Memang banyak kenduri kahwin pada hujung minggu cuti sekolah ini. Hari Ahad 31 hb Mei, berapa banyak jemputan yang kami terima. Kad pula macam-macam bentuk dan rupa. Siap dengan doa dan syair buat kedua mempelai. Antara yang menarik (untuk renungan kita semua...hu3)
...Tak perlu mencari teman secantik Balqis,
andai diri tak sehebat Sulaiman.
Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof
jika kasih tak setulus Zulaikha.
Tak perlu menghatrap teman seteguh Ibrahim,
andai diri tak sekuat Siti Hajar
dan
mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadijah,
kalau diri tak sempurna Rasullulah (S.A.W.).
Bimbinglah dirinya dan
terimalah kekurangan itu
sebagai keunikan.
Carilah kebaikan pada dirinya,
dan bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya.
Tetaplah berdoa pada Tuhan
agar dia akan terus
menjadi milikmu.....Amin

Hai, teringat lagu 'Direnjis renjis dipilis, Ditepungi air mawar...........'