'KAYA' oh 'KAYA"

Ini bukan kes  'Jika aku kaya......., aku beli segalanya'....'
Ini 'kaya' yang makan bersama roti. Kaya spread :)
Satu ketika dahulu, arwah mak selalu buat 'kaya' . Sedap 'kaya' mak ni, lepeh atas roti bakar. Buat roti kahwin pun best juga. Petang tadi saya sibuk-sibukkan diri buat 'kaya' mak. Saya tengok dalam stok , ada telur,  ada gula, ada santan kotak, ada sedikit daun pandan.  Cukup bahannya.
Mari saya kongsi resepi homemade kaya arwah mak. Senang buatnya. Anda boleh ubahsuai sukatan untuk keperluan anda.
Saya masak separuh daripada bahan.

KAYA SPREAD BONDA KU
Bahan-bahannya:

10 biji telur ayam.
3 cawan gula
1 biji kelapa
sedikit air kapur ( saya tak guna)
secubit garam
Beberapa helai daun pandan

Cara membuatnya
1. Pukul telur bersama gula hingga kembang


Ini  yang mahal. Tiada dalam pasaran
.

2. Masukkan santan. Pukul lagi.
3. Masukkan air kapur ( kalau suka) dan secubit garam.
4. Masuk adunan ke dalam periuk.
5. Masukkan daun pandan.
6. Kacau hingga pekat adunan tadi atas api kecil


Kacau sampai pekat

Boleh juga kukus. Kalau suka boleh juga tabur sedikit bunga cengkih.
Nah.....ini hasilnya.


Spread atas roti atau buat roti kahwin
Jom cuba 'Kaya spread bondaku'




8 comments:

  1. Kalau singgah ptg semalm dapatlah rasa " Kaya spread bondaku ". Rugi pulaklah ya....tak sempat sbb gesa2 gi bayar bil DIGI kak Nah. Tak apa nanti cuba buat resepi ni... gaya macam resepi bondaku juga....pakai gula merah/kabung/Melaka pun bolehkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Just in case u singgah, blh kita makan roti bakar with fresh kaya spread. Boleh juga guna gula mlka. Mkn taste dia lain sikit. Buat ye, cik cuja....

      Delete
  2. tq nek lang kongsi resepi nanti nak buatlah.... boleh "kawinkan" roti tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau adunan tu likat/pekat, ummi tambah sedikit air. Roti kahwin sedap mkn panas2. Mmmmmm......

      Delete
  3. assalam,

    salam ukhuwah dari bunda...
    sedapnyer serikaya buatan sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali bunda @ KN.
      Saya percaya masakan air tangan sendiri sedap.

      Delete
  4. Hasil tangan sendiri mesti lebih nikmat makannya.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.