OH, KPG MORTEN

Akibat pembangunan, 
adakah satu-satunya perkampungan tradisional dalam bandar, akan di 'tenggelami' oleh hutan batu?

yang tak ingin ku lihat...
jangan yang tinggal cuma 
replika sebagai warisan.




Harapan 
perkampungan ini akan kekal

dan terus terpelihara
 keharmonian


dan keindahannya

MORTEN WALK

Ahad 8.00 pagi. Kakak dan saya ber 'MORTEN WALK' menyusur laluan jalan kaki dari Taman Herba ke Kpg Morten (lebih dikenal dengan Kpg Baru  oleh orang Melaka generasi lama). Ini adalah laluan 'PURPLE WALK' program Sabtu  ini. Dianggarkan 2000 peserta wanita sahaja akan turut serta. Eh....muatkah laluan sepanjang Sg Melaka Kpg Morten ini? Apa-apa pun kami berdua jayakan dululah PURPLE WALK versi kami ....MORTEN WALK. Cantik tau pemandangan di sini.....




Monorail yang banyak peristiwa..hi hi

Rumah Melayu Melaka dan bangunan moden di belakangnya,
(spoiler!!)

Inilah sebahagian laluan PURPLE WALK

Naik jambatan Kpg Morten 
Macam ini, pelan-pelan ye Cik  Hajjah!!

Restoren Melayu yang tak tau apa kisahnya

Kebanggaan Melaka

Bawah pokok,di Taman Bunga Banda Hilir. 

Sesiapa yang nak beriadah jalan kaki sambil menikmati
pemandangan yang indah,
inilah tempatnya.
MORTEN WALK


KE JAPAN KITA.....

Semalam kami ke KLIA, Nak terbang ke mana pula kali ini?
Bukan saya lah. Tetapi mereka ini.

 Murah rezeki pelajar-pelajar ini dapat bercuti selama seminggu di Negara Matahari Terbit. Mereka ke sana di bawah program pertukaran pelajar, Program Jaringan Pendidikan Antarabangsa Silang Budaya 2014. Maknyanya mereka akan tinggal bersama 'foster family' di Nagoya, Japan.


Sumbangan mereka kepada sekolah hingga mendapat pengiktirafan sekolah cemerlang telah membolehkan mereka ke sana. Beginilah suasana 'giggly giggly' di KLIA...semuanya perempuan, semuda-muda pelajar Tahun 5 dan yang seniornya Tkn 2, serama 30 orang diringi oleh beberapa orang guru pengiring dan urusetia.
Take care Amal
Kalau bolehlah Nek Lang ikut sama...
Salah satu 'oh tidak!!!' ialah membawa Ifon, Ipad etc. ke sana. 'Beat the purpose' kata organizer.  Kamera pun bawa yang digital. Hi Hi...
Cikgu comel bertudung cokelat (tengah). Ingatkan pelajar!!

Excitement
Here we come

Have a safe journey, Amal

Kesian dia...semoga Iddin juga berpeluang satu hari nanti,
In sya Allah
Semoga Amal dan rakan-rakan mendapat pengalaman baru di Nagoya.


WW: GIGGLY, GIGGLY


Amal n friends.....happiness n excitement...

TOSEI SATU!!!

Jom kita breakfast di pasar sentral melaka. 
Saya nak makan tosei pagi ni.
Orang kita pandai buat tosei.
Dan saya pilih warung ini.


Toseinya garing dan lebar..


Tosei dimakan bersama kuah dhal serta sambal
Mesti ada juga sambal kelapa.
Kombinasi tekak 'melayu'
Jalan ke warung tosei,kami lalu warung kuih muih tradisi.
Mana-mana 3 kuih @ 1 hengget
kuih chang...asalnya kuih tradisi masyarakat Cina

Kuih lepat kacang....adunan pulut, kelapa dan kacang..dikukus

apam makan dengan kelapa parut

kuih cucur...goreng...,manis
anika kuih muih tradisi 

Tosei, Chang, Apam 
sudah menjadi kuih rasa 1 Malaysia

FARHAN N FARAH

Farhan n Farah...sudah dijodohkanNya.
Kami ke Taman Bkt Indah, Ampang,KL
pada Ahad 16 Mac,2014

 Farhan ialah anak kepada sepupu kami.
Hjh Suzanna
 Hjh Suzanna, duduk, diapit oleh adik beradik dan kakak sepupu


Sedapnya  nasi beryani gam, masakan khas dari Muar

Suka dengan payung kuning
Pangantin dah sampai...pergi sambut..... kamilah 'orang tuanya'

Senyum pengantin, suka....


Muhamad Nur Farhan Muhamad Fadzil
&
Farah Izyan Ahmad Fuad

Simple wedding. Tiada pukulan kompang 'live'. Tiada sanding-sanding di pelamin. Tiada taburan bunga rampai dan  renjisan  air mawar.Tetapi majlis tetap meriah dengan kehadiran ramai undangan...

Doa kami semoga Farhan dan Farah kekal abadi, aman damai, berkekalan alam rumahtangga, sihat walafiat, dimurahkanNya rezeki dan dilanjutkanNya usia dengan mendapat zuriat yang soleh solehah serta mendapat syafaat daripada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Aaamiiin......

WARGA EMAS DAN SENAMAN

Pagi tadi  jadi jurufoto untuk sesi senaman pagi di Ujung Pasir. Rakan-rakan warga emas (dan yang muda pun ada) mengadakan sesi ini  bersama kakak (Kak N)sebagai jurulatih. Sukanya mereka membuat latihan memanaskan badan, taici 18 langkah, aerobik.

Sesudah bersama jurulatih baju biru no 2 berdiri dari kanan
Semasa...memandang rambulan,,,

















Nenek bawa cucu...

Lepas tu urut ye, makcik, urut mengurut bawa bahagia