Salam....
I'm back in Kuantan for a couple of days. Hope to see my friends for 'together gather'. Norehan is organising a' baca yassin tahlil session' at her house-on-the-hill tomorrow morning. She said some of Afzan teachers will be attending, InsyaAllah. Dah lama benar tak jumpa mereka. Oh my, the broadband is so slow. Problem browsing!
Jumpa lagi!
Sehaes?
Salam....
Cuaca di Melaka tak menentu sekarang. Hari Isnin hujan tersangat lebat dengan angin kencang. Dah baca beritakan? Kawasan Bandar Melaka dan kebanyakan daerah, banjir. Rumah akak mujur tak banjir. Tapi rumah-rumah jiran di belakang naik air. Sebab longkang tersumbat. Ini keadaan di belakang rumah akak. Rumah jiran di belakang. Air tak tinggi. Tapi kesihan kat mangsa banjir....
Esoknya pula Selasa, panas pula. Tengok ni pelancong-pelancong singgah di Bukit Cina yang terbentang di hadapan rumah akak. Nak tahu. Bukit Cina adalah kawasan perkuburan Cina yang terluas, yang tertua luar dari Negara China (outside China). Sejak zaman Puteri Hang Li Poh lah. Sekarang dah di gazetkan jadi World Heritage. Tak boleh kacau. Nanti kecoh!!! Oh maintain, kemas dan rapi. Ada track jogging lagi kat bukit ini. Tapi akak tak lah jog, jog kat atas kubur-kubur tu. Oleh kerana dah jadi world heritage, jadilah Bukit Cina tempat tumpuan pelancong, lokal dan luar negara. Mereka tangkap gambar kuburlah, pokok kelapa lah. He, he, he..... Akak tumpang bangga.
Yang nampak tu, 'pintu gate' rumah akak
Hari ini, pagi, hujan renyai-renyai, mendung........
Akak: Yesterday, today and tomorrow (Sehaes...semalam, hari ini, esok!)
Rotan
Salam semua.
Sekarang hot news mengenai rotan. TST sudah lah ye. No comment from me. Tapi tengok ini..
Benda ini adalah hasil kraf rotan, rotan di pintal-pintal jadi seni yang cantik. Boleh buat hiasan dinding rumah, boleh dicantikkan lagi dengan tambahan bunga-bunga, dan boleh dijadikan rotan pelajar atau anak-anak yang nakal (tak, acah aje!), boleh jadi pemukul lalat 'gajah' (ada ke?) .Akak ke Dataran Sungai tadi nak beli wind chime , nampak pula benda ini. Tanya adik penjual "Apa benda ini?" "Pemukul bantal, tilam". Wah good idea, boleh tepuk-tepuk bantal dan tilam dijemuran, tak kisahlah bantal kekabu atau yang sintetik. Pukul godam lah wei! Orang-orang lama, mak-mak kita dulu guna alat ini untuk tujuan membuang hama-hama kat bantal dan tilam mahupun selimut. Kononnya bantal sekarang dust free. Betullah, free kan, jadi banyaklah habuk kat bantal tu. Sedapnya pukul bantal.
begini caranya
Kalau nak jadikan pemukul shuttlecock badminton boleh tak?!!!
Ada yang berkenan?
Ke mana tu?
Salam semua...
Hai kak, nak ke mana tu? Ke Dataran Sungai ke ? Tak, saje nak pose dengan bag tote baru akak.
Posed khas untuk Ezzah yang memberi ilham kepada my sis menghasilkan beg-beg ini. Banyak dah my sis jahit. Ke Jakel dah pergi, ke Nagoya pun dah pergi, bukan beg yang pergi ye, tetapi my sis pergi cari kain yang sesuai. Mengapalah akak tak pandai menjahit macam dia, macam Ezzah dan macam mereka yang lain? Tak payah hantar baju ke tailor lagi. Sekarang ini tempahan baju di tailor yang biasa RM70/ sepasang. Kalau beli kat kedai atau butik, saiz pula yang jadi problem. Kalau pandai kan boleh jimat? Kalau pandai, akak boleh jahit juga beg untuk tanda hati kawan-kawan atau pakat dengan Ezzah buat beg-beg yang 'berjenama' kita, kan Ezzah? Ada tempahan, kita jadi supplier kat jualan, fun fair lah, ekspolah.
Supaya ingat
Salam Ahad semua....
Esok 27 Julai. Tarikh yang teramat penting. Kalau akak tak tahu tak apa. Selamba aje dibuatnya . Tapi bila dah tahu, ya Allah, panik juga. Mulalah lebih berhati-hati. Takut kalau miss tarikh dan ditanya, padan muka. Tapi manusia mudah lupa (banyak makan kepala ikan)...alasanlah itu. Jadi eloklah sebelum terlambat, sebelum terlupa, baik akak bulatkan tarikh itu di kalender di depan mata. Di mana lagi kalau tak kalender yang tergantung di tingkap dekat singki, bila mencuci pinggan mangkuk, nampak reminder, bulatan merah 27.
Satu hal lagi. Akak terlupa. Ada kawan baik di Kuantan pesan bila balik Kuantan nanti belikan kan dia 'wind chime' yang diperbuat daripada buluh (This coming weekend akak balik Kuantan) Bila ditiup angin bunyinya 'teketuk, ketuuuk, terketukkkk, ketuk....' dengan lembut, berirama. Akak almost lupa sebab asyik tertangguh. Jadi baik tulis reminder
dan gantung kat internal arial TV dalam bilik. InsyaAllah tak akan lupa. Tengok TV nampak reminder. Nampak item nombor 2? 27/7/Monday renew license......driving license.....nak renew untuk tiga tahun akan datang. Tiga tahun! itu sebab, mudah lupa.
Esok, ingat, ke Pejabat Pos kita, renew lesen memandu dan ke kedai dekat Dataran Sungai, beli wind chime buluh.
Apam serabai
Salam semua.
Ini entry akak yang kedua untuk hari ini. Ini menunjukkan akak amatlah free. No housework, no kid sitting. Ada cerita lah, tu sebab rajinnya. Ini cerita tentang kuih special di Melaka. Mungkin di negeri lain pun ada. Tapi di Melaka ni kalau kita buat atau tempah kuih ini tentu akan ditanya "Siapa mati atau meninggal?' Sebabnya masa kenduri tahlil kematian kebanyakan rumah, tak semua, mesti ada kuih apam serabai sebagai pemanis mulut. Akak baru balik dari kenduri akikah. Dalam goody bag yang diberi oleh tuan rumah, antaranya ialah kuih apam ini.
Jadi sekarang ini, bukan semasa ada kematian sahajalah ada apam serabai, di warung-warung jual kuih pun dah ada, di pasar malam ada, pasar Ramadhan pun ada. Apam serabai ini dibuat daripada bancuhan tepung beras, air kelapa parut putih, yeast, garam. Ia bersarang. Dua keping apam ditangkup di atas satu sama lain untuk dijauhkan ia daripada cepat menjadi keras. Sedap dimakan dengan kuah durian atau air sebatian gula Melaka dengan hirisan pisang. Akak suka apam serabai sebagai dessert. Sedap!
Apam serabai bersarang
Akak: 'serabai' boleh juga bermaksud 'selekeh, tak kemas" seperti dalam ayat "Eh, mengapa hari ini aku tengok pakaian kau serabai je?" atau,"Meja kerja aku berserabai" (i.e. bersepah, tak tersusun)
Rambut dia berserabai. (kusut masai, tak bersikat)
Okey, salam
Doi Tung
Salam semua...
Oleh kerana akak pencinta bunga dan nature, (chewah), akak nak sharelah imej kembang-kembang di atas . Bukan terdapat di taman akak , bukan di nursery, tapak semaian tetapi di nun jauh di Doi Tung, Chiang Rai, Thailand. Ini baru contoh. Ada banyak lagi. Tak larat nak ambil gambar. Doi Tung is a lovely mountainous hotspot, bangga dengan Mae Fah Luang Royal Garden atau Dong Tung Royal Flower Garden. Sewaktu di sana, puaslah pencinta bunga seperti Cik Kiah, Cik Jah, Cik Pah posed sana sini. Akak kagum tengok usaha pekerja-pekerjanya menjaga tanaman berbagai specie dengan tekun dan kasih sayang. Landscapenya pun sungguh kreatif dan innovatif.
Hazy Jumaat
Salam semua...
Mengapa hazy, jerebu Jumaat? Hingga masa ini petang, keadaan di luar masih berjerebu. Akak pun down dengan runny nose, selesema. Tapi taklah teruk sangat macam selalu. Dah lama tak dapat selesema sejak amal minum air herba, pagi dan petang, 100 ml pagi dan 100 ml petang. Bangun pagi minum air suam. Nak panaskan badan. Agaknya cuaca...pagi-pagi dah keluar rumah ke laman,kena embun pagi dan jerebu. Akak tidur tengahari tadi. Rihat. Tapi apa-apa pun macam mana kita jaga, apa-apa ubat dan supplemen kita ambil, jangan salahkan keadaan, jika nak sakit jua. Kita berusaha mengubatinya.....sudah ditakdirkan. Syukur, hidung sudah kering, cergas semula.
Tambahan: Akak nak tengok siaran ceramah agama Bahtera Perubahan oleh Dr Asri Zainal Abidin. Suka dengar ceramah beliau. Suka baca artikel beliau juga. Hujjah yang berani. Tapi siarannya tak sesuai waktulah 7.30, maghrib di Channel Oasis Astro 106. Ulangan...nun...larut malam. Atau sesiapa tahu bila yang sebenarnya repeat programnya?

Al loghatul Arabia
Salam semua.
Masa di U bertahun-tahun dahulu, akak ada mengambil course opsyen Arabic Studies Dalam course ini, ada beberapa unit seperti Arabic History, Arabic Civilisation dan Arabic Language. Akak ingat yang mengajar kami Bahasa Arab waktu itu ialah Prof Ismail Nawab. (no connection with Ahmad Nawab, okey). Asal Jordan agaknya. Akak gagahkan juga ambil risiko, struggle, sebab akak tak berapa lancar dalam tulisan jawi dan juga mengeja.Akak ambil Islamic Studies sebab member. Bolehlah nanti member ni coach akak. Kiranya akak ni 'slow learner' juga. Kalau baca, cemerlang. No problem. Sebab akak masa kecil-kecil dulu rajin baca surat khabar tulisan jawi, Utusan Melayu Dalam course bahasa Arab ni banyak hafalan, pattern perkataan dan ayat. Bingung betul. Kat notice board dalam bilik asrama, penuh study card catatan perkataan-perkataan dan patternnya. Banyak translation daripada Bahasa Inggeris Bahasa Arab dan sebaliknya. kena hafal juga. Final exam, mujur lulus..
That's history now. Tinggal sejarah tetapi 'track'nya masih ada. So bila dengar my sis ajar pelajar-pelajar nya 'faalah, faalun, blah-blah' ingat juga. Now, my sis baru-baru ini ada order, beli online Satu set buku belajar Bahasa Arab Mudah, hasil inovatif dan kreatif En Noorli bin Mohd Noor. Buku ini bagus bagi saya yang baru nak bertatah tatih semula dalam Bahasa Arab. Yang jadi masalah, menghafal sebab memory sudah kurang kuat. Tak lancar tulisan jawi pun tak apa. Boleh baca dan bertutur okey dah. Akak bukan tak mahu attend class Bahasa Arab, tapi problem yang samalah, teragak-agak nak mengeja dan menulis jawi. Sebutir-sebutir boleh lah.
Akak belajar sendiri, self learning dengan buku-buku ini sebagai rujukan. Minta-minta akak berdisiplin hingga complete semua buku, ada 6 semuanya. Lagipun cikgunya ada di rumah. Tiada hal. Kata En Noorli, guna 20 minit sehari sahaja satu hari, sikit-sikit. Ulang-ulang. Repeat perkataan sama. Tengok gambar. Jadi masa ni, another pastime, belajar Al Loghatul Arabia.

Kembang mewangi
Salam semua....
Pagi tadi akak jalan ke kedai simpang untuk beli surat khabar dan roti. Aisaymen, tutup pula kedai Ah Heng. Next place, petrol station . I drove there and mission accomplished.(Tambahan: kat station ini ada jual jihab untuk budak-budak, comel). Then, terfikir, tak kan kejap aje keluar. Enjin kereta baru nak warm up. Apa kata, singgah kejap kat nursery bunga di Semabok. Nursery ni tak berapa jauh dari petrol station. Tengok, tengok kot-kotlah ada bunga-bunga baru. Ke sanalah akak. Jumpa Patimah, pelayan nursery Indon, peramah orangnya.'Saya cuci-cuci mata aje, Patimah' Cuci mata apa. Sambil tu sempat tanya pokok bunga kenanga. Ada pula tu. Patimah tunjuk saya pula pokok bunga cempaka. Katanya di Indon mahal harga sekuntum kenanga, RM1 sekuntum. Well, oleh kerana memang akak mencari pokok bunga yang mewangi, akak belilah kedua-kedua pokok tersebut. Kalau dah ada pokok mesti nak pasu. Belilah 1 yang besar.(Di rumah ada lagi sebuah). Dah ada pokok, ada pasu, nak tanah pula. Belilah 6 paket. Dah tu beli lagi baja, biji-biji kecil berwarna warni (sebab pokok bunga kertas kurang berbunga). Nampak pula pokok kembang pagi, ros jepun, yang petals selapis. Beli pula 6 pokok, 3 warna berlainan (yang ini senang tanam dan jaga), sepokok RM1. Jumalah semua RM48.00. Tadi beli 2 surat khabar dan 1 buku roti, RM4.80. Aisay, terlebih sudah, tak masuk shopping list akak. Akak selalu begitu. Mesti beli barang yang tak ada dalam shopping list. Bad habit!
Tiba di rumah, akak layanlah pokok-pokok yang baru dibeli tadi. Pindahkan daripada plastik semaian ke pasu-pasu. Harap-harap ia menjadi dan semerbak wangilah laman rumah ku dengan cempaka, kenanga, melur, kesidang(meninggi, belum berbunga!) dan 'yesterday, today and tomorrow'....
melur, oh, melur
cempaka
kenanga
pokok cempaka
yesterday, today , tomorrow
Jom try
Salam semua......
Semalam ada berita dalam Kosmo seorang datuk meninggal akibat tertelan buah rambutan. Untuk keselamatan,
akak buang terus biji rambutan yang ada. Tinggallah rambutan 'seedless' macam 'guava seedless'. Senang budak-budak rumah ni makan. Teringat pula akak resepi minuman yang dicadangkan oleh blogger ini. So KakPah. This is it.....air buah rambutan (macam air laichee lah)
isi rambutan dihiris + air + gula > masak > didih> rambutan lembut
Sejukkan.
Then, time masak one dish a day (bila rajin!!!) : Ayam Goreng Kunyit
Ini bahan-bahannya: Isi ayam di potong kecil, hirisan halia, hirisan bawang putih, hirisan kasar bawang besar, cili merah dimayang, hirisan daun bawang. Secubit garam, secubit gula, minyak untuk menumis dan 1 sudu besar sos tiram. (P.S. Sukatan ikut masing-masing besar mana keluarga anda)
Ayam Goreng Kunyit.
Cara membuat: Gaulkan potongan ayam dengan kunyit. Perap dan ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis hirisan bawang putih, bawang merah dan halia. Masukkan perapan daging ayam. Goreng sampai hampir empok. Masukk sos tiram. Gaul rata. Masukkan hirisan cli merah dan daun bawang. Taburkan secubit gula dan kalau nak, garam secukup rasa. Gaul rata hingga masak.
P.S. ayam boleh diganti dengan sotong putih. Tapi jangan goreng sotong terlalu lama,nanti liat, keras susah nak gigit. Macam chewing gum jadinya.
Jam : 11.00 pagi. Okey, akak nak pergi masak nasi pula..... sedang hujan di luar....
Sahur
Salam semua...
Sajian untuk 2 orang. Masak pada jam 4 pagi.
Bahan-bahan: 1 sudu besar cili kisar/giling, hirisan 1 bawang puth, hirisan 1/2 labu bawang besar, 2 helai daun limau perut, 3-4 batang cili padi diketuk, hirisan carrot, hirisan jagung muda, potongan isi ayam, udang 3-4 ekor. Jangan lupa 1 camca besar sos cili, juga sos tomato, sos tiram, kicap lemak manis (optional), Nak taruh sedikit gula, garam pun boleh(ikut sendiri ye). Sayur boleh diganti dengan kacang panjnag ke, buncis ke, capsicum ke. Akak guna carrot sebab sayur lain tak ada stok dalam fridge. Kalau ada sotong pun boleh. Oh ye, jangan lupa sediakan sambal belacan .Lagi ada kick rasa nasi paprik ini.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis cili kisar hingga garing. Masukkan hirisan bawang-bawang. Masukkan potongan isi ayam dan sedikit air. Then, masukkan udang, hirisan carrot, jagung muda dan cili api. Akhir sekali, masukkan sos tiran, sos cili, sos tomato, kicap sedikit garam. Kacau rata, masak hingga sedikit pekat. Hidangkan. Jangan lupa sambal belacan tadi.
Tak habis pun kami makan berdua (sis and me). Sambal belacan pun ada lebih...bolehlah recycle, buat nasi goreng paprik sambal belacan untuk berbuka.(??????)
Seperti yang dirancang, untuk sahur malam tadi, akak siap sediakan dahulu bahan-bahan untuk nasi paprik ku sebelum masuk tidur. Nasi paprik ni senang disediakan sebab all-in-one, satu lauk aje. Bagi mereka yang baru nak belajar masak nasi paprik , layanlah imej-imej ini. Bagi yang dah tahu, can skip (langkau).
Sajian untuk 2 orang. Masak pada jam 4 pagi.
Bahan-bahan: 1 sudu besar cili kisar/giling, hirisan 1 bawang puth, hirisan 1/2 labu bawang besar, 2 helai daun limau perut, 3-4 batang cili padi diketuk, hirisan carrot, hirisan jagung muda, potongan isi ayam, udang 3-4 ekor. Jangan lupa 1 camca besar sos cili, juga sos tomato, sos tiram, kicap lemak manis (optional), Nak taruh sedikit gula, garam pun boleh(ikut sendiri ye). Sayur boleh diganti dengan kacang panjnag ke, buncis ke, capsicum ke. Akak guna carrot sebab sayur lain tak ada stok dalam fridge. Kalau ada sotong pun boleh. Oh ye, jangan lupa sediakan sambal belacan .Lagi ada kick rasa nasi paprik ini.
Inillah hasilnya, lauk untik nasi paprik ku
Cara membuat:Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis cili kisar hingga garing. Masukkan hirisan bawang-bawang. Masukkan potongan isi ayam dan sedikit air. Then, masukkan udang, hirisan carrot, jagung muda dan cili api. Akhir sekali, masukkan sos tiran, sos cili, sos tomato, kicap sedikit garam. Kacau rata, masak hingga sedikit pekat. Hidangkan. Jangan lupa sambal belacan tadi.
Tak habis pun kami makan berdua (sis and me). Sambal belacan pun ada lebih...bolehlah recycle, buat nasi goreng paprik sambal belacan untuk berbuka.(??????)
Hari Ahad
Salam semua.....
Pagi : sarapan di 'food court' di Limbongan, seberang jalan sebuah hotel warna hijau. Popular nampaknya. Ramai pelanggan. Banyak choice. Akak makan nasi lemak bungkus (recommended by the owner) bersama teh tarik. My sis chose popiah basah dan lempeng kelapa bersama sambal tumis.Duduk semeja denga 'orang kampung' dengan anaknya. Tak kenal sangat dengan beliau ini, seorang guru 'lagi 3 tahun, saya bersara'. Tapi kenal dengan kakak dan arwah orang tuanya. Ceritalah kisah-kisah semasa. Habis makan, nak bayar, kata makcik owner, 'Tak payah bayar, ada orang dah bayar.' Makan free nampaknta. Rupanya, ada 'student' Arabic class my sis belanja (dalam diam!). Bertemu juga seorang GB (lady) sebuah sekolah rendah di Melaka. Dah lama sungguh tak jumpa beliau. Sejak dia bertukar ke Melaka dari Kuantan, jumpa sekali sahaja. Itu pun dah 6 tahun yang lalu. Suka dapat jumpa kenalan lama.
Tengahari : Lunch di Cafe Desa Baru. Sama juga. Pelanggan ramai. Oleh kerana dah makan nasi lemak pagi tadi, akak ordered kway teaw soup aje. Complete meal dengan sayur, ayam, telur. Bersua pula dengan seseorang. Wanita. My senior. Beliau suruh saya teka siapa dia. Jangan tengok kakak (kot-kot kakak boleh beri saya clue). Memang tak cam . Sorry. Bila sebut nama, then I remember. Itu pun last jumpa dia years ago. Beliau bekas guru, sama panel pemeriksa lisan satu masa dulu. 'You look the same. Muda' . Ye ke? Syukur. Alhamdulillah.
Kemudian ke Giant. Ingat nak masak nasi paprik untuk sahur malam ni. Kan esok Israk Mikraj. InsyaAllah nak puasa sunat. Tak semua bahan yang akak nak ada di sana. Terpaksa keluar lagi nampaknya petang ni. Harap-harap jadilah nasi paprik ku.
Petang : Blogging, apa lagi!
Malam : Nak makan apa? Siapkan sahaja bahan lauk nasi paprik. Nanti kenalah bangun awal-awal, tumis, makan untuk dua orang. InsyaAllah.

Bunga melur
Salam semua,
Ini bunga melor di hujung halaman rumah akak. Baru tanam. Yang atas tu melur taiwan, tak berbau. Yang bawah tu, melur kampung kita, tak banyak lapis tapi berbau wangi. Bunga melur antara bunga-bunga lokal yang akak suka. Warna putih, bersih dan harum. Akak nanti nak cari melur lapis macam bunga ros. Bunga Cina ke namanya? Nanti nak tanam juga bunga-bunga kampung yang lain seprti kenanga.Pokok kesidang ada juga akak tanam, tapi meninggi dan belum berbunga (gila daun juga ke?) Bunga melati yang kecil-kecil comel pun ada sepasu. Wangi juga Selalunya pokok bunga melur ini akak siram dengan air beras. Bila nak masak nasi, air beras yang dicuci,akak siram kat pokok-pokok melur. Harap-harap ia rajin berbunga. Bunga melur akak kalau gugur, akak tak buang, tapi ambil letak dalam almari baju, tetap mewangi.
Akak: 'Ibarat gadis desa, bunga melur sederhana
Walaupun tak berseri,bunga melur,
Harum mu memikat jiwa......'
(betul ke lirik ni?)
tulus, ikhlas, bersih
Mabuk, mabuk
Salam semua....
Eh, siapa yang mabuk? Pokok bunga kertas di rumah akaklah. Dah mabuk daun. Tengok....banyak nya daun, ayik-asyik tumbuh daun, akak cantas. Ingatkan tumbuh bunga. Tak, tumbuh daun baru lagi. Merajuk, tak mahu berbunga. Rimbun! Puas akak baja, bercakaplah dengan dia, gertak (ugut) nak 'tebang' kalau tak mau berbunga, letak kat tempat panas, tempatkan dekat pokok-pokok yang berbunga. Dia degil juga. Yang tumbuh daun-daun baru. Agaknya, ...'rumah' (pasu) dia kecil, sempit....sudah nak bernafas agaknya, terlalu banyak air, salah baja (tiruan agaknya). Tebang aje lah!
Juice, juice, juice
Salam semua.....My sis suka sangat buat juice buah-buahan . Setiap hari mesti minima 3 kali fruit processor berputar, grrrrrrrrrrrrr.... menghasilkan juice buah-buahan , pagi, tengahari, malam. .... mmmm.....sedapnya, dan penuh berkhasiat. Saya selalu tumpang segelas. Tak 'tergoda' ke dengan juice ini?
Juice mangga
Juice Jambu Batu + Asam Boi
Juice Tembikai + Nenas
Bolehlah buat side income. kiosk 'fruit juice' nampaknya.
Hairan bin Ajaib
Salam semua....
Rumah akak ada sebatang pokok rambutan gading tanaman arwah bapak akak. Pokok ini sedang berbuah, tapi taklah banyak sebab dah lama usianya. Buahnya tinggi-tinggi pula tu (yang rendah dah habis petik) Susah nak ambil. Dari kuning dah jadi merah. Satu pagi, akak ternampak bersepah di halaman dekat tingkap bilik , kulit buah rambutan. Kulit aje, bijinya tak ada. Takkanlah budak-budak rumah ni sepahkan kulit rambutan. Marah juga lah hati ini, dah lah makan buahnya, kulit dicampakkan begitu aje. Akak tak mahu sapu, tak mahu kemas, biarkan begitu. Satu minggu kemudian, akak sapulah dedaun kering dan kulit rambutan tadi yang sudah pun kehitaman. Okey, laman dah bersih. Tup, tup.....esok paginya bila akak buka tingkap bilik, nampak sekali lagi kulit-kulit rambutan yang masih segar bersepah di tempat yang sama. Bji tak ada. Eh? Tupai ke? Kalau tupai dia gigit atau tebuk aje. Ini, kulit tanpa biji. Akak biarkan kulit-kulit rambutan begitu. Malam semalam tak dengar pula bunyi orang petik rambutan! Malam tu akak tak boleh tidur, takut dan seram dan nak dengar ada tak bunyi-bunyi orang masuk ke laman rumah atau petik dengan galah dari luar pagar rumah. Lama-lama akak terlelap juga. Esok pagi, tak ada pula kulit rambutan baru. Yang lama masih di situ. Hairan bin Ajaib, siapa gerangan buat kerja. Kulit-kulit tu masih di situ, tunggu untuk disapu dan dapat yang baru! Ada sesiapa boleh tolong akak solve the mystery?
Antara kulit-kulit rambutan yang bertaburan
Satu petang@Naza
Go western!
........jadi, saya pun pergilah ke kelas masakan di Naza Hotel petang Ahad yang lalu. Belajar masak apa? Seperti gambar -gambar di atas, Western dishes. Sebenarnya, saya tak suka western-western ni tapi pergilah juga , saje nak tahu dan mengisi masa petang Ahad. Students yang attend pun 3 orang je: 2 yang betul-betul minat, seorang, tengok-tengok aje (saya lah tu) Tengok tu ye, gambar-gambar di atas, murid-murid. Mula dari sudut kiri atas ikut arah jam: a cut of Mushroom and Chicken Pie, Shepperd Pie, German Camb Goulash, Mushroom and Chicken Pie, Beef Wellington, Beef Patties, a piece of Shepperd Pie. Ingatkan peserta masak bersama-sma, bawalah apron. Tapi demo aje. Chef yang specialised dalam 'pastry matry' western ini ialah Chef WeisulKarni ('panggil saje saya Chef Wes'). Kenallah saya sekarang thyme, oregano, bay leaf, rosemary, caraway seed, paprika...(jintan manis jintan putih pun keliru lagi!) . Dalam masa kurang lebih 2 jam, siap 5 resepi. Habis demo, tea time. Tea, teh tarikh (baik punya) dengan masakan Chef Wes. Dapat juga bawa balik untuk orang di rumah rasa. Antara yang belajar tadi, saya nak cuba buat beef patties (a.k.a burger) macam buat pergedel. Mushroom and Chicken Pie pun sedap juga. Tapi saya masih tetap suka masakan gerai, yang mudah-mudah, senang dimasak, sedap dimakan. Selera kampung katakan.
Chef Wes yang memang minat memasak sejak kecil lagi. Tapi di rumah dia tak masak!
Ini caranya. Yang besar tu pembantu Chef.
Tea time, boleh tak order teh tarik Naza?
Ini dia murid-murid yang minat : my sis in blue dan Asmah
Yang budak tu Adam, anak Asmah, tester makanan
Next class 2 minggu lagi, masakan orang kahwin: nasi tomato dan lauk pauknya. Nak gi tak?
Nasi Goreng Cili Padi
Salam semua.
Pagi ini Bandar Melaka hujan. Tak pergi taici tapi sifu pergi, takut-takut ada muridnya datang (walaupun hujan). Pagi ni saya rajin. Dan untuk sarapan pagi ini dah ada plan nak buat nasi goreng, apa ye? Okeylah, nasi goreng cili padi (ubaisuai resepi Hjh Norbi) Tukang masak amatur ni nak yang simple dan mudah aje. Seperti biasa, tengok apa stock yang ada dalam fridge.
Bahan-bahannya
Nasi Putih (tak kisah 1 pinggan ke, 2 pinggan ke , saya habiskan nasi lebihan semalam.Banyak juga)
15 tangkai cili padi (lebihkan jika mahu pedas lagi, kurangkan jika tak mahu )
*2 tangkai cili merah (optional, saya tambah sebab nak kan warna merahnya, cili api yang saya digunakan 6 tangkai aje, hijau pulak)
*bebola ayam- dihiris (optional)
Sayur campuran (mixed vegtables), (boleh juga sayur lain seperti kacang panjang, buncis)
6 ulas bawag merah
belacan- agak-agak ukurannya, ikut cita rasa
1 ulas bawang putih- ditumbuk
sedikit garam
segenggam ikan bilis, sebahagian digoreng
minyak masak
Cara memasak
1. Gaul nasi bersama garam (yang halus, eh)
2. Cili padi, (cili merah), ikan bilis, bawang merah, belacan di tumbuk atau blend.
3. Pijarkan minyak di dalam kuali. Goreng sebahagian lagi ikan bilis. Garing, angkat
4. Tumis pula bawang putih. Bila kuning, masukkan bahan yang tekah diblend, goreng sampai wangi.
5. Masukkan hirisan bebola ayam , sayur campur, ikan bilis goreng. Gaul betul-betul supaya bahan gorengan sebati. (Kalau suka, ikan bilis goreng boleh ditabur atas nasi bila dihidangkan.)
6. Masukkan nasi putih. Kacau hingga rata, hingga puas hati (dan penat tangan). Rasa. Kalau kurang masin, tambah garam Tapi jangan banyak sebab belacan dah masin
Ni hasilnya, kalau rajin
Nasi Goreng Cili Api (banyak 'kan? untuk 2 orang, beri jiran separuh!)
Dan ini yang malas.....nak kemas dapur dan cuci mencuci!
berselerak!!!
penuh singki!
Okey, jumpa lagi....
Subscribe to:
Posts (Atom)