Nasib, oh, nasib

"Beginilah nasib, diriku yang malang, oh Tuhan!!!"
agaknya rintihan kuda yang terdapat di Pantai Klebang.
"Kami dah penat, sendi-sendi sakit, badan kami sakit, tak bermaya lagi,
hari dah senja,
jom balik."

Hadiah misteri

Balik dari pasaraya 'Din Saya ' terus punggah barang yang dibeli dari beg plastik.
'Alang, ada beli lipstik ke?' tanya kakak.
'Tak de' jawab si adik.
'Ni lipstik', sambil letak atas meja.
Misteri lagi.
Ada 3 kotak lipstik, jenamanya pun tak lah popular.
Siapa lah punya barang ni? Macam mana boleh ada dalam beg belian saya?. Bingung kejap.
'Macam ni, kena return lah kat 'Din Saya' '. Barang tak bibayar, macam mana boleh kita simpan.

Jadi petang tadi pergilah makcik berdua ni ke 'Din Saya' yang jauh punya, nak dekat tol Air Kroh, hanya untuk pulangkan barang yang bukan hak kita.
Masa saya tercapai-capai barang yang telah dibayar, saya terambil bungkusan ini. Agaknya.
Munkin kah ada customer sebelum saya terlupa nak ambil setelah buat pembayaran?
Adakah nanti pihak 'Din Saya ' tak percaya keterangan saya bila dia orang soal siasat?
Berbagai soalan.

Sampai tuju  ke Kaunter Perkhidmatan.
'Dik, saya nak pulangkan barangan ini. Saya tak beli tapi ada dalam beg plastik saya .
(Saya siap bawa resit sebagai bukti)
Adik-adik di kaunter kata, 'lipstik ni free, makcik. Gift'
'Ah?Mengapa di kaunter pembayaran tak beritau? Buat makcik bingung dan tertanya-tanya. Datang ni khas untuk pulangkan benda ini.'
Mereka tersengeh-sengeh.
Hilang kekusutan.
'Jom beli nasi beriani alang-alang dah sampai sini.'

Lipstik yang 3 batang tu, cantik dalam casing, tapi saya tak pakai lipstik. Warnanya pun saya tak suka.
Lalu  saya beri free gift itu kepada jiran sebelah.
Sukalah anak-anak dia dapat  lipstik free.


Buah cempedak di luar pagar

Betul ni!
Bila balik dari Tesco pagi tadi, saya ternampak satu beg plastik tersangkut di luar pagar. Apa benda lah ni, Siapalah yang sangkut beg ni di sini.

Bila dibuka beg plastik, ada 3 biji buah cempedak. Siapalah yang beri ni. Tentu salah seorang sahabat kakak.
Baunya .....menawan. Tak boleh bawa masuk rumah, nanti habis satu rumah berbau cempedak.

 Nak buat cempedak gorenglah petang nanti.

Baru sebentar tadi, rajinkan diri, ambil buah cempedak yang paling kecil.
Pakai sarung tangan (yang pakai buang), untuk elakkan tangan kena getah cempedak.
Sapu minyak masak pada pisau
Apalagi, kena 'bedah' lah cempedak mini . Buahnya pun mini-mini.

Bancur adunan tepung beras, sedikit serbuk kunyit serta secubit garam.  Rendam tenggelamkan kesemua butir-butir buah cempedak mini.

Dua pusingan goreng, dapatlah gorengan cempedak.

Tapi saya tak boleh makan banyak, nanti perut jadi sebu!
Selain daripada digoreng, apa lagi kita boleh buat dengan buah cempedak?

Apa-apa pun, terima kasih kepada penyumbang rahsia....... semoga diberkati!
.

Terkini.
Sebentar tadi Mr Sor (babak Iddin) talipon
Mr Sor : Lang, dapat tak  buah cempedak  sangkut di luar pagar ?
Me : Ada.
Mr Sor : Kawan Sor beri. Ada berapa biji?
Me : Ingatkan kawan nek Ngah beri.  Ada 3. Sebiji dah alang goreng.
Mr Sor : Cantik tak isinya?
Me: Cantik.......Barulah tahu siapa yang beri.
Misteri penyumbang rahsia selesai sudah.
(Halalkan ya Mr Sor)



Kecil-kecil cili padi

Sebulan yang lalu...di tanah lapang laman BC, Tok Lang dan cucu mulakan projek berkebun. Projek nak tanam beberapa anak pokok cili (yang besar) dan cili padi sudah bermula

Tok Lang buat demo mencangkul pada si cili padi, Iddin

Iddin cuba, kuat dia tau

Tok lang sedang menanam anak pokok cili padi. Iddin dah menghilang

Kini...setelah dibaja, disiram


Pokok cili nampaknya menjadi

Ini sebaris pokok cili meninggi. Selang seli dengan 'marigold' kuning di raja
dikenali dengan bunga tahi ayam. Dikatakan bau bunga ini boleh menghalau ulat dan serangga
perosak tanaman.Nampak tiang-tiang sebelah pokok cili? Itu tanda nama pemilik pokok-pokok tersebut. Sudah tentu Iddin punya ada, begitu juga Tok lang dan Nek Lang.
Sebenarnya ada lagi beberapa pokok cili ditanam di kawasan lapang ini . 

Ini pula bukan bunga pokok cili tapi bunga pokok periuk kera

Senja di Pantai dan Kuala

Ini ialah pemandangan di Pantai Klebang hampir senja semalam. Pantai Klebang sudah nuuuuun jauh dari jalan raya. kawasan ini adalah kawasan yang ditambak menjadi sebuah Dataran 1 Malaysia. Dulu masa dirasmikan ada jamuan rakyat besar-besaran di sini. Tak lama lagi mengikut sign board yang ada akan dibangunkan sebuah taman tema (theme park). tentu hebat kan, tepi laut pula tu.
Masa kami sampai matahari nak melabuhkan tirainya.

Pantai Klebang luas daripada yang dahulu




.
.Di Kuala Sg Melaka

Jambatan menyeberangi Sg Melaka menyambung Melaka Raya dengan Trengkera, jalan alternatif ke Klebang

Di 'mouth' of Sg Melaka

Indahnya ciptaan Allah!

Pagi petang

Pohon mambu tumbuh di luar pagar, tepi jalan
Dahan dan ranting bersama rimbunan daun 'menjalar' masuk ke laman BC
Tengok tu, dedaun kering bertebaran di dataran laman.

Pagi, sapu. Petang, sapu lagi. Kalau tidak, sakit mata memandang.

Fikir yang positif.....menyapu sebagai satu senaman, berpeluh dibuatnya. Badan segar dan sihat, InsyaAllah.
Daun mambu boleh kurangkan miang sakit campak. Pukul-pukulkan ranting bersama daun ke badan,
Sesiapa boleh ambil jika ada keperluan.
 InsyaAllah akan kurang rasa gatal-gatal campak di badan.
Banyak lagi kegunaan daun mambu sebagai perubatan alterbatif.
Daun pokok mambu bekalkan oksigen. Sambil menyapu, tarik nafas...
'Breathe in oxygen and breathe out carbon dioxide'
itu pesanan cikgu masa di bangku sekolah dulu.
Pokok mambu memberi teduhan, kalau tidak panas juga laman rumah BC,
Pokok mambu melindungi terbangan debu dan habuk jalan.
Satu lagi, ada saya terbaca daun mambu (dengan proses yang betul)
 juga boleh dibuat racun organik serangga tanaman.

Jadi jangan mengeluh menyapu dedaun kering mambu
Tapi adakalanya,bila terasa bosan, tertanya juga
Ada tidak mesin penyedut daun kering
(macam alat penyedut habuk a.k.a vacuum cleaner)?

Pagi Ahad sambutan Maulidur Rasul

Susana di parkir Masjid Pengalan Rama dekat persimpangan...jeti River Cruise


Ahli Qariah masjid menunggu dengan sabar Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Nabi Muhammad SAW, Peringkat Negeri Melaka.  Dah sampai, dah sampai...mari kita selawat bersama-sama....beri sokongan, beri semangat...

 Meriah sungguh, Selawat tak henti dibaca hingga kontijen akhir sampai. Cepat, cepat edarkan air kepada para peserta.Jauh mereka berjalan, menapak, dari Stadium Hang Tuah di Kubu ke Masjid Al Azim di Bukit Palah. Tentu penat!

Tak lah tak rasa penat, Kami gembira dan bangga dapat berjalan beramai-ramai sambil berselawat ke atas Nabi,...

Agaknya, kalaulah Nabi Muhammad S.A.W.  masih hidup apalah kata baginda bila lihat sambutan meraikan hari kelahiran baginda ye?

Perhatian:
Esok, Isnin. Chap Goh Mei..hari akhir tahun baru Cina, Di Melaka, ada perarakan  dan upacara membakar 'kapal' dipercayai dapat elak malapetaka.
Lusa. Selasa. Thaipusam. Ada perarakan lagi!

Kitakan Satu Malaysia!!!

Ya Allah, ampunkan lah dosa-dosa kami.....

Perrggh!


Begitulah rasa bila tiba-tiba
monitor komputer, blackout.
muncul pula



 kemudian
Nampaknya,
penyakit sudah serius.
Sebelum apa-apa berlaku, dinasihatkan hantar CPU  ke 'klinik' .

Perrggh!!
Bila troli di pasaraya T**sc* berbunyi
'ketuk ketek ketuk ketek'
Ganggu betul!
Sepanjang jalan menarik perhatian.
Ada pula troli yang tayar depannya asyik paling ke kiri atau ke kanan aje,
dan kita tolak sambil men'adjust'kan roda ke depan!
Menyusahkan!
Tak ade rancangan nak baikpulih atau servis tayar troli ke, T**sc*?

Perrggh!!
Hairan bin Ajaib!!
mana pergi troli saya
troli yang saya parkir sementara mencari buah-buahan.
troli yang ber 'ketuk ketek' tu?
Tak nampak kah 'dia' ada shopping bag dalam troli itu
untuk ganti bag plastik pada hari Sabtu?
Nun...si mamat bangla laju menolaknya
Agaknya dia ingat troli yang telah ada barang-barang (belum bayar lagi)
tiada tuannya .
Sori, sori katanya sambil saya mengeluarkan semula barang-barang lain
bukan saya punya.

Perrggh!!
Bila sampai di Pasaraya JJ
Pintu besar masih ditutup
Selalu jam 9.00 pagi dah mula operasi.
Baca notis yang tertampal pada muka pintu kaca
"mula 9 januari 2012 pasaraya dibuka jam 10.00 pagi....."
Patutlah pengunjung belum ramai,
Ada yang 'terlepas keretapi' pun kecewa macam saya.
Ingat nak  jadi 'early bird"!!

Tapi, syukur,
Jam 12.00th tadi,
Dapat hadir ke majlis bacaan Yassin dan Tahlil
serta mengaminkan doa selamat
Diikuti dengan makan tengahari.
Alhamdulillah........

Pagi nau

Pagi lagi sudah sampai di sini. 
9.30 pagi, masih sunyi sepi. 
Agaknya mereka sedang mesyuarat 'morning coffee'
Tunggu ajelah pelanggan-pelanggan setia dengan sabar.
Apa yang dicari, tak lari!!