ZIARAH 'POTLUCK'

Jumaat, 14 Feb 2014,  kami ziarah rumah blogger 'Kenanganku' dan famili di Taman Tas (Damai?)
Bukan orang lain tetapi sahabat terdekat.
Nak pergi pula waktu 'time' makan.
Jadi kami (saya dan Cg FK) tak mahu menyusahkan mereka masak memasak, kami bersetuju bawa makanan dari rumah, 
Saya bawa lauk Nasi Paprik
Nasinya, kakak cik puan rumah tanak, 
Cg FK bawa bayam tumis air (kegemaran Mak Ji)
 Cg FK masak juga telur dadar lipat (tebal macam murtabak)
Di dapur cik puan rumah, kita goreng ikan kembung, garing macam keropok
Goreng juga karipap pusing
Kita minum dulu, kata cik puan rumah,
Kita makan sesudah solat zohor.
Hidangan  teh O  (sedap rasanya, Kk Nah yang buat!) bersama karipap panas,
Ada juga buah anggur dan hirisan buah pir,

Lauk mudah-mudah. Tetapi waktu makannya meriah,
Bergurau dan usik mengusik.
Sambil makan tanya resepi.
(Kami berlima..saya, Cg FK, cik puan rumah, kakak Nah  dan Mak Ji)
Cara masak lauk nasi paprik (hmmmmm, sayalah cg nya...hi hi)
Cara masak telur dadar lipat ( FK kata 5 biji telur dan campuran hirisan bawang, daun bawang, daun sup, cili, dsbnya...)
Sambil tu berbagai ragam pilihan makanan.
Ada yang pilih tak makan cendawan (dalam paprik ada cendawan),
Ada yang tak makan ikan bersama nasi (tapi makan selepas)
Walaupun hidangan potluck 'paling simple'
Kami rasa meriah sekali. 

Sebelum pulang,
Kami meninjau pokok-pokok tanaman di laman mereka.
Kami minta (minta tau) beberapa potongan (bukan daun sahaja) pokok daun pandan yang tumbuh merimbun di laman mereka.
Saya nak letak daun pandan dalam kabinet dapur untuk halau lipas dan serangga,
Cg FK pula nak tanam dilaman rumah
dan nak dijadikan air daun pandan untuk buat kuih bakar nanti.
    
Bersama 'Kenanganku'


Begitulah ziarah 'potluck' kami.
Kenyang perut suka hati
Sesekali jumpa sahabat terdekat
Semoga makan bersama membawa berkat.







3 comments:

  1. Terima kasih daun keladi,
    Kalau sudi mampirlah lagi,
    Resipi makanan lazat sekali,
    Sedapnya sehingga menjilat jari,
    Kenangan kekal terpahat di hati.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapnya sehingga menjilat jari
      Kenangan kekal terpahat dihati.
      Anda banyak buku resepi
      Cubalah masak, bila lagi!

      Maaf ye, cuja, gurau-gurau di pagi hari. :)...
      .



      .

      Delete
  2. Tak apa...no heart feelings....

    Gurau-gurau di waktu pagi,
    Kemesraan terjalin sesama sendiri,
    Bukan tak mahu memasak resepi,
    Masa mencemburui setiap hari.

    Kumpul resepi je dahulu....lps tu baru cuba.
    He....he....he....he.....he....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.