JJCM

Seperti yang dijadualkan, maka berlangsunglah adegan' shooting menshooting' JJCM di d' Perigi Inn. Makcik ni sibuklah juga sebagai jurufoto tumpang sekaki. Macam nilah agaknya cara penggambaran dibuat. Shoot bahagian kuih muih kejap, then shoot pula pengunjung sedang makan, fokus pula kepada penyampaian cenderahati. . Kemudian nanti mereka sambung adegan-adegan yang telah diambil 'part by part'. Hosnya? siapa tak kenal 'Qi' ( saya kata kat dia "I know you, I read about you in the paper. Tau, tau aje lah"). Qi, the famous 'Blogger Boy' siri drama TV9. Well, crew dan d'Perigi Inn penat menunggu seseorang tetamu khas tetapi hingga saya balik 10.30 pagi, beliau tak sampai-sampai lagi. Punya lah sabau! Crew JJCM dan crew' Perigi Inn, nampak gelisah. Apa-apa pun layanlah gambar-gambar yang sempat di 'shoot'!


'TV3' ... Bukit China sebagai latarbelakang
Team work
..kerana perigi inilah, warung ini diberi nama!
Cameraman shoot pada sijil-sijil  kursus dan pengiktirafan

Nombor untuk anda hubungi!
Qi dan Fadilah

Qi, Blogger Boy dengan senyuman "I got it!
Ceria 'crew'  d' Perigi Inn

Ini buktinya kami telah berada di sini
P.S. Saya sempat juga menemubual Qi dengan kisah-kisah terkini beliau!Nice talking to you , Qi. Best wishes to you.

d' Perigi Inn

Ya, saya dah berada semula di negeri tanah tumpah darah ku!
Kembali semula  'bertugas' setelah 'break' 2 minggu di 'istana hinggap' di BS Kuantan.

Cuti panjang CNY hampir tiba. Biasalah kalau dah sekolah cuti. maka  kenduri majlis perkahwinan pun berlansung sana sini. Ada yang  hantar kad jemputan, ada yang jemputan dibawa angin.  ada 5 jemputan majlis perkahwinan, yang dekat dan jauh. Selain dari itu ada juga jemputan (mempelawa). Jemputan bukan majlis perkahwinan tetapi untuk rakaman siaran program TV.

Rakaman JJCM..TV3
Sabtu hujung minggu ini., pagi waktu sarapan
Bertempat di warung makan jiran 'd" perigi inn'

ada uniform, tak nampak, ye lah tu!
.. tepi jalan , ada perigi di depan.. Terkenal tau! 

Apa yang special di warung ini?...mee rebus, resepi turun temurun...sedap.."mee rebus, satu.".

Mee Rebus Mak Leha @d' perigi inn

ada rojak...rojak ayam,rojak  mee, mee sup.kway teaw sup, (yang goreng-goreng tak ade, okey) ada juga .nasi lemak, nasi campur dengan masak asam tetel, ikan tenggiri, pari.....macam-macam ada...minuma pula ..air mata kucing, air barli.....panas dan sejuk

.goreng udang, tauhu goreng sedia menanti untuk rojak (mamak)

Patutlah warungnya dah cantik dengan hiasan lampu antiik dan kipas angin moden. nak masuk TV :=)

wow camtiknya....meriah!
'Lang, datang tau pagi Sabtu nanti, cakap Angah, ramai-ramaikan"
"Ada makan free tak?"
""Adalah ...."
Ibu dan anak..Hjh Zaleha dan Fadillah, orang kuat d' perigi inn

Kebanyakan orang di Melaka tumpu ke kedai Mak Leha. Specialnya  Mee Rebus ( istilah orang Melaka untuk Mee Kari). dan makanan  tengahari. Kedai Mak Leha juga menjadi 'dapur' kami kalau malas nak ke dapur sendiri. Memang ramai pengunjung. Hai, promo sahabat lama nampaknya...nanti ada diskaun tau Dillah!!!
Saya jalan kaki aje ke kedai Mak Leha, d' Perigi Inn, Jalan Puteri Hang Li Poh.

Sarapan , Sangam

 Pagi tadi saya mendaki bukit, BS, di hadapan rumah. Sudah lama saya tinggalkan aktiviti ini. Rasa segar setelah berjalan laju 'brisk walk' .mendaki sambil menikmati udara bersih dan pemandangan bandar Kuantan (sebahagian aje). Perkampungan atas bukit tak banyak berubah, cuma ada beberapa rumah yang dahulunya kayu dan papan telah diganti dengan rumah banglo, batu..
Bagusnya rumah saya di BS. Ada warung makan berdekatan yang menjadi  'kantin' pelajar-pelajar UITM Bandar. Balik senaman pagi , saya singgah beli sarapan.

Laksam. Dulu-dulu saya tak suka, putih dan bersantan, lemak.
:Lama-lama suka pulak! Makan sebahagian, dah kenyang. 


 Ketayap, lepat pisang , kuih koci, pulut urap. Pulut urap kelapa makan dengan ikan kering.
Kalau di Melaka, pulut urap bersama air gula melaka
Kuih-kuih ini sebagai snek bila-bila lapar nanti.

Minum air RO. Dalam piring kecil itu ada 'supplement'
Saya pastikan saya ambil  ikut jadual, mesti berdisiplin.
Yang kecil-kecil hijau, spirulina, yang kapsul berminyak tu, EPA, minyak ikan,
yang putih tu, kolustrum dan tablet Vit C
InsyaAllah, diiringi dengan doa, semoga kesihatan terjaga.

Tit, tit, tit, tit, tit,tit....mesin basuh dah calling, calling.....nak jemur kain. Bye, bye!



Petang. 1.00 th Tekan remote ke Ch 102.

Eh! SANGAM!!! Ai say....dah start. Oh, saya suka cerita ini. Bukannya saya suka Hindustan tetapi SANGAM satu-satunya  filem Hindi yang klasik. A must see film walaupun ditayang berulangkali. Suka jalan cerita, pengorbanan tiga sahabat,  Sundar, Gopal, Radha atas rasa perasaan cinta dan kasih sayang...suka lagu...happy, happy dan ada yang mengusik jiwa, sedih.....suka tengok pemandangan Paris, Switzerland, Venice (waktu dulu-dululah), dialog indah (baca subntitle dah)...overall....suka  SANGAM. Ada juga part tengah-tengah cerita, terlepas, miss...tak ape...lepas tu ah,,,duduk depan TV hingga 'the end', terhibur :=)

image dari wikipedia

Masih terdengar "I will come back...I will come back..."

Pokok condong

Pokok besar.! Walaupun rimbunan memberi perlindungan  bumi dan kawasan sekitarnya tetapi ia.......
.......condong ke arah deretan rumah, khasnya rumah jiran sebelah rumah! Bahaya!! Pokok dah makan jalan, berat ke arah perumahan. Daun kering, bunga-bunga kering  bersepah atas jalan. Tapi tak mengapa...ada jiran-jiran  berdekatan baik budi, rajin, selalu bersih, sapu daun-daun kering. Jalan bersih seketika,kemudian bersepah semula.  Baik sungguh jiran di kiri dan kanan ku, Kata mereka  'boleh juga  'exercise', keluar peluh' maklumlah  duduk di bandar. Yang penting, pokok dah condong,, dahan-dahan dah rimbun,  berat, kalau tidak diambil tindakan......rak.......rak........ruuuum....... nampakntya.....siapa yang susah?

Akak dan mereka yang rumahnya berhampiran!!!!

Semoga tidak berlaku. Ya Allah berilah kami perlindungan.

Sudah pun dibuat aduan kepada pihak berkenaan . Sudah pun ada jawapan, akan diberi perthatian.

Kini, tunggu dan lihat,  akan tindakan.....

 

Lesung batu

Lesung batu. Membuat sambal belacan dengan mengguna lesung batu lebih ooommmph daripada mengguna blender. Saya ada lesung batu yang kecil dan comel , cukup untuk membuat sambal belacan untuk sejemput cili padi bersama belacan, juga sejemput, atau  nak tumbuk bahan-bahan tumis (kalau perlu lah). Masalahnya pun ada. Bila giat bertumbuk, terpercik cebisan cili  ke rata tempat , terpelanting hirisan bawang,. Dah lama nak ganti dengan yang lebih besar.

Pagi semalam pergilah kami ke kedai 'keperluan barang-barang harian', Cow*oy. Sambil mencari batu pengasah pisau, terjumpalah longgokan batu lesung, macam-macam saiz .
Ada yang terbaru (agaknya), bentuknya pun unik. Bahan batunya pun lain, tak berapa kasar.  Dalam, kalau tumbuk cili ke, bawang ke, mungkin tak terpercik air atau bahan. Beli sebuah.


Balik ke rumah, buat lah sambal belacan dengan menggunakan lesung baru. Tok, tok, tok, kedengaran bunyi yang lain macam, macam kosong aje. Ah, tak berapa elok lah hasilnya. Cili tak berapa hancur. Lesung lama lebih baik.  Agaknya lesung ini lebih sesuai untuk 'menggesel' cili, belacan supaya pecah (macam buat sambal rojak petis, rojak buah). Bukan untuk menumbuk! Lalu nak buat apa dengan lesung ni?
Jadi pasu bunga!


Yang ini juga satu lagi lesung (atau batu penggiling).Digunakan oleh 'orang seberang'

Jadi perhiasan juga.
Okeylah ,.nak ke dapur nak buat nasi goreng sambal belacan!!

satu pagi di pekan sari

Yang pernah ke tempat ini berkata
"Nak cari pakaian murah pergilah ke sana"
"Nak  shopping tudung murah, jom "
"Macam-macam fesyen tudung ada"
"Murah...murah daripada Nilai"
"Orang jauh,dari KL pun datang sini"
'Nak tengok orang Kampuchea berniaga,pergi sana"

Untuk mengesahkan komen-komen di atas, maka hujung  minggu yang lalu, pagi Sabtu, kami ke sana. 
Sana? Mana? Pekan Sari Pekan dikenali juga sebagai Pasar Mengkasar
Setelah melihat sendiri, nyata kebenaran komen-komen tadi. Kawasannya luas. Satu kawasan khas menjual pakaian  dan perhiasan diri.  Antara  barangan yang dijual ialah baju pelbagai fesyen, telekong pelbagai sulam, kain  ela pelbagai corak  dan jenis (yang telah siap dipotong), kain pasang (untuk baju kurung), kain batik  pelbagai jenama, kain pelekat pelbagai tekstur. Tapi yang popularnya ialah tudung ekpres, tudung tangkap muat yang dulu dikenali dengan tudung i*kin.(kata member, tak payah sikat rambut, capai dan terus pakai ).  Pilih saje. Harga murah pula tu. Boleh tawar lagi! Ada yang 'offer' RM10 untuk 2 helai. Oleh kerana harganya murah,selain penduduk tempatan, ramai peniaga-peniaga pasar malam dari kawsan lain turut membeli pakaian khasnya tudung di sini secara borong. Ada juga peniaga makcik kakcik yang jaja dari rumah ke rumah. Beli berkodi-kodi bukan sehelai dua.  Dengar pula percakapan penjual, dengar janggal aje sebutan BM nya. Dah pasti peniaga Kampuchea. 
Layan suasana

memilih tudung ekpres, sambil duduk di lantai
tak ada nampak tudung bawal


jual secara kodi, telekung, kain batik,  kain pelekat (ya, ya,ya..)



dah banyak tudung nak simpan di mana? selit-selitkan di tempat gantung ini!

Di kawasan menjual makanan dan sayur-sayuran , saya tertarik dengan kuih putu, di Melaka ada putu piring putih,  di sini,  kuning. Tepungnya pun kasar.
Member  ikut sama beli sakan...beberapa helai kain batik untuk cenderahati AJK W*, dan tudung untuk diri sendiri. 
Itulah dia satu pagi di pekan sari
Adik kakak sibuk memilih membeli
Tudung ekspres comel sekali
Saya cuma pemerhati
Klik,klik sana sini
Untuk coretan  hari ini.







Rasanya?

Okey. Saya kata saya nak rihat hari ini. Tak mau masak. Dia pun tak balik makan tengahari, Rihat maknanya saya nak santai di kedai Ani. Nak trim rambut nak manja-manjakan diri. Sambil melayan  saya, Ani beritahu dia ada order ikan pekasam dari seorang pembekal.  Saya pernah dengar, pernah lihat ikan pekasam (di showcase SDSI) tapi tak pernah rasa. Ikan jeruk masin pernah saya makan. Bila goreng ikan jeruk masin , amboi, baunya melekat kat baju, mesti buka tingkap. Kalau tidak satu rumah semerbak baunya.!!!  Orang Melaka suka ikan kering, ikan masin, cincalok, sambal,belacan.Ikan pekasam? Entahlah? Saya ingin mencuba. Nak try. Kata Ani sedap. Ikannya ditangkap sendiri dari sungai oleh pembekal tersebut dan diproses sendiri.  Pekasam ikan sungai. Anak-anak Ani suka, lebih-lebih lagi bahagian kerak-kerak salutan beras. Ani kata goreng ikan pekasam (bersama adunan berasnya) sampai garing, rangup dalam sedikit minyak. Setelah garing masukkan hirisan bawang besar dan beberapa cili api. Air perahan limau tak perlu, katanya. Ani 'belanja' saya satu paket., ada 6 ekor. Sampai rumah, terus ke dapur, buat seperti arahan Ani.  Masak nasi. Jadi ikan pekasam menu utama saya, pembuka selera makan tengahari tadi.

Ikan pekasam bersama kerak-kerak beras (diperam),  hirisan bawang besar dan cili padi  Bila buka paketnya...gas yang keluar...aduh.....tahan aje lah wei


Ini hidangan tengahari saya. Nasi putih (masih panas), ulam, sambal belacan dan seekor ikan pekasam (goreng 2 ekor aje). Kalau ada perahan jus limau  pada pekasam, sedap lagi tak?

Bagaimana rasanya? Sedap? Boleh terima?

Ikan masin rasanya masin, Ikan pekasam rasanya masin dan masam.  Padan dengan nama nya. Pekasam berbau, boleh tahan juga baunya yang tak berapa sedap. Bagi saya ikan pekasam.....

: = (

Selera masing-masing!!!  Nasi habis juga.

Suka, tak suka

Salam.
Dah berapa hari makan berasaskan lemak santan: pisang masak lemak, rendang daging (bukan saya masak), nasi lemak, bubur jagung.
Hari ini tukar: Kacang panjang tumis air bersama sambal sardin (of course, ada sambal belacan cili api, ikan kering)

Dia: Oh, masak tumis air?
Saya: Dah berapa hari makan berlemak aje, tukarlah pulak, tumis air.
Dia : Tak pergi dengan sambal sardin.
(Selalau saya masak gulai kacang panjang masak putih bersantan. Dia suka.) , Tak kena dengan 'expectation', tapi makan juga  'slow, slow.'...mujur ada sambal belacan dan ikan kering. Saya? Laju aje.

Semalam rebus ubi , makan bersama sambal tumis ikan bilis.
Ikan bilis pula dia  beli yang belum berbelah.. Ha, ni kerja 'mendera' ni. Saya cukup tak suka pilih ikan bilis. Maksudnya, belah dua dan buang 'hitam-hitam'nya.  Kan senang yang dah siap? Tapi saya tak komplen, dah tugas.
Satu lagi yang saya tak suka,buang ekor taugeh. Kalau boleh, elak masak lauk taugeh.. Bila dah terpaksa, kena jugalah, kalau tidak tak cantik masakan, taugeh berekor!
Saya suka sekarang bawang merah, bawang putih dah siap kerkupas kulit.. Mudah dan jimatkan masa, taklah berair mata bila mengupas bawang. Tapi kalau lama tak guna si merah dan si putih, letak dalam peti tak masak...hai..tumbuhlah pucuk-pucuk, tumbuhlah akar-akar. Boleh terus  tanam kalau nak dapatkan daun bawang. Bawang putih pula, mulalah berkulat. Satu masalah.

Sekarang dok fikir. Esok nak masak apa? Dia suka masam asam pedas, Tapi saya....
Nak rihat, nak rihat!!

Lama tapi indah

Mari kita singgah sebentar di Rumah Melaka, Merlimau, 22km dari bandar Melaka.menghala ke Muar. Silla ikut jalan kampung, jalan lama, ke Muar. Pertama kali saya singgah. .Itu pun  dalam perjalanan pulang setelah majlis pertunangan hari Sabtu yang lalu. Teruja melihat keindahannya, lama tapi masih lagi menarik.

tersergam walaupun usianya dah 2 abad, ada kolam kiri dan kanan tangga
tujuan, cuci kaki dulu sebelum naik ke rumah. Kini kolam tak ada air.
gambar saya ambil dari KOSMO keluaran isnin 10.1.11

tangga batu dengan kemasan jubin bermotif bunga-bunga segar
menyambut kedatangan tetamu. Cantik tak?
jubin masih kekal warnanya, import tau!
kerusi panjang terlekap di sekeliling anjung, sesiapa tak boleh bersila, duduklah di kerusi panjang ini

di tengah rumah ada pelamin, tapi bukan untuk pengantin, kerusi utama penghulu bila ada mesyuarat
ada tiang seri, cantik ukirannya

ada tangga ke loteng..tapi siapa tu ah? Demang kah? Penghulu kah? Sidang kah? Pengawal kah?
Tak satu pun di atas tapi pelancong dari Kuantan

Ini 'Tun Teja'....tertarik dengan  tingkap unik ini

banyak lagi sudut-sudut yang menarik di Rumah Melaka, Merlimau

Tapi sayang, wajah baru dan ceria, kalau tak dijaga...alahai...kesiannya. Harap pihak-pihak berkenaan teruslah beri perhatian kepada penyenggaraan satu-satu warisan terindah ini. Perlu diletakkan penerangan tentang keunikan bahagian-bahagian tertentu rumah itu serta sejarahnya. Indah lagi kawasan persekitaran rumah kalau dijaga dengan baik. Jagalah rumah bersejarah ini dengan penuh kasih akan warisan. Jangan sampai  ada yang ambil kesempatan, tinggal percuma (saya ingatkan dia penjaga rumah, tapi bukan!) di tempat yang menjadi tarikan pelancong ini.. Itu pandangan sayalah, orang Melaka katakan. Oh ye,  nak tau sejarah Rumah Melaka ini sila lah ke rumah Pengalaman seorang pendidik

Mereka pun bertunang

Salam.

Mohd. Azlan bin Shaukani,  anak sulung adik saya,


Aslamiah bte Abu Bakar, anak sulung juga keluarga sebelah sana,.kampung Merlimau

Setelah lama berkawan, sejak bangku sekolah menengah lagi, maka, pada tanggal 8 Januari 2011 (Sabtu), mereka bertunang.


Rombongan kami (lelaki ) membawa
 Tema pink dengan bunga segar, gubahan Linda@Kaseh
so sweet manis you....

Ini pula balasan pemberian pihak perempuan

Tema biru, sesuai untuk lelaki kan?


Ah, ni rombongan Cik Kiah bawa balik pemberian pihak perempuan,
panjang sangat barisan, tak masuk semua dalam gambar.

Azlan, As...selamat bertunang. Jangan bertunang lama-lama....bahaya dan banyak cabaran.
Semoga selamat dan berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Aameen


Maka akan bertambah ahli keluarga kita, InsyaAllah.
Inilah dua keluarga, besan berbesan,
Dari kiri; adik saya (Shaukani), my SIL (Maheran)bersama  emak dan ayah As

Terima kasih kepada semua yang meraikan 
Majlis Pertunangan Azlan dan As

Satu hari

Pagi....masak. Masak apa? Gulai pucuk paku bersama udang (saiz M)
Waktu makan:
'Gulai banyak asid' kata JY.
'Tapi kenapa?'tanya saya. yang suka sangat gulai pucuk paku sama udang (saiz M)
'Dua-dua kolestrol..santan dan udang. tapi makan ajelah' jawab dia

Masak pula bubur jagung manis. Pun guna santan lagi.
Saya: Buburnya saje cairkan.
JY: Kenapa?
Saya : Kolestrol.
JY:  Cair ke, pekat ke..santan...kolestrol juga kan? (macam biasa aje dengar aje)

Masak pula Ayam Goreng  berempah.
Deep fry.
Eh, bekalan minyak dah kurang sekarang, masih deep fry?
Budak-budak suka ayam goreng berempah, tak kisahlah, nanti adalah bekalan tu.
Tapi petang, sudah nampak tompok  putih pada beberapa ketul
Walaupun ayam di bawah tudung saji, dapat juga si lalat masuk celah-celah dan
'kentut' pada ayam-ayam berempah itu
(kata Aishah kawan Amal "kentut lalat")
Buang saje...kan dah rugi minyak, gas, tenaga dan  ringgit?

Hari ini..sibuk sikit.
Ke pasar, balik,  kemas apa yang nak dimasak, masak, kemas dapur.
Petang ada gathering di rumah.
Bukan gathering 'makcik bloggers' atau nek cik bloggers
Tapi ada ceramah 'sharing', ceramah 'kesihatan'
JY penceramahnya,  suri rumah (kawan-kawan) pendengarnya.
Terimakasih adik kakak kerana sudi hadir dan mendengar apa yang hendak dikongsi bersama.

Sebelum bersurai, ada sedikit minuman petang. real Hi T cum early dinner
Ada nasi beryani dengan lauk ayam masak kari dan paceri nenas (bukan saya masak)
Ada roti jala besama kari  ayam (order punya)
Ada jeruk limau campur dengan hirisan bawang merah dan cili (pun sumbangan)
Ada bubur jagung (ni air tangan saya)
Bila balik, dibekalkan berkat lagi !

Sebelum mangrib...cuci pinggan mangkuk segala yang berkaitan, kemas dapur.
Selepas magrib...seterika baju
Sudah Isya'..layan JY makan (eh, belum  kenyang lagi ke?)
Nak nasi putih bersuma gulai dan sambal belacan!
Layan....

Sekarang 11.00 malam..nak tidur setelah hadap PC dari jam 9.30 malam tadi.
Penatnya!!!

Selamat malam....mimpi yang enak-enak, ya Bu...

Idea, idea

Satu malam, ke AM Pringgit.
Masuk-masuk aje ternampak satu tarikan orang ramai
Mereka yang teruja, excited, sibuk ambil gambar posing berlatarbelakang
rekaan ini.
Rupa-rupanya
daripada bekas botol-botol minuman plastik


disusun, diatur, digantung...


pada kerangka yang telah dibentuk


maka, jadilah ia 'snowman' gergasi,
terletak di dataran shopping complex
AM Pringgit

Jenuh juga ye nak kumpulkan bekas botol plastik tu!