Penghibur

Siapa punya birthday, dia kena belanja!!
Itu yang berlaku.
Jadi malam tadi, kami berdinnerlah di P+zz+ H+t.


Ada orang tu nak cuba rasa udang yang tinggal seekor di atas pinggan. Iddin nak cuba makan udang, udang goreng bersalut tepung tu. Sebenaynya, dia alahan pada udang. Selama ini dia memang tak mau sentuh masakan udang. Katanya "nanti lidah Iddin gatal'" Pandai pulak tu alahan-alahan ni!!
So, dia pun cuba.
dengan suaoan mami tersayang
.letak di mulut, nak gigit ke tidak?
Kunyah sambil tersenyum,apa rasanya??
Habis makan, dia terasa lain macam, lidah dia gatal. 

Ye ke ni?

Iddin ini sebenarnya penghibur kami (bila 'cuaca' baik). Semalam siang (Ahad) dia di rumah BC, jadi penghibur Nek Ngah dan Nek Lang, menyanyi dan menyanyi lagu-lagu kegemaran dia dengan iringan You Tube. Lagu "Mencari Jodoh" "Kalau berpacaran" " Selawat Nabi" "Nasyid (tak tau apa tajuknya)". Ada lagu yang kami tak tajuknya dan melodi, tapi dia tahu bila kami beri dia hints.. Terhibur betul. Ada masa dia tolong nek Lang dia sapu daun-daun kering (dengan upah!). Ada juga dia bantu Nek Lang panjat tangga untuk ambil pasu-pasu bunga gantung di pargola.
Dia kata "kan bagus daddy ada anak lelaki, boleh tolong-tolong" Ha, ha, ha.
Bila dia ke rumah BC , kami perhatikan dia mesti cari kami untuk bersalam. Begitu juga bila nak balik. Ada sekali saya sedang solat, dia nak balik ke rumah PT. Sempat dia sound dengan perlahan "Iddin balik dulu  Nek Lang". Iddin, Iddin"


Tapi ada masa bila 'udara sejuk jumpa udara panas' maka akan berlakulah "puting beliung". Masa tu, cakaplah dengan lembut pun, 'ada aku kisah'. Alahai Iddin.Mami aje yang boleh pujuk.

Berbalik dinner di PH tadi, sepatutnya menu rumusan ialah ais krim. Tapi birthday girl terus buat bayaran di kaunter. Memang tak ingat langsung! Bila hadap  "Mentor" di rumah, baru teringat "Eh tadi nak sudah makan dengan ais krim...terlupa" Nek Ngah pun tak ingat, sebab dah kenyang, katanya. Tak taulah budak-budak tu ingat tak??  Agaknya tentu mereka hairan..tadi kata nak dessert aiskrim..ni cepat-cepat nak balik!

ABC + Ais krim
Sorry, maaf...Nek Lang tak ingat, bukan disengajakan. Mengapa tak ingatkan tadi?

Lunch special

Jom nak cerita pasal makan.
Tengahari tadi kami ke Air Kroh. Ada sahabat nak belanja lunch, special katanya. Mereka yang tinggal di kawasan ini tentu perasan kedai makan ini. Tentu mereka yang adventure dalam makan-makan ini, pernah singgah di sini. Pernah kami singgah di sini minggu lalu (Jumaat) tapi belum dibuka sebab belum jam 12.00 tengahari. Rupanya dia mula operasi jam 12 th.

Kedainya tak lah besar sangat, okey-okey aje.

Ada macam pilihan menu dari seberang (Sunda ke?). Ada pecal, soto, pecal lele (ikan keli betul kah?)
Kami bertiga terus order set ayam penyet.  Saya tak makan pagi tu. Sarapan pagi ringan-ringan saje sebab nak menikmati lunch special


Habis saya satu pinggan, ooops bukan pinggan, tapi satu 'nyiru kecil'. Nasi dihidangkan dalam nyiru kecil bulat, beralas daun pisang. Jimat, tak payah  cuci pinggan. Ayamnya lembut, ada gorengan tahu dan tempe serta ulam timun dan sehiris kobis. Cicah pula dengan sambal belacan. Ada juga iringan sup ayam. Saya dah cuba ayam penyet di tempat lain, tapi ini yang best. Sambil itu ada pula lagu latar suasana 'seberang' gitu.
Sebagai iringan, mesti ada menu ini, pecal. Tapi pecalnya ada nasi himpit (ketupat).



 Untuk minuman pun ada pelbagai pilihan. Kami pilih air asam boi. Terasa masam manisnya!!


Bagi mereka yang ingin rasa masakan di sini, jangan datang pada hari Selasa. Dia tutup. Kata adik yang membantu, Ayam Penyet tutup hari Selasa selang seli(alternate) dalam sebulan.

Terima kasih kepada Kak Asmah bawa kami makan ayam penyet. Tahu kenapa Kak Asmah belanja........birthday girl lah..siapa lagi , saya lah....HAPPY BIRTHDAY TO ME........

Terima kasih kak! Alhamdulillah....


Sembunyi

Semalam, Selasa, cuaca cool di sekitar bandar Melaka. Nak kata hujan, tak pula, tapi awan gelap nampak jauh di arah laut. Sepanjang hari, cuaca nyaman. Apa lagi, kalau dah cool. sedaplah tidur..zzzzz.......afternoon nap....zzzzzzzzzz

Pagi ini, hujan rupanya malam tadi. Laman kejat basah. Udara pagi segar.


Seperti biasa, saya tuju ke kolam ikan nak check air tinggi atau seperti biasa dan nak tanya khabar cik-cik  kap.. Oh... jernihnya air. Tetapi mana cik-cik kap ku ?

Air jernih  walaupun ada lumut. Daun-daun dalam pasu tu dah tak ade, di gigit .

.Bawah air terjun itulah tempat persembunyian
Saya perhatikan, sejak-sejak ini, cik-cik kap tak sejinak seperti dulu.Kalau 'kedengaran' sesiapa datang hampir kolam, terus mereka lari sembunyi bawah air terjun.Cemas. ...berenang pula laju, macam kilat.!!!! Takut agaknya.
Kalau diberi makan, kena campak pellet dari jauh. Tidak seperti dulu, boleh letak hujung jari pada muka kolam, mereka akan berebut-rebut nak dapatkan makanan.

Campak makanan, berebut-berebut dia keluar dari tempat sembunyi
Saya perhatikan dari jauh, cik-cik kap akan keluar bila 'nobody around'
Nak main sembunyi-sembunyi, ya cik-cik kap?

Aiskrim timbang

Gelato Fruity sudah sampai di Mahkota Parade Mall, Melaka,  sebuah kiosk aiskrim 'Italian taste'. Dah lama dah GF dah berada di MP Mall. Gelato Fruity jual aiskrim ikut timbang, bukan seperti jualan aiskrim biasa. Banyak scoop diambil, beratlah timbangannya dan tinggilah kosnya. Satu mangkuk (cup) kecil, kosnya paling minima RM6.00 . Ini untuk perasa yang'plain n simple'. Minimum order pula mesti 100gram.
Inilah kiosknya di Ground Floor MP Mall

Tengok tu, harga ikut timbang.
Pilih saje. tepuk dada tanya tekak, ada nama masing-masing.
Menggemukkan tak gelato ni?
 Pelbagai warna. Apalah rasa yang warna 'kebiru-biruan' itu ye?

Atau nak fruit juice, milk shake

Ada free tasting. Ah, perasa mangga sedap

Tapi kami tak beli pun. Saya bukanlah penggemar aiskrim sangat. Singgah buat promo,maklumat untuk you all pembaca kalau-kalau  singgah di Mahkota Parade. Lagi pun nak update  posting. Suka abang di belakang kaunter bila kita kata nak masuk Gelato ini ke dalam blog. Lagipun kami baru saje lunch pizza dan salad serta kentang goreng.  Kenyang dah...lain kali aje lah ye....just for the taste, apa bezanya gelato dengan aiskrim berjenama yang lain...




Hujan dan ikan

Akhirnya, hujan turun jua! Alhamdulillah....
Malam tadi kira-kira jam 9.00 malam,  sedang asyik tengok "Diari F" (ikut juga sebab Pak Nl), siaran tergendala....tutup TV
Semua senyap....semua baca buku...ada sorang... dah tidur kepenatan main siang tadi.
Betullah kata sorang makcik blogger tu, tak ada TV, pandai pula senyap dan baca buku.
Kedengaran bunyi hujan mencurah dengan lebatnya.
Cemas...
Kejap petir...kilat sabung menyabung...guruh dentum mendentum!!!
Mana tidaknya petir dan guruh berselang seli....sudah panas beberapa hari. Udara panas.
Bimbang lihat cahaya kilat...mohon perlindungan Allah...
Lebat jugalah hujan malam tadi. ...
Semuanya berakhir hampir jam 11.00 malam.
Nyaman semula.
Sejuk malam tadi.
.
.
.

Pagi ini...udara segar di luar
Bumi basah.
Tak perlu siram pokok bunga
Tapi masih tetap ke "fish pond''. Rutin setiap pagi...Jenguk-jenguk ikan (kesian,kesejukan dalam kolam..hi, hi..)
Ikan-ikan comel sedia menunggu bila lah nak di'suap'kan makanan??
Agaknya bila 'terdengar' bunyi tapak kaki menuju ke kolam, waktu makan dah sampai "it's feeding time"
Berkerumun  a 'school of fish  ke satu sudut kolam,. Mereka mesti berkumpul di sudut ini bila
'feeding time'. Aduh, suka tengok mereka berebut-rebut, ternganga mulut' tunggu 'suapan'
Sebutir, sebutir pellet dicampakkan...berlaku 'tolak menolak' dan rebutan.
Kesihan yang kecil..pellet agak besar untuk mulut yang kecil.
Menghiburkan!!
dia datang dengan.......

jom rebut!! makan sikit aje tau!
kelaparan

Ucapan Hari Ibu

Semalam hari istimewa buat mereka yang bergelar 'ibu'. Saya terima juga beberapa SMS Hari Ibu. Cuba baca yang ini...



"To all mothers, PLEASE READ THIS..: It's normal when u're in ur 20s, u'll look very 'MENGANCAM'........When u're @30s, u begin to behave 'BERMACAM-MACAM',....,When u turn 40s-50s , u'll feel "TERANCAM" and sadly, when u reach above 60's orang langsung tak boleh 'CAM'. Happy Mother's Day!!"


Yang ini pula....


"Yang sejati ibu kandung, yang famous ibu tiri, yang ringan ibu angkat, yang miang ibu keladi, yang tembam ibu roti, yang ramai ibu tunggal, yang penting ibu jari,........... Macam macam ibu ada. Yang penting, anda tetap ibu yang disayangi...Selamat Hari Ibu."


Yang pasti...

HAPPY  MOTHER'S DAY......

walaupun terlambat...hari ibu setiap hari, bukan??

Pudding Sagu Mata Ikan

Lebihan air gula melaka yang disira untuk kuih kasui tempoh hati masih banyak. Susu cair ada dalam stok. Nampak sagu mata ikan dalam botol. Ah...boleh buat pudding sagu mata ikan. Buka almari pinggan mangkuk. Nampak ada beberapa mangkuk aiskrim berkaki. Cantik! Resepi paling senang yang saya belajar  sewaktu Tingkatan Satu,berapa tahun dulu ah????

Disejukkan

'Amal, look ...Nek Lang buat pudding sagu mata ikan!'
"What? Looks like telur ikan!. Only granny eat ah?' Budak ini memang choosy dalam bab makan.
(Lah, si Amal ni, ingat ni makan orang tua yang tak ada gigi ke?)

'Iman nak try'
So Iman cuba......letak air gula, letak susu cair. Dia rasa. First time dia rasa pudding ini.
'Eeee sedaplah Amal'

Sampai tertumpah..selekeh betul!

Tapi Amal tak suka. Dia nampak makanan tu pelek. Dia tak mau cuba.
'Pudding ini Nek Lang belajar masa Form One dulu. .Iman pun boleh buat nanti'

Rebus 4 cawan air hingga mendidih.
Basuh secawan sagu mata ikan. Masuk ke dalam air yang mendidih tadi. Tabur garam sikit.
Kacau hingga sagu jadi jernih.
Bila sudah puas hati, keluar kan sagu, masuk dalam tapisan. Cuci bawah air paip yang mengalir (running water) untuk menghilangkan kanji.
Kemudian, senduk sagu ke dalam mangkuk aiskrim. Dapatlah 7 cawan. Sejukkan dalam fridge.
Bila nak makan, bubuh air gula Melaka. Banyaknya ikut suka rasa. Tambah pula dengan susu cair. Guna santan pun boleh.

'Itu aje??' tanya Iman.
'Ah ah, budak tak pandai sekolah pun boleh buat pudding ini'

Hmmmm..sedap dimakan dalam cuaca panas ni.

Terima kasih MPK


Januari 2011. Pernah saya kisahkan cerita ini. Saya pun membuat aduan e-mail kepada MPK Kuantan  Pokok condong berat sebelah. Pihak MPK kata aduan saya dalam perhatian dan akan ambil tindakan. Lama juga kami (maksudnya saya dan jiran-jiran sebelah) tunggu.....hingga hampir putus harapan. Jiran -jiran tetap menyapu daun kering, bersihkan jalan rumah, bersihkan laman.

Mei 2011

MPK  tidak berdiam diri rupanya.

Pagi tadi saya menerima sms daripada jiran sebelah rumah, daripada Che Nah yang baik budi tu. "Aslkum pokok besar di depan sudah ditebang, lapang dan bersih"

Saya di Melaka sekarang. Nanti bila balik Kuantan dapatlah lihat suasana terang di depan rumah.Tak payah lagi jiran-jiran sapu-sapu daun kering. Tak khuatir pokok akan rebah.
Atau tak suka, sebab tempat teduh kereta dah tak ada!

Terima kasih banyak-banyak MPK, Majlis Perbandaran Kuantan.
Inilah amalan  "Rakyat didahulukan"

Sejambak bunga untuk MPK, Kuantan, Pahang Darul Makmur

Bunga MOI MOI


Bunga MOI MOI???
Ada kah nama bunga MOI MOI???
Ada!!
Sebab bunga special di bawah pergola  laman BC ini adalah pemberian BFF kakak, Moi Moi namanya.
Saya tak tau nama bunga ini, ada sesiapa yang tahu?
Lalu, sementara itu, biarlah saya namakan bunga kembang merah ini, MOI MOI sempena nama 
Ah Moi ini...

Kata Ah Moi Moi "This plant needs plenty of sunlight, so don't put it under the shade."
Okey...Moi  Moi...thanks for the plant..will take good care of it.  The pretty flower adds  colour to the pergola.

Tentu pokok bunga  MOI MOI ini akan meninggi dan mengembang tak lama lagi...

Meriah ceria

Ahad,1 Mei 2011, Batu Pahat.....Majlis Perkahwinan Noorlina dan Johari. Noorlina ialah cucu saudara kepada JY. Seperti biasa berkumpullah sanak saudara jauh dan dekat, meriah , ceria,  warna warni...so colourful. Masa inilah boleh bertukar cerita, bertanya khabar, bergurau senda.

Penyambut tetamu, kiri, Sapiah aka Mak Yoke, kanan Masitah aka Mak Tah.my SsIL..... silalah, jemputlah masuk
Dah lama tak naik pelamin..jom ramai-ramai kita meriahkan pelamin
Inilah ayah dan emak pengantin..bukan selalu  gambar bersama. Hari ini Dillah duduk di laman ye!
Dari jauh tetamu istimewa ini hadir...tentu anda kenal siapa yang berbaju merah itu kan? Mereka ini rombongan dari KL.
Makan-makan di bawah khemah. Pelbagai pilihan lauk pauk.
Berkumpul ramai-ramai di ruang dapur, jom makan. Makan rebut-rbut tapi biar bersopan.
Seriusnya Mak Adik (sil)menggubah bakul buah, dah dapat pelapis belum? Misliah mengajar di sebuah sekolah agama di Pontian.
Mak On (sil) nak sangat bergambar dengan Furqan yang sedang tidur. Furqan ialah cucu arwah Sapura, adik Mak On. Wajah Mak On hampir wajah arwah Sapura.
Tersenyum riang Mak Idah (juga sil)  tapi ada juga yang nak enter frame. Tahun depan Mak Idah bersara, jaga cuculah nampaknya.

Johari n Lina setelah diakad nikahkan, pasangan comel
Time ni sudah bersanding, round round cari saudara mara, berkenalan. Kelihatan Mak Eng dan Badrul rushing ke mana tu? Mak Eng, sil, dari Parit Raja dan Badrul, anak saudara, jurugambar pro dari Langkawi. Bibik perhati dengan tenang.
Penyambut tetamu masih tersenyum walaupun penat berdiri di bawah sinaran matahari





selamat pengantin baru
johari dan noorlina
semoga berbahagia dan selamat sejahtera
hingga akhir hayat.

Pencemaran Haruman

Petunia putih, unggu n kesidang mencantikan pagola
Kesidang melingkar tiang pagola
Bunga melur, kesidang mengharumkan halaman rumah...pagi, malam...
Namun demikian ada bau 'interframe'...pencemaran haruman bunga-bunga  ini.




Dulu laman rumah bertanah selang seli dengan tanah berpasir..jadi sudah tentu ia menjadi fokus buangan 'mereka' pendatang tanpa izin yang kita panggil keluarga En  Ku Ching Meow Bila nak senangkan perut , datang ke laman kami. Berbaulah sana sini dengan peninggalan najisnya.

Nah sekarang kawasan berpasir sudah di pasang  batu interlok ,  selesaikah  masalah ?

Tidak, masalah tak selesai. Pandai pula keluarga tanpa izin ini memilih  kawasan berumput karpet pula. Habis rosak rumput. Tompok sana sini. Keluarga En Ku Ching Meow dah pandai pilih comfort zone untuk membuang. Oh kalau dulu setelah buat projek, buangannya itu boleh dikambus dengan pasir. Konon ikut cerita hikayatnya "takut dibau Pak Belang". Sekarang  En Ku Ching Meow dan  beradiknya sudah berani. En Ku Ching Meow dan Co. tak percaya dengan akal Pak Belang. Kawasan berumput sudah menjadi tempat buangan. Tinggalkan begitu saje. Tak perlu ditutup dengan tanah!
Tambah lagi, malam-malam cari pula alas kaki di kaki pintu, untuk sedap tidur. Esok pagi terlekatlah bau aroma badannya pada alas kaki.  Hisssh!!! Kenalah pula setiap malam sangkut kan alas kaki pada kerusi

Siapalah tuan punya En Ku Ching Meow and Co! Kurang asam betul...