PENYERI BANDAR

Salam sejahtera.
Penyeri bandar...ye,  di bandar Melaka ( juga dibandar -bandar lain) bunga memainkan peranan sebagai penyeri. Mana tidaknya...dengan warna yang terang, bunga berbagai jenis, susun atur  tanaman yang cantik..menjadi bandar menarik dan ceria. Cuba lihat. rumpun bunga-bunga di beberapa sudut di bandar Melaka....macam berada di luar negara  ...ahem!!!

bunga biasa-biasa aje

warna merah ...berseri-seri, berlatar belakang bangunan merah
 'stadhyus'

yang merah 'cock's comb'

Bunga kertas dan Sungai Melaka
Dah saya kata 'macam berada di luar negara',
dalam kes ini Holland! 

sudut bunga waktu malam
Ada juga saya lihat di tempat tertentu, ditanam petunia dalam pasu berbentuk kotak panjang. Eeee...mahalnya petunia dan cepat layu pula! Pembaziran, pembaziran!!  Jalan raya bertambah seri dengan tanaman pokok-pokok puding  yang berdaun bercorak-corak, berwarna warni.

 Pokok-pokok bunga ini ditukar ganti bila sampai masanya...hampir layu (belum layu lagi). pekerja-pekerja pembekal bunga akan tanam pokok bunga baru. Tertanya juga saya pokok bunga yang lama, yang dicabut, dibuang, ke mana perginya? Ada juga rasa macam nak minta sepohon dua . Boleh tak kita ambil. Sayang, kalau ada pokok-pokok bunga itu masih lagi segar dibuang begitu saje. Apa-apa pun, saya suka bunga, memang penyeri!
Tak pe, kita beli dari nurseri sahaje lah
Miss Petunia, the flower okey, not me!
Jumpa lagi!


LAMAN BERCERITA

Salam sejahtera.
Malam tadi hujan lebat setelah sekian lama panas trang tang tang.
Seperti biasa lah. laman, banyaknya daun-daun kering pokok mambu bertaburan. Begitu juga daun pokok buluh. Baru pagi semalam saya bersihkan. Tunggulah...tak larat nak sapu setiap hari dalam cuaca yag panas kering ini.
Marilah kita kongsi bersama

bekas botol air mineral dijadikan 'pasu' semaian
pokok bunga raya
(bahagian bawah botol)


boleh juga  jadi 'tapak' untuk secekak penyapu lidi
(bahagian 'leher' botol)


timbunan pasu bunga yang pecah
akibat terkena sepakan bola,
sudah pun dibayar ganti rugi

guna pasu plastik, harap-harap tahan

antara bunga penyeri laman

itu sahaja cerita laman ku.....
Pagi sunyi, tiada pukulan kompang, dia ke kelas tambahan fardhu 'ain.

CUTI SEKOLAH BERMULA

Hai, cuti sekolah, rihat satu minggu, sudah bermula!!
Di rumah BC,
terdengar bunyi pukulan kompang. Bukan, bukan ada pengantin. Tapi ada budak tu praktis pukul kompang. Dia ahli pasukan kompang sekolah. Buka sekolah ni ada pertandingan. Jadi semalam beli sebuah kompang. Bertalu-talulah hentaman dia......... Pang, Pang, Pang kom, kom, pang, pang.
'Iddin, praktis di luar lah. Bising'

"Nek Ngah, apa makna Z A K A R?' Bila dia baca tajuk besar dalam Kosmo hari ini, 26 Mac 2013
'Potong zakar bapa, diri sendiri' bunyi tajuk.
Apalah surat khabar ni!!!!
Rupanya dia konpius 'zakar' dengan 'zakat'

Kemudian kerja rumah, 'homework' bukan 'house work' Kerja rumah cuti sekolah. Banyak. Ha, buatlah!!
"Iddin, buatlah homework''.....Jawabnya "Tunggu Johan" (kawan sekolah dia tinggal sebelah rumah)
Tunggu Johan yang tidak ada di rumah. Maka hadap TV lah. Homework entah ke mana.

"Nek Lang, bawa Iddin tengok wayanglah. Bola Kampung" Ada ke ajak Nek Lang tengok wayang??
'Mana Nek Lang tengok wayang. Nek tak reti pun".Maksud saya, saya tak tahu cara nak beli tiket wayang pun.
"Iddin reti" jawabnya, yang masih tengok rancangan Bola Kampung. sambil baring. Kompang di sebelah

Selingan...
Nek Ngah pula pukul kompang,.....alahai nek ngah....dia pemukul utama group marhaban.
Lagu "Ya hanana......"

Holiday time.........faham-faham ajelah.
Moh lah tengok trailer ini, Iddin...



Nek Lang, nak milo.....(hai baru minum teh o ais)
Homework tak mula lagi !!!!!
Esok ada kelas tambahan fardhu ain,mula pukul 8 pagi.( Oktober , peperiksaan UPKK),
 Iddin tidur sini, Nek Lang! Orait!!

Kecoh, kecoh..baru separuh hari, hari pertama cuti sekolah!!  baru sorang budak, kalau ramai,
 macam mana ye??
Alahai...
bunyi pang, pang, pang, kom, kom,pang,pang dalam bilik..

TIDUR: AISYAH'S STYLE!!

Salam hujung minggu semua.
Pernah anda lihat cara tidur begini?


gambar dari FB Nek Ngah

Ah, inilah cara Nur Aishah binti Mohd Azlan tidur. Dia tak suka terang. Susah dia nak tidur. Lalu bila diberi tuala kecil (hand towel) dia akan tarik towel tutup seluruh muka. Kalau kita tarik tuala, dia akan tarik semula tutup semula muka. Tidak diajar tetapi tahu dan rasa sendiri. Mungkinkah ini  akan menjadi tabiat dia tidur hingga dewasa? Aisyah, Aisyah...ikut siapa, ah?


21 MAC 2013: GEMPAK!!



Tarikh yang ditunggu oleh semua calon SPM 2012, termasuklah yang tersenyum riang di atas, Sayang saya tak dapat bersama di sekolahnya waktu keputusan diumumkan. Selsema, dah!! Dengar cerita, 49 pelajar calon SPM sekolahnya (HIJ Convent, Melaka) mendapat A untuk semua subjek. Tak kiralah A+, A, atau A-!! Janji, A, ye IMAN? Dengar cerita Daddy dan Mummy Iman menangis kegembiraan atas pencapaian anak sulung mereka. Atas usaha sendiri dan sokongan famili serta ilham dari Nya, tercapai impian Iman, tercapai harapan daddy dan mummy.  Iman merupakan salah seorang 15,000+++ calon cemerlang SPM 2012. Syukur kepada Allah SWT. Tahniah Iman.....Tapi, apa-apa keputusan  Iman  dapat, kami semua sayang Iman. Give yourself a pat on your back. We all love you!! Well, Iman, what's after this?
Iman when small with Uncle Azizi. Azizi scored 11As SPM 1994
Tambahan: Iman, my cucu saudara. Azizi, my anak saudara.

WW: 1988

 di tangga rumah lama...with Lann(kiri) n his little bro, Azizi

OPAK N9

Ini lah  OPAK, saiz besar, keropok ubi kayu yang saya cerita di sini. OPAK piring gergasi. Kata Hjh Rahmah, blogger Akak Too, 'keropok rekod', sebabnya, bulat besar macam piring hitam LP (Long Play) dulu-dulu.
Saya jumpa Opak ini  di beberapa gerai jajan bergerak (truck) di RnR Senawang. Oh, saya balik ke Melaka dari Kuantan melalui Keyel dan Seremban.  Singgah di RnR Senawang untuk rawat dan rihat. Sambil suami merawat diri, saya 'rihat' mencari apa yang ada di  'truck' jualan jajan.. Nampaklah opak yang tergantung-gantung ni?  Opak ini Opak N9. RM4.00 sebungkus. Ada 3 keping. Mahal ke??

Sebelum sambung perjalanan, makan dulu Opak N9 bersama kopi (dalam tin).
Apa rasa Opak N9?
Rasa Opak lah...tapi kurang rasa ubinya!!!

SABTU: 16 MAC .BERSAMAMU

Bersama Hartati, di Swiss Resort & Spa , Kuantan. Dia,, anak saudara (niece).... saya , makcik dia (alang). Jauh dia datang bersama 5 orang office staff yang lain.Ada 'away meeting', away from office (her case,)Malacca...mesyuarat pengurusan dan team building staf se Malaysia.(bukan 1 Malaysia, tau)


Bersama Pn Hjh Maznah (?) terlupa nama penuh. Pernah bersama cikgu ini di Maktab Perguruan Melayu Melaka long time ago, 1977,. Hari ini baru bertemu muka. Beliau pelajar, saya pensyarah beliau!! Hee hee...pelajar ingat cikgu, cikgu tertanya-tanya...siapa, bila, opsyen apa. !! Akhirnya sama-sama bersara sebagai pengurus sekolah. ..beliau GB, saya HM. Hee, hee hee...
Bersama Pn Hjh Nor Rehan...sahabat lama dan masih hingga sekarang.InsyaAllah. Pernah mengajar di sekolah yang sama. Dia guru, saya boss dia...ha ha ha.....tetapi sama-sama seiring memajukan sekolah!  Pn Hjh Nor Rehan, nenek muda,  sudah ada 2 orang cucu!! Saya??? Dah 4 orang, cucu saudara dah!

KURANG INCI?

Masih lagi 'strolling window shopping' di ECM Kuantan.
Lalu singgahlah pula di P*****n Grand. Jom jenguk apa terbaru di bahagian 'dapur'?
Ada rak jualan murah 'offer'. Ah apa ni?

orait, sangat sesuai untuk saya

boleh lipat, tak mengguna ruang,  boleh bawa ke mana-mana
Beli jangan tak beli,  diskaun lagi!!

KIM TAK GOO ke?


Pagi tadi saya ke ECM Kuantan,
'window shopping'
(betul!!)
Masa nak  ke mesen bayar parking
saya lalu di sebuah kedai buat donut
(anda tentu tahu kedai ini).
Saya berhenti...
saya bayangkan 'Kim Tak Goo'
Saya minta izin daripada pihak pengurusan untuk mengambil gambar
pekerja-pekerja nya sedang membuat 'roti'
' dari luar ye' kata mereka.
Eh.......
Siapa dia 'Kim Tak Goo'?
Dia adalah hero sebuah drama Korea
'King of Bread'
yang ditayangkan melalui Ch 391 sedikit masa dahulu.
Adegan-adegan Kim Tak Goo membuat roti 
macam dalam gambar-gambar  di bawah ini.

'membuat roti mesti dengan jujur dan ikhlas serta kasih sayang
sebab roti juga mempunyai nyawa. Ia hidup, berkembang
dengan 'yeast' yang ada.'

'KIM TAK GOO' tekun menguli tepung,tak kisah saya di luar


King of Bread juga memberi inspirasi dan' motivating factor'
kepada kakak saya yang rajin membuat roti pelbagai rasa.
'Kim Tak Goo' katanya ^_^

KEROPOK UBI

KEROPOK UBI @ OPAK

 Seingat saya, keropok ubi kayu atau opak ini saiznya besar, bentuk bulat. Besar pinggan makan ada.  Kalau saya ke Pasar Malam, bukan Pasar Malam, tapi Pasar Minggu di Kpg Baru, di Jalan Bonos, KeYel,, mesti beli keropok ubi yang besar pinggan itu. Ada yang dah  siap digoreng, Kami beli yang kering. Ada beberapa keping, pelbagai warna, merah, kuning, putih, dibungkus dalam plastik lutsinar. Bila nak makan, kami goreng, Tapi bukan besar tak muat kuali.Kami gunting kecil, jadi empat segi. Bila menggoreng minyak tidak boleh terlalu panas. Nanti ia hangus sebab keropok ini nipis. Kami selalu jadikan keropok ini sebagai 'ulam' semasa makan nasi. Nak  lebih ummph lagi, kami jadikan dia sebagai sudu. Kaup nasi dengan kepingan keropok. Terasa bunyi 'kruup, kruup'...
Imej di atas ialah keropok ubi masa kini. Dah digoreng. Bentuk masih bulat tetapi bersaiz kecil.Ini tidak perlu gunting kecil. Boleh goreng sekeping sekeping. Ada juga yang rasanya manis sedikit. Mungkin ditambah gula pada bahannya. Saya tak suka yang ini. Saya suka yang  masin sikit. Ada juga keropok ubi yang ditabur hirisan daun..entah daun apa....tapi jenis ini dibawa dari seberang...nun sana.
Itulah keropok ubi,sedap dimakan bersama nasi (selera saya lah ^_^)

Tambahan: Keropok ubi cicah sambal lada  kicap,. sedap juga. Cuba lah. 


BISKUT COMEL


Salam sejahtera.
Comel 'kan biskut di atas? Comel dan manis!!!
Nama biskut ini "biskut butang"
ia popular di kalangan kanak-kanak satu masa dahulu.
kanak-kanak tertarik dengan warna krim
merah jambu, hijau muda, kuning, putih,
hingga kini 4 warna ini masih kekal.
Masih  kanak-kanak dahulu, saya suka biskut comel ini.
sekarang, masih suka lagi ^_^
Nampak di sudut biskut di pasaraya TM tadi,
terus beli
Masa kanak-kanak dahulu , kalau makan biskut ini
yang pertama hilang, krimnya.
Tinggallah biskut tanpa topping,tergolek-golek atas pinggan.
Sekarang, taklah makan begitu. 
Sekali 'gulp' masuk ke dalam  mulut,
hmmmm sedapnya
 krim  cair bersama 'badan' nya,
manis!


jom cuba biskut nostalgia ini!

SABTU DATANG LAGI

Salam sejahtera,
Hari ini hari Sabtu ke dua bulan Mac 2013
Cepat masa berlalu ye, tak lama lagi cuti sekolah.

Nampaknya tak ada agenda special hari ini
Jadi eloklah saya kemas-kemas 'rumah' saya.
Mula-mula nak hijau ('Melaka negeri teknologi hijau' tagline negeri Melaka!!)
Tetapi cuaca di luar ada mendung-mendung sikit....
'bilu'lah sudahnya.

Oh ye..sebelum itu teringat negara 'Korea Selatan'
Dulu pernah ke sana,
 2002.....lama dah, wei
Teringat sebelum ke Korea
Pinjam CD  Winter Sonata daripada  seorang cikgu staf sekolah
(buat homework, you)
Sebab dalam salah satu tempat dilawati ialah  Nami Island
babak-babak indah dalam Winter Sonata.
eloklah ada background cerita sikit kan ?

Masih kau ingat? (gambar dari google)
 Jadi entah mengapa teringat nak ulang tonton Winter Sonata
Kisah yang mengangkat  Korea sebagai tarikan pelancong
dan seterusnya mem' popular'kan  drama Korea yang lain.

Apa lagi, layaaaaan di You Tube.......dah episod 10
(ada 20 episod semuanya)
Dan terkenang kembali Winter Sonata satu ketika di Nami Island
Suka dengar alunan lagu, muzik latarnya
iringan piano, biola, instrumental.
soothing and calm







Okeylah harus berhenti,
Nak get ready, kemana?
Ke Taman Pelindung Beserah
Nak ke rumah saudara sama-sama ke Pulau Langkawi tempoh hari.

Salam...



TERMINAL BAS MAKMUR

Imej di atas diambil dari dalam kereta. Tolong abaikan iklan-iklan tu ye.  Yang nak dikongsikan ialah bangunan yang gelap tu. Itulah terminal bas, terminal yang pernah saya ceritakan, terminal untuk bas-bas perkhidmatan luar Kuantan, 'out of town'
Pada masa ini terminal tersebut sedang dalam proses 'upgrading'. Jadi di mana tapak perkhidmatan bas ke  luar Kuantan beroperasi untuk sementara waktu? Di tapak parkir di hadapan Stadium Darul Makmur. Banyak khemah sementara didirikan untuk syarikat-syarikat bas beroperasi.  Laulintas pun  sesak di luar kawasan 'terminal sementara.' .Bagi mereka di luar Kuantan, lain kali, kalau naik bas  ke Kuantan,bas anda tidak  lagi berhenti di bandar Kuantan tetapi nun,  jauh sedikit, di bandar Indera Mahkota (IM). Sebuah kompleks terminal bas yang canggih (agaknya) sedang dibina. Katanya Jun tahun ini siap. Jadi dari sana kalau ada orang menunggu menjemput anda, tiada masalah. Kalau tidak, anda guna teksi atau naik  bas tambang ke destinasi anda seterusnya.
Bangunan terminal yang sedang diupgrade ini mengikut perancangan akan dijadikan UTC. Ada baiknya juga. Tak perlu kami yang tinggal di bandar Kuantan ke IM untuk berurusan dengan pejabat kerajaan berkenaan,

Hmmmmm, bertambah jauhlah saya nak ke terminal bas. Kalau sekarang, nak ke terminal cuma mengambil masa, kurang 10 minit dari rumah,   nampaknya lepas ni mengambil masa 30-45 minit. Jalan dari bandar ke  IM sibuk sebab IM kawasan perumahan dan terdapat kompleks pejabat kerajaan di sana. IM tu macam Hang Tuah Jaya Melaka, atau Putra Jaya, KL. Nampaknya kesesakan lalulintas di bandar Kuantan akan berkurangan, ye ke?