Salam semua...
Amal suka prawn fritters. Kalau makan kat Pi**a H*t, dia pasti order prawn fritters. So for lunch today, prawn fritters a.k.a udang goreng tepung. Resepi asas...redah aje, main agak-agak. Udang yang telah dibersih, buangkan kulit dan benang hitamnya. Ekor tak payah cabut (tapi saya dah tercabutkan ekornya!). Perapkan udang dalam seasoning: sedikit tepung jagung di bancur dengan putih telur dan garam. Perapkan dalam masa 30 minit. Buat batter pulak. Buat adunan tepung gandum,tepung beras, ..agak-agak sukatannya...sedikit baking powder, garam, dash of pepper...tambah air sikit, sikit..jadi batter. Biarkan sebentar. Yang mahir memasak tentu ada tambah bahan-bahan lain. Akak simple aje. Sampai masa, celup udang tadi seekor, ekor ke dalam batter....shshhhhhh.......goreng dalam kuali,deep fry, sampai kuning emas. Masaklah dia. Minta-minta Amal suka prawn fritters Nek Lang, nanti boleh buat lagi kalau Amal kata "Aye, aye, nek Lang".
Kemudian ingat nak masak ikan gelama goreng taucu. Cili hijau tak ada, guna cili merah yang ada 6 tangkai. Ikan gelama 5 ekor. Fikir pulak. Kak Iman tak suka taucu. Dia minat kentang goreng cili. So tukarlah resepi. Ikan gelama dengan kentang goreng cili. Caranya: tumbuk kasar cili dengan bawang merah. Tapi akak blend, malas nak tumbuk, nanti terpercik air cili. Tengok ada lebihan sambal belacan, tambah ajelah kat cili tadi. Kentang ambil 3 biji, hiris tebal, bersih dan goreng hingga kuning. Ikan gelama dah perap dengan garam kunyit, pun goreng. Goreng pulak cili tadi hingga masak. Masuk sekeping asam keping dan garam secukup rasa. Bila masak, masukkan kentang goreng dan ikan gelama, sebatikan dengan gorengan cili. Masak dah. Hopefully kak Iman pun suka.
Oh ya, si Iddin pula. Dia suka ikan gelama. Senang budak ini. Dulu suka ikan kembung, sekarang gelama. Akak ketepikan aje 2 ekor yang siap goreng. Jadi yang goreng cili 3 ekor aje. Iddin sukakan?
Itulah kisah saya di dapur pagi Selasa ini. Masak fikirkan kesukaan ramai. pening juga ye.
With Bibik
Salam semua....
For...Jalan-jalan cari makan, dinner time, the baba nyonya way
Not Bibik Indon okey,, but Bibik Baba Nyonya Melaka, Bibik Kim Neo.
First, with me....
'Mari masuk, Nyah, welcome, welcome,' said the Bibik, "sedap Nyah..."
Then with him.....
Same pose with Grannny Bibik
At.....
Food, glorious food....
Thanks Mr Sor for the (birthday?) dinner
Dancing lights? Dancing water?
Salam semua...enjoy the dancing lights and partner, dancing water, lampu menari-nari, air menari sama , (dancing fountains, colourful indeed) berwarna warni, mengikut muzik..... tarikan terbaru di Melaka, Bandaraya Warisan Dunia. Letaknya di satu tempat di tebing Sungai Melaka. Kalau anda menyusur(naik bot) Sungai Melaka waktu malam, pemandu bot tu tentu singgah kat tempat ni. Ramailah juga pengunjung dan kami pun menyamar menjadi pelancong tempatan! Kata yang pernah ke sini, kali ini tak hebat pertunjukannya...ada malam-malam lebih hebat lagi. Begitu ke? Tempat lain pun ada juga seperti The Mines. Lagu-lagu mengiringi 'dancing partner' ni , memang mengancam, tergoyang-goyang kaki (sayalah) macam nak menari aje. Jangan tak singgah sini ye kalau anda datang ke Melaka ni. Melaka tak tidur lagi!
Sesama sayang
Salam semua....
Ah, ni ceritanya petang Jumaat yang lalu, LKPI Perhubungan Negeri Melaka dengan kerjasama LKPI Daerah Melaka Tengah dan Hospital Besar Melaka telah mempersembahkan Program Sesama Sayang di Auditorium Hospital Melaka. Tujuan program ini ialah untuk menghiburkan para pesakit, bukan semua tau, yang terpilih sahaja, daripada setiap wad. Sebenarnya, program ini memang program bulanan hospital dengan NGO. Bulan ini, turn LKPI.Jadi pesakit bergilir-gilir setiap bulan untuk NGO yang berlainan. Apa peranan akak? Oh jadi tukang tangkap gambar, jadi penari, jadi penyampai teka teki (tapi tak habis kerana kesuntukan masa) dan jadi mak sibuk. Hampir tak dapat pergi, sebab perut memulas. Terpaksa ambil ubat dan sapu perut dengan pati halia. Barulah lega sikit. Of courselah, yang menjadi star petang tu ialah my sis . The crowd terhibur sangat tengok telatah dia, kalah yang professional. Yang performed pun not bad juga. Lihatlah foto-foto berikut, antaranya,
Ah, ni ceritanya petang Jumaat yang lalu, LKPI Perhubungan Negeri Melaka dengan kerjasama LKPI Daerah Melaka Tengah dan Hospital Besar Melaka telah mempersembahkan Program Sesama Sayang di Auditorium Hospital Melaka. Tujuan program ini ialah untuk menghiburkan para pesakit, bukan semua tau, yang terpilih sahaja, daripada setiap wad. Sebenarnya, program ini memang program bulanan hospital dengan NGO. Bulan ini, turn LKPI.Jadi pesakit bergilir-gilir setiap bulan untuk NGO yang berlainan. Apa peranan akak? Oh jadi tukang tangkap gambar, jadi penari, jadi penyampai teka teki (tapi tak habis kerana kesuntukan masa) dan jadi mak sibuk. Hampir tak dapat pergi, sebab perut memulas. Terpaksa ambil ubat dan sapu perut dengan pati halia. Barulah lega sikit. Of courselah, yang menjadi star petang tu ialah my sis . The crowd terhibur sangat tengok telatah dia, kalah yang professional. Yang performed pun not bad juga. Lihatlah foto-foto berikut, antaranya,
Yang hadir, harap terhibur, sporting tau dia orang ni, walapun kurang sihat
Senamrobik duduk, alah-alah pesakit gitu, warming up sebelum konsert
Melayan pesakit
Hadrah
Poco-Poco, kumpulan makcik dan kak cik
Zapin, satu, dua, tiga , gong....., pun veteran tapi hati muda tau
Habis majlis, ada Hi Tea. Sedap...ada mihun goreng(makanan ruji jamuan!), kuih kasui (bersalut kelapa parut..ala-ala snow), karipap (satu lagi a must dalam jamuan teh), dan satu lagi lupa akak nama kuihnya. Oleh kerana kelaparan dan kepenatan, lupa juga nak ambil gambar waktu jamuan teh.
Terima kasih Hospital Melaka, terima kasih Kak N...effort well done!!
Teka teki lagi: Banyak-banyak haiwan atau binatang, binatang mana yang paling kedekut?
Jawab, jangan tak jawab!
Tunggu, ada story lagi tau.
Hospital
Salam semua.....
Ini bukan cerita gempar..hospital....tapi petang nanti saya bersama dengan ahli-ahli LKPI Melaka ada acara di hospital. Apa acaranya?
Jumpa lagi dengan laporan seterusnya!!!
Oh ye sebelum itu, jawab teka teki ini:
Ayam berkokok, harimau..........
Ini bukan cerita gempar..hospital....tapi petang nanti saya bersama dengan ahli-ahli LKPI Melaka ada acara di hospital. Apa acaranya?
Jumpa lagi dengan laporan seterusnya!!!
Oh ye sebelum itu, jawab teka teki ini:
Ayam berkokok, harimau..........
Adam
Salam semua....
Satu malam Ahad......posing sakan, dari kiri: Kak Sharifah(one of my sis's closest friends) me, Adam, my sis.
Me: Aunty selalu tengok Adam berlakun tau, drama siri Lagenda jam 4.30 petang tu.
Adam: He,he,he......
Nak tau siapa si Adam ni? Nama sebenar, Wan Elyas bin Wan Abdullah,alah, pelakon muda TV tu. Sekarang ni sedang berlakon siri Datin Wannabe(TV3)
Kat mana jumpa? Di wedding kakaknya Ahad lalu di Eastin Hotel, PJ.
Macam mana kenal Adam? Adam ialah anak my sister's friend, Pn Saadiah Ahmad. Mereka sama-sama bertugas di MPIK, Cheras satu masa dulu. Sekarang masih the best of friends. Sebab itulah, bila Wan Elyas ni berlakon, kita orang cepat-cepat tengok, 'anak Saadiah'
Me: Next time turn Adam pulak (kahwin)
Adam : Lambat lagi...(ketawa)
Oh ramai peminat peminat Adam, kawan-kawan emak dia lah.
(Gambar diambil selepas majlis. Angah, I used your picture okey.)
Back in action
Hi there and salam semua.....
I'm back in action, hope so, with some ACTION SONG Competition pictures. Tahu tak apa dia 'Action Songs'? Menyanyi sambil membuat 'action', iaitu salah satu aktiviti meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris. Gambar-gambar ni diambil oleh jurufoto BC. Sorry ye, tak minta izin terlebih dulu guna gambar-gambar ini. Akak jadi jurugambar video hari tu. Semutan jari jemari ni. Tapi yang pentingnya, akak nak ucapkan SYABAS kepada cikgu-cikgu yang melatih budak-budak ni. Seolah-seolah pertandingan antara cikgu-cikgu pula. Boleh nampak team spirit mereka, worked so hard, practised and pratised and practised , sampai ada pelajar yang stress. Mana kena siapkan prop, mana nak jahit baju, mana nak make up budak-budak....kalau tak ada cikgu, tak menjadi ACTION SONG ni. No pain, no gain, kan? Layan ye gambar-gambar ini.
Rupanya kalau nak jadi top lah dalam action song ni, mesti pilih lagu yang sesuai dengan tahap pelajar-pelajar. Ada sekolah yang salah pilih lagu...... lagu tadika, lagu Barney, tak sesuailah dengan sekolah rendah. Props pula ambil 20% daripada full marks. Patutlah ada sekolah tu, awal-awal lagi dah score 20%....penuh prop (yang sesuai denga tema lagu dia). Kreatif betul!Siapa? Teachers ,of course!
Malam tu pula kat rumah BC ada tayangan semula, siaran ulang tayang, tunjuk video yang diambil, penuh konsentrasi, dan buat komen tengok sekolah-sekolah lain punya performance. Kemudian, si Iddin request main pula video masa dia sekolah Premier (tadika) dulu, concert 2006, 2007, 2008..., 'masa iddin kecik-kecik dulu'.....wah seronok dia, sebab dia pun ada juga action song macam Amal. Tapi action song dia, action aje ikut rentak lagu,tak ada menyanyi, miming adalah, lagu Cina lah, Hindi lah...yang penting ACTION. So I told him, next time when your teacher asks "Who want to take part in ACTION SONG competition, say 'YES", ok?" Matanya bersinar, adalah cita-cita tu.
Me: Next time when you are in upper standard (upper formlah), you can also take part in percussion band. Look at the abang-abang. See how they perform. Enjoy!!!
Iddin : Iddin pun ada main juga kat sekolah. Iddin main yang ketuk-ketuk tu (tak mau kalah punya)
Me: That's good.
Baiklah, till next time. Bye.
Hibernate
Salam semua,
Hi, hi....to all, saya nak 'hibernate' atau kat keyboard komputer ada 'sleep' dari blogging kejaplah. Nothing interesting to share. Kalau ada, then I will 'wake up' (again, ada kat key board).
Okey. bye, bye.
Hi, hi....to all, saya nak 'hibernate' atau kat keyboard komputer ada 'sleep' dari blogging kejaplah. Nothing interesting to share. Kalau ada, then I will 'wake up' (again, ada kat key board).
Okey. bye, bye.
Before and After
Salam semua....
Esok lusa mulalah semester baru sekolah. Bermakna kenduri kahwin pun dah mula reda. Cuma saya nak sharelah episode di bawah khas bagi pengantin-pengantin baru dan juga untuk penilaian pengantin-pengantin lammmmaaaaaaaaaa!!!! (that means berapa punya lama dah!).
Esok lusa mulalah semester baru sekolah. Bermakna kenduri kahwin pun dah mula reda. Cuma saya nak sharelah episode di bawah khas bagi pengantin-pengantin baru dan juga untuk penilaian pengantin-pengantin lammmmaaaaaaaaaa!!!! (that means berapa punya lama dah!).
Marriage Life Before and After
Before marriage,
Darling here....Darling there....
After marriage,
Baling here......Baling there.
Before marriage,
I die for you.
After marriage,
"You die, up to you.
Lagi lama married,
You die, I help you.
Before marriage,
You go anywhere, I follow you.
After marriage,
You go anywhere, up to you.
Before wedding,
"You are sweet and kind just like Cinderella.
After wedding,
"You are worse than godzilla.
Before wedding,
Roses are red, violets are blue,
Like it or not, I'm stuck with you.
After wedding,
Roses are dead, I am blue,
You are on my head, I will sue you.
Before wedding,
Every makan he brings you to Shangri-la.
After wedding,
You want to go, he says, you wait lah.
Before wedding,
She looks like Anita Sarawak.
After wedding,
Don't know whether katak or biawak!
Apa macam? Betul ke? Ada kah pasangan seperti ini? Oh...tidakkkk!!
Don't worry, just for laugh...
(Episode diambil daripada penulis empunya blog 'When the TIGER roars'.)
Tinggal kenangan
Salam semua......
Dua kad undangan perkahwinan saya terima yang dialamatkan ke Kuantan. Surprise jugalah, undangan daripada former classmates Form 6 semasa di Sekolah Aminuddin Baki (SAB), KL. Terima kasih Nordin, terima kasih Halin, kerana undangan. Dah bermenantu pun mereka, agaknya ada yang sudah bercucu. Ingat juga mereka kepada kawan-kawan lama. Tergambarlah saya wajah-wajah rakan-rakan lama. Kami merupakan batch pertama Form 6 di SAB, perintis. Students nya daripada merata Semenanjung, iaitu mereka yang tak dapat tempat di sekolah negeri sendiri. Masa tu class Tingkatan 6 bukannya banyak, special, tak seperti sekarang. Antara wajah-wajah classmate perempuan yang tergambar ialah Zaitun Abu, Salha Saidin , Shahirah Azmi Md Amin (arwah), ada 2 Jamilah, Sapurah Abd Hamid , Zahra, Zahara (ada 2 yang senama) , Zaharah Shaari, Siti Zubaidah Abd Mulok, Maimunah Madarshah(arwah) . Boys pula (yang menjadi perhatian adik-adik pelajar perempuan SAB) Za'aba, Abbas Mansor (arwah) Nordin Ahmad, Abd.Halin Hamid, Md Zenon, Basri, Abd. Manan, Ahmad Zubir, Mohd Pilus, Aziz Awab, Mustafa, Abdullah, Mohd. Ali Samad, Mohd Ishak, Baharuddin Ahmad, Yusof dan Mohd.Shahibi Shariff. Saya ingat lagi guru-guru yang mengajar kami dengan penuh kesabaran: En Abd Halim (Econs), Miss Marsden (General Paper), En Hussein Mahmood (Bahasa Melayu), Pn Rubiah Sidin(Geography), Pn Badariah dan Pn Rahimah (History) . Guru-guru kami pula fresh graduates. Bahasa pengantar kami : English. Masa itu tak ada tak ada komputer, no 'power point', no media... so chalk n talk and discussion. Library sekolah pula belum lengkap dengan buku-buku rujukan Form 6.Tahu-tahulah form six, ada masa kami serious belajar dan ada masa relax, bikin riuh, buat kecoh.Tapi seronoklah waktu itu. Saya selalu singgah di rumah sewa Jamilah di Kpg Pandan atau di rumah Kak Siti Zubaidah di Quarters Guru di Sekolah Alam Shah. Sewaktu berkhidmat dulu, selalu juga jumpa Salha Saidin yang juga merupakan seorang pensyarah di Maktab perguruan, juga arwah Shahira Azmi (bekas pensyarah dan pegawai di BPG). Pernah juga dengar suara Zaitun Abu melalui drama bersiri di RTM satu masa dulu "Fajar di Bumi Permata' dan dia ada berlakun dalam drama TV. Mohd Ali bin Samad (sekarang Dato') pernah sebagai SUK di Melaka. Ada juga terima jemputan perkahwinan anak beliau. Siti Zubaidah ada juga contact saya sekali melalui telephone. Zaharah Shaari, Mohd. Shahibi dan Abd Halin Hamid, ada saya ikuti kerjaya mereka melalui akhbar. Yang lain-lain, entah, di manakah anda? Tapi salah saya juga, tak join satu perjumpaan yang diatur oleh bekas pelajar Tkn 6 SAB,KL. Sebab: jauh dan saya malas nak drive jauh-jauh, ke tempat-tempat yang tak familiar pula tu. Semuanya 'tinggal kenangan, yang tak dapat aku lupakan '. Semoga rakan-rakan ku sihat, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sentiasa gembira bersama keluarga. Yang telah 'pergi terlebih dahulu', Al-Fatihah.
Oh, those were the days my friend.......when we were young......hu,hu,hu...
Selamat menyambut menantu
Jy dan saya berada di JB weekend yang lalu untuk majlis menyambut menantu anak saudara JY. Oleh kerana parents pengantin lelaki merupakan usahawan, majlis sambut menantu diadakan di perkarangan kilang (stor gas) mereka. Hebat juga sambutan dan hidangan yang disediakan. Maka bila berkumpul, dapatlah berjumpa dengan saudara mara (sebelah JY) yang jarang bertemu kecuali majlis seperti ini. Oh, selebriti pun ada? Yes, itulah Kak G /Aunty G (Fauziah, dramatis tu lah), cousin JY, tau.
Saya kata "I watched you in' Matahari'
Jawap seorang lagi "Alah, dah dimatikan. (Kak G cebik bibir)
Kata Kak G : Tengok 2 Marhala. Zizi berlakun, Bagus tau ceritanya. Channel Oasis.'
Yang berlagak jurufoto tu lucu orangnya, panggil saja Ad. Tapi dia towkay kedai makan, jangan tak tau.
Bergambar juga macam "AJK PIBG SK***** atau AJK Persatuan Agama Islam" Bila bergambar macam ini, teringat waktu di sekolah dulu, sesi bergambar untuk majalah sekolah. Pengetua duduk tengah-tengah, siap kira berapa kerusi ke kanan dan berapa ke kiri. Mesti balance!
Hai, Zai..(nama mama pengantin) "Selamat dapat menantu, tahun depan dapat cucu" (InsyaAllah)
Mutiara Rini
Salam semua....
Kat mana ni? Negeri Sembilan ke?
Kat mana ni? Negeri Sembilan ke?
Joggers....bersedia
Bukan.....inilah dia keindahan dan keamanan taman rekreasi, Mutiara Rini, Hutan Bandar Johore Baharu Timur. Sempat juga saya membuat arobik (pagi Ahad) dan taichi (pagi Isnin)di taman ini semasa di JB hujung minggu lalu. Taman ini dibuka 3 tahun yang lalu. Ramai joggers, 'tai chiers' and family strolling, brisk walk di sana.
Ah, memperkenalkan juru'letih' arobik pagi itu. Yang mana satu ni?
Okey, bye bye!!!
T time with NA
'La habau kau. Welcome2 2 my humble lodge!' kiriman sms nya. (nota: 'la ha bau kau' adalah 'greetings' kebanyakan orang Melaka, yang pure punya, apabila jumpa kawan-kawan. Jadi, jangan ambil hati 'orang-orang luar Melaka yang tak biasa dengan 'sambutan mesra' itu). Ye, dia bukan asal Melaka tetapi oleh kerana kemesraannya dengan rakan-rakan Melaka, gitulah gurauannya. Lama kami tak berjumpa agak lebih 10 tahun. Masih happy and cheerful, macam dulu juga. Banyaklah story, pengalaman hidup sejak bersara diselang seli dengan ketawa mendengar kisah lucu. Thank you for the happy moments, my friend, hope to see you again. Sebelum balik,
Dia : Next time please tell when you are coming. I 'll make nasi kerabu.
Me : (I miss her nasi kerabu and nasi dagang). Insya Allah, take care now.
('Dia' is my friend "NA", former colleague, Maktab Perguruan Teruntum)
Sifu
Salam semua.
Ini Ah Meng, seorang pencuci kereta. Saya 'terjumpa' dia sewaktu nak cuci kereta semalam. Kebetulan JY kenal dia. Imej dalam posting semalam adalah peralatan urut, untuk urutan refleksologi. Ah Meng sendiri yang buat alat urutan itu, daripada kayu chengal yang diambil dari hutan Jabor. Tak jual di kedai tau. Ah Meng adalah juga seorang pengamal tai chi. Jam 6 pagi setiap hari dah ada di Taman Gelora. Tapi bukan yang basic 18 steps yang fokus kepada pernafasan. Sempat dia demonstrate pergerakan tai chi. Dia happy bila saya kata saya nak cerita hal dia dalam internet. Dia juga happy bila saya kata saya juga praktis tai chi tapi tak lah macam dia punya step. Dia menasihatkan supaya kita buat exercise breathing ini everyday 15 minit. Bagus untuk kesihatan. Ah Meng juga telah demonstrasi bagaimana menggunakan peralatan urut itu dan tunjuk ajar saya bagaimana mengurut dengan betul.
Ah Meng: Kalau kepala ada sakit, urut sini, macam ini. (urut kat tengok)
Kalau lutut sakit, urut sini siku. Opposite. (cucuk-cucuk kat siku)
Dan dia beri saya beberapa untuk saya guna dan bawa balik Melaka untuk diperkenalkan kepada kawan-kawan tai chi. Kat Kuantan ini kalau nak cari Ah Meng, nak cuci kereta dan minta dia demonstrate cara urutan kayu ini, pergilah kat petrol station SHELL (or is it BP) yang dekat entrance masuk ke MS Garden. Dia suka sangat lah tu. Ah Meng tak lokek ilmu. Terima kasih, Ah Meng.
Ada bentuk papan, ada bentuk 'pointer'. Yang secekak itu untuk di bawa balik.
Saya : Ah Meng, macam mana nak urut hidung selalu keluar air? Bahagian mana mesti kita urut?
Ah Meng : Oh itu ah? Nanti saya tanya sama saya punya sifu. Lain kali awak datang saya beritahu.
Jumpa lagi. Bye, byeGuess
Ceria
Ada periwinkle atau kemunting china
dan ada rose jepun, kembang bila kena matahari pagi
Salam semua.
Dari semalam saya ada problem nak save draft posting, asyik keluar 'autosave failed', hai, what's the problem. Tak pernah berlaku. Now dah okey setelah pergi ke 'blogdoctor', browse aje dalam google, jumpalah 'doctor' ni. Rupanya ada juga blogger lain yang senasib denganku. Remedy nya " clear the cache' sebab banyak sangat 'temporary file'. Cari sendiri, wei! Cakap mengenai medication, remedy, ni kan saya dah cerita dalam posting dulu 'mengapa saya kena selesema?' Saya buat kajian puncanya dan mencari jalan mengatasinya kan? So baru ini, dalam 4 hari yang lepas, JY semasa di Melaka, memperkenalkan saya minuman herba ini, minuman kesihatan yang antara lain boleh membantu masalah resdung. Saya tak bolehlah war-warkan namanya, takut macam nak iklan saja. Ada kululusan KKM, jangan risau. Saya nak cuba dulu boleh tak sembuhkan selesema saya. Dengan 'obedient' nya, disiplin diri, saya minum 1/4 cawan pagi dan 1/4 cawan petang, dengan izin Allah S.W.T. Nampaknya hari ini , Rabu, okeylah. Bersin tu adalah, sebab habuk. Sniff, sniff sikit pagi, tu, adalah. Tapi syukurlah hidung clear. Tak de lah bersin berpanjangan, sampai kena ambil 'zyrtax'. Sembelit pun tak ada. Kalau saya minum teh atau teh tarik, memang susah nak 'membuang'. Tidur pun nyenyak. Tengok lah sampai 1 minggu ni. Tapi saya tetap bersyukur dengan adanya ilham dariNya dapatlah dicipta remedy minuman herba ini. Apa-apa pun, apa jua penyakit, ada ubatnya.
Okey, jumpa lagi.
Jom singgah
Salam semua.
Hari ini 1st June 2009. Dah setengah tahun dah, tak sedar masa berjalan sangat laju. Saya kini di Kuantan, cuti-cuti Malaysia katakan. Banyak urusan hendak diselesaikan. Kawan-kawan pula, ada yang pergi umrah, ada yang ke KB, ada yang setia bekerja (walaupun sudah bersara!). Semalam dalam perjalanan balik ke Kuantan melalui KL dan highway pantai timur, singgah lunch kat D'Paya Serai Cafe, satu tempat makan bersebelahan (attached) dengan satu petrol station, SHELL( correction: PETRONAS). Letaknya sebelum masuk ke Tol Bentong. Ini kali kedua saya singgah di sini. Kali pertama dulu, tak masuk makan pun, cuma minum teh tarik kat coffee corner. Dengar cerita je. Kali ini memang betul kata cerita itu. Macam-macam hidangan ada, yang utamanya nasi (putih, lemak, beryani, dagang, kerabu) dan beranika jenis lauk pauk dan ulaman serta sambal. Tak dapat nak senaraikan kerana banyak sangat. Kena buat survey dulu apa yang dihidanhkan.Saya makan nasi putih dengan gulai nangka diserikan lagi dengan pergedil dan ikan kembung bakar. Ada juga bubur dan snack makanan ringan seperti sandwiches, nugget dll yang sejenis dengannya. Kalaulah ada cafe seperti ini di highway Melaka-Segamat-Kuantan, alang kah bagusnya. Tapi yang buat boring pula di highway pantai timur. Mengantuknya. Panas lagi. Long, tiring journey!!!
Hari ini 1st June 2009. Dah setengah tahun dah, tak sedar masa berjalan sangat laju. Saya kini di Kuantan, cuti-cuti Malaysia katakan. Banyak urusan hendak diselesaikan. Kawan-kawan pula, ada yang pergi umrah, ada yang ke KB, ada yang setia bekerja (walaupun sudah bersara!). Semalam dalam perjalanan balik ke Kuantan melalui KL dan highway pantai timur, singgah lunch kat D'Paya Serai Cafe, satu tempat makan bersebelahan (attached) dengan satu petrol station, SHELL( correction: PETRONAS). Letaknya sebelum masuk ke Tol Bentong. Ini kali kedua saya singgah di sini. Kali pertama dulu, tak masuk makan pun, cuma minum teh tarik kat coffee corner. Dengar cerita je. Kali ini memang betul kata cerita itu. Macam-macam hidangan ada, yang utamanya nasi (putih, lemak, beryani, dagang, kerabu) dan beranika jenis lauk pauk dan ulaman serta sambal. Tak dapat nak senaraikan kerana banyak sangat. Kena buat survey dulu apa yang dihidanhkan.Saya makan nasi putih dengan gulai nangka diserikan lagi dengan pergedil dan ikan kembung bakar. Ada juga bubur dan snack makanan ringan seperti sandwiches, nugget dll yang sejenis dengannya. Kalaulah ada cafe seperti ini di highway Melaka-Segamat-Kuantan, alang kah bagusnya. Tapi yang buat boring pula di highway pantai timur. Mengantuknya. Panas lagi. Long, tiring journey!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)