Tunggu giliran |
Sudah beberapa hari telinga kanan saya tersumbat. Rasa berat, berdengung.Pendengaran pun tidak selesa. Bila bercakap, kuat atau perlahan suara saya? Tak pasti.Nak jawab call hp guna 'speaker' yalah, dah biasa guna telinga kanan. Kalau tidak dengar sayup-sayup suara yang memanggil. Ini bukan pertama kali saya mengalami telinga kanan tersumbat. Kalau salah korek, salah teknik...inilah akibatnya. Bila jadi keadaan begini, saya akan titis kan 'ear drop' untuk mencairkan lilin atau wax. InsyaAllah,kotoran akan mengalir keluar. Tetapi kalau ia "berkeras" juga, saya ke doktor untuk 'servis' telinga. Ke doktor biasa sahaja, tak perlu ke pakar. Kini ia berlaku lagi akibat nak bersihkan (korek )telinga yang gatal..
Hari Sabtu yang lalu saya ke Klinik Kerajaan di Beserah. Tutup rupanya pada hujung minggu. Pergi pula ke Pekan Melayu (Malay Town) dekat dengan ECM untuk mendapat rawatan mana-mana klinik swasta yang ada. Pusing punya pusing, tak ada parkir. Lalu saya ke sebuah klinik swasta di Jalan Tun Ismail. Jumpa Dr P, seorang doktor senior, sudah tentu berpengalaman. Dia teropong telinga kanan saya macam dalam imej di bawah. Contoh je (imej dari google)
Katanya, 'wax' keras. Saya kata dah berhari saya guna ear drop dan minta Dr cuci telinga saya segera, dah tak tahan, Dr P minta saya terus guna 'ear drop' sebab kalau cuci masa wax keras, sakit nanti. Dia menasihati saya masukkan betul-betul ear drop ke dalam lubang telinga dan gesek-gesek luar telinga supaya kudah cecair masuk ke lubangtelinga. Datang semula hari Isnin. Doktor ni baik lah Dia tak charge apa-apa pun! Kalau ke specialist, duduk aje kerusi dalam bilik doktor, ah kena charge dah!
Aduhai, puas saya titis cecair. Keadaan masih sama...berdengung...tak selesa langsung.
Hari Isnin saya ke klinik sekali lagi. Ah???Doktor cuti, Hari Rabu dia ada? En hubby tanya mengapa tak ke doktor lain. Saya masih tunggu Dr P. Sabar je le.
Hari Rabu. Saya jumpa Dr P. Saya berdoa di permudahkanNya segala urusan saya hari itu. Minta Allah pulihkanlah pendengaran saya.
Doktor P titiskan cecair ke dalam teling kanan saya. Rasa air 'bergelombang' dalam telinga. Sambil itu 'nurse' sediakan satu 'tray' kecil mengandungi air dan letakkan di bawah telinga kanan. Lepas beberapa minit, saya rasa macam ada 'spray' air menembusi lubang telinga saya yang tersumbat. Sedap pula rasanya. Dr P telah mengguna sejenis alat untuk spray kekotoran telinga saya. Dr P tunjukkan takungan dalam bekas, apa yang keluar....... beberapa ketulan kecil wax telinga. tetapi tak banyak.
Doktor kata "ada lagi." Dia spray lagi . Apa pula yang keluar kali ini?
" Cebisan cotton bud, ke?" saya tanya dengan rasa bimbang. Manalah tau tertinggal. Oh tidak!
"Ini wax yang degil. Keras Sudah lama kumpul dalam lubang telinga" jawab Dr P.
'Apa rasa sekarang?"tanya Dr.
Lega! Telinga rasa ringan, pendengaran jelas semula.
"Biasanya nya saluran lubang telinga panjang. Tapi saluran lubang telinga kanan saya ' corner' sikit di hujungnya. Itu yang menyebabkan bila saya bersihkan telinga, benda wax tertolak ke dalam. Sorok. Kumpul lama. Keras Tersumbatlah.
Alhamdulillah!! Terima kasih Allah. Pada saat itu saya punyalah suka.
Pendengaran dah okey, kembali asal, dah seimbang, tak ada bunyi dengung. Berkali-kali saya panjatkan kesyukuran. . Dr P dan nursenya senyum lihat kegembiraan saya.
Ini ujian Allah SWT. Lain kali saya elakkan korek telinga. Bahaya kalau salah teknik. Kalau rasa telinga tak selesa, jumpa doktor 'Servis' telinga.
Baiklah, Sekarang saya nak layan drama bersiri Korea 'King of Ambitions' ..best cerita ini, tau.