Salam.
Syukur saya telah selesai pose 6. Pagi tadi breakfast di
Khatijah, lepas rindu pada
nasi dagang dan
nasi minyak rendang tok.
Sambil tu Cik Abang
sound "Kata nak cuba masak
Nasi Bukhari". Waduh...dia ingat!!! "Saya tak pernah masak nasi eksotik (nasi beryani, nasi minyak, nasi tomato...), jadi maafkan saya jika tak berapa nak menjadi seperti yang you makan di Shah Alam" (dia makan nasi bukhari pertama kali di sebuah restoren di Shah Alam dan terpaut dengan rasanya. Sebab itu asyik suruh saya belajar masak nasi bukhari). Dia sendiri cari resepi di i' net sampai ikon nasi bukhari letak kat
desktop as a reminder for me,. Okeylah, saya cuba..jom cari rempahnya nya di pasar. Bahan-bahan lain senang dapat tapi nak rempah nasi bukhari yang original cari kat pasar besar, tak ada pulak. Cari pula dibeberapa buah kedai runcit di Kuantan,di M Shariff, di kedai depan Mohd Store, tak ada, habis, out of stock, musim raya katakan. Alternatifnya, rempah nasi beryani (dalam paket). Bolehlah juga. Tak nak bukhari ayam, nak yang daging. Okeylah. Ikut aje. 1 kilo basmathi, dia beli 2 kilo...eeeh...banyaknya...periuk besar tak ada! Tapi saya masak 8 sukatan gelas kecil aje, sesuai dengan periuk nasi yang ada. Daging pun saya tak habiskan. Daun pandan pula tak dibeli, instead, daun kunyit...pulak :( Nak minta jiran sebelah, segan pulak!)
Balik rumah, mula lah buka 'silat bukhari'. Saya ikut panduan blogger '
a-passion- for-food' dengan ubasuai.. Dia guna ayam (which I prefer) instead of daging. Langkah yang beliau beri mudah diikuti. Nasi Bukhari, Nasi Bukhari .Kalau tak ada permintaan, memang saya tak kuasa nak masak kau! Nah kau, penuh satu periuk.
Nasi siap masak bila dia pulang dari Solat Jumaat. Masuk saje "ah, bau sedaaap...",
Saya "Tak berapa menjadilah nasi bukhari, ada kekurangan"
Dia "Tak apa, lain kali boleh cuba lagi" (bunyi macam cikgu menasihati muridnya)
Saya " macam mana rasanya?' ( JY selalu jadi my food taster)
Dia "Okey...kena fine tuning aje. Tambah garam sikit lagi"
Saya "Dah agak dah"
Tapi saya gembira bila lihat JY tambah 3 kali. (motivasi pada saya ke?)..(isssh..dia makan dengan sambal belacan!!)
Dia lagi "Kambing you tak makan eh?"
Saya 'Tak.."
Dia "Nasi bukhari kambing lagi best"
Saya diam, aje....tapi terima kasih lah kepada google, banyak lagi blogger beri panduan masak, lain orang lain cara ...pandailah (konon) sekarang saya masak Nasi Bukhari !!!