HUJAN-HUJAN NI...

Alahai , hujan-hujan begini nak ke kedai beli stok barang dapur pun tersekat.  Bawalah payung, settle problem, Timbul masalah lain.  Pakaian akan basah pula. Matahari 'cuti'. Kedai dobi berhampiran rumah tutup. Sekarang ni keringkan baju bawah kipas, Hi Hi,,,
 Pagi tadi ke kaki lima kedai BB beli breakfast. Masa tu hujan renyai-renyai. Konon hujan sikit takpe lah. Tapi bila dah siap beli sarapan, hujan turun dengan lebatnya. Apa lagi, lari-lari anak ke kereta,basah!
Sebentar tadi....
Hujan-hujan gini sedap kalau dapat makan mee rebus, kata suami.
Okeylah layan google cari resepi mee rebus. Nanti boleh ke TM beli bahan-bahannya, Tapi lecehnya....macam-macam pulak mee rebus ni nak. Layan gambar menikmati mee rebus alam maya.....hi hi.

Dapat  Mee Rebus JB Hj Wahid yang femes tu sedapkan!
Mee Rebus Ramli Ipoh, pun boleh

Alternatif, guna rempah, perencah  paket, okey juga kan. Tapi  hujan lebat tu, belum ada tanda nak berhenti, bunyi guruh adalah...bersabar aje lah.

Kalau di BC, boleh order Mee Rebus Mak Leha

Terkini, banjir depan rumah BS....baru sikit.

Air mengalir  deras dari bukit

Longkang dah penuh air   

6 comments:

  1. KL pon sama matahari dah 2 hari malu ja...

    ReplyDelete
  2. Musim hujan banjir pun melanda. Rumah sepupu di Sri Damai dah naik air...Alhamdulillah BS tak gitu ya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banjir lebih teruk daripada tahun 1971. BS baniir kilat aje.

      Delete
  3. saya suka me rebus. tapi agak sukar nak dptkannya. Tak pernah lagi makan me rebus hj Wahid. selalu dgr org memperkatakannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ju,
      Saya pun tak pernah makan Mee Rebus Hj Wahid yang dikatakan jemes di JB.
      Kalau kena cara masak kuahnya, sedap mee rebus ni.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.