Ini cerita hari ketiga kami di Kemboja, perjalanan dari Phnom Penh (PP) ke Siem Reap (SR).
Setelah sarapan di Restoren 'Wau' di hotel, kami check out untuk ke SR.
Razali, pemandu pelancong, memberi kami peluang merasa roti tempatan. Bas berhenti seketika di sebuah kedai roti Islam di sebuah perkampung Islam.
Ada masjid |
Musim panas, sawah padi gersang |
Jalan tanah merah |
Rumah baru tiang seribu |
Rumah kayu tinggi. tiang kurus slim |
Ada masa kami melalui jalan agak baik keadaannya tetapi tidak jauh mana sudah tanah merah, .
Saya tercari-cari bangunan sekolah.
Sebuah sekolah menengah . |
Sekolah bersurai. |
Antara aktiviti penduduk di sini
Dalam perjalanan, bas berhenti 2 kali supaya kami dapat rihat untuk qada hajat dan 'meluruskan pinggang'
Pertama. Di sini, ke tandas dengan bataran Riel. |
Sempat minum air tebu di hentian ke dua |
Hentian ke dua.....tepi tasik Tonle Sap |
Kami juga berhenti di sebuah gerai yang menjual 'lemang'
Setelah 7 jam dalam perjalanan. kami sampai ke hotel penginapan kami di Siem Reap.
Penat tetapi puas dan gembira.
Penat tetapi puas dan gembira.
MyHibiscus |
Cukuplah sampai di sini. Sebenarnya ada 3 pilihan jalan ke Siem Reap dari Phonm Penh. Satu, jalan darat. Kedua, jalan sungai, Sg Mekong Tonle Sap. Ketiga, udara, ada kapal terbang. Bagi mereka yang belum merasa perjalanan darat di Kemboja, eloklah ikut jalan darat. Banyak baiknyanya. Kita dapat lihat bukan sahaja keadaan hidup masyarakat Kemboja sepanjang perjalanan, tetapi juga perkampungan mereka, muka bumi yang rata tiada bukit dan aktiviti seharian mereka. Memang sangat susah dan daif kehidupan mereka. Mereka baru hendak bangkit dan memulakan penghidupan baru setelah tinggal dalan pemerintahan kekejaman sediit masa dahulu. Keadaan hidup mereka dan persekitaran agaknya sama macam tahun 50'an di negara kita atau lebih awal lagi. Memanglah penat rasanya dengan perjalanan bas di jalan yang tidak rata tetapi hati saya puas. Buat kita muhasabah diri.
Kredit gambar kepada blogger PuteriHangLiPoh dan FB KSD Travels Melaka
Terima kasih kerana sudi membaca pengalaman 7 jam perjalanan Phnom Penh ke Siem Reap.
Ada cerita lagi mengenai perjalanan ini di blog ' Ceritalah Nek Ngah'.
kak hajjah cam saya. kalau p mana2, mesti nak tengok sekolah.
ReplyDeletelemang? sikitnya isi
Kalau sudah cikgu..... Cukuplah isi 'lemang' tu ANIM, Pulut bersama kacang merah dikukus dalam buluh kecil yang diraut licin/Di Chiang Mai pun ada 'lemang' ini.
DeleteAsSalam kak hajjah,
ReplyDeletesaya pernah sampai ke salah sebuah perkampungan Islam di sini awal tahun lepas. Waktu tu saya ikut sedara mencari pekerja untuk kebun kelapa sawitnya. Saya tak sempat jalan-jalan ke mana-mana pun sb hanya semalam di sana.
Kehidupan masyarakatnya sangat daif. Menempuh perjalanan jauh dengan jalan yang serba mencabar menyebabkan saya pening, muntah dan tak dapat buka mata..
Betul kata pt. Kita patut bersyukur.
DeleteSalam. Melihatkan kepada rumah kayu bertiang tinggi, mengingatkan saya kepada rumah arwah nenek saya yang hampir serupa di Kuala Kedah sekitar tahun 70an dulu!
ReplyDeleteDi Pekan Pahang ada perkampungan masyarakat Kemboja. Rumah-rumah pun sama seperti di Kemboja, rumah kayu bertiang tinggi. Kawasan banjir ma...
Delete