Blogging: nak rihat

MONDAY 26 November 2007.......sekilau1 bermula.

MONDAY 26 November 2012.......ulangtahunnya yang  ke 5

Kebetulan!

Rihat dululah ye.....

Apa khabar dari Melaka

Berada di Melaka semula!
 Back to work!

dulu.....

UPSR 2012: dan keputusannya.........

Tahniah, tahniah, tahniah ....keputusan UPSR 2012 telah diketahui. Syabas kepada yang tercapai impian. Bagi yang lain, terimalah keputusan dengan hati terbuka. This is not the end. Banyak lagi ujian dan peperiksaan yang akan anda hadapi.
Sini saya nak kongsi cerita. Saya juga teruja menunggu keputusan dia. Sibuk nak tau keputusan UPSR cucuanda yang bernama Amal binti Sorkapli. Berita di TV mengatakan ibubapa dan calon-calon boleh tahu keputusan melalui sesawang MOE  secara online dan SMS. Bila Mr Sor dah beritau saya No  KP dan  AG Amal, saya ikutlah arahan online dan SMS. Tapi frust you! Pergi  online,  terbit analisa pep percubaan. Bila hantar SMS pula, dia arahkan kita cara nak dapat keputusan. Dan UPSR 2011 pula tu. Hai, ngapalah tak update sistem. Ngapalah buat kita orang konfius! Semoga tidak akan berlaku lagi perkara ini masa-masa akan datang, ye.
So Mr Sor kata, tunggu result sekolah ajelah. Jam 12th, Mr Sor called. Dengar suara gembira seorang bapa,(ada bunyi stress juga)  termakbul doa...Alhamdulillah, She did it! She did it! Capai target!
 Nek Ngah juga turut bercerita!

Apalah Amal dok tulis tu? Reminder to Nek Lang ke?
TAHNIAH AMAL!
 (ini gambar tahun lalu)




AIBP Tanjung Lumpur: satu pengalaman

AIBP waktu malam. Gambar dari blogger berkenaan.

Inilah pertama kali saya menjejak kaki ke Ana Ikan Bakar Petai (AIBP) di Kampung Tanjung Lumpur, Kuantan. Banyak sudah bloggers yang mengunjung tempat ini menceritakan pengalaman mereka merasa menu ikan bakar di sini. Kebanyakan review kata memang best rasa masakan di sini. Pada saya boleh diterima pendapat mereka. Belum lagi saya cuba restoren ikan bakar lain yang ada di Tanjung Lumpur yang menjadi  pesaing hebat (AIBP). Memang ramai pengunjung pada malam kami ke sana membuktikan popularnya AIBP ini Tak ada tempat duduk di bawah lalu kami ke tingkat atas. Peak hours.Hujung minggu pula.

Sambil menunggu .......saya perhatikan....

Tangga yang digunakan merupakan laluan serba serbi. Maksud saya,,itulah satu-satunya laluan untuk pelanggan naik ke ruang makan di tingkat atas. Situlah juga makanan yang dah masak dan minuman pesanan pelanggan dibawa ke atas oleh pembantu atau pelayan kedai. Tangga itulah juga pembantu bawa turun naik peralatan makanan seperti pinggan, gelas yang telah  digunakan. Akibatnya sibuklah laluan satu-satunya tangga yang ada. Bertembung yang turun, yang naik. Sudah tentu kita perlu berhati- hati naik turun tangga sebab kelihat anak tangga  agak licin. Mungkin ini berlaku waktu peak hours. Waktu lain , tak kot?Apa-apa pun, cadangan saya, buatlah tangga lain untuk laluan  pelanggan. Atau laluan "For Staff only", Dan pentingnya ada laluan lain, kalaulah berlaku 'emergency'......ha...macam mana? Nak lompat terjun??

 Keduanya, oleh kerana tempat ini popular, pelanggan pun ramai (waktu malam),,,,jadi pelayan pun terlalu sibuk hinggakan kita sendiri terpaksa layan diri ambil sudu dan garpu sendiri, ambil mangkuk sup tomyam, sendiri. Ada bekas sudu di atas meja, tetapi kosong, tu yang kena layan diri. Kertas tisu pun tak ada. Peralatan cuci tangan tak disediakan. Sinki jauh letaknya. Cadangan saya, tambahlah pembantu atau pelayan yang boleh memberi perkhidmatan yang lebih baik, lebih efisyen.

Ketiga, pesanan minuman. Seorang sahaja kelihatan yang kerjanya ambil pesanan minuman dari  pelanggan. Pesanan datang lambat pula.  Kalau makanan bermasak  saya faham sebab ambil masa untuk memasaknya. Pesanan minuman  saya datang lambat. Dah start makan, air tak sampai lagi. Kena beri peringatan. Bila pelayan hantar, sempat dia  kata "nak buat macam mana?" bila saya komen "nak tercekek saya". Apa salahnya dia kata "Minta maaf encik, minuman lambat". Sejuk hati sikit kan?

Harga? tak tau saya sebab ada orang belanja "buka table" Kami makan nasi putih berlaukkan tomyam campur, telur bungkus, sayur kailan goreng belacan, ikan siakap kukus, sotong goreng tepung, kerabu mangga dan  sudah tentu ikan bakar petai! Maaflah, malam itu, ikan tak berapa fresh! Keseluruhan, okey-okeylah rasanya. Btw,sup tomyam kami habis sebelum nasi sampai. Lambatnya service! (nak buat macam mana, quote and unquote)

Maaf, AIBP, itu cuma cadangan saya supaya AIBP lebih 'bintang' nya. Harus ada 'contigency plan' .Tapi "ada aku kisah" atas review dan cadangan di atas? Pengunjung "aku" ramai, mereka tak komen pun. Makanan "aku" sedap, itu yang penting.

Tak pula saya ambil gambar suasana di AIBP. Jadi saya pinjam lah imej dari bloggers.Minta dihalalkan,ye. Silalah anda ke blog mereka untuk mengetahui pengalaman mereka pula di AIBP.

Saya suka ruang makan tingkat atas. Meja ala Jepun/ Korea. Bayangkan pelanggan ramai, penuh ruang.




ikan bakar petai yang popular, sedap ...Imej dari blogger


Sempat saya ucapkan "terima kasih, adik" pada adik-adik pelayan AIBP bila tinggalkan tingkat atas. Mereka senyum,
Di muka pintu, bersepah kasut,seliper pengunjung.
Mujur saya  letak kasut saya di  tempat letak kasut/slipper sebelum masuk ke ruang makan.

Sarapan: cucur jagung tin

Semalam dah masak bubur jagung untuk minum petang. Apakata kita buat pula cucur jagung untuk sarapan pagi ini. Ada jagung tin Adabi, tepung, ada ikan bilis, bawang merah, cili merah. Cukuplah.

Mudah buatnya. Sukatan main agak aje. Kalau ada daun bawang lagi naik colour cucur.  Makanlah dengan sos tomato campur sos cili.
Oh yes, hari ini birthday si dia, cucu nek lang, si bujang, di Melaka. Dia suka cucur stau cengkodok tepung begitu saje. Happy birthday to you. Selamat menyambut harijadi ke 10 tahun. Dah besar dah cucu nek lang.Semoga sihat dan dipanjangkan umur serta murah rezki. Ameen. Ingat apa pesan nek lang, ye. Nanti kita buat cengkodok sama-sama ye. Tok Lang nak rasa nasi goreng encik iddin , boleh? Kak Nana pun kirim ucapan 'Happy Birthday Iddin'

bersama tok lang bersihkan basikal tak  lipat

Permintaan: OK lah

Dia SMS. Nek Lang janji, katanya, basikal lipat kalau dapat kekal di kelas yang sama tahun depan. Oh ye ke? Nek Lang lupalah. Tetapi  ada beberapa syarat Nek Lang senaraikan sebelum dapat basikal lipat (yang juga menjadi idaman Nek Lang, hee, hee)' Can you do that' Nek Langnya tanya.'Can you?' Bagi setiap satu syarat,  dia balas semula dengan 'OK'. Just plain 'OK'. Oklah, nanti buktikan 'OK' tu. Okey?
Hai,janji ditepati, Nek Lang......

Imej daripada bazariaonline,com.

Singapura:3H2M

Catatan program sebagai rujukan saya.

4 Nov2012 Ahad
12.15 pagi- Bertolak dari Kuantan ke Johor Bahru melalui Segamat.
                   Singgah sebentar di Yong Peng RnR(swasta)
6.00 pagi    Sampai di RnR Gelang Patah untuk solat Subuh, bersihdiri.Sarapan
7.30 pagi    2nd Link Check Point (Malaysia)
                  Urusan imigresen dan Kastam.
Selat Tebrau

Hello Singapura!
                  Tour Guide Singapura En Din sudah sedia menunggu.       
                  City Tour: The Esplanade/Merlion Park/Boat Quay/Boat Ride/Naik Singapore Flyer
Singapore Flyer

Cruising

                Drive thru Padang/Court House/Parliament House /bekas tapak KTM Tjg Pagar.
                   Singgah solat jamak zohor-asar di Mesjid Sultan,Arab Street

Mesjid Sultan. Ramai jemaah waktu kami singgah

                   Makan tengahari:Pilihan , Nasi Padang/ Murtabak Singapura
                   Tinjau pula apa yang ada di Bugis Street, macam di HK (belum ke sana lagi)
                   Check in Hotel
                   Rihat
                  Keluar semula.Tinjau pula apa ada di Mustapha Center (macam our local Mydin). Dikenali  dengan Little India. Tapi kami wrong place at wrong time.Kebetulan cuti Ahad, ada perayaan agama Hindu menunggu perarakan sambutan Deepavali, so,....ramailah yang  berpusu-pusu.Faham-faham aje lah. Hujan renyai-renyai. Ada antara kami sesat dalam crowd.
8.00 mlm   Makan malam. (on own) Balik hotel. Tidur

5 Nov2012 (Isnin)
9.00            Sarapan di Pasar Geylang Serai
Mee Rebus Singapura
 
                    Cuci mata di bazar. Tapi ada  yang dah membeli
                    Kedai-kedai banyak yang tutup. Sebab, hari Isnin pekedai  ambil kesempatan rihat.     
                    Bersiar-siar di Taman Orkid Singapura yang sangat indah.

                  Banyak rumah-rumah mewah serta foreign embassy di kawasan ini.
Antara rumah mewah 'atas tanah'.
      .
              En Din bawa kami makan tengahari. Oh, macam follow the leader. Turun tangga
                  naik tangga. Lalu kawasan bazar. Rupanya ke  Restoren Ayam Penyet.                              Bayangkan nak  siapkan hidangan. untuk 25 orang
                  Terus aktiviti, solat jamakzuhur-asar.. Lagi sekali ikut tour guide.
 Masuk kedai keluar kedai, Pandang kanan, pandang kiri, pandang kedai lah!
 Lintas jalan. Tujuan , nak solat di Mesjid Al Falah. Kawasan Orchard Road juga.
Bersih dan aircond mesjid ini. Sebenarnya surau.
3.00 ptg      Lawatan diteruskan. Ke Pulau Sentosa.
'Itu istana Shrek' kata tour guide.
Ke Universal Studio, tapi tak masuk yang utama,know what I mean.
Ambil gambar kat 'globe US'.Jadi lah.....

                   Mula-mula lawat Maritime Museum....kisah  sejarah bagaimana Singapura berkembang menjadi pelabuhan terkenal.

Perhubungan dengan Galle
Lepas tu,
.    Ke Sentosa Underwater World. Tau-taulah...tengok ikan seperti pari gergasi, shark dan sebagainya. Ikan Koi tak de pula!
Dongak, jangan tak dongak. Depan tu, jurugambar kami dengan videocam dia.
.   Rihat dan lepak, tunggu time untuk lihat Dolphin Show.
.    Teruskan riang ria di Sentosa dengan berjalan kaki, naik train, panjat tangga, guna eskalator,
 naik bus. Penat tapi gembira.
ke tempat show Song of the Seas. Kalau nak tau..sila ke You Tube...
satu persembahan lengkap boleh diikuti. Very interesting and awesome.!
Salah satu adegan dalam persembahan Song of the Seas, bunga api!
.   Balik. Naik train dan bas lagi ke terminal bus.
.   Makan malam. Kali ini saya makan Kuay Teow Goreng Sigapore Mamak style, warna merah tak macam mamak style  kita. Banyak pula tu, tak habis, Bungkus, bawabalik  ke hotel.
.10.00 malam Hotel. Rihat serta . kemas-kemas barang untuk berangkat pulang esoknya.

6 Nov 2012 Selasa
9.00 pagi  Sarapan di Geylang Serai lagi. Kali ni saya makan lontong , Sedap to the maksimun.
(saya quote kata-kata tour guide)
 Hee, hee.
 Kedai  buka jam 10 pagi Apa lagi, Cik Kiah membeli-belah. Tak cukup bazar Geylang Serai,,lintas  ke seberang,  ke Joo Chiat...more shopping cari kain ela.
Terpengaruh!

 Sudah diberitau berkumpul jam 12.00th. Kalau tidak, ada yang nak ke Arab Street, shopping.
Tapi tak sempat.
              En Din bawa kami ke Kedai Chocolate. Belilah serba sikit.Nak habis kan Dollar

                Singgah pula beli Murtabak Singapura, ingat orang di rumah.
Di Singapore 2nd Link. imigresen n kastam
Solat di RnR ,Lunch
Dalam perjalanan singgah pula cuci mata di JPO, JB. Take note !

jambatan 2nd link

Bersama,u,Adibah
Singgah Segamat, solat dan makan malam.
11.30mlm sampai Kuantan dengan selamatnya.

Keseluruhan lawatan,
Enjoyable trip
Jauh berjalan luas pandangan
Banyak dipelajari
Tour guide yang peramah, penyabar, berpengetahuan, lucu
Bijak mengatur semula program sesuai dengan Cik Kiah-Cik Kiah
Profram mengikut kemampuan Cik Kiah, tau tak pe ^-^
Itulah tour guide kami. Terima kasih banyak-banyak ye. Sempat dia buat puding suji untuk kami.



                     

Cik Kiah di Kota Singa


Inilah antara Cik Kiah-Cik Kiah  yang ceria
jalan-jalan  di Kota Singa
.
berlatarbelakang air terjun







bergambar ramai di Taman Orkid

buat kawan dengan seorang 'madam' semasa menyusur sungai di marine drive
The Merlion, tugu kemegahan Singapura
Bersama Hjh Fauzeyah di The Flyer, sambil menikmati pemandangan kota dari angkasa
sempat juga buat kawan dengan makcik dari 'down south'
Bersama Ketua Cik Kiah, Hjh Zuraidah setelah solat.
Tiada 'surau' tetapi ada 'mosque' di kawasan hampir dengan
Orchard Road
Sudah ada dekorasi dan lampu hiasan tarikan Christmas di Orchard Road

dan ini dia tempat  Cik Kiah shopping mopping
 Pasar Geylang Serai, macam-macam ada
pasar basah, pasar kering, gerai makan, bazar kain baju
sarapan Mee Rebus Singapura.

Pulau ini pula  menjadi tumpuan

Suatu masa namanya, Pulau Belakang Mati.
Sekarang, sentosa, riang ria!!
Rasa-rasa macam pergi jaauuuuuuuuuuhh di luar negara lah
 Bukan di Hong Kong
 atau, di Sydney

atau di India (maaf, gambarnya tak de, dah petang, gelap! )

Rupa-rupa hanya di Kota Singa
The 'FINE' City
(apa tidaknya, buat salah, tak ada disiplin, tak ikut undang-undang,
kena 'fine')
Hutan batu, tiada kampung lagi



Hello Singapura

Rombongan Cik Kiah akan bertolak  ke Singapura tengahmalam ini. Kali ni, saya ikut Cik Kiah-Cik Kiah WI Taman Guru dan Persatuan Pesara Pendidik Kuantan melancong Bandaraya Singapura (Singapore City Tour) dan 'bersukaria'' (have fun)  di Pulau Sentosa. Tak lama. 3 hari 2  malam je, InsyaAllah, jumpa lagi ye......

Ikut Segamat atau Rompin dan Mersing?


BH hari ini: Fakta menarik




(imej daripada google)
Ketika bersin, semua organ dalam badan berhenti berfungsi termasuk jantung, Justeru wajar diucapkan kalimah syukur selepasnya.

Selamat Datang NUR AISYAH

Eeeee,,,,,Comelnya anak ini....
Syukur ke hadrat Allah SWT
lahirlah
NUR AISYAH binti MOHD AZLAN
ke alam dunia awal pagi tadi
Rabu 1/11/12
(mudah ingat birthday!)
Anak pertama  
Azlan dan Aslamiah.
Tahniah diucapkan kepada anda berdua
Alang dan Pak Lang tumpang gembira
 
Azlan dan As semasa persandingan mereka akhir tahun lalu.

Gambar baby saya ambil dari blog Ceritalah Nek Ngah. Sebabnya, saya dah balik semula ke Kuantan. Tak dapat bersama famili di Melaka menyambut kedatangan Nur Aisyah. Nek Ngah telah menjalankan satu tugas yang penting untuk baby baru. Jadi mak bidan ke? Hee, hee....nak tau silalah ke blog Nek Ngah, 
Tahniah Nek Ngah . You have done a good job!!!