BOWLING MSSNM

Selasa 25 Feb 2014
Dedi, mami dan nek Lang sudah tentu beri sokongan
kepada satu-satunya peminat sukan , En Iddin.
 Iddin dan tujuh pelajar lain, team sekolah
SRK St Francis Melaka.
Itu dia En Iddin kita, ada style lo!

Sesudah tamat bertanding. Keputusan belum tau lagi,
Kiri dan kanan,  dua orang ustazah sebagai guru pengiring.
Mereka juga guru bowling sekolah.
Baju sukan sedondon semua. Menarik!

Dedi dan mami ambil cuti.
Barulah semangat En Iddin bermain!!

Manager memberi nasihat 'Fokus Iddin'.
Dan En Iddin played very well.
Tak sia-sia praktis.
Habis bowling, bola sepak pula.....
Tak penat ke Iddin??

CARA MUDAH MENGHALAU NYAMUK

Kalau posting sebelum ini mengenai cara menangkap Cik Nya dan En Mos  serta famili yang dipanggil 'nyamuk', kali ini saya nak kongsi pula cara menghalau mereka. Saya  ambil dari Fb (bukan saya punya).
Cara ini SELAMAT dan BERKESAN juga MUDAH. Murah pula tu!!
Anda hanya potong separuh beberapa limau nipis.
 Kemudian tekan beberapa batang (kuntum) bunga cengkih.

Macam cantik aje....

Letaklah bawa meja ke, tepi katil ke.....
Sang nyamuk tak berkenan bau cengkih dan asam limau!
Tapi ingat, rajin-rajin cuci atau basuh kaki tu. Nyamuk suka bau kaki yang busuk, okey......

PERANGKAP


Ini bukan sebarang perangkap.
Ini perangkap nyamuk.
Puas sudah di sembuh aerosol.
Namun tak berkesan.

Satu hari,
 Kakak terjumpa alat 'mos killer' di sebuah kedai di Melaka Sentral.
Harga berpatutan
Penggunaan berkesan.


Pertama kali digunakan malam itu
hanya dapat 2 ekor.
Keesokan malamnya
banyak  menjadi mangsa.
ha ha ha
agaknya waktu malam cik nya dan  en mos
terbang sana mencari mangsa
ternampak lampu biru disko 
ada iringan 'bunyi getaran'
lalu mereka berkata:jom kita ke sana
Ha...apalagi 'tipah tertipu'
terperangkap!!!!!


Nampak gayanya
boleh lah dapat hati nyamuk
menjadi hantaran meminang
Puteri Gunung Ledang.

Apakata Cik Nah dan Cik Yah?
Berkenan tak 'mos killer' ni?

MARI MEMBACA

Di Popular, nampak macam best je  cerita nya. Diskaun untuk ahli.

Bila lah nak baca 'My Dear Sister'

Di MPH pula, juga ada diskaun untuk pesara.

Bagaimana ye?
Buku ini juga banyak maklumat. Nak tahu....


Yang terlebih indah dalamnya ada curahan hati seorang pesakit yang amat saya hormati. Kak Hjh Ridzwan Ahmad. Saya kenal  Kk Rid sewaktu di kampus UM dahulu, lama dah. Masa tu saya tahun Tiga, Kk Rid masuk lewat. Tahun 1. Kami duduk di Asrama ke Kelima (Fifth College). Sebelum menyambung pengajian, Kk Rid mengajar di salah sebuah sekolah menengah di Kedah. Bak kata, Kk Rid ni "mahasitua". Kk  Rid sporting orangnya. Semasa  Minggu Orietasi untuk pelajar baru, Kk Rid buat apa yang disuruh oleh seniors seperti pelajar-pelajar bary yang lain yang jauh lebih muda. Dia tak kisah. Bagus betul Kk Rid. Sentiasa ceria. cergas dan senyum sokmo!!! Wajah happy lah!
Sesudah itu kami tak bersua hinggalah semasa sama-sama berkhidmat di Bahagian Pendidikan Guru. Saya di maktab perguruan dan Kk Rid di Kementerian. Kakak saya selalu kata orang lain nampak wajah kakak dan Kk Rid seakan-akan. Mungkin juga....
 Dalam buku ini ada bahagian  jurnal beberapa orang pesakit . Ada 12 Jurnal, penceritaan semula pengalaman  sebenar  pesakit-pesakit pelbagai kanser,  Terus saya beli buku ini untuk mengetahui bagaimana Kk Rid berjuang penyakit ini, "Hidupku Untuk Tuhan, Sahabatku Adalah Al Quran"
 Di mana KK Rid sekarang?  Bagaimana kesihatan beliau?  Sudah beransur pulih kah beliau? Kk Hjh Ridwan binti Ahmad memang seorang yang baik. Semoga Allah SWT berkati hidup Kk Rid, diberi kesabaran berpanjangan dan dipermudahkan Nya segala urusan hidup seharian KK Rid dan famili. Aamiin.


Ini anak Kk Rid yang menjaga ibunya dengan setia dan sayang

Saya petik
"Sudah 11 tahun berjuang dengan kanser. Hari ini saya masih bernyawa walaupun pada usia lewat, ALLAH SWT Maha mengetahui. Usah berputus asa, berdoa dan pintalah bantuan daripada-Nya,"

IDDIN BERSEMANGAT

Gembira bukan main lagi Iddin! Dia dipilih salah seorang pemain wakil sekolah dalam sukan 'bowling;( BM:Boling) Semangatnya tinggi. Kalau tak berlatih di bawah seorang coach, dia dengan daddy atau sepupu ataupun dengan Nek Ngah akan  ke bowling lane di MP membuat latihan tambahan untuk mengukuhkan lagi kemahiran.
Harapan tinggi untuk menang, 'He is serious' kata Nek Ngah sewaktu sesi latihan bersama Idin.  Nek Ngah serta  famili terus memberi semangat dan sokongan kepada Iddin.  Lihatlah imej yang saya ambil dari FB Nek Ngah.

Nek Ngah n cucu, 'the bowlers'

Gaya seorang bowler.,  fokus
Semoga Iddin dan rakan pemain sekolah yang lain (SFI team) berjaya dalam perlawanan bowling antara sekolah-sekolah  rendah peringkat negeri nanti, minggu hadapan.
Semangat juang Iddin cukup tinggi dalam sukan, Nek Lang harap semangat juang yang sama dalam pelajaran, ye Iddin.
Anyway, enjoy your school days, Iddin! 

ZIARAH 'POTLUCK'

Jumaat, 14 Feb 2014,  kami ziarah rumah blogger 'Kenanganku' dan famili di Taman Tas (Damai?)
Bukan orang lain tetapi sahabat terdekat.
Nak pergi pula waktu 'time' makan.
Jadi kami (saya dan Cg FK) tak mahu menyusahkan mereka masak memasak, kami bersetuju bawa makanan dari rumah, 
Saya bawa lauk Nasi Paprik
Nasinya, kakak cik puan rumah tanak, 
Cg FK bawa bayam tumis air (kegemaran Mak Ji)
 Cg FK masak juga telur dadar lipat (tebal macam murtabak)
Di dapur cik puan rumah, kita goreng ikan kembung, garing macam keropok
Goreng juga karipap pusing
Kita minum dulu, kata cik puan rumah,
Kita makan sesudah solat zohor.
Hidangan  teh O  (sedap rasanya, Kk Nah yang buat!) bersama karipap panas,
Ada juga buah anggur dan hirisan buah pir,

Lauk mudah-mudah. Tetapi waktu makannya meriah,
Bergurau dan usik mengusik.
Sambil makan tanya resepi.
(Kami berlima..saya, Cg FK, cik puan rumah, kakak Nah  dan Mak Ji)
Cara masak lauk nasi paprik (hmmmmm, sayalah cg nya...hi hi)
Cara masak telur dadar lipat ( FK kata 5 biji telur dan campuran hirisan bawang, daun bawang, daun sup, cili, dsbnya...)
Sambil tu berbagai ragam pilihan makanan.
Ada yang pilih tak makan cendawan (dalam paprik ada cendawan),
Ada yang tak makan ikan bersama nasi (tapi makan selepas)
Walaupun hidangan potluck 'paling simple'
Kami rasa meriah sekali. 

Sebelum pulang,
Kami meninjau pokok-pokok tanaman di laman mereka.
Kami minta (minta tau) beberapa potongan (bukan daun sahaja) pokok daun pandan yang tumbuh merimbun di laman mereka.
Saya nak letak daun pandan dalam kabinet dapur untuk halau lipas dan serangga,
Cg FK pula nak tanam dilaman rumah
dan nak dijadikan air daun pandan untuk buat kuih bakar nanti.
    
Bersama 'Kenanganku'


Begitulah ziarah 'potluck' kami.
Kenyang perut suka hati
Sesekali jumpa sahabat terdekat
Semoga makan bersama membawa berkat.







'KAYA' oh 'KAYA"

Ini bukan kes  'Jika aku kaya......., aku beli segalanya'....'
Ini 'kaya' yang makan bersama roti. Kaya spread :)
Satu ketika dahulu, arwah mak selalu buat 'kaya' . Sedap 'kaya' mak ni, lepeh atas roti bakar. Buat roti kahwin pun best juga. Petang tadi saya sibuk-sibukkan diri buat 'kaya' mak. Saya tengok dalam stok , ada telur,  ada gula, ada santan kotak, ada sedikit daun pandan.  Cukup bahannya.
Mari saya kongsi resepi homemade kaya arwah mak. Senang buatnya. Anda boleh ubahsuai sukatan untuk keperluan anda.
Saya masak separuh daripada bahan.

KAYA SPREAD BONDA KU
Bahan-bahannya:

10 biji telur ayam.
3 cawan gula
1 biji kelapa
sedikit air kapur ( saya tak guna)
secubit garam
Beberapa helai daun pandan

Cara membuatnya
1. Pukul telur bersama gula hingga kembang


Ini  yang mahal. Tiada dalam pasaran
.

2. Masukkan santan. Pukul lagi.
3. Masukkan air kapur ( kalau suka) dan secubit garam.
4. Masuk adunan ke dalam periuk.
5. Masukkan daun pandan.
6. Kacau hingga pekat adunan tadi atas api kecil


Kacau sampai pekat

Boleh juga kukus. Kalau suka boleh juga tabur sedikit bunga cengkih.
Nah.....ini hasilnya.


Spread atas roti atau buat roti kahwin
Jom cuba 'Kaya spread bondaku'




Pasar Tani UTC

Ahad, 9.30 pagi. Ini adala pemandangan daripada  Tingkat 2 bangunan UTC Kuantan setiap pagi Ahad. Pasar Tani Kuantan.  Ia beroperasi di parkir UTC. Elok sungguh ia bertapak di sini. Sebelum itu, Pasar Tani ini  berada di beberapa tempat di bandar Kuantan menyebabkan kesesakan lalu lintas. Begitu juga kereta-kereta di'park' sembarangan di tepi jalan. Tetapi masih lagi ada pengunjung pasar tani ini meletakkan kereta tidak mengikut peraturan, Masalah sama timbul. Gangguan lalu lintas. Oh ye, di pasara tani juga kita akan bertembung atau  terserempak dengan kawan-kawan yang jarang kita jumpa. Perhatikan deretan kanopi biru.  Seragam. Nampak macam selesa,  teratur serta kemas. Apa yang dijual di sini? Seperti biasa, macam-macam ada.....kawal nafsu, kawal poket (dompet) sahaja!



Tapak parkir di hadaan UTC ini juga menjadi tapak pasar malam setiap petang Sabtu, malam Ahad. Jadi 'happening'lah bandar Kuantan di hujung minggu.
Tetapi saya tidak ke pasar tani pagi ini. Tak de  apa nak dicari. Saya ke 'pasar pakaian' untuk mencuci mata.


Panas
Seluar seronok? 'Casual pants' lah agaknya


Pn Nazi dengan jubah...ada yang denim, 'cotton'
Saya singgah sebentar di khemah Pn Nazi . Bukan membeli tetapi singgah bertanya khabar. Beliau memang sangat berminat berniaga. Fokus perniagaannya hanya jubah dan abaya. 
Hari semakin panas. Pengunjung pasar tani dan pakaian semakin ramai.
Saya menapak ke Stadium Darul Makmur. Parkir kereta di sana.....tak berapa jauh, hanya senaman jalan pantas!
Saya ke pasaraya TM  sahaja.

THE DANCING SERAI

Di salah sebuah gerai sayur di pasar besar Melaka Sentral. Sambil menunggu 'adik sayur' mengira harga sayur belian saya, saya ternampak susunan serai. Beberapa ikatan serai tersusun kemas di atas 'para'. Kumpulan ikatan serai seolah-olah seperti sedang menari 'ballroom dance'.
Terbayang  'the dancing serai'!!! Hihi.


Saya ke kedai buku di DP. Nampak buku ini. Menarik !!!


Sekarang saya sedang ' menikmati' nya.

MARI RASA

Sebelum belanja di Pasar Melaka Sentral, kita singgah di Marina Ibrahim MI46. Kita makan dulu.

SUDUT HIJAU POKOK PASU

Jomlah...saya bawa anda cuci mata sudut hijau di laman
 Mula-mula kita ke pagola.

Ada beberapa pokok gantung.
 Antaranya, 
dua pasu ini.
di depan 'ivy' (harap tak 'poison')
di belakang 'hoya' warna kemerah-merahan'
Pucuk hoya dah merentasi 'net' pagola
'Staghorn' atau 'tanduk rusa' dulu kecil hampir kering
pokok buluh jepun sebelahnya,
di atas tanah, 2 pokok ini tahu nama nya,
satu, daun hijau.
satu lagi, bertulang,  hijau dan merah jambu
Pokok ini sepatutnya dalam kolam .
Kerana berat, dia tumbang.
Letak dulu tepi kolam sebelum ditrim.
Hai kepanasanlah  ikan koi
Saya ada dua pasu gantung pokok periuk kera.
Olek kerana dia sudah membesar, saya pindahkan sepasu.
Gantungkan di dahan 'pokok doa' (nama sendiri)
Pokok pasu di bawah ini juga sudah beralih tempat.
Sebelum ini di 'porch', ia tumbuh tinggi untuk  cahaya matahari.
Saya tebang dan pindahkan ke sudut laman
di bawah 'pokok doa.'
Dah banyak daunya dan tidak meninggi.
Apa ke nama pokok ini?
Oleh kerana rimbunan dan besar,
saya tukar kedudukannya dari sudut 'porch'
ke bawah kawasan redup juga di bawah ;pokok doa'

Ia juga baru di trim, saya buangkan yang 'lebih-lebih'
Itulah dia beberapa pokok pasu sudut hijau di laman BC
Terima kasih kerana sudi ikut saya.

BERSANTAI DI PANTAI PUTERI

Ahad 1 Feb 2014. Jom kita makan-makan ber'picnic' di Tjg Keling....ooooooppppsss.....salah, salah....di Pantai Puteri lah, sebelah Tjg Keling je
Hari Ahad. Cuti panjang hujung minggu. Sudah tentu ramai yang turut berkelah.
Cuaca baik. Berangin...Apa lagi cari tempat antara teduhan pokok rhu (ru). Bentang tikar. Keluarkan bekalan. Jom makan, belum sarapan lagi ni.  Tapi...tunggu dulu. Ada lagi ahli famili belum sampai. Ok..semua okey.....jom..










Dalam bersiap sedia pagi Ahad nak berkelah sangat, saya tertinggal fon di kaunter dapur. Jadi gambar-gambar saya pinjam dari fb my sis n whatsapp ummi soleha.
Terima kasih member famili semua. InsyaAllah kita berkumpul lagi, suka-suka, makan-makan....semoga silaturrahim bertambah erat.