BUNGA RAYA MERDEKA

Ketetapan tarikh, bunga raya merah mengembang. Saya suka!!!

BUNGA RAYA MERDEKA

Ya Rabb, lindungilah negara kami..
Ameen.



HADRAH RAYA: ADA KEJUTAN

Hari ini berhadrah di rumah Pn  Hjh Fatimah Abu. Di kalangan kami beliau lebih mesra dipanggil 'Mak'. Mak Timah walaupun sudah veteran tetapi masih cergas dan aktif dalam persatuan dan masjid

Bergambar di tangga Melaka rumah Mak Timah
Hjh Fatimah Abu, pandai mengaji dan berdondang sayang
Dan kali ini ada kejutan. Bukan kejutan letrik, hi hi...
Mak Timah telah menjemput Pak Imam sebuah masjid berdekatan untuk membaca doa memberkati majlis. Imam ini juga merupakan pemimpin  Kumpulan Hadrah Masjid tersebut. Setelah kumpulan hadrah membuat persembahan,

Pak Imam  memenuhi permintaan dengan menyampaikan 2 buah nasyid 'Solatain' dan  "Ya Hanana, Ya Hanana"

Kedua-dua nasyid tadi diringi oleh kumpulan hadrah kami. Sukanya hati para tetamu.
Terima kasih banyak-banyak Pak Imam. Nanti bolehlah hadrah kami membawa lagu itu pula!
Sudah tentu sebelum bersurai, makan time: Tahu Sumbat, Cucur Udang, Garlic Bread dengan Sup tulang kambing, Kway teow Goreng, keledek rebus dengan kelapa parut, Mash Potato. Ada yang tapau bawa balik.

Terima kasih kepada Mak Timah, tuan rumah. Budi baik tetap dikenang. Semoga diberkati. Ameen

Esok 
31 Ogos 2013

gambar dari google

JOM BERHADRAH RAYA

KHAMIS, 29 Ogos 2013. bersamaan 22 Syawal 1434H.
Kumpulan Hadrah LKPI Melaka Tengah ke rumah Puan Sri Hjh Halijah Aji di Klebang Besar..

di 'Sri Tanjung'

Puan Sri Hjh Halijah mengalu-alukan kedatangan tetamu
Seperti biasa, pukulan gendang, rebana, kompang mengiringi nasyid, lagu hari raya, nazam.


Jamuan pun best...putu mayam, lontong, rendang, mee hun goreng, kuih raya (ada lagi!!)


  Bergambar ramai dengan Pn Sri.sebelum bersurai

1,2,3...pose! Maka bergayalah mereka.
Posing sana
Posing sini

Terima kasih Puan Sri atas undangan.
Semoga Puan Sri dimurahkan rezeki dan perjumpaan kita diberkatiNya
 Ameen.


HADRAH HARI RAYA DITERUSKAN LAGI

Hari ketiga. Mari berhadrah Raya singgah pula di rumah rakan-rakan di Bukit Baru, Paya Ikan  dan Bukit Piatu.

3 beradik di Bukit Baru, Hjh, Zaleha, Hjh Rubiah, Hjh Zainun bergabung tenaga menjemput kami. 3 beradik ini hebat dalam  masak memasak. Sudah tentu hidangan pun hebat. Ada Nasi Dagang, Laksa Penang, Laksa Melaka/Nyonya, bubur kacang hijau durian, air laici, Oh...lagi rancak pukulan bonggo, gendang dan rebana. Makin tarik suara penyanyi. Apa-apa pun, semoga mendapat keberkatan majlis hadrah tersebut, bertambah erat silaturrahim antara sahabat.

2 beradk bersama 3 beradik

Hidangan nasi dagang, laksa Melaka, Laksa Penang

Kita pun nak nyanyi juga!
Kemudian ke rumah Pn Hjh Nyacik di Paya Ikan.  Kebetulan ada rumah  terbuka.

Hjh Nyacik  no 2 dari kiri
Hjh Nyacik menyampaikan duit raya kepada kami
Akhir sekali ke rumah Kk Hjh Zaiton Dagang, di Bukit Piatu, rumah  kami bertadarus pada bulan Ramadhan baru-baru ini. Kk Hjh sangat berbesar hati kami berhadrah di rumahnya. Maklum Kk Hjh sudah 83 tahun umurnya. Kehadiran kami dapat menghiburkan hati beliau dengan lagu-lagu hari raya serta nazam.

Kk Hjh Zaiton Dagang senyum gembira

Selamat ulang tahun ke 83, Kk .Mak Ton

Sudah tiga hari berhadrah. Sudah 9 rumah dikunjungi. Tapak memukul gendang, rebana serta gendang sudah menebal. Masih ada rumah perlu dikunjungi....

Semoga Allah memberkati perjumpaan kami.
Kami mohon keampunan mu, Ya Allah......



HADRAH SILATURRAHIM

Mari Berhadrah Silaturrahim Raya diteruskan lagi.


Hari ini kita ke rumah teman-teman di Air Keroh.
Rumah Kk Hjh Wan Jamilah

Kk Wan dikanan sekali
Rumah Pn Hjh Zainon Ali
Pn Hjh Zainon bersama cucu, Aisyah

Rumah Pn. Kasinah
Bersama Pn Kasinah, duduk di tengah-tengah
Maka rumah mereka meriah dengan hadrah, nazam, nasyid, lagu hari raya.
Sudah itu makan lagi. 

Terima kasih kepada puan rumah kerana sudi menjemput kami serta menjamu kami dengan pelbagai hidangan. Alhamdulillah,  Semoga diberkati, Ameen.


Esok 3 buah rumah lagi....selagi Syawal masih ada.

MARI BERHADRAH

 Sudah lama ia tertangguh dan tahun ini Alhamdulillah dapat diteruskan. Apa projeknya ye? Mari Berhadrah!!! Jadi hari ini mulalah apa yang dirancangkan oleh LKPI Melaka Tengah, Sambil mengeratkan silaturahim antara sahabat handai sempena Hari Raya Aidilfitri, mereka berusaha untuk menambah tabung Hadrah. Jadual mereka yang ingin menjemput Kumpulan Hadrah ini ke rumah diatur. Hmmmm...nampaknya dalam satu hari ada 3 jemputan. :)
Hari ini sahaja 3 jemputan dipenuhi : Rumah Pn Sri Zabedah (Pengerusi LKPI Negeri), rumah Kak Hjh Hapipah Mahat (Naib Pengerusi LKPI Melaka Tengah) dan rumah Kak Hjh Salha 'Cik Tah' (ahli veteran). Bukan main lagi makcik-makcik  dan nenek-nenek  memukul gendang, bonggo, kompang serta mengetuk tempurung, botol dan tamborin sambil berselawat, bernazam serta mendendangjan lagu hari raya serta nasyid.  Sungguh rancak dan meriah persembahan veteran ini. Lepas tu, apa lagi! Jamu seleralah dengan pelbagai hidangan. Bayangkan 3 rumah......tentu rumah akhir sekali kami kekenyangan....tapau aje nampaknya! Yang penting ialah mengeratkan persahabatan, bukan mudah nak jumpa rakan-rakan serta sahabat kalau tidak ada perjumpaan seperti ini.
Semoga apa yang diusahakan oleh LKPI Melaka Tengah ini diberkati Allah. Kepada puan rumah pula semoga dimurahkan rezeki. Ameen....

Sumbangan daripada Pn Sri Zabedah (kiri)
Selepas solat zohor kumpulan hadrah ke rumah Pn Hjh Hapipah Mahat di Bukit Baru


Pn Hjh Hapipah (di belakang) bersama 2 'orang ku'at Hadrah
'Kalau makan, jangan rebut-rebut'
Rumah ketiga, rumah Pn Hjh Salha atau Kak Ta, seorang veteran.


Semoga Allah SWT memberkati perjumpaan kita. Ameen
Itu baru pusingan pertama, hari pertama.
Esok rumah siapa pula ye?

ROMANTIKA JAMU RAYA

Masih dalam suasana hari raya. Orang kita, puasa sebulan, raya pun mesti sebulan.
Malam tadi famili En S n Pn T,  meraikan rakan-rakan pejabat di rumah mereka di PT. Mereka berdua bersungguh-sungguh membuat persiapan. Sememangnya mereka begitu bila meraikan tetamu. Biar tetamu rasa puas menjamu selera. Bagaikan persiapan di hotel.
Outdoor candle light dinner? Pilihlah meja mana: berdua? Berempat? Tak de,..... tak de nyamuk!!!



Kemudian, pilihlah makanan kesukaan anda. Pisang rebus n kelapa parut? Ubi rebus dengan sambal tumis? Ketupat n ayam bali? Roti n bahmia? Kuih lopis? Roti jala n kari ayam? Kwai teow goreng? Macam-macam ada, cik kiah oi! Eastern n western kata tn n pn rumah bila ditanya apa hidangannya nanti.





Nampaknya, tetamu berselera menikmati hidangan. Syukur ya Allah atas kenikmatan kau beri. Semoga En S n Pn T dimurahkan rezeki. Ameen

BILA PESARA PENDIDIK BERHARI RAYA

Pagi tadi saya menghadiri 'gathering' sambutan Hari Raya Aidilfitri ...di Kuantan.

''PBPPPM'ringkasnya persatuan 'pesara pendidik'....pendidik pencen.tak kisahlah, Pengarah ke, PPD ke, Pengetua ke  guru ke,...semua lah yang terlibat. Di atas ialah kad jemputan BBF saya. Untuk saya di Melaka, SMS aje.
Maka bila dah bertemu  secara rasmi setahun sekali, macam-macam lah pertukaran khabar dan cerita semasa. Sudah semestinya wajah dah berubah, bertambah matang, ada yang sakit-sakit lutut. ada yang sakit '3 in 1. Buat apa sekarang, Cg? Macam-macam jawapan. Jaga cucu, mengemas rumah tak sudah-sudah, berkebun, melancong, menghadiri kelas Bahasa Arab,  pelbagai  kerja yang dahulunya terabai barangkali. Macam-macam pesara ni. Tapi syukur kepada Allah SWT yang hadir nampak sihat dan bersemangat. Yang penting jemputan dipenuhi untuk bertemu kawan-kawan lama, merapatkan lagi  silaturrahim.....nak beraya ke rumah masing-masing, agak susah juga. Saya bersyukur dapat turut serta dalam perjumpaan.
Inilah dia suasana bila pesara pendidik Pahang khasnya Kuantan berhari raya.

Bersama Hjh Naimah (pernah GB Cemerlang), Hjh Farida Kazi, Hjh Rubiah Sidin (giat berko-op), Pn Norisah

Catatan kehadiran. Pn Hjh Farida Kazi (sebelah) masih aktif sebagai pegawai sukan

Mengisi borang ahli seumur hidup


Saya rindu Laksa Pahang

Pencuci mulut warna warni. Cendol pun ada.

Melayani hidangan ketupat, lemang, lontong, rendang

Kawan-kawan lama semasa berkhidmat di Maktab Perguruan

Bersama mantan DatoPengarah JPNP , Dato Abd Rahim Mohamad (berdiri bersongkok)

Cg Hjh Siti Saleha mendendangkan lagu Hari Raya


Bersalam hingga jumpa lagi
Kami berempat. Dua di tengah berpakaian sedondon. Shopping sakan di HCMC ;)
Semoga dipanjangkanNya  umur dalam kesihatan yang elok serta dimurahkaNya rezeki dapat kita berjumpa lagi. Ameen.