PERANGKAP


Ini bukan sebarang perangkap.
Ini perangkap nyamuk.
Puas sudah di sembuh aerosol.
Namun tak berkesan.

Satu hari,
 Kakak terjumpa alat 'mos killer' di sebuah kedai di Melaka Sentral.
Harga berpatutan
Penggunaan berkesan.


Pertama kali digunakan malam itu
hanya dapat 2 ekor.
Keesokan malamnya
banyak  menjadi mangsa.
ha ha ha
agaknya waktu malam cik nya dan  en mos
terbang sana mencari mangsa
ternampak lampu biru disko 
ada iringan 'bunyi getaran'
lalu mereka berkata:jom kita ke sana
Ha...apalagi 'tipah tertipu'
terperangkap!!!!!


Nampak gayanya
boleh lah dapat hati nyamuk
menjadi hantaran meminang
Puteri Gunung Ledang.

Apakata Cik Nah dan Cik Yah?
Berkenan tak 'mos killer' ni?

8 comments:

  1. Alang..nak satu!....berapa hinggit ni..kat sini pun banyak nyamuk,,,,selang 2 hari PA dok sray mepray jer...apa tak nya kaki dia asik kena gigit jer kat pc ni...hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ezza, Ada juga berjenama dan mahal jual di kedai letrik. Harga yg made in China' ni 40hinggit. Dah dapat cari?

      Delete
  2. Bawalah balik ke sini..2 - 3 set ..berapa RM pula tu?..geram betul dgn si nya & si mok ...menyakitkan & membingitkan...kan3x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di kedai jual alat letrik pun ada. Lebih efektif sebab tarikan ultra violet lebih kuat. Harga dlm 100 hengget je.

      Delete
  3. kesian nyamuk2 semua tertipu.. ingat nak joli2.. rupanya masuk jel

    ReplyDelete
  4. Saya dapati gajet ini lebih berkesan bila persekitaran gelap. Nyamuk akan jadi lebih tertumpu kepada cahaya lampu dalam gajet. Ada pula saya baca, jika si nyamuk dapat kesan bau badan kita, dia tak akan pedulikan lampu gajet lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau badan berbau busuk esp kaki, rasalah marahnya pd nyamuk.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.