja-kerja pengurusan seperti ke bank, semak BRM (Buku Ringkasan Mengajar) dan settle apa-apa problem jika ada. Mujurlah Pn Noresah Ghani, seorang guru senior di sekolah tersebut dan staf pejabat banyak membantu.
Pada tahun-tahun saya di STT, seingat saya, saya cuma hadir satu sahaja kursus iaitu Kursus Kerjaya yang diadakan di MCKK. Dahulu, guru-guru jarang diberi kursus untuk peningkatan diri mahupun seminar. bengkel dsbnya. Dan kalau adapun, dijalan di sekolah bukan di hotel atau resort seperti sekarang. Lain apa tugas saya? Menjadi AJK Jadual waktu, ZAM pengerusinya. Punyalah problem nak senangkan hati semua orang!
Tentang bayaran gaji pula, kami dibayar melalui cek. Pada hari gaji, semua guru ke pejabat sekolah. Ketua kerani, En Khamis, akan bentangkan satu sheet besar, tersenarai detailed bayaran gaji, kami tandatangan dan ambil cek. Saya ingat bank sekolah kami ialah Bank Rakyat. Jumpalah ramai rakan-rakan guru dari sekolah lain tunggu nombor dipanggil untuk tunaikan cek! Janganlah pergi ke bank pada hari gaji, tentu mengeluh, menunggu.
Macam mana saya ke sekolah? Mula-mula tu, late father hantar. Then dah kenal dengan Cikgu Thalmah, tumpang kereta dia sebab dia on my way ke sekolah. Kadang-kadang late father Thalmah yang hantar kami!Thalmah diketawakan oleh gang semeja. Mengapa? Orang lain 'Mr'nya hantar, ini bapak pula! lalu Thalmah akhirnya drive sendiri ke sekolah dengan saya menumpang. Later, my late father biaya kereta Mini Minor, cream with black top, macam kereta Mr Bean tu. Nombor MF 950. Ingat benar, sebab itulah gaji permulaan saya.
Sebagai guru matapelajaran, saya ni boleh dikatakan garang jugalah. Mana-mana pelajar yang tak dapat jawab soalan atau tak buat homework, especially Geografi, saya buat denda cara Jepun, melagakan kepala secara berpasangan atau saya pukul tapak tangan. Tanyalah mereka, Cg Nora garang! Pelajar-pelajar saya pula antaranya tinggal sekampung dengan saya seperti Norjehan Karim (Bam), Siti Hajar Majid, Rahmah Ahmad (Endut)Sharifah Latiff (Emput) dan adik-adiknya.(Note: dalam kurungan tu adalah nama panggilan mereka di rumah.) Tapi boleh dikatakan saya ni rajin jugalah. Adakan kelas tambahan lagi bagi pelajar untuk meningkatkan pencapaian Geografi yang teruk juga di STT ketika itu. Kelas tambahan ini bukan diarahkan oleh panitia atau pengurusan sekolah, tetapi atas usaha sendiri. Oh masa itu, di sekolah tak ada kem cemerlang , motivasi dan lain-lain kem seperti sekarang, semua terpulang kepada usaha guru itu sendiri. Syukur, atas daya usaha, pencapaian matapelajaran geografi meningkat.
Satu peristiwa sedih yang tak dapat saya lupakan ialah pada malam 15 Mei 1973, esoknya Hari Guru. Bapak kembali ke Rahmatullah akibat sesak nafas. Hari Guru 16 Mei 1973 akan sentiasa dikenang, semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh bapak yang tersayang.
Hampir 5 tahun saya bertugas di STT. Jadi guru seronok rupanya, satu tanggungjawab yang sangat berat, dan suka kalau pelajar-pelajarnya berjaya. Kini bila ada bekas pelajar saya terserempak cikgunya ni, mereka akan tegur saya, ataupun senyum. Mulalah saya terkebil-kebil, 'tahun berapa saya mengajar awak? Maaflah cikgu tak ingat. Murid cikgu ramai.' Mulahah mereka terangkan dengan detailednya. Belum lagi click. Ambil masa juga nak imbas kembali. Oh yes, ingat, ingat....murid yang... ya?
April 1975, MPPM (Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka) memerlukan pensyarah. Arwah Shahirah Azmi binti Md Amin, my Form Six friend and a closed one too, suggested my name. Saya tinggalkan STT dengan semangat baru, untuk berkongsi pengalaman alam pendidikan bersama bakal guru.
Staf STT tahun ? (maybe 1976)
Yang mana satu 'yours truly?'
Ynag dudk paling kiri sekali