RESEPI AGAR-AGAR ROTI

Resepi ini sebenarnya saya ambil daripada laman-laman resepi di google. Ambil sana sini dan ubahsuai, Mudah membuatnya. 

Ambil 4 keping roti, Kulit tepinya nak dibuang boleh, tak dibuang tak mengapa. Kalau dibuang, bancuhan nampak putih, kalau tidak , bancuhan ke 'cokelatan 'sikit .Hi Hi...
 Carik-carikkan roti tadi, koyak-koyakkan. Masuk ke dalam mangkuk. Tuangkan lebih kurang 1/2 cawan susu cair ke atas roti. Rendam roti hingga kembang. Kemudian ambil sebiji telur, pukul-pukul telur sebentar dan masukkan ke dalam rendaman roti tadi. Biarkan hingga betul-betul kembang.
Sementara itu rebus 1/2 paket agar-agar tali dengan 5 cawan air. (boleh juga guna agar-agar serbuk) Rebus hingga agar-agar hancur, Bila dah hancur, masukkan sesenduk dua gula. (ikut rasa kemanisan masing-masing). Bubuh setitik esen vanilla atau  sehelai daun pandan. Rebus hingga gula larut. Jangan lupa juga sediakan pewarna untuk kita buat pelangi. Sediakan juga mangkuk-mangkuk untuk bancuhan yang akan diwarnakan nanti.
Beralih kepada rendaman roti tadi. Kalau suka boleh tambah 2  sudu besar susu pekat. Kalau nak rasa manis agar-agar nanti.Rendaman roti tadi diblend. Blend, blend, blend sampai bancuhan halus tak ada 'residue' atau hampas roti. Bancuhan bersatu. Kalau ada sisa-sisa roti yang tak hancur, elok ditapis, Ambil yang 'pure,' tak ada hampas roti. Masukkan bancuhan yang telah diblend.(dan ditapis) ke dalam periuk agar-aga tadi . Kacau, kacau, kacau hingga  bancuhan agar-agar dan roti menggelegak. Sudah itu, asingkan agar-agar tadi ke dalam tiga mangkuk. Tak semesti tiga, dua boleh, empat boleh. Ikut kreativiti kita. Setiap satu mangkuk, titiskan setitik pewarna. Satu bancuhan merah, yang lain hijau ke, kuning ke.....warna ikut kita. Ambil acuan agar-agar atau loyang. Tuangkan satu warna bancuhan diikuti dengan bancuhan warna lain. Tak perlu tunggu agar-agar keras. Habis semua, ketepikan sebelum disejukkan dalam 'fridge'

Dengan mengikut cara yang  sama, kita boleh ganti warna pelangi dengan milo.Jadilah dia agar-agar roti milo. ha ha.......senangkan.

Pn MM@Nanie....bolehlah mencuba agar-agar roti ni ye......jangan terlebih air, jadi puding agar-agar...



AGAR-AGAR ROTI PELANGI

Ada beberapa keping roti dalam freezer.
Selalu buat agar-agar roti milo berbagai design..
Biar jari-jari berjalan
Jalan-jalan cari resepi 
Pilih resepi yang mudah, tak banyak 'cerita'

Jalan punya jalan, di 'taman agar-agar roti'
Lalu terjumpalah beberapa laman yang memberi ilham.
Semua memberi cara membuat yang sama, mengguna bahan yang sama.
Tetapi saya ubahsuai,
Tak guna susu manis, hanya susu cair'
tak buang 'kulit' roti 
(ambil semua, jangan membazir)
Fotonya pun
Cam comel je, cam senang je....

Lalu ini lah hasilnya.
Oooops terlebih air pula.
Jadilah puding agar-agar roti pelangi.
Rasa?
Manis? Tawar? Manis buah?
Juri yang baru balik opis rasa...
Okey, sedap....
rajin alang buat agar-agar.


Puding agar-agar roti ku
Terima kasih kepada penyumbang di En Google


'BESTDAYS' CUCUs

Dua orang cucu kami sambut 'bestdays' mereka bulan ini, November.

1 hb November....'befday' this cute little girl.....
Nur Aisyah
"satu tahun dah umur saya"

17 hb November........'best'day hero in the family...Abang Iddin
Hu Hu...11 years old...
dewasa dah!

HAPPY 'BEFDAY' Nur Aisyah
HAPPY  'BESTDAY' Abang Iddin

HAPPY BIRTHDAY TO BOTH OF U

Semoga dipanjangkanNya umur, diberkatiNya usia,
dimurahkanNya rezeki,  diberikanNya kesihatan yang elok berpanjangan 
Ya Allah, jadikanlah mereka anak yang soleh dan solehah
Ameeeeen........




KAMPUNGKU, BARU

Deretan rumah kedai di kampungku dah pun siap. Sebelum ni kawasannya semak samun. Terbiar.
Penduduk kampung tertanya-tanya kedai apa yang akan muncul nanti?
Kedai makan? Kedai runcit? Bengkel kereta? Pejabat?
Atau rumah sewa, asrama...tau-taulah untuk siapa!
Tetapi, warna catnya macam warna bendera sebuah negara saya kenal.
Hai....
Bertambah bizilah jalan raya depan rumah.
Dulu ado simpang tigo. Lai kini  dah simpang ampek.
(kecek Minang seketek! maksudnya cakap Minang sikit)
Pemandangan baru di kampungku!

SIBUKLAH NANTI

MEMPERINGATI 10 MUHARRAM

10 Muharram- dinamakan juga Hari 'Asyura.
LKPIM Daerah Melaka Tengah telah mengadakan majlis memperingati  hari tersebut petang tadi di rumah kediaman Pengerusi LKPIM Daerah Melaka Tengah. Majlis di mulakan dengan 'zikrullah' diketuai oleh  YBhg. Ustaz Datuk Hj. Abdul Rahim Khaliq Al-Hafiz diikuti doa hari Asyura. Majlis diteruskan  bacaan surah Yassin, tahlil dan solat Asar berjemaah. Ustaz juga telah memberi tazkirah mengenai perkara-perkara sunat dilakukan pada 10 Muharram. Antaranya ialah menyapu atau menyusap kepala anak yatim sebagai tanda menghormati dan memuliakan mereka serta bersedekah. Kata Ustaz lagi penyediaan bubur asyura yang selalu dikaitkan dengan Hari Asyura(di tempat kita) bukanlah wajib atau mesti. Bubur asyura tidak ada kaitan dengan Hari Asyura.
Beginilah suasana di majlis memperingati 10 Muharram 1435 tadi.

Bubur Asyura untuk anak yatim Yang puasa, tapau


kehadiran anak yatim, tetamu utama

Bersedekah amalan yang mulia
lain kali bawa beg!

Sumbangan goody bag, peralatan sekolah dan makanan

Zikir, bacaan Yassin dan tahlil

Semoga diberkatiNya amalan dan urusan kita,

Ameeeeen

SEBENTAR DI TEMOH

Dalam perjalanan kami pulang ke Melaka setelah berjaya menjejak warisan di Ipoh, George Town dan Bukit Chandan, Kuala Kangsar, kami singgah di sebuah pekan kecil dekat Tapah. Temoh.
Waktu kami sampai hujan.
Gambar ini saya ambil dari koleksioldskool.blogspot.com
Memang program kunjung hormat mantan Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka telah diatur. Kami singgah di rumah Dr Hjh Badariah bt Hj.Salleh di Temoh petang itu. 
Maka bertemu mesralah peserta staf Perbadanan Muzium Negeri Melaka dengan 'bos' yang dihormati dan disayangi.


Staf n mantan bos

 Dr Badariah seorang tokoh akademik sejarah, sangat disegani. Beliau merupakan salah seorang juri untuk UNESCO.  Saya 'tabik' beliau kerana kegigihannya memperjuangkan Bandaraya Melaka serta George Town sebagai 'UNESCO World Heritage Cities' semasa beliau berkhidmat di Melaka.  Semasa kami di sana, Dr Badariah telah berkongsi pengalaman hidup dan kerjaya beliau sebelum bersara sepenuhnya.


Dr Badariah Salleh


Mendengar pengkisahan daripada Dr Badariah

 Kalau anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Dr Badariah, sila lah tanya En. Google. Sekarang Dr Badariah mengisi masa persaraan sebagai 'mudarisatun' di sebuah madrasah dekat rumah beliau " membimbing makcik-makcik di sini, tafsir". Kalau nak  tau, Dr Badariah juga merupakan Pengasas Persatuan Sahabat Muzium Melaka. Kalau tak singgah kunjung hormat, memang tak patut!
Ah, ah di rumah beliau, kami  dijamu dengan Laksa Kuala Kangsar.....yummy, dapat juga rasa laksa 'kuale' . Untuk saya, apa-apa laksa pun sedap. Ada juga durian dan macam-macam lagi hidangan.

Happy sangat dapat rasa Laksa 'Kuale' Kangsar
Terima kasih, Dr
Gambar kenangan
Sebut TEMOH, ingat Dr Badariah


Hujan belum teduh.  Kami teruskan perjalanan pulang. Masing-masing penat tetapi 'happy'!

Terima kasih dan tahniah kepada urusetia program 'Ipoh, George Town, Kuala Kangsar: Heritage Trail 25 - 27 Okt 2013 kerana berjaya mencapai objektif. Satu jejak yang menyingkap sejarah.
I enjoyed the educational walk!
Pengerusi PSMNM, Shaukani Abbas, 
Job well done!!

Kami naik bas inilah.....kelassss gitu!
Ada lagi 'walking-walking' macam ini, Tuan Pengerusi?

Kredit foto: PuteriHangLiPoh (my sista), FB Julia Ali, FB Shaukani Abbas(he's my bro)

BUKIT CHANDAN: PAMERAN DAN JUADAH WARISAN

Di Bukit Chandan rombongan PSMNM menghadiri  Pameran Kuala Kangsar Bandar DiRaja: Khazanah Warisan Kesultanan , Agama dan Pendidikan, usaha sekretariat kumpulan Bukit Chandan Kampungku (BCKK). Pameran telah diadakan di Baitul Anor dihadiri juga oleh warga tempatan Bkt Chandan.

BANNER
Sebenarnya BCKK sedang berusaha untuk memperkenalkan dan mempromosikan keistemewaan Bkt Chandan kepada warga tempatan dan warga luar Bkt Chandan. Dengan ini warga tempatan akan merasa bangga, menghargai dan sayang kampung halaman sendiri.  

Tulisan Jawi, juga warisan
Antara yang dipamerkan
SEJARAH DAN SENIBINA RUMAH MERAH, RUMAH WARISAN
Melalui pameran tersebut hadirin dapat mengenali  sejarah, mercu tanda, lokasi dan bangunan warisan dan tarikan pelancong, warisan ilmu dan syiar Islam, Seni dan kemahiran, juadah serta kenangan dan nostalgia anak tempatan Bkt Chandan.
Tetamu VIP DiRaja,
semoga usaha BCKK mendapat perhatian dan sokongan
Antara yang hadir mendengar penerangan sekretariat
Setelah majlis perasmian, hadirin dan tetamu diraikan dengan jamuan juadah warisan.
Juadah disediakan sendiri oleh anak tempatan Bkt Chandan

Antara yang menarik perhatian  saya, yang saya rasa tidak ada di tempat lain....

NASI LAMUNI, berkhasiat..hmmm...untuk awet muda!!!
Nasi herba daun lamuni  selalau dihidangkan seperti nasi lemak biasa
iaitu digandingkan bersama  sambal tumis dan telur rebus.
Jika ingin mengetahui tentang herba lamuni dan nasinya,
eloklah tanya En Google. 
PUTU CAWAN, rupa seperti cawan, putih gebu.
Rasanya lemak-lemak yang diperbuat
daripada tepung beras, tepung pulut dan kelapa.
Mana gula merahnya? Ini bukan putu piring lah!
PEMANIS JAGUNG....so sweet, sedaaap

Abaikan dua ketul  nasi himpit dan pinggan.
Inilah rupanya pemanis jagung. 'Baju ' anak jagung di buka.
di masukkan isi-isi jagung yang telah dihancurkan serta campur dengan kelapa dan gula,
lalu di pakaikan semula 'baju'nya. Banyak kerja tapi sedap!

Puan Hajah sebelah kanan, warga Bkt Chandan, kata
"pemanis jagung ini juadah DiRaja. " 
Yang teruja juga dengan pemanis DiRaja, Shaukani dan Pn Suraya





Terima kasih Bukit Chandan.
Semoga harapan serta usaha BCKK akan tercapai.
Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan murni BCKK
Ameen....


UNIKNYA BUKIT CHANDAN, KUALA KANGSAR

Kuala Kangsar, bandar di Raja Perak. Hari ketiga rombongan Jejak Warisan PSMNM berada di sana. Tetapi kami tidak menjejak bangunan sejarah di bandar KK. Kami ke Bukit Chandan. Siapa ke Kuala Kangsar dan tidak melewati Bukit Chandan, rugi! Nama Bukit Chandan sememangnya tidak asing lagi bagi orang ramai kerana kaitannya dengan kesultanan negeri Perak.Banyak keistimewaannya yang kurang diketahui. Bukit Chandan kaya dengan peninggalan yang unik dan menarik. Antaranya....

MASJID UBUDIAH:saban hari menerima ramai kunjungan

Dahulu ISTANA  KENANGAN
Kini, MUZIUM DIRAJA PERAK.
Nilai estetika yang tinggi, bangunan yang tidak menggunakan sebatang paku pun!

BAITUL ANOR: RUMAH WARISAN yang hampir roboh
Setiap musim perkahwinan, ada sahaja pasangan pengantin yang bergambar kenangan

 di Baitul Anor

RUMAH MEOR: RUMAH WARISAN
Pak Meor berbaju putih megah memberi penerangan rumah warisan beliau

RUMAH MERAH: RUMAH WARISAN

RUMAH HITAM: RUMAH WARISAN
ANTARA MADRASAH  DI BUKIT CHANDAN:
Madrasah Idrisiah

Banyak lagi peninggalan warisan yang menarik di Bukit Chandan. Warisan ini perlu dipelihara. Jika tidak ia akan hilang dan tidak mungkin dapat dikembalikan.